Pemilihan kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut pada 19 Oktober 2013 ini menyaksikan pertembungan antara team Cikgu Nazlan dan team Wan Amizan . Kedua-dua pihak kini begitu rancak dengan strategi masing-masing . Cikgu Nazlan mencalonkan dirinya sendiri bagi jawatan Ketua Bahagian sedangkan Wan Amizan mencalonkan Tengku Azlan sebagai calon Ketua Bahagian .
Bagi Wan Amizan pertarungan ini amat penting untuk survivor politik beliau . Jika Tengku Lan kalah ditangan Cikgu Nazlan maka harapan Wan Amizan untuk terus bertahan didalam kepimpinan UMNO Jerantut akan berkubur . Sementera bagi Cikgu Nazlan jika kalah pada kali ini beliau masih berpeluang dengan title Ahli Parlimen untuk mencuba lagi pada 2016 atau 2017 nanti . Sedangkan jika Cikgu Nazlan menang maka cengkaman beliau keatas UMNO Jerantut akan semakin kuat dan ini secara langsung akan melemahkan Wan Amizan. Wan Amizan sedaya mungkin cuba melambatkan proses pengambilalihan tampuk kepimpinan UMNO Jerantut oleh Cikgu Nazlan
Semua orang tahu pertembungan politik pada masa ini adalah diantara team Cikgu Nazlan dan team Wan Amizan , Tengku Lan hanyalah proxy kepada Wan Amizan . Pertembungan ini bermula semenjak Cikgu Nazlan dipilih sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut . Wan Amizan melobi Tengku Lan untuk mempertahankan jawatan yang disandangnya demi untuk melemahkan Cikgu Nazlan . Wan Amizan tak berani untuk berdepan secara langsung dengan Cikgu Nazlan . Jadi jalan yang selamat untuk beliau adalah dengan meletakan Tengku Azlan bagi menentang Cikgu Nazlan . Sedangkan sepatutnya Tengku Lan telah menyerahkan jawatan tersebut kepada Cikgu Lan .
Kini hampir semua jentera-jentera veteran UMNO Jerantut yang tidak sehaluan dengan Cikgu Nazlan berada dibelakang Wan Amizan yang berselindung di sebalik Tengku Lan . Sedangkan jentera-jentera muda berada di belakang Cikgu Nazlan. Ahli ahli muda UMNO Jerantut mahukan perubahan di UMNO Jerantut . Mereka mahukan Cikgu Lan mengemudi perubahan tersebut . Mereka tidak boleh harapkan Wan Amizan menerajui perubahan ini walau mereka masih memerlukan Wan Amizan di kerusi Timbalan tapi Ketua Bahagian mereka tetap mahukan Cikgu Nazlan yang mengemudinya. Mereka mahukan check and balance dalam kepimpinan UMNO Jerantut .
Kalau berdasarkan keputusan pilhanraya PRU13 dan PRU12 , jelas menunjukkan bahawa ahli umno dan masyarakat Jerantut telah membuat pilihan siapa yang sepatutnya menerajui UMNO Jerantut . Jelas sekali Cikgu Nazlan berjaya menambah undi untuk UMNO ketika PRU13 berbanding ketika Tengku Lan bertanding . Jelas ahli UMNO dan rakyat menolak Tengku Lan ketika PRU12 telah memberi kembali undi kepada UMNO bila Cikgu nazlan bertanding .
Sedangkan di DUN Tahan yang ditandingi oleh Wan Amizan undi untuk UMNO merosot. Ini jelas menunjukan bahawa ahli UMNO dan rakyat semakin kurang menyokong Wan Amizan.
Secara perbandingan ini jelas bahawa ahli UMNO adalah berdiri teguh di belakang Cikgu Nazlan untuk menerajui perubahan politik di Jerantut dan UMNO Jerantut.
Sedangkan di DUN Tahan yang ditandingi oleh Wan Amizan undi untuk UMNO merosot. Ini jelas menunjukan bahawa ahli UMNO dan rakyat semakin kurang menyokong Wan Amizan.
Secara perbandingan ini jelas bahawa ahli UMNO adalah berdiri teguh di belakang Cikgu Nazlan untuk menerajui perubahan politik di Jerantut dan UMNO Jerantut.
Pertarungan ini juga dilihat sebagai survivor politik diantara orang di hulu dan orang di hilir . Tengku Lan tiada apa-apa dalam hal ini . Riwayat politik Tengku Lan telah lama dikuburkan oleh beliau sendiri . Tengku Lan sendiri yang menguburkan kisah politik dan cita-cita politik beliau . Politik beliau telah berkubur dengan berkuburnya politik Pak Lah. Jika peluang yang diberi kepada beliau semasa menjadi Timbalan Menteri tidak di gunakan dengan bijak untuk membuat sesuatu yang besar untuk Jerantut . Apakah dengan menjawat jawatan Pengerusi Kuantan Port beliau boleh berbuat sesuatu yang lebih besar untuk Jerantut ?
Terpulang kepada 679 pewakilan UMNO Jerantut untuk membuat pemilihan . 679 akan menentukan hala tuju UMNO Jerantut . Sesungguhnya UMNO Jerantut memerlukan fresh blood untuk menghadapi PAS Jerantut yang semakin muda . UMNO Jerantut memerlukan Cikgu Nazlan . UMNO Jerantut memerlukan Wan Amizan . Jika blog p81 dipaksa memilih mengikut senarai calon yang akan bertanding nanti . Inilah pilihan blog81. Piliahan yang tidak berlandaskan kepada team . pilihan yang bertujuan untuk kepentingan UMNO dan rakayat Jerantut . Inilah gandingan mantap yang akan mengekalkan perpaduan UMNO Jerantut.
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan
Timbalan Ketua Bahagian : Wan Amizan
Naib Ketua Bahagian : Mustapha Maarof
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Pemuda : Mohd Zamri Abd Rahim
Ketua Puteri : Nor Sarfinaz Mohd Azman ( Anak Mantan Ketua Wanita Cikgu Nazilah)
Kombinasi yang cukup mantap . Semua team menang. Ketua Bahagian seorang guru yang berwawasan , Timbalan seorang adun berpengalaman dan Naib seorang muda generasi Y yang penuh dengan idea-idea baru dan memahami kehendak orang muda. Memang mantap dan akan mengharu birukan PAS Jerantut untuk berhadapan dengan kombinasi mantap ini .
Kita lihat 12 Oktober ini team mana yang menguasai kepimpinan sayap Wanita , Pemuda dan Puteri . Dari situ kita akan boleh agak siapa yang akan menerajui kepimpinan UMNO Jerantut pada 19 Oktober 2013 nanti.
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Pemuda : Mohd Zamri Abd Rahim
Ketua Puteri : Nor Sarfinaz Mohd Azman ( Anak Mantan Ketua Wanita Cikgu Nazilah)
Kombinasi yang cukup mantap . Semua team menang. Ketua Bahagian seorang guru yang berwawasan , Timbalan seorang adun berpengalaman dan Naib seorang muda generasi Y yang penuh dengan idea-idea baru dan memahami kehendak orang muda. Memang mantap dan akan mengharu birukan PAS Jerantut untuk berhadapan dengan kombinasi mantap ini .
Kita lihat 12 Oktober ini team mana yang menguasai kepimpinan sayap Wanita , Pemuda dan Puteri . Dari situ kita akan boleh agak siapa yang akan menerajui kepimpinan UMNO Jerantut pada 19 Oktober 2013 nanti.
8 ulasan:
Hayam Wuruk Berkata..kata.
Pada pengamatam HW dala tilikan firasat ilmu mantik Jawa, Nazlan tidak ada keserasian dengan Dompok aka Mizan Wan kerana terlalu lebar dan luas perbedaan nya dari segi sahsiah, tata laku, wawasan dan keupayaan berfikir, Nazlan tidak ada skil kepalsuan , bobrokan, kepungkaran, idea cedukan, masuk bakul angkat sendiri melalui proxynya Zurik Waniaitu mengaku hasil kerja orang lain mengaku hasil kerja nya.Ini adalah satu pembohongan dan putar belit fakta, umpamanya projek ADTEC dan kolej komuniti, orang lain boleh tipu teapi tidak bahi HW, kerana HW amat tahu perkara dan butiran nya. Persoalan nya hendak kita di pimpin oleh orang ini dalam sah kepimpinan UMNO Bahagian Jerantut?. Persoalan kedua daam PRU Baru lalu , PRU 13, Dompk berjanji mungkin palsu, aku dengar sendiri nak bagi dan tawarkan kepada sah kepimpinan peringkat cawangan , nak bagi tanah, nak saham FELCRA, nak bawa UMRAH dan sebagainya, Apakah kita nak pemimpin menggula-gula dan menonggong kita terutama nya orang lama, tidak termasuk membolok projek dan tanah dan lombong bijih besi melalui proxy. Persoalan nya apakah kewajaran kita memimilih manusia ini?. Hakikat nya kalau kita mahu Jerantut maju dan makmur , orang UMNO Jerantut perlu membuat perubahan total di pimpin oleh orang baru " Fresh Blood' tanpa tahi, Berani Berubah?. ini masa nya.
HW lihat Jerantut ramai bijak pandai, Jadi Masa Dompok dan yang berlapuk dan berkulat telah berlalu.
HW rasa lah, Siti Hajar belum tiba masa nya memimpin Wanita, kerana banyak faktor perlu di perbaiki terutan Si Atan Melok , yang tak boleh pakai cakap nya, pemungkar juga.
HW memberi pandangan ini ikhlas, Ganding kan NAzlan dengan barisan yang muda, berwawasan, amanah, daya juang dan daya fikir yang tinggi, tidak kejat, berpendirian.
Nah terserah kepada perwakilan, mahu apa?.
HW hanya Jawa memerhati.saja perwakilan yang pleh tapi fikirkan untuk Agama, Bangsa dan Negara.
Zaman dan masa Dompok dan seangkatan nya telah usang, tidak relevan, berlalu dengan terkeluar dari Pimpinan Pemuda.
Buat pilihan untuk anak cucu, jangan gelap mata dengan janji ilusi.
Sebagai AP, Nazlan adalah wajar mengetuai pimpnan UMNO Jerantut tanpa ada legasi yang lama.
Nazlan, ramai orang Jerantut yang sayangkan UMNO Jerantut tetapi menyampah dengan pimpinan UMNO yang ada. Ramai yang ingin menyumbang tenaga dan idea tapi pimpinan nya hapuras mementing diri dan kroni, amat kuat politiking nya, mana masa untuk menjana kemajuan, Politik berpuak di hapuskan. Ayuh lah pilih kepimpinan sah baru yang dinamik.
Itu saja setakat ini>
Sama sama kita derita dgn kerakusan siti hajar dgn wok hitam lepas ni
Tahniah pemuda Jerantut kerana mendapat seorang Ketua Pemuda
Mohd Zamri Abdul Rahim memang berkaliber.
beliau juga seorang usahawan yang berjaya.
sape untung ? orang jerantut untung ke ? pemuda untung ke ? ha ha ha .... yang untung ialah Wan Amizan sebab masih dapat menguasai Pemuda melalui anak didiknya dan proxy perniagaannya.
Mohd Zamri memang pandai berniaga ....
Lan Labit patut bersyukur sebab berjaya mengelakkan fitnah-fitnah yang besar yang terpaksa digalas atas nama jawatan Ketua Pemuda....
Catat Ulasan