Tapi sejarah Pulau Tawar juga menunjukan memang Pulau Tawar tiada pemimpin berkaliber sejak Mat Kilau dan Tok Gajah lari meninggalkan Pulau Tawar . Semua pemimpin Pulau Tawar bermula era Tok Gajah adalah pemimpin import . Tok Gajah diimport dari Budu . Mat Kilau diangkat jadi pemimpin sebab dia anak Tok Gajah . Sejarah orang Melayu dulu-dulu amat menghormati keluarga pemimpin dan kepimpinan adalah diwarisi . Sebab itu orang Pulau Tawar patuh dengan Mat Kilau . Kalau Mat Kilau tak menentang Ingeris dulu mungkin sejarah Jerantut bukan seperti sekarang ini . Mungkin Jerantut tak wujud sekarang ini , mungkin Pulau Tawar la pusat bandar Jerantut sekarang ini . British pinggirkan Pulau Tawar sebab Pulau Tawar kuat menentang British dan kuat mempengaruhi Sultan. Sultan Pahang pernah bersemayam di Pulau Tawar. Sultan Pahang tak suka British jajah Pahang tapi Sultan terpaksa terima juga nasihat British atas desakan Johor . Sebab itu Sultan lari dari Pekan ke Pulau Tawar untuk jarakkan diri dari penasihat british . Sultan tahu orang Pulau Tawar sanggup mati untuk jaga Sultan . British tahu kalau Sultan , Tok Gajah , Mat Kilau serta Datuk Bahaman selalu bersama maka British akan di halau dari Pahang . British tak nak Sultan terpengaruh dengan nasihat Tok Gajah sebab itu Bristish paksa sultan pindah balik semula ke Pekan dan fitnah Tok Gajah sebagai penderhaka.
Mungkin ramai yang salahkan Mat Kilau sebab Mat Kilau lah yang menyebabkan Pulau Tawar tak maju sekarang ini.Mat Kilau menyusun gerakan menentang British di Ulu Pahang ini dari Pulau Tawar . Peperangan di Batu Balai , Cheka , Kuala Tembeling , Lubuk Ampai diterajui oleh Mat Kilau dan orang Pulau Tawar dengan bantuan orang Budu dan orang Semantan . Orang Tembeling , orang Batu Balai tak ikut serta dalam perang menentang British ni . Kalau adapun secara sembunyi-sembunyi takut berterang-terangan . Orang Pekan dan orang Lipis pula secara terang-terangan bersekutu dengan British menentang Tok Gajah , Mat Kilau dan Datuk Bahaman sehingga memaksa Tok Gajah , Mat Kilau , Datuk Bahaman dan pengikut lari ke Perak , lari ke Terengganu dan Kelantan Dengar ceritanya Tok Gajah meninggal dunia dan disemadikan di Kg Kuala Nering , Terengganu sementara Datuk Bahaman di tangkap di kelantan dan dibuang daerah ke ChiangMai bersama pengikutnya . Dengar cerita juga Raja Siam sgt kagum dan telah menganugerahkan Datuk Bahaman dan pengikutnya sebuah kampung di Chiang Mai untuk diduduki sepanjang tempoh buangan . Dengar ceritnya juga Datuk Bahaman telah meninggal dunia di Chiang Mai dan di semadikan berdekatan dengan Stesyen Keretapi Lampang, Chiang Mai Thailand . Cucu cicit nya sekarang menetapnya disana di Kampung Chulabhorn Patana 12.
Zuriat Datok Bahaman yang bernama Soliha Hanapi (49 tahun) dan suaminya Imam Shukri serta anak-anaknya di ChingaMai
Tapi dalam orang selalu kaitkan Pulau Tawar dengan Mat Kilau , sebenarnya sejarah Pulau Tawar melebihi sejarah Mat Kilau . Sebelum Tok Gajah datang , Pulau Tawar dah maju . Kedatangan Tok Gajah sebenarnya hanya merangsangkan lagi kemajuan Pulau Tawar . Masjid Pulau Tawar tempat Mat Kilau membuat pengistiharan itu dah ada sebelum Tok Gajah datang ke Pulau Tawar . Pemimpin tempatan Pulau Tawar dah ada sebelum Tok Gajah turun dari Budu mengambil alih kepimipinan Pulau Tawar . Kedatangan Tok Gajah menghakis kepimpinan tempatan . Tapi dasar orang Pulau Tawar menghormati raja . Orang Pulau Tawar menerima siapa sahaja kepimpinan yang disuakan kepada mereka . Sehingga sekarang pun begitu juga , siapa sahaja disuakan sebagai pemimpina di Pulau Tawar diterima walaupun penerimaan tersebut semakin lama-semakin terhakis .
Sudah sampai masanya orang Pulau Tawar warna warnikan semula Pulau Tawar yang suram ini dengan melahirkan kepimpinan berkaliber . Bukan setakat untuk memerintah Pulau Tawar sahaja tapi terus kedepan mewarnakan Pahang dan seterusnya Malaysia . Pulau Tawar perlu lahirkan pewira yang berjuang untuk rakyat dan agama bukan setakat pejuang perut sendiri . Pulau Tawar tidak boleh lagi melahirkan pengkhianat bangsa sendiri . Kepimpinan Pulau Tawar perlu hapuskan perasaan hasad dengki . Selagi perasaan hasat dengki ada dalam hati kepimpnan Pulau Tawar selagi itulah Pulau Tawar tetap suram . Kepimpinan Pulau Tawar perlu mengalakan anak-anak Pulau Tawar untuk maju dalam segala segi yang tidak bertentangan dengan agama islam . Jangan ada halangan-halangan dari kepimpinan Pulau Tawar untuk anak-anak buah berusaha untuk maju . Jangan sesekali ada halangan politik . Yang perlu ada ialah galakan demi galakan tanpa dipengaruhi oleh kekangan politik . Biarlah anak-anak Pulau Tawar menjadi ahli dan menyokong politik mana pun tapi jangan sesekali ada dari kalangan kepemimipin Pulau Tawar yang menjadikan politik sebagai batasan yang menghalang kemajuan anak-anak Pulau Tawar dalam segala bidang yang mereka ceburi .
1 ulasan:
Salam tuan, blog tuan saya telah pautkan di blog saya, satu penulisan yang baik.
Catat Ulasan