Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 22 Februari 2011

Jika ingin jadi CEO GLC ......pelajaran pertama jangan kritik perasuah

Pengajaran yang boleh diambil oleh semua yang ingin menjadi CEO GLC ialah jangan ada rasa didalam hati itu untuk melahirkan ketidakpuasan terhadap kerajaaan . Semua yang kerajaan buat adalah berada dilandasan yang betul .  . dan akhir sekali jangan sekali-kali mengkritik perasuah . 


Kenyataan Tengku Zafrul adalah peribadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Kritikan Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd., Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) terhadap Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad baru-baru ini merupakan pandangan peribadi.
Ketua Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kehadiran Tengku Zafrul ke forum berkenaan adalah atas kapasiti peribadi dan bukannya mewakili organisasi tersebut.
"Beliau sudah memaklumkan kepada saya tentang perkara tersebut dan saya yakin Tengku Zafrul sudah menghantar surat permohonan maaf kepada Pengerusi Felda pada hari pertama (isu tersebut timbul), " katanya.
Beliau menyatakan demikian selepas mengumumkan keputusan kewangan separuh pertama 2011 kumpulan perbankan tersebut di sini hari ini.
Pada forum tersebut, Tengku Zafrul mengeluarkan kenyataan bahawa pelantikan Mohd. Isa sebagai Pengerusi Felda telah memberi isyarat yang salah kepada pasaran sehingga menyebabkan kebimbangan pelabur.
Kritikan terhadap Mohd. Isa yang dilakukan oleh Tengku Zafrul dan Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr. Zainal Aznam Mohd. Yusof dalam satu forum anjuran sebuah badan pemikir tempatan dengan bersandarkan alasan, imej bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu pernah tercalar dengan isu politik wang.
Berikutan kritikan itu, pelbagai pihak mendesak Tengku Zafrul supaya meletak jawatan kerana dilihat seolah-olah mempertikaikan keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak..
Jelas Abdul Wahid, surat permohonan maaf itu telah ditulis selepas forum tersebut bagi menjernihkan suasana.
Sementara itu, sumber mengesahkan Mohd. Isa sudahpun menerima surat permohonan maaf berkenaan.

5 ulasan:

chenerong ular berkata...

Menyatakan perkara yang benar terpaksa memohon maaf, perkara yang telah di putuskan oleh lembaga displin parti, itu belum lagi di saiasat oleh SPRM, tengok betul ke tak betul ?, begini lah adat insan yang di sayangi oleh kerajaan sekarang, salah laku tak penting, mungkin satu masa, angin perubahan seperti yang berlaku di MESIR akan menular ke sini, rakyat bangkit membenci pesalah laku rasuah dan salah guna kuasa ?

Tanpa Nama berkata...

Salam.Memang benar UMNO tetap tidak berubah.

feri maju berkata...

salam,rasanya x jadi macam mesir, sebab dia org pandai,x mkn abis macam libya dan mesir..hehehehehe

feri maju berkata...

tau x masa bila rakyat memberontak? bila x cukup makan ,lapar,sampai basikal pun x leh nak beli heheheheh.....harga getah dan sawit jatuh pada paras yg begitu rendah,lepas tu kerajaan tidak lagi membantu rakyat contonnya , rumah pprt utk miskin tegar, bantuan kebajikan masarakat x der dan lain2 lagi lu pikirlah sendiri hehehahahaahaha.

Tanpa Nama berkata...

tapi tgnku zafrul sendiri pun naik sb org tertentu yg rapat dgn dtuk seri najib yg mana org itu sendiri wibawa nya juga sgt tidak bersih.

amacam?