Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 15 Mac 2012

Ingatan Kepada Ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Jerantut

Ini bukan pekeliling dikeluarkan kepada Ahli Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Daerah Jerantut tapi pekeliling ini mungkin boleh dijadikan sebagai peringatan kepada semua ahli Jawatankuasa Pembangunan Daerah Jerantut supaya jangan ambil mudah semua mesyuarat-mesyuarat yang melibatkan jawatankuasa ini . Jawatankuasa ini adalah driver kepada pembangunan daerah Jerantut . Jadi jawatankuasa ini perlulah sentiasa proaktif dalam segala tindakan dan keputusan supaya hasil tindakan mereka ini boleh sampai terus kepada rakyat di daerah Jerantut .

Ingatan juga kepada jawatankuasa-jawatankuasa lain yang yang diwujudkan diperingkat daerah. Ingatan juga kepada wakil-wakil rakyat yang menganggotai jawatankuasa tersebut supaya menyuarakan pandangan rakyat dalam jawatankuasa itu bukannya menyuarakan padangan kontraktor-kontraktor !!!!

PEKELILING AM
KERAJAAN NEGERI JOHOR BIL.4 TAHUN 2002
Kehadiran Anggota-anggota Jawatankuasa
Pembangunan Daerah Di dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah
1. TUJUAN:
Pekeliling ini bertujuan untuk mewajibkan kehadiran anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah tanpa diwakilkan kepada pegawai kanan atau di bawahnya di dalam Mesyuarat Pembangunan Daerah.

2. LATARBELAKANG:

2.1. Keanggotaan Jawatankuasa Pembangunan Daerah telah ditetapkan oleh Arahan No.1 Tahun 2001 yang telah dikeluarkan pada 8 Mei 2001. Arahan ini ditandatangani oleh Y.A.B. Perdana Menteri.

2.2. Arahan tersebut telah menetapkan keanggotaan Jawatankuasa Pembangunan Daerah sebagaimana Lampiran A. Fungsi Jawatankuasa Pembangunan Daerah sebagaimana yang ditetapkan oleh Arahan No.1 Tahun 2001 adalah sebagaimana Lampiran B.

2.3. Adalah diperhatikan sejak kebelakangan ini, kehadiran anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah sendiri yang menjadi ahli di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pembangunan Daerah adalah kurang menggalakkan. Ada dikalangan anggota-anggota tersebut mewakilkan kepada pegawai kanan atau di bawahnya.

2.4. Pentadbiran Negeri memandang berat akan perkara ini kerana Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah ditubuhkan bagi memastikan semua keputusan Majlis Pembangunan Negeri dilaksanakan sepenuhnya di Peringkat Daerah. Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah juga berperanan menangani isu/masalah Pelaksanaan Projek-projek Pembangunan Lima Tahun Kerajaan dan Projek-projek Khas yang diluluskan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi.

2.5. Ketidakhadiran anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah boleh menjejaskan pengambilan keputusan yang lebih berkesan untuk menangani isu/masalah pelaksanaan projek-projek pembangunan atau perakuan cadangan dasar dan strategi pelaksanaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Negeri dan Majlis Pembangunan Negeri. Ia juga boleh menggagalkan objektif penubuhan Jawatankuasa Kerja Pembangunan Daerah dan seterusnya melambatkan pencapaian pembangunan Negeri Johor yang menekankan kepada pendekatan yang menyeluruh dan seimbang.

3. PELAKSANAAN:

3.1. Jawatankuasa Pembangunan Daerah hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sebulan sekali seperti yang ditetapkan oleh Pengerusi.
3.2. Pada harimesyuarat tersebut, kedatangan anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah akan dicatat di dalam Buku Daftar Kehadiran.

3.3. Adalah diharapkan semua anggota-anggota Jawatankuasa Pembangunan Daerah
 
4. KUATKUASA:
Pekeliling Am ini berkuatkuasa serta-merta. Pegawai Daerah/Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Daerah hendaklah memastikan bahawa kehadiran anggota-anggota Jawatankuasa berkenaan dilaksanakan sepenuhnya.
(DATO’ HAJI AYUB BIN MION)
SETIAUSAHA KERAJAAN JOHOR
Bertarikh: 20 September 2002
link asal klik sini
khususnya Wakil-Wakil Rakyat dikehendaki hadir tanpa diwakilkan kepada pegawai kanan atau di bawahnya. Sekiranya mereka tidak dapat hadir hendaklah memaklumkan kepada Pengerusi. Hanya Y.B. Menteri dibenarkan mewakilkan kehadirannya dengan Setiausaha Politiknya.

Tiada ulasan: