klik sini senarai calon jerantut final
Dato Nan telah berbisik di telinga blog parlimen81 bahawa Jerantut akan mempunyai seorang muka baru dan mengekalkan 3 muka lama . Itulah hint dari Datuk Nan . Sekarang p81 ingin berspekulasi pula Tengku Lan dan Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dan Dato Lau Lee kekal sebagai calon BN di Jerantut . Sementara itu Datuk Nan juga sahkan bahawa seorang calon baru akan mengantikan Wan Amizan iaitu Cikgu Nazlan . Walau bagaimana mana pun Datuk Nan tidak mendedahkan dikerusi manakah mereka akan bertanding .
Wan Amizan adalah Ketua Pemuda yang sangat kuat menyokong kepimpinan Ketua Pemuda UMNO ketika pertandingan diantara Khairy dan Mukhriz dulu . Semua tahu Najib tak sebulu dengan Khairy dan lebih menyokong Mukhriz untuk jawatan Ketua Pemuda UMNO . Di Jerantut undi untuk Khairy mengatasi undi untuk Mukhriz . Jadi Jerantut telah mencalonkan Khairy sebagai Ketua Pemuda . Jadi Wan Amizan digugurkan kerana beliau adalah dari kem yang berbeza. Ditambah pula dengan isu projek-projek beratus juta RM yang dimonopoli oleh keluarga Wan Amizan di DUN Tahan (klik sini) . Ha ha Ha ini hanya spekulasi .
Dato Nan telah berbisik di telinga blog parlimen81 bahawa Jerantut akan mempunyai seorang muka baru dan mengekalkan 3 muka lama . Itulah hint dari Datuk Nan . Sekarang p81 ingin berspekulasi pula Tengku Lan dan Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail dan Dato Lau Lee kekal sebagai calon BN di Jerantut . Sementara itu Datuk Nan juga sahkan bahawa seorang calon baru akan mengantikan Wan Amizan iaitu Cikgu Nazlan . Walau bagaimana mana pun Datuk Nan tidak mendedahkan dikerusi manakah mereka akan bertanding .
Datuk Najib menyampaikan watikah calon Pasukan Transformasi BN untuk DUN Pahang |
Boleh juga spekulasi itu adalah begini . Tengku Lan akan bersara dan digantikan oleh Wan Amizan dikerusi parlimen sementara itu Cikgu Nazlan akan mengantikan Wan Amizan di Tahan dan Dr Ahmad Shukri kekal di Pulau Tawar.
Dan boleh jadi spekulasi begini pula . Dato Ramlan Dato Harun atau Dato Nazri Ngah@Si Pemilik Hummer Putih akan mengantikan Tengku Lan dan Wan Amizan kekal di Tahan begitu juga Dr Ahmad Shukri kekal di Pulau Tawar. Ini bagi memastikn semua gerak kerja di DUN Tahan dan DUN Pulau Tawar tidak terjejas oleh tindakan sabotaj jika mana2 ADUN asal di DUN tersebut digugurkan.
Semua spekulasi diatas masih lagi mengikut skrip asal Datuk Nan. Macam mana pula dengan skrip Najib ? Adakah Datuk Najib mahukan Dato Shariff Shamsuddin bagi mengisi kerusi DUN dan seterusnya mengisi jawatan Menteri Besar Pahang yang baru sebagaimana Pak Lah telah mengangkat Mohamad Hasan calon korporat ke jawatan MB Negeri Sembilan dulu.
Update : Datuk Najib pula kata 91% calon Parlimen ialah diploma holder . 33% calon parlimen dan 49% calon DUN adalah muka baru . Besok 16hb Apr BN akan umumkan secara rasmi semua calon-calonnya.Berdebar-debar lah semua
Update : Datuk Najib pula kata 91% calon Parlimen ialah diploma holder . 33% calon parlimen dan 49% calon DUN adalah muka baru . Besok 16hb Apr BN akan umumkan secara rasmi semua calon-calonnya.Berdebar-debar lah semua
4 ulasan:
Pahang perlukan MB baru yang boleh memajukan lagi negeri Pahang! Pahang sebuah negeri yang besar tapi amat ketinggalan dari segala segi. PM dari Pahang pun tak dapat nak majukan Pahang! Yang sedikit maju hanyalah kawasan Kuantan.
Temerloh sepatutnya dah lama maju, tapi sedihnya IPTA/IPTS pun tiada. Terlalu banyak forum di Internet yang melahirkan ketakpuasan hati rakyat terhadap pendidikan di Pahang!Pulihkanlah imej pahang dan jadikan pahang sebagai negeri ilmu! contohilah negeri Terengganu yang jelas pemerintahnya membudayakan dan mementingkan ilmu dgn terbina banyak pusat pengajian. Ambillah idea dari ramai pihak seperti jadikan Temerloh sebagai hub ilmu titik tengah semenanjung malaysia! Lokasi yang sesuai dan strategik tapi disia-siakan sahaja!
Rakyat pahang khususnya di Temerloh hanya akan memilih pemerintah yang dapat yakinkan rakyat untuk bangunkan kawasan sebagai destinasi ilmu! Dalam hal ini, mendengar ceramah2 pembangkang jauh lebih meyakinkan dari pemerintah kerajaan BN sendiri! Tak mustahil kerusi2 di Pahang khususnya di Temerloh akan hilang ke pembangkang sekiranya perkara ini tidak diambil perhatian! Ubahlah matlamat wahai kepimpinan kerajaan BN dan dengarlah hasrat hati pengundi anda!
Salam.Sebenornya moleklah kalau semua calon lama tu diganti dengan yg baru.Yg dah lama tu dah berkarat dah.Yg baru ni boleh tukar persepsi pengundi sebab belangnya tak nampak lagi.Yg lama tu semua belang dah nampak doh.semua tak ada yg moleknya dah dengan yg lama tu
salam,elok sangat tukar kesemua sekali d jerantut ni,letak muka baru,entah2 lebih bagus,baru lah di namakan transpomasi politik,sekurang2nya pm dapat mentranspomasikan politik negara,pemimpin kalau dah tiap2 tahun ada kes sprm memang x elok la tu,faham2 lah berundur secara tehormat,sebelum kite d malu kan oleh rakyat n pengundi,dekat pilihanraya,apabila nama x di calon kan mula naik meroyan dan memberang sana sini,buat memoredum lah buat surat mcm2,nak naik jd calon semula,terimalah ketentuan tuhan,sbb dia yg menaikan kite n menurunkan kte,tp oleh kerana ilmu kte x sbanyak mana, kte trlupe dgn ketentuan ilahi,pilih la calon yg tiada isu d jrantut ni,bagi la yg cerdik2 sikit, kalau sampai ijazah boleh beli, kome malu sangat weh selaku penduduk di DUN tahan,kalau nak undi kome ganti la calon lain yg lebih bagus dan menjamin masa depan semua penduduk di tahan wasssalllam
Lebih kurang 2 bulan lebih dah saya tak balik jerantut, jadi minggu lepas baru ni saya balik lah ke jerantut dan pagi tadi lebih kurang 10 lebih singgah minum kat kedai Imai dan selesai minum, ternampak WZWH dgn geng2 dia tgh minum kat kedai yg sama. Tgh rancak betul diorang berborak, jadi saya beri lah salam pada diorang dan bersalaman dgn diorang tapi apa yg mengecewakan saya yg konon2 nak bermesra dgn diorang tapi dibalas dgn muka tawar dan angkuh saja dan takde langsung ambik kisah teguran mesra saya.
Jadi, inilah spesis puak2 umno yg masih wujud di jerantut yg masih mengekalkan budaya sombong dan angkuh. Dulu saya tak pernah percaya dgn cerita2 begini tapi bila melalui pengalaman sendiri, sahlah aura sombong masih intact dlm diri mereka ini sehingga terjemah keluar. Mulai sekarang saya bekerja keras utk menghebahkan kpd kawan2 saya lain yg masih berpendirian mcm saya sebelum ini.Lepas ni kalau terjumpa lagi, rasa nak ludah je kat muka diorang ni...
Last sekalu apa yg saya nak kata ialah, pegi jahanam lah dgn korang punye kesombongan..
Catat Ulasan