Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 8 Ogos 2011

Ahli Parlimen Jerantut Hilang ?

Kali terakhir nama Ahli Parlimen Jerantut dicatatkan didalam Penyata Rasmi Parlimen sebagai pembahas atau penanya solan atau pencelah di dalam persidangan parlimen ialah pada 28 Oktober 2010 .

Selepas tarikh tersebut sehingga persidangan terakhir dewan rakyat pada 30 Jun 2011 p81 tidak menjumpai sebarang persoalan atau pencelahan atau perbahasan yang dilakukan oleh ahli parlimen Jerantut di dalam dewan parlimen . Isu terakhir yag dilontarkan oleh Ahli Parlimen Jerantut ialah berkaitan keperluan diadakan khutbah Jumaat didalam bahasa inggeris . Berikut adalah senarai 3 soalan terakhir dari Ahli Parlimen Jerantut.


PR-1233-L39999
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ]
minta PERDANA MENTERI menyatakan apakah perlu khutbah Jumaat
dibaca di dalam Bahasa Inggeris, contohnya di Masjid KLCC.


PR-1233-L39995
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ]
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah perkara-perkara
yang boleh dianggap sebagai hasutan dan Akta Hasutan boleh
digunakan.


PR-1233-L40012
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ]
minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah Askar Melayu
Diraja masih unggul dan peranannya dalam mempertahankan
keselamatan negara masih diperlukan.


P81 juga tidak dapat mengesan sebarang perbahasan atau pencelahan yang dilakukan oleh Ahli parlimen Jerantut dalam tempoh beliau menjadi ahli parlimen (maaf jika p81 silap)

Sementara itu kali terakhir Ahli Parlimen Jerantut membawa isu Jerantut secara khusus ialah pada 3 Mac 2009 iaitu isu berkaitan dengan Jalan Kampung Tuit . Selepas itu tidak ada lagi isu-isu khusus berkaitan Jerantut yang dilontarkan oleh Ahli parlimen Jerantut ke parlimen


3 Mac 2009
13. PR-1221-L16634
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] mintaMENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan sejauh mana persediaan untuk melaksanakan Jalan Kampung Tuit ke Kampung Mat Daling dalam Rancangan Malaysia Ke-9.


Ada juga beberapa isu yang ada kaitan secara tidak langsung berakitan dengan jerantut yang dibawa ke parlimen oleh ahli parlimen jerantut . 

1 Apr 2010 (Perbahasan)
5. PR-1231-L37001
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] mintaMENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan adakah satu kajian perlu di buat untuk memastikan jalanjalan yang di bina di luar bandar tidak terputus waktu musim tengkujuh oleh banjir kilat.



15 Jun 2009 (Perbahasan)
5. PR-022-L18426
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] mintaMENTERI KEWANGAN menyatakan apakah benar Pakej Rangsangan Ekonomi yang dikemukakan oleh Kerajaan baru-baru ini akan pergi kepada sasaran yang tepat iaitu untuk membantu rakyat,terutama rakyat di kawasan luar bandar.


7 Julai 2008
66. PR-1212-L13733
Dato' Seri Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar [ Jerantut ] mintaPERDANA MENTERI menyatakan apakah cara-cara yang boleh mempercepatkan sistem pentadbiran Kerajaan dalam meluluskan dan melaksanakan projek terutamanya di kawasan luar bandar.



Yang lain-lain ialah isu2 yang berkaitan terlalu nasional yang tidak mungkin rakyat jerantut fahami sangat . klik sini utk details

Data-data diatas saya rumuskan hasil dari pencarian saya di laman web parlimen.gov.my . Jika ada kesilapan saya minta maaf dari ahli parlimen jerantut . Ini adalah semata-mata untuk membantu ahli parlimen jerantut agar lebih membawa isu2 berkaitan jerantut secara khusus ke parlimen selepas ini .

Jadi tajuk blog p81 kali ini ialah Ahli parlimen Jerantut Hilang ? adalah bermaksud supaya ahli parlimen jerantut lebih aktif lagi membawa isu-isu khusus berkaitan dengan hal ehwal jerantut ini ke parlimen . Jangan isu-isu jerantut hilang di parlimen. gegar sikit parlimen itu biar orang atas-atas tahu isu kat jerantut ini. Jangan disembunyikan isu-isu dijerantut ini .

Untuk makluman p81 telah beberapa kali menulis dan memohon agar Dewan Undangan Negeri Pahang juga dapat menyediakan hansard secara online  (klik sini dan sini ) bagi memudahkan rakyat menilai keberkesanan ADUN masing-masing membawa isu-isu rakyat didalam DUN . Tak semua rakyat dijemput hadir mendengar sidang DUN seperti perhormatan yang dimiliki oleh beberapa blogger (eg braveheart)

Dan soalan khas kepada penasihat-penasihat Ahli Parlimen Jerantut . Susah sangat ke nak karang soalan2 yang berkaitan dengan isu-isu di Jerantut ini ?  Memang susah nak karang benda-benda ini kalau penasihat-penasihat asyik duduk dalam aircond je dan buat kerja remote control je dan hanya menulis berdasarkan maklumat di internet sahaja. Susah sangat ke nak lontarkan soalan2 untuk memohon supaya dibawa projek2 ke Jerantut ini . susah ke nak mengarang soalan . Ada ahi parlimen tu saya tengok bertimbun-timbun soalan yang dia lontarkan ke parlimen .... biarpun soalan itu kadang2 tidak masuk akal tapi yang tak masuk akal tu kadang2 di terima oleh kerajaan.

Sebenarnya p81 tabik dengan YB Kuala Krau kerana banyak juga isu2 di Jerantut yang di sentuh oleh ahli Parlimen Kuala Krau sama ada dalam soalan beliau atau dalam perbahasan beliau didalam parlimen seperti isu menaik taraf stesen keretapi Jerantut. Dan yang hairannya ada ahli parlimen dari Perak yang menyentuh tentang terdapat sebuah sekolah di parlimen Jerantut yang tidak mempunyai kantin sekolah dan ada ahli parlimen dari Sabah yang berbahas teantang keperluan melatih anak2 tempatan supaya menjadi pemandu pelancong yang mahir di Taman Negara.

Kalau orang lain boleh nampak tentang isu2 tertentu di jerantut ini kenapa Ahli parlimen kita tidak nampak hal-hal ini . mungkin isu ini terlalu remeh pada pandangan beliau dan penasihat-penasihatnya.

Harapan saya gunakan sesi perbahasan parlimen akan datang ini untuk melonggokkan soalan2 ynag berkaitan  jerantut ke parlimen.

1 ulasan:

kembara di Kuwait berkata...

SALAM,
apasal jd mcm ni? sibuk dengan ape?mende MP buat... balak kat ulu tu doh bulih ke deme doh..nok ikan keloh pun kabo aje bulih slalu tp kg x moh care, dekat ngundi esok mula la sebok, orang bukan suka sangat ke PAS tp kalo BN/UMNO dok pakat main anok branok aje .. mampus la, pakat tengok sikit K tembeling, abis UMNO tembeling tu jd hok anok beranok doh, org lain nk menceloh memeng kena cantas,jgn mcm tu wehhh! kawan jauh nok balik sokmo x boleh huhu..anak tembeling di kuwait