Ada khabar angin berkata bahawa terdapat cadangan untuk pembubaran Parlimen dan semua DUN dibawah BN pada 22 Februari 2013 iaitu hari Jumaat iaitu mengambil sempena keberkatan hari tersebut.
Difahamkan khabar angin juga mengatakan bahawa tarikh penamaan calon ialah pada 16 Mac 2013 ? dan tarikh pilihanraya ialah pada 30 Mac 2013 ?
Lagi sekali ingat tarikh ini :
Parlimen Bubar : 22 Februari 2013
Hari Penamaan Calon : 16 Mac 2013
Hari Pengundian : 30 Mac 2013
Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 .
Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini oleh BN Jerantut .
Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adak terfapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerasntut untuk mengerahkan bilikan dibuka sekarang ini .
Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .
Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .
Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .
Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.
Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS/PKR ?
Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA/UMNO vs PKR/ DAP ?
Adakah BN calonkan lagi Tengku Lan , Dr Shukri , Wan Amizan dan Lau Lee kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ?
Adakah betul senarai calon PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?
atau masin-masing BN dan PR akan menawarkan calon baru ?
Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi iyu hak anda tapi jgn pengaruhi rajan anda
Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan