Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 3 Ogos 2011

PR - Pakatan Rakyat atau Permanent Resident ?

Kecoh betul 2-3 minggu ini politik jerantut . Semua orang berebut nak promosi calon masing-masing dan hentam calon bukan pilihan mereka .

Diperingkat nasional pulak dilaporkan dalam beberapa akhbar online (klik sini) dan beberapa blog (klik sini) khabarnya di Selangor begitu banyak PR - Permanet Resident (Pemastautin Tetap ) telah didaftarkan sebagai pengundi didalam senarai SPR . Betul ke cerita ini ? Dan dengar cerita telah dibawa ke parlimen isu ini (klik sini). Yang membongkar cerita mengatakan ianya betul siap tunjuk bukti lagi . Dan SPR tegas mengatakan PR tidak boleh didaftarkan sebagai pengundi . SPR juga tegas mengatakan bahawa itu adalah kesilapan teknikal yang dibuat oleh pihak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Maknenya betullah apa yang di katakan oleh pembongkar cerita itu . Maknanya benarlah dalam senarai pengundi kita itu ada Permanent Resident yang didaftarkan . Cumanya seperti kata SPR itu adalah kesilapan teknikal dipihak JPN  (klik sini). makanya disebabkan itu adalah masalah teknikal maka dalam tempoh 12jam selepas kelaur isu tersebut maka ramailah PR telah bertukar status menjadi warganegara (klik sini) . Ini mungkin untuk membetulkan kesilapan tersebut . Dengar cerita di Selangor lebih dari 1000 PR telah dikesan didaftarkan sebagai pemilih (klik sini) dan (klik sini) . Itu yang dapat dikesan . Bagaimana pula yang tidak dapat dikesan ? Mungkinkah berbelas atau berpuluh ribu ? Semua cerita ini tidak disiarkan didalam akhbar arus perdana kerana akhbar arus perdana lebih merasakan isu PR ini kecil sangat jika hendak dibandingkan dengan isu perletakan jawatan seorang naib canselor (klik sini)

Bagaimana pula di Jerantut adakah semua parti politik telah menyemak daftar pemilih terbaru dikelaurkan oleh SPR ? Kalau dah ada tak terjumpa sesuatu yang misteri dalam daftar tersebut  ? Kalau jumpa dah dibuat ke bantahan kepada pihak SPR ? Kalau belum cuba2 check snearai tersbeut  kat sini boleh semak

Semak Daftar Pemilih SPR

Semak Status Kad Pengenalan Pemilih

Semua parti politik di Jerantut perlu bertindak segera bagi mengelakkan Jerantut dipenuhi oleh warga asing bertaraf warganegara suatu hari nanti .

1 ulasan:

PemikirpolitikJerantut berkata...

mohon link blog saya


http://pemikirpolitikjerantut.blogspot.com