Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 6 April 2013

Parlimen Jerantut Manifesto BN vs PR

Tolong jangan cerita pasal isu harga kereta . isu BRIM  isu harga rumah atau isu yang telah digariskan oleh BN Pusat dan PR Pusat . 

Manifesto yang perlu digariskan oleh calon-calon Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat Parlimen Jerantut perlu berkisar kepada  pembangunan di Jerantut . Berkaitan dengan pembangunan di Jerantut apa kah calon-calon yang akan bertanding nanti ingin perjuangkan untuk rakyat di jerantut . Apakah model pembangunan ekonomi yang ingin di acukan di Jerantut . bagaimana untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi penduduk Jerantut . Bagaimana untuk menhadapi kerenah belia belia.


Saya ada satu cadangan untyuk semua calon bertadning nanti akan menjadikan manisfesto ini sebagai satu keutamaan yang perlu diperjuangkan oleh calon yang menang dlam piihanraya nati tak kira dia menang sebagai calon parti yang akan memerintah atau calon yang menang dikalangan yang akan menjadi pembangkang .

Manifesto Utama ialah :

1. Sebuah Universiti secara bersendirian atau Sebuah Kampus Universti (bagi merangsang pertumbuhan ekonomi Jerantut).
2. Padang Bola yang baik untuk belia disetiap Felda , Mukim  atau setiap kelompok kampung / taman ( bagi memenuhi sosial belia )
3. Mengurangkan harga rumah di Jerantut (Harga rumah di Jerantut paling mahal di Pahang )

Bagi merealisaikan Manifesto No Satu iaitu mengujudkan sebuah Universiti di Jerantut ini . Calon-calon yang menang nanti perlu berusaha keras dengan memanjat Pejabat Hutan , memanjat Pejabat Tanah ,Memanjat Pejabat Ukur  , memanjat Pejabat DO dan melantik konsultan ukur berwibawa dan Memanjat Pejabat MB  bagi mengazetkan satu kawasan yang cukup luas dan bersesuaian sebagai tapak Universiti tersebut . Setelah tapak tersedia maka panjat pula kementerian pengajian tinggi atau  universiti-universiti bagi mempromosikan supaya mereka dapat membbuat sebuah Universiti atau kampus universiti di tapak yang disediakan .

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kami belia kwsan jerantut x mahu di tipu dgn bukti 1 2 3 4...kmpulan pteri ptra umno bersara cuba bg bukti apa pakatan rakyat sudah bagi pada belia kwsan jerantut....