Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 13 Julai 2012

Sejarah Pulau Tawar Yang Hilang

Kalau anda menyusur mudik sungai Pahang dari Gintong menuju ke Kuala Tembeling anda akan berjumpa dengan kawasan dinamakan Tanjung Chinah (orang kampung sebut tanjung cina)  disebelah kiri . Tanjung Chinah ini betul-betul berada sebelah hilir sedikit dari muara Sungai Tekam . Muara Sungai Tekam terletak di sebelah kanan Sungai Pahang . Muara Sungai Tekam ini kecil sahaja muaranya walau sungainya agak lebar di hulu tapi muaranya kecil sahaja . Selepas dari Tanjung Chinah ini sungai Pahang akan membelok sedikit kearah kiri . Bila anda mudik lagi ke hulu anda akan berjumpa pula dengan Kuala Sambau . Kuala Sambau  ini kalau sekali pandang memang tidak akan kelihatan kerana kecil sahaja dan agak tohor airnya . Rasanya pada masa kini tiada siapa orang Pulau Tawar yang pernah memasuki Sungai Sambau ini dari Sungai Pahang menaiki perahu sehingga ke hulunya .

Sungai Sambau ini satu ketika dahulu sangat terkenal dikalangan kerajaan-kerajaan yang ada di sepanjang Sungai Pahang . Dari Kuala Pahang hingga ke Ulu Tembeling semua tahu akan kepentingan Kuala Sambau ini . Kuala Sambau ini suatu ketika dahulu ialah pusat ekonomi utama di dipersisir Sungai Pahang . Kuala Sambau ini dahulunya mempunyai kerajaan yang tersendiri . Pusat pemerintahan kerajaan Sambau ini terletak diantara Kuala Sungai Tekam dan Kuala Sungai Sambau.

Kalau anda mudik kehulu sungai Tekam anda akan berjumpa dengan Kuala Sungai Batu . Kuala Sungai Batu ini dulu ada pintu gerbang kepada Kerajaan Gelanggi yang terkenal itu . Jika anda mudik terus menyusur sungai Batu ini anda akan sampai terus di Kota Gelanggi .

Jadi pada zaman tersebut terdapat dua kerajaan yang hebat dikawasan ini iaitu Kerajaan Gelanggi dan Kerajaan Sambau .

Walaupun ketika itu kerajaan Gelanggi lebih hebat dari Kerajaan Sambau tetapi kerajaan Gelanggi tidak mampu menguasai wilayah-wilayah dipersisir sungai Pahang kerana Kerajaan Sambau telah menguasai Kuala Tekam dan menyekat laluan kerajaan Gelanggi ke Sungai Pahang .

Kerajaan Gelanggi ketika itu lebih banyak menguasai wilayah-wilayah disepanjang sungai Tekam hingga ke Hulunya dan berjaya menguasai sehingga ke Ulu Tembeling . Hubungan diplomati mereka lebih banyak berhubungan dengan kerajaan di persisir Pantai Terengganu .

Berbalik kepada Kerajaan Sambau . Kekukuhan kerajaan sambau ini adalah kerajaan kerajaan Sambau ini mempunyai sumber ekonomi yang kukuh . Kerajaan Sambau ini menjadi pusat pengeluaran makanan utama disekitar wilayah-wilayah pesisir Sungai Pahang yang berpusat di Kuala Sambau ini .

Rahsia utama kekuatan kerajaan Sambau ini akan anda dapat bila anda mudik lagi sungai Sambau ini hingga ke Hulunya . BIla anda sampai dipertenggahan sungai Sambau ini anda akan berjumpa dengan suatu kawasan padang yang amat luas yang amat sesuai untuk bercucuk tanam dengan apa sahaja tanaman . Tanaman padi ketika itu menjadi sumber ekonomi utama kerajaan Sambau . Dengan tanah yang subur maka padai telah menjadi sumber ekonomi utama Kerajaan Sambau . Kuala Sambau pula telah diiktiraf ketika itu sebagai perlabuhan barter-trade yang penting .

.... to be continue






1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jangansalahkan anak muda kdrana jahil sejarah. Sejarah Melayu dihilangkan, yang wujud hanya sejarah selepas kemerdekaan, itu pun setelah banyak fakta diputarbelitkan.