Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 1 Ogos 2012

Kas dah cakap ... keknye deme tu babil ngat!!!!

Kas dah cakap dah .... keknye YB2 deme tu otek ngat .. babil  ngat .... ini posting kas dulu dulu :

1. Tanah di perlukan : Luas 50 hingga 100 ekar
1. Gesa PM Bina Universiti Perdana di Jerantut 
2. Cadangan Projek Impak Besar di Jerantut
3. Projek Pembangunan Untuk Jerantut

Blog WZWH juga menyokong idea parlimen81 klik sini Universiti Jerantut tapi otek juga rupenya WZWH ni keknya kononnya Penasihat Ekonomi bertauliah

Peluang masih ada tapi satu peluang keemasan sudah disambar oleh orang Raub . Jadi Jerantut melepas lagi untuk mendapatkan sebuah projek yang benar-benar akan memberi impak yang besar kepada pembangunan di Jerantut . Minggu lepas Menteri Pengajian Tinggi istiharkan pembinaan sebuah Kampus UITM di Raub secara Build-Lease-Maintain and Transfer bernilai RM230 juta diatas tanah seluas 40 hektar . Kampus ini akan menempatkan 3 falkulti yang akan menampung seramai 3000 pelajar pada satu-satu masa dengan 1500 pelajar akan tinggal diasrama sementara 1500 pelajar lagi akan menyewa diluar kampus .

Sudah tentu bila kampus ini siap ianya akan memberi impak yang sangat besar kepada Raub .

Kampus UiTM raub ini akan menjadi engin utama kepada pertumbuhan ekonomi di Raub .  Kampus UiTM ini akan memberi kesan positif kepada permintaan domestik di Raub dan dijangka mampu merangsang pertumbuhan melebihi 10% setahun di Raub bermula tahun 2015 nanti .  ia juga dijangka mampu merancakkan penyertaan dan sumbangan sektor swasta sebagai engin utama pertumbuhan di Raub. Pembangunan akan semakin rancak di Raub . Ini semua adalah usaha berterusan oleh YB-YB dari UMNO dan MCA di Raub yang melobi untuk membawa kampus tersebut ke Raub dan penat lelah mereka akhirnya berjaya. Peniagaan di Raub akan bertambah rancak selepas ni dengan pertambahan 3000 pelajar dan ratusan kakitangan yang akan berpindah ke Raub .

Raub juga pada awal bulan Julai baru ini telah dianugerahkan dengan Institut Kemahiran Mara yang bernilai RM148 juta yang akan menampung seramai 2000 pelajar kemahiran . Sesungguhnya Raub akan menjadi hub utama di Pahang disamping Kuantan , Pekan , Muadzam dan Jengka .

Sepatutnya peluang ini direbut oleh Jerantut . Sepatutnya UMNO Jerantut sudah mula mengambil kembali tanah seluas 700 ekar di Temin . Kalau perlu bayar pampasan . Bayar jer pampasan kepada Cina itu . Bayar pampasan kos pembangunan ladang sawit tersebut mungkin sebanyak RM7K seekar,  maka pampasan mungkin dalam RM5juta perlu dibayar . Rm5juta jika dibandingkan dengan projek universiti yang boleh memberi impak yang besar kepada ramai orang adalah lebih bermanafaat jika dibandingkan dengan projek sawit yang hanya memberi keuntungan kepada seorang tokey sahaja dan pekerja-pekerja bangla dan indonesia .

Ambil balik tanah tersebut dan buat pelan struktur untuk tanah tersebut . Saya masih berpendapat . Kampus universiiti adalah projek yang boleh memberi impak yang besar kepada ramai orang di Jerantut .

Belum terlambat rasanya untuk Jerantut bertindak jadikan . Buat pelan tindakan yang sesuai dan bawa proposal kepada Najib . Lobi Datuk Najib untuk menjadi Ahli Parlimen Jerantut dalam PRU13 nanti . Bahagian Jerantut perlu buat sidang akhbar tergembar untuk .

Ini berita kampus baru UITM di Raub.


Kampus baru UiTM di Raub, Pahang

Posted by Mohd Adha Mohd Zain on Thursday, July 26, 2012
Dua projek Universiti Teknologi MARA (UiTM), kampus cawangan di Raub serta Institut Latihan UiTM di Nilai dijangka siap menjelang 2015.

Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi, Datuk Ab Rahim Md Noor, berkata ia kesinambungan kepada agenda negara untuk menambah enrolmen pelajar UiTM dari 100,000 kepada 200,000 dalam tempoh tiga tahun.

Projek RMK-10
Beliau berkata, projek itu adalah projek ketiga dan keempat daripada enam projek fasa dua pembangunan kampus UiTM secara Inisiatif Pembiayaan Swasta (IPF) bagi Rancangan Malaysia Ke-10.

Kampus UiTM Raub membabitkan kos pembinaan RM230 juta dan boleh menempatkan 3,000 pelajar. Ia akan dibina di tapak seluas 31.6 hektar di Mukim Gali, Raub-Bentong, katanya.

Rahim berkata demikian pada majlis menandatangani perjanjian konsesi bersama Utusan Intelek Sdn Bhd bagi pembinaan kampus UiTM Raub dan Menang Corporation (M) Berhad melalui anak syarikatnya, Protokol Elegan Sdn Bhd bagi Institut Latihan UiTM di Putrajaya.

Majlis disaksikan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Hadir sama, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Ab Rahim berkata, kampus berkenaan akan menempatkan pelajar Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Fakulti Matematik dan Sains Komputer serta Fakulti Pengurusan Perniagaan.

- BERITA HARIAN

Dan ini pula berita tentang Institut Kemahiran Mara yang juga akan dibina di Raub


ARKIB : 07/07/2012

IKM Raub tampung 2,000 pelatih

RAUB 6 Julai - Institut Kemahiran Mara (IKM) akan dibina di daerah ini yang dapat menampung seramai 2,000 pelatih bagi mengisi keperluan tenaga kerja dalam pelbagai sektor industri di negara ini.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dong, Datuk Shahiruddin Ab. Moin(gambar) berkata, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah meluluskan peruntukan RM148 juta bagi membina pusat itu yang terletak berhampiran bandar ini.
Menurutnya, pusat latihan yang kini kawasannya sudah diratakan akan dibina di tapak seluas 10 hektar di Jalan Bentong-Raub bagi melahirkan lebih ramai belia terlatih yang tinggal di kawasan Pahang Barat.
"Negara memerlukan seramai 4.3 juta pekerja mahir dalam pelbagai bidang menjelang 2020 dan peluang itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya oleh belia dan remaja.
"Dalam mencapai status negara maju, Malaysia memerlukan lebih ramai tenaga mahir, kreatif dan inovatif dalam memenuhi keperluan sektor industri," katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak pusat itu di sini kelmarin.
Shahiruddin yang juga Pengerusi GiatMara berkata, IKM dan GiatMara merupakan dua institusi kemahiran yang menawarkan tempat kepada pelajar dan belia tercicir dalam arus pendidikan akademik.
"Sehubungan itu, gunakanlah peluang kedua itu untuk mengikuti kursus kemahiran dan latihan di pusat yang menjamin masa depan mereka sebagai pekerja mahir dalam sektor industri ataupun menjadi usahawan.
"Sektor swasta mengutamakan pekerja menguasai kemahiran dan secara tidak langsung mereka akan dibayar gaji yang lebih baik," jelasnya.
Dalam perkembangan berkaitan, Shahiruddin mengesa para belia menganggur supaya mengikuti latihan kemahiran jangka panjang dan pendek di 236 pusat GiatMara di seluruh negara.
Katanya, pusat latihan itu menyediakan 36 kursus yang boleh dipilih seperti kimpalan, membaiki kenderaan bermotor, membaiki radio, pendawaian elektrik, masakan, jahitan, gubahan dan gunting rambut.
Tambahnya, keutamaan diberikan kepada golongan berusia antara 17 hingga 40 tahun tanpa kelulusan akademik manakala mereka yang mengikuti kursus berkenaan akan diberikan elaun bulanan RM200 seorang selama mengikuti sesi pembelajaran terbabit.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tapi jerantut pun ada universiti bekas penagih dadah.Oklah tu aje taraf pemikiran para pemimpin UMNO jerantut.Sebab tu pemimpin kena cari yg ada pelajaran dan ada akal.Sapa yg bodoh? orang jerantut jugak yg bodoh