Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 12 April 2013

Biodata Calon-Calon Pakatan Rakyat Jerantut

Blog p81 telah dihubungi melalui email secara rahsia oleh seseorang yang katanya rapat dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Jerantut . Beliau meminta blog p81 mempromosi acara berikut :(kalau dah suruh promosi mana ada rahsia lagi kan ?)

Majlis pengisytiharan calon-calon Pakatan Rakyat di Parlimen Jerantut, DUN Tahan, P.Tawar dan Damak

Tarikh majlis pada 12.4.2012 Hari Jumaat bermula jam 9.15 mlm bertempat di belakang Hong Leong Bank, Bandar Baru Jerantut.

Tokoh pimpinan yang akan hadir ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man , Pesuruhjaya PAS Pahang ; Choong Siew Onn , Setiausaha DAP Pahang dan Wakil PKR.



blog parlimen81 masih konsisten meramalkan bahawa calon-calon berikut akan dicalonkan oleh Pakatan Rakyat Jerantut. semua orang tahu bahawa PKR dan DAP sedang berbut kerusi dun Damak ini tapi kalau inginkan kemenangan yang jitu maka Cikgu Koh adalah taruhan terbaik  PR untuk DUN DAMAK. Mungkin juga bagi meredakan suasana yang hangat Cikgu Koh akan bertanding atas tiket PKR kali ini . Itu hanyalah ramalan .


DR. HAMZAH BIN JAAFFAR
Calon Parlimen Jerantut

Dilahirkan di Kg. Batu Balai, Jerantut (1965)
  Menuntut di Fakulti Dakwah, Universiti Al Azhar, 
Fakulti Pendidikan UIA (Diploma),
UKM dan Open International University Of Colombo.-
University Of Orizona. (Universiti Berkembar-Jarak Jauh)
Pernah bertugas sebagai Tenaga Pengajar Jab. Dakwah,
Universiti Malaya & Supervisor Guru Pelatih Fakulti
Pendidikan, UIA.
Seorang Ahli Perniagaan dan Aktivis Parti.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang (2007 hingga kini),
AJK Lajnah Politik Dewan Ulamak PAS Pusat,
YDP PAS Kawasan Jerantut (sejak 2007) dan
Pengerusi Majlis Pakatan Rakyat Jerantut.
Pernah muncul sebagai Panel Al Kulliyah TV3 dan
Rancangan Dinamik Radio 1 RTM (1998-2000)

UST. YOHANIS BIN AHMAD
Calon DUN Pulau Tawar

Dilahirkan di Kg. Kedondong, Pulau Tawar (1978)
Menuntut di Universiti Al Azhar dan memiliki
Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Dakwah (Hadis).
Berpengalaman sebagai Pengurus Pentadbiran Firma
Guaman MK Othman & Co, KL dan Trainer di East
Management & Consultant KL.
Pen. SU Lajnah Tanah PAS Pusat, Exco Dewan Pemuda
PAS Pahang, Pengerusi Lajnah Undang-Undang PAS
Pahang, Ketua Pemuda PAS Jerantut.
Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Pahang (ANAK)
dan bekas Setiusaha PERKIM Selayang Baru.

UST. ZAKHWAN BIN AHMAD BADARDDIN
Calon DUN Tahan.

Dilahirkan di Kg. Lada, Jerantut (1979).
Menuntut di Darul Quran, Arhab Yemen
dan Ma’ahad ‘Ali Lit Taujih Wal Irsyad, Sana’a,
Yemen (B.A. Dakwah).
Pendakwah dan aktivis parti sepenuh masa
di Jerantut.
AJK PAS Jerantut merangkap Pengarah (PAS)
DUN Tahan dan SU Dewan Pemuda PAS Jerantut.
Bekas Presiden Persatuan Pelajar Malaysia Yaman.

& Presiden Persatuan Pelajar Darul Quran.







Tiada ulasan: