Nasihat Untuk Pembaca
"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)
Rabu, 21 Ogos 2013
5,000km Paip Air di Pahang Uzur ?
Air Pahang disalur melalui 5,000km paip uzur
Bekalan air terawat di Pahang disalurkan melalui 5,000 kilometer paip air yang uzur dan tamat tempoh, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP) Datuk Mohd Zahari Md Isa.
Beliau berkata kebanyakan paip berkenaan telah mencapai tempoh penggunaan lebih 30 tahun.
"Paip uzur tersebut adalah antara faktor penyumbang kepada peningkatan kadar kehilangan air tidak berhasil di Pahang sehingga mencecah 52 peratus," katanya kepada pemberita pada majlis Aidilfitri PAIP di Kuantan hari ini.
Katanya, Pahang mempunyai 12,000 paip dengan kebanyakan keadaannya sudah uzur dan banyak mengalami kebocoran.
"Namun PAIP telah menukar 7,000 kilometer saluran paip yang uzur berkenaan manakala selebihnya akan dibuat secara berperingkat bergantung kepada peruntukan," katanya.
Selain paip uzur, faktor kehilangan air tidak berhasil turut disumbangkan masalah kecurian air dan meter lama.
"Masalah kecurian agak sukar dikesan kerana penyambungan haram bawah tanah manakala penggunaan meter melebihi lapan tahun menyumbang kepada kadar kehilangan air dengan bacaan perlahan berbanding penggunaan air," katanya.
- Bernama
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan