Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 27 Julai 2012

Ahli Politik Jerantut Beli Ijazah ?

Dibawah ini adalah berita jenayah yang dipetik dari akhbar utusan online . Polis sedang menyiasat beberapa individu dan ahli politik tempatan yang disyaki membeli ijazah palsu . Beberapa tahun lepas ramai sungguh ahli politik yang tiada kelulusan akademik yang tinggi berlumba -lumba nak memiliki diploma dan ijazah secara haram . Tujuannya ialah mereka dah ada jawatan tinggi dalam hiraki politik tapi ketika itu ramai pucuk pimpinan inginkan ahli politik yang berpendidikan tinggi aktif dalam politik . Ini menyebabkan ahli-ahli politik otai rasa tergugat dengan kehadiran ahli politik lulusa universiti ini . Persaingan politik yang semakin hebat menyebabkan ada pada satu tahun itu beberapa menteri dan exco mendapat gelaran Honorary Doctor dari beberapa university luar negeri dan dalam negara . Tak kurang juga yang cuba mendapatkan diploma dan ijazah secara mudah ini . Almaklum duit tidak jadi hal pada mereka. Harap-harap ahli-ahli politik di Jerantut tidak terlibat dalam sendikit ini dan bukan dari kalangan mereka yang dicari oleh pihak polis.

Sindiket jual ijazah palsu tumpas


Tun Hisan Tun Hamzah (tengah) menunjukkan risalah universiti yang digunakan oleh syarikat pemalsuan ijazah pada sidang
akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam. - Utusan/Fatin Ainaa Faudzi
 
SHAH ALAM 26 Julai - Polis akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri dan beberapa ahli politik bagi membantu siasatan kegiatan penjualan ijazah palsu universiti luar negara yang didalangi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Jakri Education Group di Subang Jaya dekat sini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti ahli politik dan orang kenamaan terbabit berikutan penahanan dua suspek termasuk dalang kegiatan itu yang merupakan pengarah di IPTS terbabit dalam dua serbuan di Subang Jaya dan Cheras semalam.

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku sangat setuju supaya kementerian pengajian tinggi atau UMNO atau pihak polis melakukan pemeriksaan terhadap pemegang ijazah, diploma, sijil dikalangan orang-orang politik diperingkat bahagian atau kawasan, mereka ini adalah orang yang pandai bercakap dan boleh terdedah dengan kelakuan penipuan bukan sahaja kepada rakyat malah kepada kerajaan, orang sebegini adalah pemusnah peluang dan cita-cita anak muda berkelulusan tinggi

Tanpa Nama berkata...

koi dengar kat jerantut ada sorang YB tu beli diploma. sprm tak nak siasat ke?

Tanpa Nama berkata...

Sprm x boleh siasat ahli politik umno sbb nanti sprm tu plk yg kena siasat....

Tanpa Nama berkata...

aku rasa ramai orang jerantut ingin kepastian samada ijazah, diploma atau sijil yang dikatakan dimiliki pemimpin no 2 umno bahagian jerantut tu benar atau tidak, inilah masanya untuk kita check dengan kementerian pengajian tinggi.., ada beberapa rakan telah check dengan kolej yang ditulis pada sijil yang dipamirkan oleh wzwh tetapi takda jurusan tu di kolej berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

Merekalah petualang dan perosak negara...