Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 1 Oktober 2010

Balak Masih Sumber Ekonomi Utama Jerantut ?

Sebenarnya penulis telah lama ingin menulis mengenai isu pembalakan ini tapi setelah membaca pendedahan dari sebuah blog pembangkang N9 pihak parlimen81 rasa terpanggil untuk menyenggerakan penulisan ini . Jika benarlah apa yang di perkatakan oleh blog N9 itu maka pihak parlimen81 menyeru supaya pihak Jabatan Perhutanan Jerantut dapat menyiasat segera dan sekiranya perlu membuat sidang akhbar khas untuk menjelaskan isu ini . Jika kelulusan telah diberi untuk tujuan pembalakan ini ,adakah Jabatan Alam Sekitar telah dirujuk untuk mengkaji dari sudut kesan pencemarannya ? Atau adakah kawasan konsesi pembalakan itu tidak memerlukan kelulusan Jabatan Alam Sekitar ?

Sebenarnya sungai tembeling dan sungai pahang telah lama tercemar oleh pembalakan dihulu sungai . Air Sungai Pahang hanya jernih pada musim kemarau. Penulis pada peringkat awal hanya menyangkakan bahawa tanah hutan di Ulu Tembeling masih hijau rupanya setelah melihat kepada gambar Aerial kawasan Ulu Tembeling penulis amat terkejut sebenarnya melihat banyak hutan sudah gondol hasil aktiviti pembalakan .


Penulis faham, hutan antara penyumbang utama ekonomi kepada negeri Pahang .Secara ringkasnya berdasarkan budget tahun 2010, Kerajaan Pahang mensasarkan hasil dari sumber sumber Hutan sebanyak RM77.75 juta iaitu hasil negeri ketiga terbesar .

Sebenarnya mengikut pembentangan budget 2010 juga , secara kasar Pahang hanya mempunyai rezab tanah boleh di balak dan dibangunkan sekitar 6 hingga 7 peratus sahaja lagi setelah ditola Rizab Taman Negara, Rizab Hidupan Liar, Kawasan Tadahan Air, Rizab Tasik dan Sungai.

Status Sumber Hutan Negeri Pahang

Daerah Hutan
Daerah Pentadbiran
Keluasan Mengikut Jenis Hutan (Hektar)
Jumlah
Hutan Darat
Hutan Paya Gambut
Hutan Paya Laut
Ladang Hutan
Kuantan/Pekan/Maran
Kuantan
69,477.03
-
812.39
-
70,289.42
Pekan
22,463.00
82,971.97
1,142.38
-
106,577.35
Maran
64,802.90
-
-
-
64,802.90

JUMLAH
156,742.93
82,971.97
1,954.77
-
241,669.67
Rompin
JUMLAH
180,451.20
14,469.00
461.19
-
195,381.39
Temerloh/Bera
Temerloh
26,517.00
-
-
24,043.00
50,560.00
Bera
61,973.30
-
-
-
61,973.30
Maran
33,982.70
-
-
-
33,982.70

JUMLAH
122,473.00
-
-
24,043.00
146,516.00
Jerantut
JUMLAH
371,478.16
-
-
-
371,478.16
Lipis
JUMLAH
277,207.99
-
-
-
277,207.99
Bentong
JUMLAH
99,136.52
-
-
-
99,136.52
Raub/C.Highlands
Raub
148,945.79
-
-
-
148,945.79

C.Highlands
38,771.68
-
-
-
38,771.68

JUMLAH
38,771.68
-
-
-
187,717.47
JUMLAH

1,395,207.47
97,440.97
2,415.96
24,043.00
1,519,107.20
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang

Pertanyaan serius dari pihak parlimen81 kepada kerajaan negeri dan Jabatan Perhutan Pahang ialah adakah terdapat usaha secara besar-besaran untuk menanam kembali hutan ini sebagai reserve generasi akan datang ? Kalau melihat kepada budget Kerajaan Pahang untuk tahun 2010 hanya sebanyak RM1.93 juta diperuntukan untuk pembangunan hutan yang sebahagian besarnya untuk penyelenggaraan termasuk penyelenggaraan Hutan-Hutan Lipur. Adakah tanggungjawab penanaman semula hutan di uruskan sendiri oleh Jabatan Perhutanan atau di digalas kepada syarikat yang mendapat konsesi pembalakan  atau ada kontraktor khas dilantik oleh kerajaan untuk penanaman semula ini? Penulis difahamkan bahawa hanya terdapat satu sahaja nurseri anak pokok untuk penanaman hutan yang teletak di Lentang yang diuruskan oleh Jabatan Hutan. Jika ini benar maka amat malang kerana dengan hanya satu sahaja nurseri maka usaha penanaman hutan secara terurus dan besar-besaran akan terjejas kerana penulis merasakan bahawa nurseri untuk tujuan penanaman sepatutnya berada didalam kawasan penanaman iaitu di kawasan hutan-hutan yang telah ditebang (jika kawasan konsesi adalah besar).

Kalau melihat contoh di Sarawak iaitu dikawasan-kawasan pembalakan Hulu Rejang  banyak nurseri nurseri diwujudkan di dalam kawasan pembalakan untuk tujuan penanaman semula hutan .

 klik pd gambar untuk besarkan
Gambar diatas ini adalah kawasan pembalakan baru di Jerantut yang dapat kita lihat selepas simpang Padang Piol menghala ke Pulau Tawar . Berapa luaskah kawasan pembalakan yang diluluskan di sini yang penulis difahamkan konsesinya di beri kepada seorang Melayu ? Penulis tidak pasti pula siapa yang menguruskan penebangan balak di sini adakah diuruskan oleh pemegang konsesi sendiri atau di subkan kepada orang lain lain ? Dan penulis juga tidak pasti pula berapa ekar yang diluluskan . Adakah 1 ekar , 100 ekar , 400 ekar atau 500 ekar . Penulis juga tidak pasti adakah kawasan konsesi ini memberi kesan kepada tadahan air untuk Sungai Salan dan adakah terdapat zon tampan . Jika ianya termasuk apakah implikasi kepada sungai salan dan penduduk yang mengunakan air tersebut sebagai sumber air selepas ini . Harap Jabatan hutan dapat memantau sungguh-sungguh aktiviti pembalakan disini supaya tidak terlebih kawasan konsesi , jika 400 ekar konsesinya pastikan jangan sampai 500 ekar pula ditebangnya , dan pastikan juga pembalakan tidak dilakukan di kawasan zon tampan sungai .


Sungai Salan Lokasi Kaki Pancing

Empangan Bersejarah Sungai Salan di Bina Pada Zaman British

Salah Satu Dari Air Terjun Yang Terdapat di Sungai Salan

Berapa agaknya keuntungan pemegang konsesi disini ye dan berapa pula hasil untuk kerajaan negeri . Penulis juga tidak pasti berapa kepadatan balak disini setiap ekar , mungkinkah 5 ton atau 8 ton atau 18 ton seekar. Apakah had pengeluarkan dibenarkan disini ? Adakah 8 ton/ekar 15ton/ekar atau 20ton/ekar ? Jabatan perhutanan kena pantau supaya tidak melebihi had dibenarkan.

Akhir sekali kepada kakitangan Jabatan Perhutan Negeri Pahang , kami hargai jasa anda dan kami sebagai rakyat ini mengamanahkan kepada anda untuk menguruskan hutan negeri pahang ini secara jujur dan amanah . Laksanakan tugas anda kerana Allah semoga anda semua diberkati olehNya. Amin

Hutan Simpan Kekal Daerah Jerantut


Bil
Nama HSK
Hutan Darat (HA)
Paya Gambut (HA)
Paya Laut (HA)
Jumlah
1
Berkelah
45,890.00


45,890.00
2
Gunung Aais
78,793.00


78,793.00
3
Gunung Aais (Tambahan)
15,615.00


15,615.00
4
Jerantut
1,559.00


1,559.00
5
Jerantut (Tambahan)
15,474.00


15,474.00
6
Som
13,032.00


13,032.00
7
Tekai (Tembeling)
90,120.00


90,120.00
8
Tekai (Tembeling)(Tambahan)
46,199.00


46,199.00
9
Tekam
38,607.00


38,607.00
10
Ulu Beruit
2,398.00


2,398.00
11
Ulu Mas
2,436.00


2,436.00
12
Yong
18,865.16


18,865.16
13
Yong (Tambahan)
2,490.00


2,490.00
JUMLAH
371,478.16


371,478.16






JUMLAH KESELURUHAN
371,478.16


371,478.16
sumber : Jabatan Perhutanan Negeri Pahang



 

10 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wah cantiknya sungai salan nii .... tak tahu aku selama ini sungai salan ini cantik . ini sungai salan dekat dengan Maahad Tahfiz tu kan ?

Tanpa Nama berkata...

Habislah balk kita weh .... Sapa plak dapat balak tu .

Tanpa Nama berkata...

Hutan dan sungai boleh dikatakan hasil kepada kerajaan negeri, kedua-duanya boleh dijadikan bahan tarikan pelancongan. Walaupun kedua-duanya boleh mendatangkan wang, adalah diharapkan pengusaha pembalakan dan kerajaan negeri seharusnya prihatin perkara ini...

Jerantut yang telah dianggap sebagai kawasan pelancongan yang mempunyai 'taman negara' sepatutnya perlu dijaga dan ditingkatkan prestasinya. Kerajaan negeri seharusnya menjaga khazanah ini terutama produk-produk pelancongan lain (selain taman negara kuala tahan) yang boleh mendatangkan pendapatan kepada penduduk setempat seperti gua-gua (gua kota gelanggi), air terjun seperti lata meraung, air terjun salan dan lain-lain yang sudah tentu melibatkan sungai.

Jadi kelulusan kawasan pembalakan harus diteliti supaya tidak melibatkan sungai dan air terjun berkenaan. Usaha pembalakan akan merosakkan flora dan fiona serta mencemar produk-produk pelancongan ini

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya pembalakan di Jerantut ni lagi hebat dari Cameron dan Lojing.Cuma tak dapat didedahkan je oleh Karam Singh Walia.Mungkin sebab lokasi pembalakan yang jauh di pedalaman dan tiada jalan raya lengkap membuatkan ianya "tersorok".Jerantut Bandar Syurga Pembalakan.Aerial view ni macam lama je.Kalau sekarang mungkin dah terang dah hutan kat sana tu.Sikit lagi nak masuk Taman Negara di seberang Sungai Tembeling.Apa ke jadahnya ini?Siapa yang untung?Ada konspirasi orang atasan?Mana peranan kerajaan negeri dan jabatan berkenaan?Tidur?Tidur je la labu..Nanti lepas PRU13,barulah bangun.Hehehe

Tanpa Nama berkata...

alam semulajadi sebagai sumber rezeki, daerah jerantut sudah ditakdirkan punyai hutan yang banyak dan sudah pasti menjadikannya punca rezeki kepada penduduk tempatan samada pelancongan atau rezeki sumber dari air dan hutan..

apakah kerajaan negeri tidak prihatin terhadap punca pencarian rezeki penduduk tempatan?.., keadaan seginilah diantara punca-punca penyebab rakyat kurang berminat dengan kerajaan...

harap orang politik yang masih berkuasa sila ambil perhatian, jangan hanya kerana perut sendiri rakyat menderita... dan akhirnya kerajaan yang ada jadi taruhan.....

chenerong ular berkata...

Kalau di ikutkan hati,biarlah hutan2 balak di Pahang ini cepat habis,tak ada lagi orang2 yang mengharap untuk mendapat laba dari hasil hutan tersebut,kerajaan tak dapat sebanyak mana pun wang kutipan hasil balak,yang kaya raya,tokey,pemimpin,dan akan jadi senang sikit kehidupan mereka penguat kuasa dan yang berkerja dengan jabatan berkaitan,kita bukan dengki dengan mereka2 jika semua dibuat dengan cara betul mengikut peraturan,INGAT KAH SAUDARA SATU ANAK SYARIKAT KERAJAAN YANG TERLIBAT SECARA LANGSUNG DENGAN INDUSTRI BALAK DI PAHANG INI, ASPA,apa jadi,kawasan diberi,kilang papan ada,kenapa rugi?.FIKIR2 LKAN LAH,JIKA HENDAK JADI JUTAWAN CEPAT CEBURI INDUSTRI BALAK,SAYA PERNAH MEMBUAT KOMEN DI BLOG SAUDARA SEBELUM INI,TAPI TAK DI LULUS UNTUK DIPAMIRKAN.

Tanpa Nama berkata...

kalau kita renungkan, pahang mempunyai kawasan hutan yang luas dan pengusaha-pengusaha dalam bidang pembalakan telah tumbuh dengan banyaknya di pahang tetapi sorotan daripada itu kita merasakan begitu terkilan kerana rata-rata pengusaha tersebut adalah dikalangan orang-orang bukan melayu

Kenapa kerajaan negeri tidak terlintas untuk memberi peluang dan membangunakan pengusaha bumiputera dalam bidang berkenaan, kalau dihitong sudah pasti tidak sampai 1% pengusaha ini terdiri dari orang Melayu, kenapa perkara ini terjadi, adakah kerajaan negeri yang diterajui oleh Melayu langsung tidak teringatkan untuk melatih/mengasuh/membimbing/memberi peluang kepada bangsanya sendiri. Sebenarnya terlalu banyak sumber-sumber ekonomi daripada pembalakan ini yang dipanggil industri hiliran

Ini punca diantara sebab-sebab orang-orang Melayu Pahang ini mundur dan jauh ketinggalan daripada Melayu di negeri lain, mungkin juga pemimpin Pahang ini adalah diatara orang-orang yang tidak ikhlas dengan bangsanya sendiri dan diantara punca penyebab orang Melayu berterusan mundur, saya kira mereka juga adalah penyebab peratusan pencapaian ekonomi orang Melayu dalam DEB tidak tercapai..

Tanpa Nama berkata...

(rodong) anon 14:27
sebenarnya kebanyakan konsesi balak ini diberi kepada orang melayu ... nak lebih spesifik ialah orang melayu AMNO yang bernama ALI ... dan konsesi ini dengan rela hati diserahkan kepada BABA yang dengan suka hati menerima nya dan memberi sedikit habuan kepada ALI ini dan ALI akan perabihkan duit itu dan kemudian mencari konsesi lagi ... yang kaya tetap BABA... so jangan marah kat BABA marahkan ALI tu

chenerong ular berkata...

BETUL SANGAT ONG CAKAP TUK ANON 21:52,TEPAT......KAWASAN DI BERI PADA MELAYU,MELAYU JUAL,DAPATLAH SIKIT UNTUNG,BOLEH LAH BEBBELANJA KE DANGDUT DENGAN KAWAN2,ATAS NAMA KETUA KAMPUNG DAN JKKK BERAPA BANYAK KAWASAN DILULUSKAN,ATAS NAMA AGENSI KEREJAAN,BERAPA BNYAK KAWASAN BALAK DI LULUSKAN,SIAPA DUDUK DALAM AHLI LEMBAGA PENGARAH,DARI PENGERUSI SAMPAI LAH LEMBAGA PENGARAH 99.9% MELAYU,BERAPA BANYAK UNTUNG?.YB DAN PEMIMPIN POLITIK BERAPA BANYAK KAWASAN DILULUSKAN,JUAL KE SIAPA KAWASAN TUK?.KONSENSI YANG BERTENDER AJER LAH YANG KITA TAK DAPAT LAWAN BABA2 NE,SEBAB APA?. 1.BABA2 NE BANYAK SANGAT DUITNYA BUKAN BALAK SAJA DAPAT DI BELI,HABIS DENGAN KAKITANGAN PEJABAT BERKAITAN DIBELINYA.2.PEMIMPIN POLITIK BERKUASA PUN BOLEH JUGA DIBELI OLEH MEREKA2,YANG MEMPUNYAI KAITAN MELULUSKAN KAWASAN TERTENTU. 3.JIKA ADA LAH MELAYU YANG DAPAT KONSENSI MELAYU TENDER,SIAPA DIBELAKANG MEREKA,TAK SEMUA,TAPI KEBANYAKAN BABA LAH DIBELAKANG,MELAYU MENJADI BELACI TAPI JUTAWAN JUGA. KITA TAK DAPAT NAK KATA APA LAGI DAH JIKA RM(duit) dah dapat menguasi diri kita,kita tak boleh mengharapkan keadaan ini di selamatkan oleh penguatkuasa jabatan berkenaan,pemimpin2 pilitik,yang berhurmat2,selagi kita melayu ini mempunyai nafsu rakus untuk menjadi KAYA,dan mendapat kan RM dengan jalan paling mudah,BABA2 ini akan sentiasa memberi asalkan laba dikiutip oleh BABA.CUBA RENUNGKAN KES YANG TERJADI,KEMANA HILANG NYA 40KG SYABU,BARANG KES,KEMASUKAN PENDATANG ASING DENGAN SENANG DIPINTU2 MASUK YANG SAH,MCAMMANA LEPAS,ITU KESELAMATAN NEGARA,BALAK YANG DI CURI BERIBURIBU HEKTAR TAK DI SEDARI OLEH ORANG HUTAN,BUKAN PENCURI MAIN CABUT DAN PIKUL SEBATANG2 PERGI JUAL,ORANG UTAN TAK TAU JUGA,BANYAK LAGI KES,CUKUP LAH BERCERITA,YANG PENTING NAK BAGI TAU RAMAI MELAYU YANG MEMPUNYAI KUASA TIDAK MEMPUNYAI INTEGRETI DAN JATI DIR.AKALU BOLEH MALAYSIA NE NAK DI JUALKAN.RENUNG2KAN LAH,BAGI PADA SIAPA PN YANG MEMERINTAH AKAN JADI SAMA KEADAAN NYA,TAPI MUNGKIN SLOW SIKIT CARA NYA SEBAB BARU MEMERINTAH,MELAYU MELAYU.........

Tanpa Nama berkata...

semuanya ini terletak pada kerajaan negeri, kalau kepimpinan hari ini hendak melihat melayu jadi pengusaha dibidang pembalakan sudah tentu jadi.., tetapi mesti dikawal

mereka mesti dilatih, dikenakan dengan syarat-syarat tertentu baru kita dapat lihat kejayaan mereka ini, bukan senang nak melatih orang melayu yang telah terlalu lama ditindas penjajah (lebih 400 tahun), zaman penjajah mereka ini tidak pernah diasuh, dilatih, digilap, di beri muka oleh penjajah, mereka dibiarkan begitu sahaja, orang-orang pendatang ketika itu, cina diberi konsensi dalam pelbagai bidang, kilang dan sebagainya, orang India digalakkan mengusahakan estet, orang melayu?...

inilah dia nasib orang melayu, jadi kerajaan hari ini sepatutnya tidak jemu membimbing dan memberi latihan serta memberi peluang yang secukupnya walaupun berdepan dengan masalah yang sangat jerih dan susah..

walaupun DEB dikatakan kurang berjaya mencapai sasaran tetapi nampak juga hasil daripada dasar tersebut yang boleh memberi impak kepada generasi baru untuk diteladani..