Tiga tahun dari sekarang . Sebelum pilihanraya PRU14 , UMNO dijangka akan mengadakan pemilihan lagi sekali kepimpinan tertinggi parti.
Datu Seri Najib semakin kukuh cengkaman beliau didalam UMNO , Muhyiddin tidak dapat berbuat apa-apa untuk merampas kedudukan Najib . Sementara itu sepupu beliau semakin lemah disemua negeri selain Pahang dan Johor .
Bagi mencerminkan perpaduan yang kukuh gabungan Sabah , Sarawak dan Tanah Melayu dalam pembentukan Malaysia sudah tiba masanya seorang Timbalan Perdana Menteri dilantik dari kalangan pemimpin paling popular dari Sarawak/Sabah .
Datuk Seri Mohd. Shafie bin Haji Apdal dirasakan calon paling layak untuk menduduki kerusi TPM bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin. Sahfie Apdal mendapat undi yang mengalakan dari pewakilan seluruh Malaysia . Hanya tertinggal beberapa undi dari Zahid Hamidi .
Najib perlukan Shafie Afdal sebagai Timbalan beliau bagi mengantikan Muhyiddin Yassin . Pemilihan UMNO tiga tahun dari sekarang adalah medan terbaik uuntuk Shafie Afdal mencalonkan diri bagi merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO dan seterusnya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pertama dari Sabah/Sarawak untuk Malaysia.
Zahid Hamidi tidak akan berani untuk mencalonkan diri sebagai TPM . Beliau adalah bekas Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang cepat berubah pendirian . Pengecut . Beliau adalah opportunis . Sudah tentu Najib tidak suka orang yang berpendirian begitu . Shafie Afdal adalah orang yang paling sesuai menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia bagi mengantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin . Populariti Muhyiddin sebagai TPM tidak pernah teruji . Adalah baik bagi Shafie Afdal menguji populariti beliau . Tentu sahaja Datuk Seri Najib akan merestui Shafie Afdhal untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Dari segi undian , sudah tentu pewakilan dari Kelantan , Terengganu , Pahang , Kedah , Selangor , Sabah , Perliis dan Negeri Sembilan akan menyokong beliau untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO .
UMNO Jerantut juga perlu menyokong Shafie Afdhal . Beliau telah banyak memberi peruntukan kepada Jerantut dalam membangunkan infrsturuktur luar bandar . Shafie Afdhal ada talent dan aura seperti Obama ketika Obama mencalonkan diri sebagai calon Presiden Amerika dulu . Shafie Afdal perlu menggunakan kelebihan itu untuk mencalonkan diri dalam pemilihan UMNO yang akan datang sebagi calon Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan