Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 29 Julai 2011

Nasib Tanah Orang Melayu Jerantut

Salam 1Jerantut . Bagaimana nasib tanah orang Melayu di Jerantut ye ? Tanah melayu banyak tapi masih di takuk lama . ramai yang nak kaya sikit cepat maka dijualnya tanah kepada tokey2 cina di Jerantut maka jadilah tokey2 cina pemilik baru . Cuba selidik berapa banyak tanah rezab antarabangsa yang masih kekal ditangan orang melayu ? Dulu tanah rezab orang melayu 95% milik orang melayu . Hari ini kalau masih kekal 50% ditangan orang melayu Alhamdulillah .

Hari ini orang melayu begitu ramai yang membeli rumah2 ditaman2 perumahan di jerantut ini . Kebanyakan projek pembangunan ini dilakukan oleh pemaju2 berbangsa cina yang dulunya membeli tanah tersebut dari orang melayu .

Berapa ramai hari ini developer melayu yang memajukan taman2 perumahan ? . Dari Jerantut sampai ke Feri . Dari Jerantut hingga ke Kampung baru . dari Jerantut sampai ke Temin , dari Jerantut sampai ke batu Embun brape banyak developer melayu yang terlibat dalam pembangunan ? .

Saya menyeru kepada semua kontraktor-kontraktor melayu tak kira kelas A ke kelas B ke kelas C ke kelas D ke atau kelas E ke atau kelas F .... cukup2 cukuplah mengharapkan projek kerajaan . Cubalah jadi developer pulak . Kat jerantut ini ada brape kontraktor cina yang berlonggok kat pejabat tanah mengharapkan projek dari kerajaan ? hampir tak de kot ..... kalau adapun depa berlonggok kat Hijrah atau kat kedai mamak sebelah maybank tu  menunggu rezeki datang bergolek dibawa oleh geng2 ALI ni .

Ramai dah kontraktor melayu jerantut ini yang berkemampuan untuk menjadi developer . Dan juga seruan kepada orang2 melayu yang mempunyai tanah rezab antara bangsa yang dah tak ada pilihanan sangat tu tolonglah jangan jual tanah kepada bangsa bukan melayu , cubalah sedaya upaya jual kepada bangsa melayu juga walaupun mungkin terpaksa berpuas hati dengan diskaun sebnayak 10% benbanding jika dijual kepada bangsa lain ... kepada tokey2 melayu pulak janganlah mintak diskaun gila2 dari orang melayu . cubalah sedaya upaya membeli pada harga pasaran .

Mungkin sebab utama ramai orang melayu ini menjual kepada bangsa lainadalah disebabkan oleh kekurangan modal dikalangan orang melayu sendiri untuk membeli tanah2 rezab2 antara bangsa ini maka tuan2 tanah menjualnya kepada bangsa lain .

Mungkin boleh difikirkan supaya kita orang melayu dijerantut ini menubuhkan sebuah koperasi untuk mengumpul modal bagi membeli tanah-tanah yang ingin dijual oelh orang melayu ini dan di simpan untuk dimajukankan dikemudian hari .

KOPERASI HARTANAH JERANTUT BERHAD.

buatlah satu undang koperasi yang membolehkan kita semua orang melayu melabur didalam koperasi dan mendapat pulangan setimpal dengan pelaburan . mungkin kita boleh mengikut contoh koperasi KOSMA dalam memajukan tanah-tanah milik mereka diaawal-awal tahun 80-an dulu.

banyak juga contoh-contoh koperasi lain yang telah berjaya membangunkan tanah2 orang melayu ditempat lain . jadi marilah kita memajukan tanah2 orang melayu di jerantut pula dengan ikhlas .

Tiada ulasan: