Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 14 Oktober 2013

Cikgu Nazlan Pilihan Terbaik Terajui Team Perpaduan UMNO Jerantut

Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua ahli UMNO Jerantut . Tanpa mengira pewakilan atau ahli biasa semua sepatutnya menyambut Eid Adha tahun ini dengan penuh ketaqwaan  , penuh kesyukuran dan penuh kehambaan kepada Allah S.W.T

PAS Jerantut kini diterajui oleh orang muda . Umur baru 35 tahun . Saudara Yohanis bekas calon PAS DUN Pulau Tawar , bekas Ketua Pemuda PAS Jerantut dan kini adalah YDP PAS Jerantut . Sudah tentu calon inilah yang akan dicalonkan oleh PAS sebagai calon Ahli Parlimen mereka .

Cikgu Nazlan telah dipilih dari ramai calon-calon sebagai calon ahli parlimen Jerantut sebagai calon boleh menang oleh Datuk Seri Najib Tun Razak . Datuk Seri Najib telah begitu teliti sebelum memilih Cikgu Nazlan sebagai calon pilihannya . Dan ianya terbukti pilihan Datuk Seri Najib tidak salah apabila rakyat Jerantut pula telah mengesahkannya dengan menobatkan Cikgu Nazlan sebagai ahli parlimen oleh rakyat Jerantut . 

Adakah ahli UMNO tidak bersetuju dengan pilihan rakyat Jerantut ? Rakyat Jerantut dan ahli UMNO telah membuktikan dalam PRU12 menolak Tengku Azlan

Rakyat Jerantut dan ahli UMNO telah membuktikan dalam PRU13 telah menyokong Cikgu Nazlan sebagai ahli parlimen pilihan mereka . Pertambahan hampir 3000 undi membuktikan sokongan rakyat dan ahli UMNO kepada Cikgu Nazlan . Hanya ahli-ahli UMNO yang merasakan dirinya akan terpinggir sahaja yang tidak menyokong Cikgu Nazlan . Adakah ahli UMNO masih mengharapkan kepada kepimpinan lama veteran UMNO yang menentukan hala tuju politik UMNO Jerantut ? Tidak mahukan ahli-ahli UMNO merubah politik lama UMNO Jerantut seiring dengan saranan Datuk Seri Najib yang mahukan perubahan menyeluruh dalam politik UMNO ?

Adakah ahli UMNO Jerantut masih dibuai dengan politik wang , politik kain palikat , politik kain  batik . Datuk Najib berusaha keras untuk mengengkang semua politik cara lama yang menjumudkan . UMNO perlukan politik baru dalam menghadapan persaingan musuh politik yang sebenarnya bukan didalam UMNO tetapi nun diluar sana . Nun diluar sana politik cara pembangkang semakin menambat hati rakyat.

Selamat Hari Raya Eid Adha kepada semua ahli UMNO Jerantut . Tanpa mengira pewakilan atau ahli biasa semua sepatutnya menyambut Eid Adha tahun ini dengan penuh ketaqwaan  , penuh kesyukuran dan penuh kehambaan kepada Allah S.W.T

Harap ahli UMNO Jerantut boleh membuat pilihan secara matang . Siapa nak bagi sedekah musim mengundi itu anggaplah sebagai rezeki masing-masing . Tapi undi anda pastikan berdasarkan prinsip anda . Prinsip sebagai ahli UMNO yang memperjuangkan anak bangsa , agama dan negara .

Team Wanita , Team Puteri kini berdiri teguh di belakang Team Perpaduan yang dipimpin oleh Cikgu Nazlan . Harap Team Pemuda dapat sama-sama berdiri teguh menyokong Team Perpaduan ini . Ingat Team Perpaduan ini adalah Team yang terbaik untuk memimpin UMNO Jerantut bagi menghadapi kerenah pembangkang semain hebat .

TEAM PERPADUAN JERANTUT

KETUA : CIKGU NAZLAN
TIMBALAN : WAN AMIZAN
NAIB : MUSTAPHA MAAROF
KETUA WANITA : SITI HAJAR 
KETUA PEMUDA : ZAMRI
KETUA PUTERI : SARFINAZ



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku sukung MP jerantet ni jadi ketua UMNO bahagian.Seboknya dah dia ahli parlimen.biar ajelah dia jadi ketua bahagian.biarlah harta rampasan perang dikongsi bersama.ramai lah sikit org melayu yg kaya raya nya.ni asik wan mizan dan haji nazri aje yg dpt harta rampasan perang apa ke jadahnya?takkan semua demanya nak membahamnya? orang lain tak payah makan ke?BUdo nya org jerantet ni berpolitik yok?

Tanpa Nama berkata...

molek ngat dah kombinasi ni ....