Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 28 Ogos 2013

Apa Usaha Ahli Parlimen Jerantut Untuk Bina Kampus Universiti di Jerantut ?


Dua minggu sudah iaitu 13 Ogos 2013 tepat 100 hari usia Cigu Nazlan sebagai Ahli Parlimen Jerantut . Berikut adalah janji pilihanraya yang dilaungkan oleh YB Ahmad Nazlan Bin Ismail semasa kempen pilihanraya PRU13 dahulu :

1. Meningkatkan kemudahan infrastuktur dan kemudahan pendidikan di Jerantut.
2. Memartabat pendidikan sekolah tahfiz di Jerantut.
3. Membawa masuk sebuah universiti atau kampus universiti atau kolej ke Jerantut.
4. Mendapatkan peruntukan untuk membina sebuah hospital moden kerajaan di Jerantut.
5. Memastikan sekolah di daerah jerantut dapat melahirkan pelajar yang bergeliga dan berkeyakinan.
6. Membantu golongan miskin yang memerlukan bantuan
7. Meningkatkan kemudahan pelancungan dan menjadikan Jerantut sebagai hub pelancongan utama.

Itu adalah 7 janji utama yang boleh dikatakan sebagai manifesto Ahmad Nazlan Ismail sebagai kempen pilihanraya. Dari 7 janji-janji itu kita boleh ringkaskan kepada 4 manisesto utama beliau iaitu :

1. Menjadikan Jerantut sebagai Hub Pendidikan
2. Menjadikan Jerantut sebagai Hub Pelancongan
3. Membina sebuah Hospital Baru Moden di Jerantut
4. Membasmi Kemiskinan di Jerantut

Selepas 100 hari sebagai Ahli Parlimen apa progress Ahli parlimen ini ye ? Mari kita lihat .

Saya ada meneliti beberapa hansard yang melibatkan ahli parlimen ini . Banyak juga hansard yang melibat Ahmad Nazlan tapi sayang celah-celahan Ahmad Nazlan dalam perbahasan orang lain hanyalah celahan-celhan kosong tanpa isi . Sepatutnya celahan-celahan begitu kenalah berisi . Selitkan dalam celahan itu permintaan rakayat jerantut . Selitkan sekali manisfesto yang diperjuangkan oleh YB . Sebagai conton YB adalah berpeluang untuk mencadangkan IPTA dalam perbahasan Bagan Serai pada 1 Julai 2013 .

Walaubagaimanapun Tahniah dari saya bagi seorang yang baru memegang title ahli parlimen dalam 100 hari banyak juga telah diuatarakan oleh YB Ahmad Nazlan Idris ke parlimen antaranya ialah :

1. Meminta Kerajaan Membina sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Jerantut
2. Meminta Kerajaan Membina Sebuah Ibu Pejabat Polis baru di Jerantut
3. Membina hospital Baru di Jerantut

Cadangan-cadnagan itu hendaklah dibuat followup secara berterusan dengan kementerian atau jabatan yang berkaitan dan disertai dengan aktiviti lobi melobi bagi memastikan apa yang dicadangkan itu benar-benar mencapai realiti .

Universiti adalah anatara yang diperjuangkan oleh YB Ahmad Nazlan tapi masih tidak diutarakan kepada parlimen . Diharapkan dalam sesi akan datang YB dapat utarakan harapan rakyat Jerantut ini kepada parlimen . Saya juga ingin sarankan agar YB dapat bermula sekarang menwujudkan sebuah jawatankuasa IPTA Jerantut yang dipengerusikan oleh YB dan Setiausahanya ialah Pegawai Daerah dan ahli ahlinya dari kalangan SO , ADO Pentadbir tanah , Pegawai Hutan Daerah dan Jurutera Dearah dan lain lain ADUN , NGO dan pegawai kerajaan lagi yang difikirkan sesuai untuk mula merangka kertas kerja bagi mengazetkan sebuah kawasan yang seluas paling kurang 500 ekar sebagai hub pendidikan . Adalah amat penting supaya tanah digazetkan terlebih dahulu sebelum kita pergi melobi kepada universiti -universiti atau kementerian pelajaran untuk membawa projek Universiti atau Kampus Universiti ke Jerantut . Tapa tanah macam mana nak invite diaorang buat kampus yang boleh menampung 5000 ke 10000 orang ke Jerantut ? Rasanya YB perlu dan SANGAT perlu mengujudkan sebuah jawantankuasa bagi cadangan untuk mengazetkan dulu sebuah kawasan sebagai hub pendidikan . Kalau syarikat-syarikat swasta senang senang di kurniakan dengan tanah seluas 50 ekar ke 400 ekar tak kanlah tanah seluas 500 susah sangat utk digazetkan sebagai hub pendidikan ?

blog parlimen81 dari dulu lagi telah memperjuangkan untuk menwujudkan sebuah kampus universiti di Jerantut. Mungkin ada yang kata Kolej Komuniti dah cukup utk Jerantut , mungkin ada yang kata ADTEC dah cukup untuk Jerantut . Kolej komunit memang perlu ada di Jerantut , obejektifnya untuk pembelajaran sepanjang hayat utk semua peringkat umur dari 18 tahun hingga 100 tahun dan hanya diperingkat sijil dan terdiri dari pelajar kebanyakan berasal dari daerah Jerantut sahaja . Adtec pula ada sebuah Institusi kemahiran tinggi yang mengkhususkan kepada pengajian berkemahiran tinggi sehingga peringkat diploma dengan kapasiti pelajar sehingga 720 orang pada satu satu masa.Dengan bilangan pelajar kurang dari 800 orang ADTEC memang  mampu memberi sedikit impak kepada suasana perniagaan di Jerantut tapi tidak mampu memberi impak yang besar berbanding dengan Kampus Universiti yang boleh menampung sehingga 5000 ke 10000 pelajar pada satu satu masa . dengan 80% pelajar itu adalah dari luar daerah jerantut bayangkan impak ekonomi dengan jumlah pelajar seramai itu . Sebab itu blog parlimen81 memperjuangkan kampus tersebut sejak dulu. 

lihat sini






Selain itu parlimen 81 juga harapkan YB Ahmad Nazlan dapat juga realisasikan usaha memertabatkan madrasah tahfiz di Jerantut ini . Di Jerantut ada dua tiga madrasah tahfiz dan pengajian agama . Alangkah baiknya jika YB Ahmad Nazlan dapat menwujudkan sebuah Yayasan yang berperanan membantu madrasah tahfiz ini . Kita namakan Yayasan tersebut katakanlah Yayasan Tahfiz Jerantut Berhad . Yayasan ini nanti kita mohon sebuah kawasan stateland seluas 1000 ekar untuk dibuat tanaman sawit dan segala keuntungan jualan sawit nanti di gunakan untuk membiayai pembangunan dan operasi madarasah-madrasah tahfiz yang terdapat di Jerantut.

Secara amnya blog p81 amat berpuas hati dengan prestasi 100 hari YB Ahmad Nazlan dan pastikan kekalkan momentum ini sehingga habis penggal ini . Jika ini dikekalkan maka PAS kena bekerja keras untuk menghadapi Ahmad Nazlan dalam PRU14 nanti . Bukan setakat PAS yang kena kerja teruk Wan Amizan pun nampaknya akan kempunan untuk ke meningkat dalam hiraki kepimpinan partinya.

Kewibawaan Ahmad Nazlan yang sentiasa hadir ke majlis-majlis kenduri kendara , kematian dan berupaya menyampaikan khutbah jumaat dan sentiasa berpewatakan tanpa protokol akan merapatkan beliau dengan rakyat. Sebab itu blog p81 kata jika mementum ini berjaya dikekalkan oleh Ahmad Nazlan sehingga PRU14 nanti amat cerah utk beliau terus kekal sebagi ahli parlimen Jerantut. Dalam senario politik pula biarkan sahaja Tengku Lan mengawal kerenah politik di Jerantut ini . YB tumpukan dalam soalan hubungan dengan rakyat dan kerajaan . Dengan adanya Tengku Lan mengawal politik UMNO Jerantut maka mudah untuk YB buat kerja .

Lagi sekali kekalkan momentum ini . Ramai YB baru bersemangat diawal 12 bulan pertama tapi kemudian mula memikirkan soal poket masing-masing dalam 4 tahun terakhir penggal mereka . YB orang Jerantut kena kekal duduk di Jerantut . YB tidak perlu jadi menteri untuk memajukan Jerantut . YB hanya perlu melalak di parlimen dan turun naik kementerian dan jabatan untuk memastikan budget sampai ke Jerantut . Pastikan perancngan di Jerantut sampai ke Kementerian , Jabatan , Negeri sebelum budget  RMK atau budget tahunan di bentangkan . Jangan bila budget dn finalize di peringkat kementerian dan jabatan untuk penggal atau tahun akan datang baru nak melalak .

Kepada PAS Kawasan Jerantut , anda dalam bahaya . Segera buat pembaharuan , segera susun startegi baru . Muka baru muka lama perlu bekerja sama , Golongan profesional dan ulamak dalam PAS perlu berganding bahu  untuk menghadapi cabaran baru yang dibawa oleh YB Cikgu Nazlan . Ingat anda sekarang bukan menghadapi era Tengku Lan lagi , anda sekarang bukan menghadapi Wan Amizan tapi menghadapi seorang tokoh yang begitu berwibawa . Tak silap Tengku Lan mencalonkan beliau dan tak silap PM Najib memilih beliau sebagai calon dan tak silap rakyat memberi majoriti kepada beliau .

Harapan p81 juga YB Ahmad Nazlan Ismail segera mengistiharkan harta beliau sekarang ini bagi mengambarkan keikhlasan beliau sebagai seorang ahli parlimen yang berwibawa . Biarlah ahli parlimen lain takut mengistiharkan harta mereka . Biarlah Wan Amizan takut mengistiharkan harta beliau , biarlah YB Lau Lee takut mengistiharkan harta dia , biarlah YB Ahmad Shukri Ismail takut mengistiharkan harta dia tapi YB Ahmad Nazlan sepatutnya tidak takut . Atau YB juga takut ? Sebab apa takut ? 

Ini pula adalah soalan-soalan yang diajukan oleh YB Ahmad Nazlan Idris ke kementerian-kementerian tertentu untuk dijawab oleh kementerian berkaitan . 


PR-1311-L54214
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI BELIA DAN
SUKAN menyatakan sejauh manakah aktiviti yang dijalankan telah data
meningkatkan semangat persaingan yang positif serta mempunyai sifat jati
diri yang mantap di kalangan belia.


PR-1311-L54201
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PENDIDIKAN menyatakan bilakah KPM berhasrat untuk menaikkan nisbah
guru murid dari Tahap Tahun 1-6:1.5, Tingkatan 1:1.5, Tingkatan 2-5:1.7 dan
Tingkatan 6:2.3 ke tahap yang lebih rasional bagi meringankan beban guru
sekaligus meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah.

PR-1311-L54212
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERTAHANAN menyatakan sama ada Kerajaan bercadang untuk
menaiktaraf kem-kem Pasukan Simpanan Tentera Darat (PSTD) yang sedia
ada ke tahap yang lebih baik bagi menambah kekuatan pertahanan yang
sedia ada khususnya di kawasan Parlimen Jerantut.


PR-1311-L54200
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN
menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil untuk membantu
golongan berpendapatan isi-rumah antara RM 3,000.00 ke RM 5,000.00 bagi
menangani kesan kenaikan harga barangan.


PR-1311-L54215
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan langkah-langkah
yang telah diambil bagi memastikan bekalan tenaga buruh di sektor pertanian
mencukupi dan apakah jaminan Kementerian agar bekalan tenaga buruh
tidak membawa masalah kepada pengeluaran hasil pertanian.


PR-1311-L54207
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI SUMBER
ASLI DAN ALAM SEKITAR menyatakan apakah langkah-langkah yang lebih
tegas diambil kepada pengusaha-pengusaha sumber asli yang membawa
pencemaran sungai-sungai di negara ini.


PR-1311-L54209
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
KESIHATAN menyatakan apakah langkah-langkah segera yang diambil bagi
memenuhi keperluan bilangan doktor di hospital-hospital di seluruh negara
yang masih lagi tidak mencapai tahap yang telah ditentukan.

PR-1311-L54206
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI DALAM
NEGERI menyatakan sejauh manakah Kerajaan bercadang untuk
menggantikan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) yang telah berusia lebih 30
tahun dengan kompleks yang baru terutamanya di kawasan pertambahan
penduduk yang pesat serta di kawasan-kawasan pelancongan.


PR-1311-L54204
Tuan Haji Ahmad Nazlan bin Idris [ Jerantut ] minta MENTERI
PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI menyatakan petunjuk yang jelas
kewujudan pasar tani mega benar-benar dapat membantu petani-petani di
luar bandar dan berapa ramaikah peniaga-peniaga yang benar-benar berjaya
dapat dilahirkan.

Sumber :
http://my.news.yahoo.com/ahmad-nazlan-bertekad-lestarikan-parlimen-jerantut-131443012.html

http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130529/re_07/Jerantut-di-mana-kurangnya
This has prompted him to prepare his own set of plans for the constituency.

"I want to ensure that the schools here produce highly intelligent and confident students."
"Jerantut is famous for Taman Negara, making it a tourist hub. But I wish to add another point to its repertoire.

Read more: Cikgu Nazlan set on Jerantut win - General - New Straits Times http://www.nst.com.my/nation/general/cikgu-nazlan-set-on-jerantut-win-1.261383#ixzz2dBOsAQmV

“If elected, I would take this opportunity to serve the people and help the poor and needy,” he said when met in Sungai Jan near here.
http://elections.thestar.com.my/story.aspx?file=/2013/4/23/southneast/13006648#.UhzCwdJmim4

5 ulasan:

Kutukandewata berkata...

tahniah bro,satu artikel yang terbaik.lebih baik yb parlimen usahakan bersungguh-sungguh melaksanakan semua manifestonya drp sibuk melayan hasutan orang keliling yang berkepentingan yang mahukan dia jadi ketua bahagian.aku bimbang dia tak terkejar semua itu.berjayanya perlaksanaan semua manifestonya maka dia akan disebut namanya sepanjang masa beriringan anugerah pahala!

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Bro,
Artikel politik yang baik mengenai politik Jerantut.

Kalau boleh minta Parlimen 81 keluar pula apa-apa usul politik pembangunan yang dibawa oleh YB ADUN Tahan dalam hansard Dewan DUN Pahang.

Sebab kalau WZWH keluar hansard itu nanti orang Jerantut cakap WZWH pungkar aje...

adrianiamri berkata...

Takut apa Wan Zuri,
Benda betul walaupon dicela, apa salahnya dihebahkan... Ramai lagi nak tahu dari orang yang tak nak tahu...

Apapon analisa yang baik untuk YB ahli parlimen sempena 100 hari perlantikannya...

Cuma, kawan agak hairan dua benda..termasuk kepada YB Ahli Parlimen sekali...

Kenapa perlukan sebuah Universiti Penuh di Jerantut? Tidak cukupkah Universiti di daerah sekitar seperti Uitm di Jengka dan Raub malah terdapat Kolej ADTEC sendiri di Jerantut disamping Kolej Komuniti dan Koleh Jururawat...

Sepatutnya YB boleh memperjuangkan untuk mempertingkatkan taraf kedua kolej iaitu Komuniti Jerantut kepada Kolej premier negeri (berkampus tetap dan mempunyai pelbagai aliran yang bersesuaian dengan orang Jerantut) dan Naiktaraf Kolej Jururawat kepada Kolej Universiti Jururawat Jerantut....

Kedua itu, bagi kawan cukup baik untuk pembangunan insaniah penduduk dan fokusnya belia di Jerantut...

Betullah kalau boleh semua kita hendak, tetapi kena bersesuaian dan bertepatan dengan keadaan semasa setempat dan ekonomi negara..

Begitu juga pembinaan hospital serba moden seperti Hospital Temerloh.. Orang Kuantan yang lebih perlu pon berbaris nak dapat.. Apa kata YB fokus macam mana nak mempercepatkan pembukaan Klinik Kesihatan Gred A dibelakang Perpustakaan itu.. lebih banyak faedahnya... disamping itu, bolehlah mencelah meminta pengubahsuaian atau tambahan bangunan baru bagi hospital Jerantut sedia ada... Yer ler hospital lama, sudah usang kebanyakan kelengkapannya... Atau YB boleh berunding untuk menambah lagi bilangan pakar ke hospital itu...

walaupon dari segi insfranstruktur tidak gah, tapi rakyat Jerantut akan bersyukur kerana tidak perlu ke hospital lain kerana di Jerantut tiada kepakaran itu... Jangan malu, malah di Temerloh pon kadangkal di rujuk ke Kuantan atau HKL...

apapon, jika ada ruang dan peluang, orang nak bagi, ambillah ... Kawan setuju 100% .....

p81 berkata...

Salam WZWH

memang Parlimen81 sejak dulu berhajat untuk memaparkan hansard-hansard dari semua ADUN Tahan , Damak dan Pulau Tawar tapi sayang Parlimen81 tidak mempunyai akses kepada hansard tersebut . Parlimen81 bukannya kenal sangat dengan YB-YB untuk meminta salinan hansard tersebut . Sepatutnya DUN pahang telah boleh menyiarkan hansard tersebut secara online untuk memudahkan rakayat Pahang mengikuti perbahasan ADUN yang mewakili mereka dan menilai ADUn mereka . Sejak 2011 Parlimen81 memperkuangkan supaya DUN Pahang meyiarkan hansard dilaman web kerajaan negeri tapi sehingga kini hampa . Ini artikel Parlimen81 pada tahun 2011 dahulu . http://parlimen81.blogspot.com/2011/02/tidak-dihansardkan-satu-jenayah-berat.html

harap blogger2 semua agar dapat memperjuang dan mendesak kerajaan negeri menyiarkan hansard tersebut didalam laman web kerajaan negeri . tidak susah pun . dah banyak kerajaan negeri yang menyiarkan hansard mereka secara online .

kalau WZWH ada hansard tersbut bolehlah emailkan kepada p81 utk disiarkan.

Tanpa Nama berkata...

Salam.Kalau pun YB tuan haji Nazlan tak banyak buat apa apa dlm 100 hari beliau menjawat ahli parliment namun lebih banyak dari ahli parliment yg dulu dulu yg pernah menjawat jawatan sampai ke timbalan menteri.Namun apa yg ada kat Jerantut neh? syabas Tn Haji Nazlan