klik sini senarai calon calon berpotensi jerantut
WZWH telah mengariskan kriteria untuk calon UMNO sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut . WZWH secara tidak langsung bila mengariskan kriteria-kriteria dibawah ini mempromosikan calon Wan Amizan Wan Abdul Razak bagi mengantikan Tengku Lan . Blog parlimen81 memang menyokong dan bersetuju sangat dengan segala apa yang diperkatakankan oleh WZWH .
WZWH telah mengariskan kriteria untuk calon UMNO sebagai calon Ahli Parlimen Jerantut . WZWH secara tidak langsung bila mengariskan kriteria-kriteria dibawah ini mempromosikan calon Wan Amizan Wan Abdul Razak bagi mengantikan Tengku Lan . Blog parlimen81 memang menyokong dan bersetuju sangat dengan segala apa yang diperkatakankan oleh WZWH .
Memang Wan Amizan Wan Abdul Razak The Best Ever ADUN We Had in Jerantut . Tak pernah lagi dalam sejarah UMNO Jerantut ada seorang pemimpin boleh membawa hampir RM1 billion projek baru ke Jerantut . Hanya Wan Amizan Wan Abdul Razak sahajalah pemimpin tersebut . Wan Amizan juga sangat petah bercakap . Sangat mudah menyesuaikan diri dengan orang ramai tak kira muda atau tua semua dia boleh bergaul . Tak loket dengan duit . walau gaji dia kecil sebagai ADUN tapi dia akan usahakan juga mencari duit luar untuk memberi khidmat sebaik mungkin dikawasannya .Ialah kalau setakat duit ADUN dan peruntukan kerajaan negeri dan persekutuan mana cukup .Tak boleh tidak duit luar diperlukan untuk memajukan kawasan seperti DUN Tahan ini. Sebab itu bekas ADUN PAS dulu YB Malek tidak banyak memberi kepada orang Ulu Tembeling sebab beliau tidak pandai macam Wan Amizan cari duit luar . Dulu ADUN PAS hanya berharapkan kepada duit elaun ADUN sahaja untuk servis DUN Tahan tak macam YB Amizan yang berusaha mencari duit luar untuk servis DUN Tahan . Itulah kehebatan Wan Amizan yang tiada pada arwah YB Malek dulu . Tapi anatara jasa YB Malek yang paling penting ialah ianya memberi kesedaran kepada kerajaan BN yang telah lama meminggirkan DUN Tahan . YB Malek telah berjaya memaksa kerjaaan membina dengan segera jalan ke Kuala Tahan . Di era YB Malek penduduk sekitar DUN tahan dapat talian talipon lebih awal dari penduduk Pulau Tawar. itulah kehebatan YB Malek . YB Ahmad Jaafar pun tak boleh lawan dua orang YB Tahan yang paling hebat ini iaitu YB Malek dan YB Wan Amizan.
Bermacam bantuan yang dihulurkan oleh Wan Amizan Wan Abdul Razak untuk penduduk yang rata-rata dikawasannya dikategori pendalaman itu . Wan Amizan Wan Abdul Razak mudah ditemui oleh orang kampung . Tak kira ceruk mana kampung pun dia boleh akses dengan kemudahan-kemudahan yang dia ada seperti Jet Ski , Helikopter , 4WD atau motor cros pun dia akan cuba sampai di wilayah jajahannya . Dari tingkat empat putrajaya hingga ke istana di Pekan hingga ke hutan balak di ceruk-ceruk hulu tembeling semua dia boleh akses untuk memastikan kawasan jajahannya di majukan dan hasilnya secara fisikalnya kini :
1. Jalan Raya dari Kg Tuit ke Kg Pagi berjaya diperolehi oleh beliau 2010
2. Ladang Sawit berjaya di perolehi oleh beliau
3. Bangunan Tambahan untuk sekolah rendah ulu tembeling berjaya diperolehi oleh beliau 2010
4. Pembangunan ladang hutan berjaya diperolehi oleh beliau .
5. Kolej Komuniti berjaya di perolehi oleh beliau
6. Projek hidro power plant diperolehinya
6. Projek hidro power plant diperolehinya
Tidak cukup dengan projek disekitar DUN Tahan beliau juga usahakan projek-projek di luar DUN tahan bagi memastikan hasilnya nanti katanya boleh dinikmati oleh masyarakat Ulu Tembeling dibawah jajahan DUN Tahan.
Itulah orang yang bernama Wan Amizan Wan Abdul Razak seorang anak muda yang sangat berkaliber kepimpinannya . Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan . Hubungan baik ini beliau terjemahkan pula dengan jaringan beliau dengan komuniti korporat baik dalam dan luar negara juga membawa banyak pelaburan bernilai tinggi ke parlimen Jerantut ini.
Ramai yang tak percaya dengan kebolehan dan ketrampilan beliau . Blog SPU dan Urang Drrulug kata macam-macam kat Wan Amizan (klik sini) dan sini dan sini .Kesian Wan Amizan tapi memang Wan Amizan memang berwibawa .Nah lihatlah bukti-bukti tentang projek yang telah dibawa oleh beliau atau keluarga rapat beliau ke DUN Tahan .
A. BANGUNAN TAMBAHAN SEKOLAH ULU TEMBELING RM8 JUTA
B. JALAN RAYA KG TUIT KG PAGI RM121 JUTA
C. PROJEK LUAR DUN TAHAN RM68 JUTA
Nah . Itu semua hasil usaha keras beliau selama menjadi ADUN tahan . Amat rugi jika kepimpinan tidak mencalonkanya kembali untuk dinilai oleh rakyat Tahan atau Jerantut . Beliau juga diberitakan ada menwujudkan YAYASAN TEMBELING bagi membantu rakyat Tahan . Yayasan ini akan memohon projek ladang-ladang hutan dan konsesi-konsesi balak yang mana hasil daripada penjualan balak nanti kata pembantunya akan disalurkan kembali sebahagian kecil untuk rakyat DUN Tahan . Memang beruntung sangat orang DUN tahan mempunyai seorang ADUN seperti Datuk Wan Amizan Bin Wan Abdul Razak ini .
Jadi jika nama Wan Amizan tiada dalam list jadi kami rakyat Jerantut merayu kepada Datuk Najib supaya menilai kembali supaya datuk Wan Amizan dimasukkan kembali namanya dalam senarai calon . Ini menepati kenyataan Datuk Najib dalam temubual “Conversation with the PM” programme aired on TV3 baru-baru ini seperti berikut :
"The list of Barisan Nasional (BN) candidates for the 13th general election is almost ready but is subject to changes even up to the moment of the announcement, Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said last night.
He said the changes were necessary to ensure that the selected individuals were winnable candidates and the best.
“Every time we study the list, we are driven to make changes, but we may have not much time (to do that). We check, scrutinise and ponder if there could be a better candidate.
“I believe this process will go on up to the moment that we announce the candidates. There may be changes right up to that time.
“However, the basic list is there. Candidates have been decided for most of the constituencies. We will field those people who have been categorised as winnable candidates,” he said"
Ini kriteria digariskan oleh blog WZWH bagi memperkuatkan lagi menjustifikasikan untuk Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak sebagai calon Parlimen atau DUN Tahan.
Dari segi UMNO, pemimpin mestilah dari pimpinan UMNO Bahagian Jerantut yang memahami budaya politik UMNO Jerantut dan tahu apa kehendak parti dari bahagian, sayap-sayap dan cawangan serta realiti politik Jerantut.
Dari segi masyarakat tahu bagaimana mahu memenuhi kehendak masyarakat. Adalah lebih baik calon parlimen Jerantut dipilih dari barisan ADUN di Jerantut. 68,000 pengundi perlu lihat kepada trek rekod pencapaian pembangunan di DUN.
Selama mana menjadi ADUN dan apa peruntukan pembangunan yang berjaya dibawa baik bagi projek pembangunan yang sudah dijalankan , sedang dibuat, akan dibuat dan mendapat kelulusan.
13 soalan yang perlu dijawab oleh calon-calon parlimen Jerantut :
- Sanggupkah anda berkorban untuk orang Jerantut?
- Apa sumbangan anda kepada parlimen Jerantut setakat ini?
- Apa program-program yang anda sudah buat bagi parti UMNO, BN dan masyarakat Jerantut?
- Apa projek-projek pembangunan samada scale bersaiz kecil, sederhana dan besar yang anda telah berjaya bawa ke parlimen Jerantut?
- Apa hubungan PRO anda dengan masyarakat, penjawat awam, orang kampung, grassroot, orang muda, orang tua, wanita, puteri, orang Cina, orang India, orang Asli dan golongan minoriti?
- Sejauh mana hubungan anda dengan beberapa NGO, Pertubuhan, Persatuan, Kelab samada perniagaan, sosial dan sukan?
- Sejauh mana anda boleh menjiwai budaya masyarakat Jerantut samada di kampung-kampung tradisional, Peneroka Felda dan bandar/suburban Jerantut?
- Sejauh mana hubungan anda dengan Putrajaya, Kementerian, Kuantan dan Istana?
- Apakah visi dan misi anda bagaimana mahu membangunkan parlimen Jerantut dengan pesat?
- Sejauh mana hubungan anda dengan komuniti korporat baik dalam dan luar negara bagi membawa banyak pelaburan bernilai tinggi ke parlimen Jerantut?
- Apakah kekuatan-kekuatan anda yang boleh anda yakin memenangi PRU 13 parlimen Jerantut?
- Bagaimana anda sebagai komander perang mahu mengarah dan mengurus jentera perang parti PRU 13 parlimen Jerantut dengan lebih cekap dan berkesan?
- Akhir sekali adakah anda calon yang bersih kelihatan lebih dan nampak bersih dari segi peribadi, personaliti, sahsiah, ilmu, keagamaan yang boleh menarik minat 68,000 pengundi Jerantut?
Jika seseorang ADUN itu berjaya membawa peruntukan ke DUN lebih RM1 bilion maka itu dikira KPI yang baik untuk menjadi calon parlimen Jerantut.
Rakyat perlu melihat ADUN mana yang rajin buat program bukan saja di DUN sendiri tetapi merentasi 1parlimen Jerantut melibatkan DUN-DUN yang lain.
Bagaimana ADUN itu menyumbang kepada pendidikan dan kegiatan PIBG sekolah, keagamaan masjid dan surau, sukan keceriaan masyarakat dan kebajikan pengundinya dijaga.
Bagaimana hubungan ADUN ini dengan anak-anak muda, orang tua, pentadbir awam, orang Cina dan golongan minoriti.
Sudah tentu rakyat Jerantut mahu seorang calon parlimen Jerantut yang mempunyai hubungan yang baik dengan Kementerian, pemimpin dan pegawai tinggi kerajaan.
Cuba 68,000 pengundi Jerantut bertanya mana janji-janji ADUN-ADUN ini yang telah ditepati?
10 ulasan:
Kami di Pirates of Putrajaya menyokong penuh WZWH diberi mandat mempertahankan kerusi P81 Jerantut dari asakan pembangkang
woi bahlul, ADUN kalau ada company sendiri, bawa peruntukan ke kampung, separuh peruntukan company dia makan. apa punya bahlul ko ni WZWH? Wan Amizan tak layak jadi ADUN Parlimen Tahan. Dato Seri Najib, pls buang dia ni. Wan Amizan ni kayu reput yang patut dicantas supaya pokok muda boleh tumbuh. Aku ni org jerantut.
Ramai dah tahu, bahawa ADUN ni bakal menjadi bekas dan selepas ini tak diperlukan seterusnya lagi dan lagi. DSN Najib pun tak minat denganya. DSN Najib nak cari yang sederhana tanpa memewahkan orang kampung untuk kepentingan perut sendiri. Percayalah masyarakat mahukan kepimpinan yang jelas. Bukan semata2 projek. Mereka mahukan cetusan nurani, sentuhan, cita rasa di bimbing bersama.
Kami mahukan pemimpin yang berkelulusan luar negara spt University of Brazil
kami di Ulu Tembeling tidak mahu Anak Luar Nikah jadi wakli kamiA
Tengok KOSMO hari ini (21/1) - ADUN fail cerai ke atas "isteri" yang sudah berkahwin lain - Wanita didakwa bersuami dua. Nampak gambar YB Dato Wan Amizan di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Apa dah jadi dengan YB Wan Amizan kita nie....siapa "cerai" siapa nie. Aku nak tergelak jerrr....hahahahaha.
Best juga wakil rakyat kau orang nie.......
tak bagi apa2 dah memang bising dah bagi pon bising,macam2 lah manusia punya perangai.Kenapa tak jadi YB oh SI "TANPA NAMA"? jgn hanya pandai bercakap tapi tak buat apa2 alih2 kamu yang jadi kayu reput.
Pasal cerai mencerai itu adalah peribadi beliau,yang penting beliau tidak pernah campur adukkan masalah peribadi beliau kepada kewajipan terhadap wilayah DUN beliau dan apa yang saya nampak perubahan demi perubahan yang drastik dibawah kepimpinan beliau semenjak penggal pertama.
utk 'tanpa nama berkata'.. rasanya ko xlayak nk judge yb amizan..aku even bukan org ulu tembeling aku xrasa yb amizan tak seteruk yg ko ckp..ko klu rasa hebat tonjolkn diri ko sapa n cuba ler pikul tanggjwb yb amizan.. ko jgn pandai berkata2 untuk hentam org lain sedangkan ko sendiri bacul.. mana bukti ko ckp yb amizan anak luar nikah, ntah2 ko yg ank luar nikah kot.. satu jari tunjuk kt org lagi 4 jari tunjuk kat diri ko sendiri.. sedar2 jgn suka menghina n myalahkan org.. cermin diri sendiri sblum nk cermin org lain..
betul sngt jgn suka judge yb amizan if xkenal sapa dia.. udoh2 suka mgata yb amizan.. hal peribadi dia jgn kita campur janji tanggjbw yb amizan sbg pemimpin x terabai..
Catat Ulasan