Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Khamis, 17 Oktober 2013

Ahli Parlimen Jerantut Tak Boleh , ADUN Tahan Boleh Pulak . Pelikkan ?

Kenapa Wan Amizan dan team dia  beria benar tidak bersetuju Ahli Parlimen menerajui Ketua Bahagian ? Sedangkan beliau sebagai ADUN beria-ria ingin mempertahankan jawatan Timbalan Ketua Bahagaian . Siap buat youtube statement lagi . Ha Ha Ha . Kelakar kan ?

Wan Amizan ketika menang tampuk Ketua Pemuda pada tahun 2009 dulu tidak puas hati dengan hanya memegang jawatan Ketua Pemuda Bahagian . Dengan title ADUN Tahan yang baru diperolehinya hasil kemenangan menewaskan calon PAS pada tahun 2008 maka beliau merasakan bahawa jawatan Timbalan Ketua Bahagian mestilah diterajui oleh seorang ADUN  . Beliau sebenarnya pada masa itu telah mengurangkan jumlah pimpinan dalam UMNO bila membolot dua jawatan sekali gus . Nasib baik ketika itu jawatan Ketua Wanita dan Ketua Puteri tidak boleh ditandingi oleh lelaki . 

Kalaulah betul beliau mahukan perpaduan, Wan Amizan betul ikhlas nak bantu UMNO Jerantut . Beliau tak perlu pegang apa-apa jawatan dalam UMNO . Lepaskan sahaja jawatan Timbalan Ketua Bahagian supaya diterajui oleh orang lain .

Apa kata kalau semua ADUN dan Ahli Parlimen tidak perlu memegang tampuk kekuasaan dalam parti ?

Blog p81 cabar Wan Amizan buat youtube statement supaya pewakilan tidak pilih beliau kali ini supaya beliau boleh tumpukan perhatian sebagai ADUN Tahan yang berkurangan majoriti dalam PRU13 baru ini . Ada berani ?

Kalau Wan Amizan sendiri tak berani dan sayang nak lepaskan jawatan Timbalan Ketua Bahagian jadi tak ada salahnya untuk Cikgu Nazlan memegang jawatan Ketua Bahagian .

Lagipun memang Cikgu Nazlan sebenarnya lebih layak berbanding Wan Amizan sebab majoriti rakyat Jerantut lebih percayakan Cikgu Nazlan berbanding dengan Wan Amizan . Ini telah dibuktikan dengan pertambahan undi untuk UMNO dalam PRU ke 13 di Parlimen Jerantut dan pengurangan undi untuk UMNO di DUN Tahan . 

Walaupun berbagai surat layang dan poster layang dengan kertas berkualiti tinggi disebarkan pada 2-3 malam sebelum PRU-13 dulu bagi memburukkan Cikgu Nazlan oleh musuh politik beliau (PAS tak mampu nak cetak poster layang dengan kertas berkualiti . Orang PAS cakap pada malam surat layang diedarkan depa dapat kejar dan tangkap pengedar poster tu dan kenal orangnya dan tahu dia bekerja untuk siapa . Tak percaya tanya jentera PAS di Markaz Feri). Tapi Cikgu Nazlan masih dekat dengan hati rakyat Jerantut dengan buktinya menang juga Parlimen Jerantut dengan majoriti lebih besar berbanding dengan Tengku Lan. Jadi Cikgu Lan sememangnya layak untuk menerajui team perpaduan UMNO Bahagian Jerantut.


TEAM PERPADUAN UMNO JERANTUT

Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris 
Timbalan Ketua  : Wan Amizan 
Naib Ketua : Mustapha Maarof
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Puteri : Norsarpinaz

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

wan amizan seorang yang kuat memungkar, apa-apa sahaja dia mesti memungkar, kalau sebut sahaja memunkau dah tentu apa yang diceritakan mesti cerita-cerita yang dibuat-buat, baru-baru dalam mesyuarat perwakilan umno bahagian di ADTEC dia buat pungkou lagi, yang dia merasuah perwakilan dia kata itu bukan rasuah, katanya rasuah sebenar adalah seperti yang berlaku semasa dia hadiri sebagai perwakilan pemuda di kuala lumpur bersama dato' ghaffar semasa zaman dato' azizan, untuk menjelaskan tentang rasuah ketika itu dia sanggup memalu dan menjatuhkan air muka kawannya dato' ghaffar, saya sendiri bertanya dato' ghaffar adakah benar apa yang dikatakan, beliau berkata semuanya itu adalah rekaan belaka, kerana dato' ghaffar mengikut dr shukri dia sengaja buat cerita itu untuk burukkan hamba Al;ah berkenaan dikhalayak.., manusia beginikah para perwakilan pilih untuk memimpin?..

Tanpa Nama berkata...

Aku tabiklah kepada hang Dato' Ghafar, hang ni orang penyabak dan bukan pengamal rasuah pulitik sejak dulu lagi, aku kenal benar hati budi dia ni sejak dalam pemuda bahagian lagi, aku kenal dia sejak dalam pemuda.

Tanpa Nama berkata...

cikgu nazlan tidak pandai dalam politik.dan dia hanya pandai bercakap sahaja.dia dan rakan sokongan nya yang pandai berbohong.sedangkan adun lain seperti di kawasan damak,tahan dan juga pulau tawar mempunyai pernigaan dan juga pelabur boleh dipercayai,siapa cikgu nazlan dan kroni nya ingin mempertikaikan adun jerantut yang lain yang juga sudah banyak membantu jerantut dalam kewangan dan juga pelaburan,mereka ini lebih banyak berjasa dari segi kewangan.dalam zaman sekarang moral dicampak kelaur jika bantuan susu anak pun tak dapat membantu.kewangan memainkan peranan tapi agama tetap diutamakan .seperti dalam hadis kemiskinan boleh menyebabkan manusia kufur pada tuhan.kita hidup dizaman tahun 2016.duit is the main power to get every thing going.so jika seorang pandai mencari dana dan juga pelaburan kita telah menban tu masyarakat dari segi kewangan dan juga rezeki mereka.dalam dunia perniagaan yang terlampau mencabar.saya mengingatkan saudara seperjungan kawasan jerantut jangan mempertikai pemuda jeratut yang memilih ahli adun yang banyak berjasa pada mereka bukan cakap kosong seperti cikgu nazlan dan ahli kroni yang juga gila pangkat tapi tak pandai cari duit dalam perniagaan,bak kata orang sembang je lebih.

Tanpa Nama berkata...

tiga adun ni pasti kena tikam belakang .kesian mereka yang banyak membantut jerantut.dato dr shukri dan dato lau lee dan dato wan amizan.mereka ini yang pasti dapat membantu masyarakat jerantut tak kira melayu,cina ,india,dan juga masyarakat orang asli....syabas kepada mereka.

Tanpa Nama berkata...

kalau nak jadi adun biar kaya.jangan miskin tak dapat bantu kami,kami perlu kan hartwan yang dapat buka pintu pernigaan pada kami. cakap je tak dapat beli beras utuk makan anak bini kami. buka peluang pernigaan dan bantu pemuda dan pemudi kami. buka pernigaan dan sediakan dana dan juga bimbing kami yang mahu bertapak dalam dunia perniagaan.dan buka peluang pada anak kami dalam segi peluang kerja dan pembelajaran.dan juga tak lupa pada warga tua dan cacat.....ini kami mahu....

Tanpa Nama berkata...

kuasa dalam mesyuarat semua undi lain tapi nak jaga perpaduan dan juga hati orang atas,kami izikan cikgu nazlan kalau tidak tak layak jadi ahli jerantut.