Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 5 Oktober 2013

PAS Kawasan Jerantut dapat YDP Baru Dan Paling Muda di Pahang iaitu Yohanis !!!


PAS Kawasan Jerantut kini telah mempunyai YDP yang baru hasil pemilihan yang berlangsung pada hari ini 5 Oktober 2013 di KIAS Temin . Ustaz Yohanis  pernah menjadi calon PAS DUN Pulau Tawar dalam PRU13 . Masa untuk berubah . PAS Jerantut perlukan perubahan . PAS Jerntut perlukan idea-idea baru . PAS Jerantut perlukan tenaga baru .

Inilah dia orangnya yang akan sentiasa berada dalam bayangan Ketua UMNO Bahagian Jerantut sepanjang 10 tahun akan datang . Kenapa 10 tahun ? Yohanis masih muda , umurnya baru 35 tahun , beliau mampu mengariskan halatuju untuk PAS Jerantut untuk 10 tahun akan datang . Wawasan beliau adalah wawasan jangka panjang . Bermula tahun 2014 sebagai tahun menawan Jerantut . Setiap rumah ahli pas juga akan dipastikan melanggan Harakah sebagai sumber maklumat utama parti dan dewan dewan utama seperti Pemuda , Ulamak dan Muslimat akan diperkasakan disamping program tarbiyah akan diperkasakan . Beliau ada di Jerantut beliau menetap di Jerantut , sudah tentu senang untuk beliau mengerakkan wawasan dan mengerakkan jentera beliau .

Terima kasih kepada Dr Hamzah Jaafar yang telah menginfakkan diri beliau sejak beberapa tahun bermula sebagai AJK kemudian setiausaha dan seterusnya sebagai Timbalan dan pada tahun 2007 sebagai YDP . Dr Hamzah juga menjawat jawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri pahang sejak beberapa tahun yang lepas .

Terima kasih arwah YB Malek Yusof yang telah menaikkan nama PAS Jerantut di persada negeri Pahang sebagai Naib YDP Pas Jerantut  kemudian sebagai YDP PAS Jerantut dan pernah menjadi Setiausaha PAS Negeri Pahang sebelum tahun 2000 dulu .

Terima kasih kepada arwah Tuan Haji Husin Said dan jawatankuasanya yang membawa  PAS ke Jerantut dengan cawangan pertama Tebing Tinggi pada 1958. Terima kasih kepada Abd Moin Said yang sudi menjadi calon PAS pertama bertanding di DUN Jerantut pada tahun 1959 . Terima kasih kepada Hamzah Dahaman orang yang menjadi calon Bebas DUN Jerantut  melawan Perikatan dalam tahun 1955 , Terima kasih kepada Solahuddin Mohd Ali yang menajdi calon PAS pada tahun 1964 (dun) dan 1969 (dun) dan 1978 (parlimen) . Terima kasih kepada Abdul Wahab Imam Sulong yang menjadi calon PAS pertama parlimen Jerantut pada tahun 1974 . Dan tak lupa kepada Syed Ibrahim yang menjadi calon PAS parlimen Jerantut dari tahun 1982 , 1986 , 1990 , 1995 dan 1999.

Terima kasih kepada Tuan Haji Abu Bakar Talib yang berjaya menyusun gerak kerja yang tersusun sehingga berjaya mendaftarkan PAS Kawasan Jerantut di ROS secara rasmi pada 26 Januari 1988 .

Terima kasih kepada Syed Ibrahim Syed Abd Rahman dan barisan AJK nya yang berjaya mengerakan PAS Kawasan Jerantut sebagai barisan jawatankuasa pertama PAS Kawasan Jerantut yang dipilih dalam mesyuarat Agong Pertama pada 28 Februari 1988 .

Semua barisan kepimpinan PAS Jerantut bermula dengan dipimpin oleh orang muda dan kini tiba giliran Yohanis sebagai orang muda memimpin PAS Kawasan Jerantut . 

Jerantut dan Temerloh memang sejak sebelum merdeka terkenal mempunyai orang muda yang hebat dalam mencetuskan gerakan gerakan reformasi . PAS Jerantut telah diketuai oleh 4 YDP dengan 2 dari golongan lulusan sekolah inggeris dan dua dari lulusan sekolah kebangsaan . YDP pertama adalah peguam lulusan London , YDP kedua adalah aktivis lulusan sekolah Inggeris , YDP ketiga pensyarah lulusan Al Azhar dan YDP sekarang adalah aktivis lulusan Al Azhar . 

Semoga PAS Jerantut dibawah kepimpina Ustaz Yohanis akan terus maju . Tahniah dan Takziah dari blog p81 kepada kepimpinan baru PAS Jerantut.

YDP : Yohanis Ahmad
TYDP : Yousliyddy Desa
NYDP : Abdul Rahman Teh
Ketua Urusan Ulamak : Alias Mahmud
Ketua Pemuda : Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Muslimat : Roskhainuazmani Razab

Dan tahniah dan takziah juga kepada Mohamed Wahid yang berjaya membuat comeback pada usia 52 tahun ke pesada kepimpinan PAS Kawasan Jerantut sebagai AJK kawasan . Untuk pengetahuan Mohamed Wahid adalah salah seorang barisan AJK Jawantankuasa Penaja Penubuhan PAS Kawasan Jerantut pada tahun 1988 dahulu . Pada ketika itu beliau adalah ajk pas yang paling muda dalam jawatankuasa tersebut iaitu berumur dalam 26 tahun . Beliau memang benar benar seorang aktivis PAS .

Yohanis dilahirkan di Kg. Kedondong, Pulau Tawar (1978). Graduan Universiti Al Azhar dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Dakwah (Hadis).Berpengalaman sebagai Pengurus Pentadbiran Firma Guaman MK Othman & Co, KL dan Trainer di East Management & Consultant KL. Pen. SU Lajnah Tanah PAS Pusat, Exco Dewan Pemuda PAS Pahang, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS Pahang, Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Pahang (ANAK) dan bekas Setiusaha PERKIM Selayang Baru.

Siapa pula yang akan menerajui UMNO Bahagian Jerantut ? Kita tunggu 26 Oktober 2013 nanti. Adakah Team Wan Amizan akan kekal atau Team Cikgu Nazlan akan menerajuinya ? Kenapa blog p81 tak kata team Tengku Lan . Sebab Tengku Lan hanyalah proxy kenapa Wan Amizan dalam politik Jerantut muktahir ini . Wan Amizan seorang ahli politik yang bijak . Beliau seperti Najib yang bijak mengatur langkah . Diam diam kucing . Ada peluang cekau . Cikgu Nazlan gelojoh tak sabar . Tapi kekadang orang gelojoh yang menang bila ada isu besar yang tidak dapat ditanggani dengan berkesan oleh pihak lawan . Nasib lah !!!!

Sebagai kenangan inilah calon calon yang pernah bertanding mewakili PAS di DUN dalam Parlimen Jerantut :


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu dan lihat siapakah yg akan memimpin UMNO jerantut nanti.Harap akan ada perubahan.