Berikut adalah senarai terkini calon-calon PRU13 yang dikeluarkan oleh Biro Risikan BLOG P81:
PARLIMEN
1. Tengku Azlan : Barisan Nasional/UMNO
2. Ustaz Dr Hamzah : Pakatan Rakyat/PAS
DUN Pulau Tawar
1. Datuk Nazri Ngah : Baisan Nasional/UMNO
2. Ustaz Yohanis : Pakatan Rakyat/PAS
DUN Tahan
1. Wan Amizan Wan Abd Razak : Barisan Nasional/UMNO
2. Ustaz Zakuan : Pakatan Rakyat/PAS
DUN Damak
1. Datuk Lau Lee : Barisan Nasional/MCA
2. Chegu Koh : Pakatan Rakyat/PKR or DAP
3. ? : 3rd Force/Berjasa
Tengku Lan dijangka akan terus bertanding lagi dalam pilihanraya akan datang . Ini bagi meredakan persaingan hebat antar Gu Wan Amizan dan Gu Dr Shukri dalam UMNO bahagian Jerantut .Tengku Lan kali ini akan bergandingan dengan Datuk Nazri Ngah , Wan Amizan dan Datuk Lau Lee dalam mempertahankan penguasaan Barisan Nasional di Jerantut . Datuk Nazri Ngah menjadi pilhan Tengku lan untuk bertanding di DUN Pulau Tawar hasil dari Resolusi Kangaroo sekitar Februari baru-baru ini . Barisan Nasional melihat walau pun pengaruh Datuk Dr Shukri masih kuat di DUN Pulau Tawar tetapi memandangkan kalau letak tunggul kayu pun Pulau Tawar tetap akan menjadi milik Barisan Nasional maka mana-mana calon yang mempunyai modal adalah keutama Barisan Nasional . Ketika ini calon yang paling banyak modal ialah Datuk Nazri Ngah yang mempunyai banyak kontrak-kontrak dalam tangan disamping konsesi-konsesi yang bernilai besar yang dikongsi bersama partnernya. Disamping itu kelebihan Datuk nazri Ngah ialah beliau anak FELDA yang akan bertembung pula dengan calon PAS juga anak FELDA
Sementara itu bagi mempertahankan DUN Tahan tiada calon lain yang lebih sesuai selain dari Datuk Wan Amizan . Ini kerana hanya calon yang bekerja keras sahaja yang layak duduk DUN Tahan ini disamping faktor kos yang tinggi bagi memberi khidmat di DUN yang mempunyai kesukaran akses ini. Sejarah telah membuktikan Wan Amizan yang boleh akses hampir kesemua kawasan-kawasan ini dengan kemudahan yang terkini sama ada melalui jalan darat , jalan air , dan jalan udara Disamping itu pihak atasan BN juga melihat kepada usaha-usaha yang telah dibuat oelh Datuk Wan Amizan selama ini dalam membangunkan DUN Tahan telah menampakkan hasilnya . Pihak atasan juga melihat projek-projek yang sepatutnya telah siap tapi belum siap yang telah diusahakan budgetnya sehingga ke tingkat 4 dan dianugerahkan kepada syarikat-syarikat milik Wan Amizan dan keluarganya perlu dipastikan disiapkan . Jika calon lain yang dipilih mungkin banyak hanki panki projek tersebut akan terdedah dan ini akan menyukarkan peluang Barisan Nasional di DUN Tahan.
Sementara itu pengaruh Datuk Lau Lee di peringkat MCA Pahang membuatkan Barisan Nasional akan terus memilihnya untuk PRU 13 ini . Walau terdapat bantahan dari akar umbi rakyat di Damak tapi memandangkan akar umbi MCA jerantut measih memerlukan Datuk Lau Lee maka Barisan Nasional tetap dengan pilihan asal. Billionaires-billionaires Jerantut juga masih menyokongnya . Ini yang paling penting . Sokongan rakyat jatuh nombor dua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan