Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 19 Oktober 2013

Terkini Keputusan Pemilihan UMNO Jerantut - Cikgu Nazlan Tewaskan Wan Amizan





Tahniah kepada semua yang menang dalam pemilihan UMNO Bahagian Jerantut pada 19 Oktober 2013 di ADTEC Temin . Majoriti daripada 640 pewakilan UMNO Jerantut yang hadir daripada 658 yang layak mengundi hari ini telah memberikan mandat kepada Cikgu Nazlan (352 undi) iaitu Ahli Parlimen Jerantut untuk menerajui UMNO Bahagian Jerantut . Setiausaha UMNO Bahagian Jerantut, Datuk Mohd. Zukarmi Abu Bakar berkata, sebanyak 18 perwakilan tidak hadir iaitu tiga dari Dewan Undangan Negeri (DUN) Tahan, Dun Damak (lapan orang), DUN Pulau Tawar (lima orang) dan masing-masing seorang dari UMNO Bahagian Jerantut serta Pergerakan Puteri UMNO. "Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah atau perkara tidak diingini dan kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua perwakilan kerana menunjukkan semangat setia kawan yang tinggi serta saling menghormati antara satu sama lain. "Sesi pemilihan dimulakan dengan penyandang Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar dan berakhir dengan perwakilan dari DUN Tahan," katanya.

Terima kasih kepada Tengku Azlan (286 undi) yang telah melaksanakan tugasnya selama 3 penggal . Terima kasih kepada Wan Amizan yang telah memberikan sokongan padu (ye ke?) selama ini kepada Tengku Azlan . Sekarang buktikan bahawa anda adalah UMNO sejati dengan memberikan sokongan padu (boleh ke?) pula kepada Cikgu Nazlan . Kepada Tengku Lan, walau kalah Tengku tetap masih boleh menyempurnakan manifesto Tengku untuk membina bangunan UMNO Jerantut dan mengembalikan DUN Damak kepada calon UMNO. Ahli UMNO sudah menunggu bangunan ini sejak mula Tengku mengambilalih Kepimpinan UMNO Jerantut 3 penggal yang lepas . Wan Amizan dan Nazri Ngah adalah penyokong Tengku maka tanggungjawab membina bangunan tetap berada dibawah tanggungjawab bersama Wan Amizan dan Nazri Ngah. Jika jiwa Tengku berada dalam UMNO Jerantut maka bantulah UMNO Jerantut untuk memiliki bangunan sendiri. Malu dengan PAS yang telah mempunyai bangunan dan markaz sendiri sejak lebih 10 tahun yang lepas . 

Ada ura-ura bahawa pengiraan semula ingin dilakukan oleh Team Wan Amizan . Walaupun Wan Amizan dan Nazri Ngah berjaya mengekalkan jawatan masing-masing tetapi kekecewaan jelas terbayang diwajah Wan Zamzuri dan Kamaruzaman Baria  kerana walau full swing kempen telah dilakukan oleh mereka berdua  melalui media dan face2face namun kerusi Ketua masih tidak menjadi milik kumpulan Wan Amizan. 

Walau apa pun Wan Amizan , Nazri Ngah dan semua AJK yang dipilih kini kenalah memberi sokongan padu kepada Cikgu Nazlan. Sekarang ini sama ada UMNO Jerantut boleh bersatu padu atau tidak , bukan bergantung kepada Ketua Bahagian tetapi bergantung kepada Wan Amizan. Kalau Wan Amizan tidak boleh bekerjasama maka sampai bila pun UMNO Jerantut tidak akan bersatu. Sekarang pisau perpaduan itu ada dalam tangan Wan Amizan , jika pisau itu digunakan olehnya untuk mengores atau memotong maka terpotong atau tergoreslah benda yang ingin dipotong dan digoris itu . Jika sebaliknya Wan Amizan ingin menyimpan elok-elok pisau itu dalam sarungnya maka tiada benda yang akan tergores atau terpotong . 

Cikgu Nazlan sudah menghulurkan tangan perpaduan , kini terpulang kepada Wan Amizan untuk menyambutnya . Tengku Azlan kita tentu lega sekali bila berjaya membebaskan dirinya dari belenggu kerenah UMNO Jerantut . Selamat beristirihat Tengku Lan . Semoga Kuantan Port terus maju dan mungkin Amanah Cawangan Pahang memerlukan khidmat Tengku Lan .

Kepada Ketua Wanita yang telah mendapat surat anugerah kebesaran tu , simpan elok-elok surat tu . Jangan guna lagi title anugerah tu . Manalah tahu kot-kot anugerah itu tidak jadi direalisasikan oleh pemberinya.

Kepada Cikgu Lan .... title Cikgu tu sudah mencukupi ,disayangi dan disanjungi oleh rakyat . Gunakanlah title tu dimana-mana pun . Janganlah impikan title yang tinggi-tinggi untuk 5 tahun akan datang ni .

TEAM PERPADUAN UMNO BAHAGIAN JERANTUT
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris
Timbalan K/Bahagian : Wan Amizan 
Naib Ketua Bahagian : Nazri Ngah
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Puteri : Sarfinaz Azman
Senarai AJK Bahagian:

Kepada blogger-blogger Jerantut yang sejak kempen pemilihan UMNO bermula dulu banyak menyokong Tengku Azlan (kononnyelah ... sebenarnya mereka menyokong Wan Amizan) , kini berilah sokongan padu pula kepada kepimpinan baru anda . 

Bagi blog p81 sejak mula beroperasi , masih dengan misi untuk memajukan Jerantut . Apa jua pendirian semasa blog p81 adalah untuk Jerantut . blog parlimen81 berjuang untuk rakyat Jerantut . Siapapun yang blog p81 sokong adalah semata-mata untuk kepentingan rakyat Jerantut bukan kepentingan individu atau kroni tertentu . Sejak sebulan lepas blog parlimen81 memperjuang supaya Cikgu Nazlan menang Ketua Bahagian juga untuk kepentingan rakyat Jerantut .Blog parlimen81 berjuang supaya Wan Amizan dikekalkan sebagai Timbalan Ketua Bahagian juga untuk kepentingan rakyat DUN Tahan, Blog parlimen81 tidak berkempen untuk Nazri Ngah kerana merasakan kerusi Naib Ketua perlu diisi oleh orang muda yang boleh menyokong usaha-usaha yang akan dilakukan oleh Ketua Bahagian yang baru kerana pemikiran, cita rasa dan gerak kerja Ketua Bahagian perlu mengambil kira pola pemikiran golongan muda.

Esok-esok belum tentu blog parlimen81 akan berkempen untuk Cikgu Nazlan . blog parlimen81 boleh sahaja berkempen untuk pasukan Yohanis , blog parlimen81 boleh sahaja kerkempen untuk Wan Amizan , blog parlimen81 seboleh mungkin berhujah berdasarkan fakta-fakta terkini . Kalau ada juga fakta yang salah itu blog parlimen81 memohon maaf kepada semua . Khas untuk blogger WZWH , terima kasih kerana kita sentiasa menyokong satu sama lain dalam berblog untuk Jerantut.

Dalam kita menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan, sifat amanah adalah memainkan peranan yang amat penting. Tanpa sifat amanah, akan mudahlah berlakunya sebarang penyelewengan seperti perbuatan rasuah dan bermacam-macam lagi yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda :
"Dari Abi Hurairah Radiallahuanhu, sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Apabila hilang amanah maka tunggulah kedatangan Hari Kiamat. Maka bertanya seorang lelaki : Bagaimana hilangnya amanah itu? Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam : Iaitu apabila sesuatu urusannya diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kerosakan dan kebinasaan".(Riwayat Al-Imam Al-Bukhari).

Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 188:
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 168 yang tafsirnya :
"Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu".


PEMILIHAN UMNO MALAYSIA

Pilihan Jerantut untuk Naib Presiden : Ahmad Zahid menerima 573 undi diikuti oleh Mohd. Shafie (409) dan Hishammuddin (356) )

Presiden : Datuk Seri Najib Bin Tun Razak
Timbalan Preseiden : Tan Sri Muhyiddin Yassin
Naib Presiden : Zahid Hamidi (185 - menang) undi
Naib Presiden : Shafie Afdal (174 - menang) undi
Naib Presiden : Hishamuddin (100 - menang) vs Mukhriz (91) vs Isa (7) vs Ali (7) undi
(Undi popular Mukhriz (55,290) mengatasi Hishamuddin (54,829)
Ketua Pemuda : Khairy Jamaluddin
Ketua Wanita : Datuk Seri Sharizat Jalil
Ketua Puteri : Mas Ermieyati Samsudin 

Trend pemilihan UMNO di Pahang dan Johor adalah gandingan Zahid , Hishamuddin dan Shafie . sementara trend pemilihan di negeri-negeri utara pula ialah Zahid , Shafie dan Mukhriz , Perak dan Selangor Zahid , Shafie dan lain-lain calon, Melaka (Zahid , Shafie , Mukhriz+Ali ) , NS (Zahid , Shafie ,Mukhriz +Isa)




TEAM PERPADUAN PILIHAN P81 TAK MENJADI 
Ketua Bahagian : Cikgu Nazlan Idris

Timbalan K/Bahagian : Wan Amizan 
Naib Ketua Bahagian : Mustapha Maarof
Ketua Pemuda : Zamri Rahim
Ketua Wanita : Siti Hajar Mubin
Ketua Puteri : Sarfinaz Azman


PAS KAWASAN JERANTUT

YDP : Yohanis Ahmad
TYDP : Yousliyddy Desa
NYDP : Abdul Rahman Teh
Ketua Urusan Ulamak : Alias Mahmud
Ketua Pemuda : Ustaz Zakhwan Ahmad Badardin
Ketua Muslimat : Roskhainuazmani Razab

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

agaknya siapa akan dilantik oleh cikgu lan bagi jawatan setiausaha, bendahari dan ketua penerangan?

Tanpa Nama berkata...

Mana senarai ajk UMNO bahagian Jerantut?nak jugek tau sapa ajknya yg akan menjayakan usaha di jerantut ni nanti

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH NAZLAN MENJADI KB, TUGAS ANDA MESTI ADIL DAN ISTIKHOMAH, TANPA PILEH BULU DAN KRONI. TIDAK BERDENDAM . FOKUSKAN TENAGA DAN USAHA MENYATUKAN UMNO DAN MELAYU JERANTUT, DAN MEREALISASIKAN 3 KPI YANG TELAH AKU NYATAKAN, IAITU HOSPITAL, SBP/POLITEKNIK DAN IPD. LANTIKAN PENASIHAT YANG BARU, YANG BENAR-BENAR IKHLAS. SEMOGA BERJAYA.

2. KEPADA WAN AMIZAN DAN NAZRI NGAH, JANGAN MAIN KOTOR UNTUK KEPENTINGAN DIRI, KURANG POLITING DAN CAS KETING, TIDAK BALING BATU DAN SEMBUNYI TANGAN. AKU KENAL SANGAT KELAKU 2 ORANG INI, BERJUANG LAH UNTUK RAKYAT TERUTAMA MELAYU. FAHAMI LAH PERKARA 3 PERLEMBAGAAN UMNO DAN HAYATI DI SANUBARU KAMU BERDUA INI. WAN AMIZAN KURANGKAN LANGSUNG BOBOK AWAK ITU, BEGITU JUGA NAZRI NGAH. JANGAN TIKAM BELAKANG. BERI SOKONGA PADU KEPADA NAZLAN IDRIS UNTUK MENERAJUI UMNO JERANTUT DENGAN BAIK DAN JAYA.

3. TENGKU AZLAN SELAMAT BERSARA DENGAN AMAN. FOKUSKAN KEPADA KUANTAN PORT, ISU KERUK DAN KOREK PASIR YANG JADI MASALAH KUANTAN PORT, MCKIP, CEPATKAN TURNING AROUND TIME DAN TINGKAT PENGUPAYAN DAN MELESTARIKAN KUANTAN PORT.GUNAKAN MASA 2 TAHUN YANG DI AMANAH UNTUK TERAJU KUANTAN PORT. MENGURUS POLITIK AMAT BERBEZA DENGAN MENGURUS ORGANISASI KORPORAT . SEPAK TERAJANG NYA JAUH BERBEZA. SELAMAT BERJAYA.

3. KAMARUZAMAN BARIA, BAGAIMANA AWAK NAK TELAN UCAPAN AWAK YANG DI SIARKAN DALAM BLOG WZWH. JANGAN RASA TERKILAN, MASA AWAK SUDAH BERLALU,LAGI PUN AWAK ORANG LEPIS, SOAL NYA AWAK CAKAP BOLEH MENGALIH GUNONG ITU CAKAP POLITIK SAJA.

4. WZWH TUMPUKAN KEPADA PROFESSI AWAK SEBAGAI GURU. ELOK LAH AWAK INI BERHIJRAH9MINTA TUKAR0 KE LABUAN KE?. NAZLAN INI KALAU NAK KENAL INI LAH SANG AGAS, SUKA GIGIT DAN JADI KITA GATAL, BUAT KERJA DALAM GELAP?

5. NAZLAN , WASPADA DAN HATI-HATI DENGAN BEBERAPA ORANG KERANA ADA MACAM SIFAT TENGGILING DAN MENTADAK DAN MENTADU.


6. KEPADA KW, KP DAN KPUTERI BERI KERJASAMA DAN SOKONGAN KEPADA NAZLAN IDRIS SELAKU KB. INGAT UNDI BUKAN NYA DARI AHLI UMNO SAJA TAPI DARI ORANG MELAYU JERANTUT, INGAT PRU 14.

SELAMAT MAJU JAYA UMNO JERANTUT, DALAM AMAN DAN SEJAHTERA.

ITU SAJA.

Tanpa Nama berkata...

Ok,jangan kecewa awang