Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 3 November 2010

Pengerusi Kata Tak , Timbalan Kata Ya .. Mana Satu Ni ?

a Ini adalah dua laporan yang dipetik daripada Malaysiakini berkaitan isu rasuah pilihanraya.

Laporan 1 (Malaysiakini)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.

Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.

“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.


Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.

“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.


Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.

Laporan 2 (Malaysiakini) 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.

Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.

"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.
 

1 ulasan:

chenerong ular berkata...

Salam,ini lah susahnya,satu kapal ada dua arahan dari nahoda ?.

SPR PUN SATU HAL,JIKA NAK MEMBERI PENDAPAT YANG BERCANGAH BAIK DIAM DAN TAK USAH MENGELUARKAN KENYATAAN.

Apabila dikatakan keputusan dan kenyataan berat sebelah atau memihak,kita nafikan,kita tahu semua gaji kakitangan spr di bayar oleh kerajaan,tetapi dalam soal pr spr tidak boleh memihak atau condong kepada kerajaan semata mata.asama lah juga dengan agensi penguat kuasa lain di malaysia ini ?