Parlimen81 telah mengkaji hansard-hansard parlimen dan aturan urusan mesyuarat dewan rakyat bermula tahun 1999 hingga tahun 2010 . Berikut ini adalah pertanyaan-pertanyaan oleh Ahli Parlimen Jerantut sepanjang tahun 2008 hinga Julai 2010 bagi jawaban lisan di Dewan Rakyat yang dipetik dari Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat.
Walaupun Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar telah menjadi Ahli Parlimen Jerantut sejak tahun 1999 tetapi pertanyaan-pertanyaan lisan yang tercatat dalam hansard parlimen dan aturan urusan mesyuarat dewan rakyat hanya ada bermula dari tahun 2008 . Ini mungkin kerana sebaik sahaja memenangi kerusi parlimen pada tahun 1999 Tengku Lan terus dilantik kedalam Kabinet dari Disember 1999 sehingga Februari 2008. Untuk pengetahuan semua Pertanyaan Lisan adalah pertanyaan yang biasanya berkaitan dengan isu nasional , antarabangsa dan tempatan oleh ahli parlimen kepada dewan rakyat dan Menteri Kabinet untuk dijawab secara lisan didalam dewan rakyat. Mungkin dalam tempoh berada dalam kabinet Tengku Lan tidak boleh mengemukakan soalan secara lisan sebagai seorang ahli parlimen .
Berikut adalah jawatan Tengku Lan di dalam kabinet Malaysia.
Berikut adalah jawatan Tengku Lan di dalam kabinet Malaysia.
- Dis 1999 - 31 Oct 2003 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kabinet 1999 Tun Dr Mahathir)
- 1 November 2003 - Mac 2004 : Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Kabinet 2003 Tun Abdullah)
- Mac 2004 - Februari 2006 : Timbalan Menteri Pengangkutan (Kabinet 2004 Tun Abdullah)
- Februari 2006 - 15 Februari 2008 : Timbalan Menteri Pengangkutan (Kabinet 2006 Tun Abdullah)
- 19 Mac 2008 : Dilantik Timbalan Menteri Luar Negeri (Kabinet 2008 Tun Abdullah - Tolak Jawatan dan kekal sebagai ahli parlimen)
- Nov 1999 - sekarang : Ahli Parlimen Jerantut
[Pertanyaan Lisan Parlimen81 pula ialah meminta AHLI PARLIMEN JERANTUT atau Pembantunya atau Penyokongnya menyenaraikan apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Ahli Parlimen Jerantut (1999 -2010) untuk kemajuan dan pembangunan parlimen Jerantut sepanjang menjadi :
- Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
- Timbalan Menteri Pengangkutan
- Ahli Parlimen Jerantut ] ?
12 ulasan:
hebat juga Tengku Lan ni ye .... banyak pengalaman ni
Apa Ku lan buat di jerantut (1999-2010):
Jalan Jerantut Maran RM300 juta
Jalan Jerantut Benta RM200 juta (tergendala Kerajaan salah pilih kontraktor)
Jalan Ulu Tembeling RM460 juta(in progress)
Kolej ADTEC Teming RM120 juta
pembesaran stesyen keretapi Jerantut RM8 juta
Masjid baru Jerantut RM30 juta
Salam.Ada lagi jasanya selain yang ditulis tadi.Ada sebuah sekolah akhlak di jerantut.Ada pusat serenti di jerantut jalan ke benta.
Betullah banyak betul jasa Tengku Lan ni ... Sekolah tengku ampuan afzan pun dia buatkan , bandar inderapura dia buatkan , jalan jerantut jengka 8 pun dia buatkan , jambatan feri pun dia buatkan , bandar baru jerantut dekat kedai savemore pun dia buatkan , upgrade jalan jerantut temerloh pun dia buatkan , semua kat jerantut ni atas usaha tengku lan .
banyaklah tu.., ada lagi satu awk org tertinggal iaitu rumah orang tua-tua dkt sek tunas bakti, jalan feri, nanti apabila kita dah tua dan anak-anak tak nak jaga, hantar je ke jalan feri tu... dekat skit.
Ada lagi .... Semak2 yg banyak kat jerantut ni pun Tengku Lan dah suruh org tolong tebaskan ... Kat ulu tembeling dah tak banyak semak lagi , kat pulau tawar dah tak de semak lagi , kat tekai pun semak dah hampir pupus ... Bagus betul.
Koi dah baca soalan2 TL tu tapi secara direct koi lihat ada satu je satu dua je pertanyaan yg secara direct ada kena mengena dgn jerantut ni . Hak lain byk isu negara . Koi lihat juga ahli parlimen lepih dgn ahli parlimen k.krau byk betul soalan berkaitan direct berkaitan dgn isu tempat mereka ...
Korang ni kalau nak menipu pun biarlah nampak real sikit.
Selain dari yg disebutkan beliau juga menjana ekonomi Pegawai2 khasnya...Kak Key, En. Dollah Al-Kicapi dan Hj. Rosedee al kulati..
Ooo jadi inilah 3 abdul yg menjadi pembantu tengku lan ....
Apa yang Ku Lan buat tu bukan susah pun..guna duit rakyat je..tapi kena tahu la projek tu berguna @ x..apa hasilnya kpd rakyat sekeliling..setakat projek jalan tu memang dah kemudahan asas yang perlu dibina utk kegunaan rakyat..x payah ahli parlimen..dah memang tanggungjawab kerajaan..tapi projek sume juta2 yak..cuba selidik skit sepe kontraktor2 yg dpt projek tu? lagi penting selidik sepe kontraktor yg projek tergendala te..haha..ahli parlimen jerantut tak amek tindakan ke? hahaha
Sebenarnya takde apepun Tengku Lan buat, yang ada tu secara kebetulan je, dah memang pembangunan tu nak ditempatkan di jerantut sebab projek pembangunan yang telah dibuat itu tak pernah disuarakan di parlimen atau dia pergi ke kementerian berkenaan, lagi satu pembangunan yang ada tu di perjuangkan oleh ADUN, contoh ADTEC tu di bawah oleh YB Dato' Lau Lee melalui menteri yang berkaitan. Apa yang aku nampak yang dibawaknya ialah pemberian Dato' kepada kroni-kroni dia ajeh....
Catat Ulasan