Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 1 April 2013

NAJIB !!!!! Tolong Jangan Beli Undi Cina dengan Pengiktirafan UEC

Hari ini buat pertama kalinya PM Malaysia dan PM Najib akan berjumpa secara rasmi dengan Persatuan Jawatankuasa Sekolah Cina Bersatu (Dong Zong) .

Blog P81 sangat berharap agar pertemuan ini tidak akan membawa kepada pengiktirafan kepada UEC - sijil bagi sekolah menengah persendirian Cina.sebagai syarat unt
uk memohon memasuki universiti awam.

Malaysia sudah cukup dengan SPM dan STPM sebagai syarat untuk memasuki Universit . Tidak perlu lagi kepada satu sistem persijilan lain untuk syarat kepada kepada kemasukan ke universiti . 

Jika UEC tetap diiktiraf maka punah ranahlah usaha kerajaan selama ini untuk memastikan pengintigrasian sistem pelajaran kebangsaan yang diperjuangan sejak selepas merdeka dulu . 

Janganah hanya kerana undi masyrakat cina dan tekanana dari masarakat cina maka PM Najib terpaksa beralah dengan mengiktiraf UEC . Tolong Datuk Najib . Tolong jangan iktiraf . Sebenanya Malaysia tidak memerlukan sistem persekolahan berasaskan bangsa .

Tahun lepas Najib dah beralah dengan masyararat cina Kuantan ( bagi membeli undi masyarakat cina di parlimen kuantan dan indera mahkota) dengan membenarkan apa yang sepatutnya tidak dibenarkan iaitu kerajaan memberi lampu hijau untuk membina sekolah bebas Cina di Kuantan.Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong berkata, sekolah baru itu akan berdasarkan model yang digunakan oleh Sekolah Tinggi Bebas Chong Hwa, Kuala Lumpur, menawarkan peperiksaan Gabungan Sekolah Menengah Cina (UEC) dan SPM.Pengumuman itu dibuat lebih dua bulan selepas perhimpunan lebih 5000 masyarakat cina di Kuantan 20 Mei lalu bagi mendesak pembinaan sekolah bebas Cina di sana.

Ahli politik UMNO Jerantut patut bersatu menentang segala perancangan untuk mengiktiraf UEC . Wan Amizan The Best Ever Adun We Had patut jadikan ini sebagai manifesto menentang pengiktirafan UEC .

Tiada ulasan: