Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 1 Februari 2011

Tidak DiHansardkan Satu Jenayah Berat - Percakapan Di DUN atau Parlimen Tidak Di Hansardkan

Hansard adalah Rekod Rasmi bercetak Perbahasan dan Perjalanan Sidang DUN atau Parlimen. Ia merupakan laporan bertulis yang mengandungi hampir semua patah demi perkataan ucapan yang dirakam dan kemudian ditaip (dibukukan) untuk dijadikan sebagai rujukan. Kalau dinegeri Pahang semua urusan berkaitan dengan hansard akan diuruskan oleh Bahagian Sekretariat MMK dan DUN (klik sini) dibawah SUK Negeri Pahang . Apa sahaja butir percakapan samada bohong atau benar , keras atau lembut yang dicakapkan didalam dewan semasa persidangan akan dihansardkan dan diedarkan kepada semua ahli dewan .

Adalah amat malang bila ada antara percakapan didalam dewan ini dihilangkan dari dalam hansard . ianya satu jenayah berat yang saya kira amat berat . tapi itulah yang terjadi di DUN Sarawak mengikut berita yang saya baca disini klik. Saya harap ianya tidak terjadi di DUN Pahang atau Parlimen Malaysia .

Saya juga telah beberapa kali menyuarakan supaya hansard untuk DUN Pahang ini dipublishkan secara online untuk dibaca oleh semua rakyat negeri Pahang . Rakyat negeri pahang berhak untuk mengetahui isi perbahasan didalam DUN . Apakah begitu KOMAN kemudahan ICT yang ada di SUK negeri sehingga sesuatu yang begitu mudah untuk di uploadkan masih tidak mampu dilakukan oleh Pejabat SUK Pahang . Cuba lihat hansard-hansard yang telah dionlinekan dinegeri berikut Malaysia ,Sarawak  Selangor  , Pulau Pinang . Jangan pula nanti kerajaan pahang mengunakan alasan banyak lagi negeri tidak onlinekan hansard DUN mereka maka pahang tak perlu onlinekan hansard untuk tatapan rakayat Pahang . Mari kita ambil teladan yang baik jangan kita ikut teladan yang tidak baik.

Berikut saya paparkan tugar tugas penyunting hansard :


Tugas penyunting "Hansard" adalah menyediakan catatan rakaman secara tepat dan sepenuhnya Perbahasan dan Perjalanan Sidang Dewan.

Penulis Hansard akan bertugas secara berpasukan. Merakam secara bergilir setiap sepuluh (10) minit seorang dalam bentuk ringkasan (shorthand) atau rakaman kaset Perbahasan dan Perjalanan Sidang.

Penyunting atau penulis akan membaca atau menyemak rakaman dan menaip dalam komputer. Rekod yang dihasilkan akan disemak lagi oleh Ketua Penyunting.

Setiap deraf 'Hansard' yang dihasilkan akan diedarkan kepada setiap Ahli Dewan untuk dibaca dan disemak pada hari sidang berikutnya. Hansard yang telah disemak dan dibetulkan atau dipersetujui oleh Ahli-ahli Dewan selewat-lewatnya dikembalikan tiga (3) minggu sebelum dicetak dan dijilid.

Ahli Dewan yang tidak mengembalikan Catatan Pertama 'Hansard' selepas tempoh masa tiga (3) minggu dianggap telah bersetuju dengan rekod atau catatan Hansard


 Hansard adalah Rekod Rasmi bercetak Perbahasan dan Perjalanan Sidang Dewan atau Parlimen. Ia merupakan laporan bertulis yang mengandungi hampir semua patah demi perkataan ucapan yang dirakam dan kemudian ditaip (dibukukan) untuk dijadikan sebagai rujukan.

Tiada ulasan: