Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 8 Ogos 2011

MCA Pecah Tembelang UMNO di Pulau Pinang

Kalau selama ini UMNO  Pulau Pinang bermati-matian mengatakan kerajaan PR diterajui DAP di Pulau Piang zalim kepada orang Melayu tapi akhirnya MCA sendiri yang memecahkan tembelang UMNO bila MCA mempersoalkan kenapa daripada 968 projek hanya terdapat 2 projek di beri kepada kontraktor cina yang selebihnya di beri kepada kontrakotr Melayu .


ARKIB : 29/07/2010

Malapetaka sekiranya negara diperintah pakatan pembangkang

HAMPIR setiap hari akhir-akhir ini terpampang di dada beberapa akhbar perdana berkenaan cadangan penyatuan orang Melayu. Kita telah lihat bagaimana perilaku kerajaan Pulau Pinang dan Selangor yang ditunggangi oleh DAP dan PKR terhadap orang Melayu.
Kalau UMNO/BN memerintah, semua rakyat tidak kira suku atau kaum terjamin. Tetapi di Pulau Pinang dan Selangor, orang Melayu ditindas, perkampungan Melayu telah dan akan dihapuskan, peruk nasi peniaga dan kontraktor Melayu sudah dimasukkan pasir.
Perkampungan Melayu di seluruh bahagian pulau sedang dihapuskan dengan cara halus dan kerajaan DAP Pulau Pinang sudah pun membuat pengumuman tiada lagi rumah kos rendah atau sederhana akan dibina, sebaliknya rumah kos tinggi harganya mencecah RM1 juta digalakkan.
Sejak selepas Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 ramai kontrakor kelas F Melayu sudah muflis atau sudah jadi kayu mati. Ini semua salah Melayu sendiri kerana mengundi pakatan pembangkang.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0908&pub=utusan_malaysia&sec=Utara&pg=wu_06.htm&arc=hive


ARKIB : 08/09/2009

Kontraktor kelas F kritikal

PULAU PINANG 7 Sept. - Lebih 450 kontraktor Kelas F di Daerah Timur Laut di sini kini kritikal kerana tidak mendapat sebarang projek bagi membolehkan mereka terus bertahan dalam industri.



Penang Wanita MCA: Why no DID projects given to Chinese

PETALING JAYA: Penang Wanita MCA wants to know why not a single state Drainage and Irrigation Department (DID) project was given to Chinese contractors.
Its chairman Tan Cheng Liang said she believed the Chinese contractors had submitted tender applications for the projects.
"Has the state deemed their applications incomplete.
"I am aghast and unable to comprehend why isn't a single contract awarded to a Chinese contractor," said Tan in response to Chief Minister Lim Guan Eng's statement on July 27, that contractors in all five districts for the DID projects were Malays, bumiputras and Indian Muslims of which women accounted for 20%.
Tan said since the DAP took over the state, not a single Chinese contractor in the five districts were given projects.
"They should ensure that the contractors are capable of guaranteeing a successful completion of the projects and there will not be problems later," she said.
Tan said there was proof that despite the support from the Chinese for Lim and DAP, the interest of the Chinese had been threatened after DAP came into power.
"They realise that they cannot rely on the Chinese forever but I hope the curry favour among other races is not done at the expense of the Chinese," she said.

ARKIB : 07/08/2011

Tender: MCA selar DAP



PULAU PINANG 6 Ogos - MCA menyelar tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang yang hanya memberikan tender kepada dua kontraktor Cina sedangkan jumlah projek ditawarkan sebanyak 968 buah bernilai RM125 juta.
Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, tindakan itu seolah-olah menunjukkan kontraktor Cina tidak mempunyai daya saing setanding kontraktor Melayu.
"Kami mengucapkan 'tahniah' kepada kerajaan negeri kerana hanya dua kontraktor Cina berjaya mendapat tender daripada keseluruhan 968 projek.
"Mungkin kami kena buat kesimpulan iaitu kontraktor bukan Melayu di negeri ini tidak kompetitif," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Perhimpunan Agung MCA Pulau Pinang di sini, hari ini.
Baru-baru ini, Ketua Wanita MCA, Tan Cheng Liang mendedahkan hanya 0.2 peratus kontraktor Cina mendapat tender daripada 968 projek kerajaan negeri.

Tiada ulasan: