Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 3 April 2013

Parlimen Bubar 3 April 2013

Akhirnya Datuk Seri Najib mengadap Yang Dipertuan Agong pada Rabu 3 April 2013 bagi memohon pekenan untuk membubarkan parlimen petang terebut dan seterusnya membolehkan Pilihanraya Ke-13 dilaksanakan pada hujung April atau awal Mei 2013. SPR juga telah umumkan minggu lepas bahawa pilihanraya akan diadakan serentak diseluruh Malaysia


Majlis Kemuncak Jelajah Janji DiTepati di Kuantan Pahang pada 23 Mac 2013 juga menandakan bahawa PM Najib telah bersedia untuk menghadapi PRU13 . Dalam majlis ini beliau meminta mandat untuk 5 tahun lagi dari rakyat Pahang . Beliau juga berjanji untuk memberi peruntukan sebanyak RM100 juta kepada orang Kuantan supaya beralih arah dari Pakatan Rakyat kepada Barisan nasional dalam PRU13 nanti . RM50 juta untuk baiki jalanraya dan RM50 juta untuk projek tebatan banjir . Terpulanglah kepada kerajaan Pakatan Rakyat Pahang selepas PRU13 nanti untuk uruskan wang tersebut.

Sepatutnya ikut kata risikan pembubaran akan dilakukan pada 22 Februari 2013 tetapi memandangkan terdapat masalah maka ditanguhkan beberapa kali dan hari ini adalah sangat sesuai untuk dibubarkan parlimen . Dan kebetulan pula MB Selangor mengumumkan Selangor akan bubar selepas Chap Goh Mei . Maka PM Najb baru perasan bahawa jika beliau membubarkan parlimen 22 Februari 2013 maka ianya akan melukakan hati orang cina dan memberi mileage kepada MB Selangor . Jadi 27 Februari 2013 dirasakan masa yang sesuai untuk membubarkannya. Tapi kejadian di Lahad Datu telah mengagalkan lagi PM Najib untuk membubarkan parlimen . Kini kejadian di Lahad Datu sudah agak reda dan kini masa yang sesuai untuk membubarkannya iaitu bubar dihari yang mulia dalam segala hari iaitu hari Jumaat 15 Mac 2013 tapi kemudian beliau terlupa pula rakyat ingin tahu prestasi ETP dan GTP yang belum diumumkan lagi maka semalam beliau telah umumkan pencapaian beliau dalam GTP dan ETP .Jadi sepanjang minggu ini dan minggu lepas PM Najib akan cuba melihat dan mengkaji feedback dari orang ramai  berkaitan dengan prestasi tranformasi beliau .Cadangan  20 Mac 2013 juga tidak menjadi kerana skandal rasuah Taib Mahmud yang meledak satu dunia . Tapi pembubaran automatik DUN Negeri Sembilan pada 27 Mac ini akan memungkinkan sekali lagi spekulasi untuk Najib bubarkan parlimen .



Adakah betul tarikh tersebut tapi yang pasti tak kira apa tarikh yang dipilih oleh PM Najib maka semua jentera pilihanraya Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat perlu bersiap sedia bermula dari sekarang . Pengerusi BN telah arahkan supaya semua bilik gerakan jentera BN dibuka selewat2nya pada 1 Februari 2013 lalu . Dan sejak itu BN Jerantut begitu aktif dengan program KAS SAYANG JERANTUT yang tamat pada 24 Februari lalu dan dijangka disambung lagi beberapa hari. 

Wan Amizan - Calon Dun Tahan
Wan Amizan Wan Abdul Razak The Best Ever ADUN We Had in Jerantut pun dah tak sabar menunggu pengumuman Najib samaada beliau akan dicalonkan semula bagi mempertahankan jawatan ADUN Tahan atau dinaikkan pangkat sebagai calon Ahli Parlimen.
Berapa bilik gerakan yang telah dibuka sekarang ini  oleh BN Jerantut . Apakah bilikan gerakan Pakatan Rakyat Jerantut juga telah mula dibuka atau adakah terdapat arahan dari kepimpinan Pakatan Rakyat Jerantut untuk mengarahkan bilik gerakan dibuka sekarang ini .Bersiap sediakah semua parti komponen BN dan PR dengan bendera dan banner untuk pilihan raya ini .

Apakah pula persiapan bahagian gerak gempur BN dan PR .Sudah siapkah isu-isu yang ingin dimainkan sepanjang PRU13 nanti dan sudah siap sediakah BN dan PR untuk menjawap isu-isu yang akan dilontarkan oleh pihak lawan .

Rasanya sama ada BN atau PR telah ada senarai calon masing-masing.
Siapakah Calon Ahli Parlimen Jerantut ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Pulau Tawar ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Tahan ? UMNO vs PAS ?
Siapakah Calon ADUN Damak ? MCA vs PKR/ DAP ?

Cikgu Nazlan - Calon Parlimen Jerantut

Ketika  BN masih dong dang dong dang dengan senarai calon-calonnya parlimennya samaada Tengku Lan , Dr Shukri  dan Wan Amizan  kali ini atau BN Jerantut akan menampilkan semua muka baru ? Diberitakan jika muka baru maka Cikgu Nazlan menjadi calon pilihan utama Tengku Lan jika beliau tidak bertanding. Diberitakan juga Lau Lee masih akan kekal di Dun Damak dan muka baru Datuk Nazri Ngah sebagai calon pilihan Tengku Lan untuk DUN Pulau Tawar.
Nazri Ngah - Calon Dun Pulau Tawar
Lau Lee - Calon Dun Damak



Dr Hamzah Jaafar - Calon PR Parlimen Jerantut
Pakatan Rakyat dah hampir pasti dengan senarai calon bagi setiap dun  dan parlimen iaitu PR Dr Hamzah , Ustaz Yuhanis , Ustaz Zakuan dan Cikgu Koh ?

Kepada pengundi bijak2lah mengundi. Yang belum daftar maaf anda tak layak mengundi pru13 ini. Kepada jemaah tabligh marilah sama2 mengundi. tunaikan hak anda. anda tak mahu mengundi itu hak anda tapi jgn pengaruhi rakan anda

Calon Pakatan Rakyat
Bagi BLOG PARLIMEN81 punya analisis dijangkakan BN akan menyapu bersih semua kerusi-kerusi yang ditandinginya melalui UMNO iaitu Parlimen Jerantut , DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar dengan pertambahan majoriti disetiap peti undi. Sementara itu DUN Damak BN di jangka akan kalah tipis dengan undi BN dijangka meningkat tapi Pakatan Rakyat akan menang di kerusi ini. Sementara itu analisis blog parlimen81 pula menjangkakan BN akan terus menguasai dewan undangan negeri pahang selepas PRU13 nanti. Pakatan Rakyat pula p81 jangkakan agak beruntung jika dapat mempertahankan kerusi yang dipegang oleh PKR dan PAS sekarang ini yang mana kerana analisis menunjukan sokongan melayu telah kembali kepada BN terutamanya diluar bandar yang mana 70% pahang adalah dari luar bandar. Walaubagaimanapun p81 jangkakan DUN Jengka akan bersaing sengit kerana ramai peneroka Felda adalah berasal dari Kedah dan Kelantan. Sementara DUN tandingan MCA seperti Bilut dan Teruntum akan jatuh ke PR sama seperti Damak. Sementara itu Triang dan Tras dijangka terus kekal dibawah Pakatan Rakyat . Jika Pakatan berjaya mempertahankan Beserah dan Semantan dan menambah Indera Mahkota maka  BN akan membentuk kerajaan Pahang dengan kemenangan sebanyak 34 kerusi berbanding dengan 42 kerusi yang ada. Tapi firsat p81 mengatakan bahawa PAS akan kehilangan semua kerusinya dalam PRU13 nanti dengan itu BN akan membentuk kerajaan dengan kemenangan 37 kerusi . Firasat p81 jga kuat mengatakan PKR akan kehilangan kerusi parlimen Kuantan dan Indera Mahkota.

Sama sama kita tunggu . Kepada BN dan PR selamat berjuang untuk kebajikan rakyat Jerantut .

Tiada ulasan: