Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 29 November 2010

Feri Maju 2015



Hari ini kebetulan saya berpeluang melawat sekitar daerah Jerantut . Ketika singgah di Feri untuk makan gulai tempoyak ikan patin saya melihat progress peniaga Melayu di barisan lot-lot kedai yang dibina oleh MDJ di sebelah Masjid Feri yang agak baru itu . Ketika memesan makanan secara berseorangan saya menelepon seorang kawan lama yang tinggal di Feri ini mempelawa untuk makan bersama . Sebentar kemudian beliau sudah di meja makan bersama saya . Sedang enak menikmati gulai patin tempoyak kawan saya membuka cerita samaada ingin membeli lot kedai baru  yang tapak cadanganya  dibelakang lot kedai yang sedang saya nikmati patin tempoyak itu  .  Katanya semua orang boleh beli . Menurut beliau projek itu dimajukan oleh developer yang terkenal Jerantut ini . Dibuka jualan kepada semua kaum . Wah kata saya , peluang baik ini . tapi kawan saya kata harganya lebih dari rm200k . dan yang tinggal hanya lot tidak menghadap jalan besar . Alamak melepas lah saya , sebab saya memang berhajat untuk membeli lot kedai di kawasan itu tapi yang menghadap ke jalan besar . 
Jentera sedang meratakan tanah di tapak projek 

Mungkin saya tidak beli lot kedai ini dan kemungkinan juga ramai dari kalangan penduduk asal Feri tidak akan beli lot kedai ini .  Nanti bila siap lot kedai ini akan banyaklah pernigaan baru dibuka di Feri ini . Penduduk Feri pun sudah ramai , banyak taman-taman perumahan yang telah dan sedang dirancang di Feri . Lama-lama Feri ini akan bercantunm juga dengan bandar Jerantut . 

Orang Melayu yang kaya-kaya kat Feri atau sekitarnya jangan hanya pandang sahaja projek-projek dekat dengan Feri ini . Kalau orang Melayu hanya pandang sahaja maka suatu hari nanti orang Melayu tidak akan menguasai perniagaan di Feri lagi . 

Beginilah lebih kurang bentuk Feri di sini pada akhir 70-an dulu 

Dulu sehingga akhir tahun 70-an dan awal 80-an peniaga cina menguasai ekonomi di Feri ini . Banyak kedai-kedai kayu lama berhampiran balai polis dan di jeti feri dipunyai oleh orang cina . Bila Jambatan Sultan Abdullah sepanjang 486 meter merentasi sungai Pahang di Feri siap di bina maka orang dah tak nampak sangat Feri ini sebab naik jambatan boleh pecut laju terus ke Jerantut . Tak perlu singgah di Feri untuk tunggu feri . Bila ramai yang tunggu feri maka perniagaan disekitarnya maju . Yang maju adalah perniaga cina ketika itu . Bila orang dah tak naik feri maka Feri jadi sunyi sepi , perniagaan pun merosot .
Jambatan Sultan Abdullah di Jerantut Feri Dalam Fasa Akhir Pembinaan 1978
(Rasanya hampir 80% orang Jerantut tak tahu nama jambatan ini)

Tapi kini Feri kembali ceria , banyak taman-taman perumahan disekitarnya yang dibina dan diduduki menyebabkan kuasa membeli di Feri semakin meningkat . maka para perniaga besar di bandar Jerantut melihat peluang ini . Maka  mereka sudah merancang untuk membina rumah kedai yang mahal disini dan menjadikan Feri sebagai bandar satelit kepada Jerantut . Kalau harga rumah kedai mahal maka orang Melayu hanya mampu melihat kemajuan Feri yang mana peniaga cina akan kembali menguasai ekonomi di Feri seperti akhir tahun 70-an dan awal 80-an dulu . Maka ketika itu yang dapat bertahan mungkin hanya Murtabak Feri yang walaupun setiap tahun harga meningkat tapi masih dibeli oleh orang ramai .

Sebenarnya orang Melayu dah tak mengusai Feri sebenarnya . Kalau kita lihat dari Feri hingga ke bandar Jerantut hampir 90% tanah-tanah no 1 ditepi jalan telah bertukar milik kepada orang cina . kalau adapun tanah orang melayu hanyalah lot-lot no 3 atau 4 . Ini juga sudah cukup untuk kita lihat bahawa cina sudah mengusai Feri. Jangan nanti dalam kita mengwar-warkan kemajuan kampung kita seperti cerita Pak Kadok yang terlompat-lompat bersorak girang kerana ayamnye menang tapi tapi tak sedar kampung tergadai .







4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagus-bagus ..... feri dah maju wehhh .... tapi matnye sunyi sangat feri ini waktu malam .... agaknya feri ni ke ada pusat karoeke baru happening

Tanpa Nama berkata...

jerantut dah lama tergadai wehhhh .... banyak tanah kerajaan dan tanah melayu kat jerantut dah terlepas ke tangan org cina .... siapa yang lepaskan ???? org-org melayu yang ada kuasa kat jerantut laaa punya halll ??? tak caya ??? tanya Dr Shukri ... tanya Datuk Rosdi ? tanya Wan Mizan , DO

feri maju berkata...

kalau der pun,lot tanah no. 1,kepunyaan arwah datuk jp feri dahulu yang banyak berjasa kepada masyarakat dan kerajaan.masa banjir dahulu, tu pun nak di adjust oleh org cina.wat perumahan lot kedai.satu pekara lagi, jambatan feri tu kena lah ada lampu baru meriah.ni dari dulu sampai skang jambatan x der lampu.aduyai ,saya dah antar kat sinar harian .x der tindakbalas langsung dari pemimpin di sana.

feri maju berkata...

alhamdulilah,makbul gak permintaan ku,skang jambatan jerantut feri ada lampu dah.tulah sebabnya kita semua kena banyak wat aduan,jkkk,penduduk setempat di situ,klau x leh wat kat sinar harian laman web adua jkr malaysiakan ada.banyak saluran blh di gunakan,kita sebagai rakyar hanya mampu wat aduan,sebab pemimpin di sana x peka macam yg berhormat.hahahah x taw lah nak ckp camner.tulh bukan senang nak jadi pemimpin.bila wat aduan kat jkr malaysia baru lah,nak telipon kita ,masa tu lah kita hentam cukup2,biar lojik ngan fakta2 penting.jadi ini lah hasilnya.