Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 16 September 2013

SEKOLAH MENENGAH INTERGRASI SAINS TAHFIZ MAIWP (SMISTA MAIWP JERANTUT)

Sebuah Sekolah Menengah Integrasi Sains Tahfiz (SMISTA) MAIWP  yang dibuka pada 3 Januari 2011 menyediakan pendidikan menengah aliran agama dengan menggabungkan 3 modul kurikulum iaitu KBSM, Azhari/ Dini dan Tahfiz. Sekolah ini adalah dibina dibina dari dana Baitulmal Wilayah Persekutuan . Antara syarat kemasukan kesekolah ini adalah seperti berikut :

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Dilahirkan di Wilayah Persekutuan. Peruntukan 10% dibuka kepada para pelajar luar daripada Wilayah Persekutuan.
  3. Pencapaian 5A dalam UPSR.
  4. Pencapaian Mumtaz Ujian Penilaian Sekolah Rendah Agama (UPSRA) atau yang setara dengannya.
  5. Lulus ujian bertulis dan syafawi.

Sekolah ini menjadi rebutan dari ibubapa sekitar Wilayah Persekutuan dan Malaysia 

Masalahnya kemasukan ke sekolah ini adalah terhad sebab ada satu sekolah sahaja di Wilayah persekutuan . Dana Baitulmal MAIWP banyak tapi mungkin ketiadaan tanah yang bersesuai disekitar  Wilayah Persekutuan membantutkan hasrat MAIWP untuk membina lebih banyak sekolah seperti ini . 

Mungkin ini adalah peluang untuk Ahli Parlimen Jerantut membuat kertas kerja cadangan kepada pihak kerajaan negeri Pahang dan MAIWP untuk bekerjasama dengan Pejabat Daerah Jerantut menyediakan tanah bersesuaian di Jerantut dan membina sebuah lagi SMISTA yang nanti kita namakan sebagai SMISTA MAIWP Jerantut . Kita sediakan tanah dan MAIWP peruntukan modal pembangunan dan pengurusan untuk sekolah ini dan sebagai balasanya MAIWP akan menghantar seramai 2000 orang pelajarnya ke sini dan 200 orang guru untuk sekolah ini . Dan sebagai syarat tambahan 20% kuata murid mestilah dari kalangan murid sekitar Jerantut dan 20% dari murid dari daerah lain di Pahang. Sementara 60% adalah murid dari Kuala Lumpur.

Secara tak langsung ia akan memberi impak ekonomi dan membangunkan modal insan masyarakat Jerantut . 

Ahli Parlimen ada memohon kepada KKM untuk sebuah sekolah asrama penuh tapi mungkin prosesnya lambat . Ini mungkin kaedah yang cepat .  

Tiada ulasan: