Hari ini RON 97 naik lagi . Dah hampir seminggu rakyat marhaen mengeluh payah nak beli minyak masak kat kedai . Bukan nak mintak subsidi atau free nak beli pun susah. Semalam saya kedai runcit ... puas satu kedai saya pusing-pusing tak jumpa minyak masak . Akhirnya saya jumpa kotak minyak sawit dalam kedai itu belum dibuka . Saya buka sendiri kotak itu dan ambil 2 kampit setiap satu sekilo minyak masak . Saya bawa ke kuanter untuk bayar . Tokey kedai sound saya . Boleh beli satu je . Marah bukan main saya , hampir2 saya tak beli minyak masak tu . Tapi megenangkan isteri telah berpesan nak gorengkan pisang kegemara saya maka saya dengan berat hati beli je laa satu kampit . Semua kepada permasalahan ini adalah terletak pada harga sawit yang mahal sekarang ini . Semua orang tahun kerajaan telah allocate certain among of budget untuk subsidi minyak masak ini . Setiap pengeluar minyak akan minta peruntukan ini untuk minyak yang dikeluarkan untuk pasaran domestik . Harga minyak dunia setiap hari naik tapi peruntukan subsidi kerajaan tidak naik jadi peruntukan kerajaan itu akan cepat habis untuk menampung perbezaan harga minyak dunia dengan harga minyak tempatan . Bila alokasi telah habis maka syarikat pengeluar minyak masak akan berhentikan pemasaran kepasaran tempatan dan tunggu sehingga kerajaan keluarkan peruntukan tambahan . Bila kerjaan lambat keluarkan perntukan inilah menmyebabakan minyak tidak ada dipasaran . Kalau ada sesiapa sanggup beli minyak ikut harga pasaran dunia saya rasa tidak akan ada masalah minyak masak kat malaysia sekarang ini .
Adakah minyak masak juga kerajaan perlu buat seperti harga petroleum ron97 dan ron95 ? MInyak sawit Gred A dan Minyak Sawit Gred B ? Sawit A tiada kawalan dan sawit B dengan kawalan ?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan