Jika harga ini kekal dibawah RM5.05 maka semua peneroka Felda akan mengalami kerugian . Bank-bank akan mula membuat pangilan margin kepada semua peneroka . Tapi firasat parlimen81 panggilan margin akan ditangguhkan atas nasihat tangan-tangan ghaib yang seterusnya mungkin melanggar SOPP bank sendiri . Betul seperti kata Pakatan Rakyat bahawa peneroka akan mengalami kerugian jika membeli saham FGV ini .
Apa kerajaan BN nak buat . Jumlah saham FGV yang terlalu besar volume nya dan keengganan pelabur institusi dari luar negara menyokong saham FGV ini menyebabkan institusi tempatan mungkin tidak lagi mampu untuk mempertahankan saham FGV pada paras atas RM5.05.
Jangkaan parlimen81 dahulu bahawa institusi seperti EPF , KWAP dan Tabung Haji akan mempetahankan saham ini . Tetapi kemampuan kewangan mereka juga agak terbatas . Sehingga kini EPF dan KWAP telah mengumpul masing2 lebih dari 5% jumlah saham FGV dalam stok mereka sementra Tabung Haji telah melanggan lebih dari 7% jumlah saham FGV. Ketiga-tiga agensi ini mewakili hampir 20% jumlah saham FGV atau sudah membelanjakan sebanyak lebih kurang RM3.4 billion bagi menyokong saham FGV ini .
Baru-baru ini EPF pada masa yang sama juga telah membeli begitu banyak saham Axiata bernilai RM223.44 juta , Maybank bernilai RM893.5 juta dan saham TM bernilai RM441
Tapi parlimen81 masih percaya masih ada ruang untuk ketiga-tiga badan ini mereservekan dana mereka untuk mempertahankannya pada paras RM5.05 dan meningkatkan kembali saham FGV ini bila waktu pilihanraya hampir nanti . Tapi ruang yang sedikit yang ada ini akan digunakan sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat untuk mengekploitasikan isu ini untuk menyebabkan PM Najib duduk kepanasan di Putrajaya .
3 ulasan:
biar betul . awak tipu dak . mana boleh jatuh bawah 5 ringgit . kan hari tu Najib janji peneroka tak akan rugi . awak tipu ni .
hahaha, mana ada jaminan dalam saham..sape yg berminat dengan FGV? tunggu kerajaan bailout ler jawabnye..kuang3
huh..dah tinggal rm4.60 je ape citer?? mana isa, amat maslan, najib haram jadah nak jawab nih?? takkan nak tuduh PR yg jatuhkan saham kot? kuat nar la PR sampai bleh jatuhkan saham??
Catat Ulasan