Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Sabtu, 4 Disember 2010

Jangan Bunuh Kami Cepat2 ...... Bunuhlah Kami Perlahan-Lahan Ye ........

Semalam PM kita berkata bahawa rakyat kini telah mula kembali memberi kepercayaan kepada BN . BN telah mula mendapat sokongan rakyat . Jadi hari ini bagi membalas jasa rakyat tersebut pemimpin kita menaikkan harga barang-barang keperluan rakyat marhaen . Pemimpin sangat tahu bahawa rakyat adalah sangat bodoh , apa sahaja mereka buat rakyat tetap akan sokong mereka . Persoalannya : Adakah kome dan ong semua cukup bodoh untuk sekali lagi di perdaya ? Tahun ini sahaja sudah 3 kali kenaikan harga minyak dan barang .

Saya ingin menarik perhatian ong semua , harga ubat di farmasi juga telah naik mungkin anda tidak perasan harga panadol juga telah naik kalau dulu 10 sen sekarang dah 30 sen . Harga bawang dulu 80 sen sekarang sudah RM2.80 sekilo , halia dulu 60 sen sekarang dah RM7 sekilo . Banyak lagi kalau nak diikutkan .

Adakah kerajaan hari ini kerajaan yang mesra rakyat . Apakah kesudahan nya ETP yang dilaungkan oleh kerajaan itu . Adakah program ETP ini hanya bermatlamat menjadikan negara , negara berpendapatan tinggi sahaja  .  Kalau hanya negara berpendapatan tinggi tapi rakyat marhaen masih di bawah tahap kemiskinan maka apa faedah kepada rakyat marhaen . harga barang makin naik , inflasi makin tinggi .

Memang bila kerajaan umumkan sesuatu kenaikan barang , maka kerajaan akan berkata kenaikkan ini adalah diperlukan kerana harga pasaran dunia juga naik dan nak kurangkan subsidi. Kerajaan akan laungkan supaya rakyat ubah gaya hidup . Kalau dulu makan nasi lauk ayam sekarang makanlah nasi dengan telur ayam je .

Dengan kenaikan harga minyak  ini maka ianya walau selama ini dinafikan oleh kerajaan tapi kenaikan ini akan berjangkit kepada sector yang berkaitan seperti tambang bas awam , bas sekolah , kos logistik yang secara tak langsung akan berjangkit kepada sector lain seperti perkhidmatan , makanan . dan ini secara tak langsung meningkatkan inflasi dan menjadikan ong semua lebih miskin dari dulu .

Ini kawan nak tanya ong yang tengah baca blog kawan ini , cuba check poket seluar ke dompet ke ada tak duit 5sen kat dalam poket seluar tu ? kalau ada kawan tabik spring kat ong 3x . samaada sedar atau tidak duit 5 sen dah tak laku kat malaysia ini . sebab itu kerajaan naikkan 5 sen sebab 5 sen tu dah takde harga kat malaysia ini . Tapi kawan nak tanya ong berapa liter minyak kereta ong taruk setiap kali isi minyak 10 liter ? 20 liter ? 30 liter ? . 5 sen x 30 liter tak ke RM1.50 .... aok miskin RM1.50 setiap 2-3 hari .

Orang kata Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ini tak de beza nya ..... tapi mungkin juga ada baik nya kita cuba bagi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kerana nampaknya pemimpin BN masih tidak berubah . Kita tamatkan kerajaan BN sekarang ini dan pastikan semua pemimpin BN sekarang ini dari peringkat atasan hinggga pemimpin bawahan bersara dan di pimpin oleh muka baru semuanya . FRESH. lepas itu pemimpin baru ini belajar jadi pembangkang dan seterusnya ambil balik kepimpinan negara dalam tempoh 8-12 tahun kemudian . Adakah ini idea yang bagus ? Konservatif di Britain dulu adalah kerajaan yang kuat puak kanan macam BN juga , kalah kepada puak kiri Labour macam Pakatan Rakyat , Tony Blair masa jadi PM sangat muda . Kemudian selepas 8-12 tahun bila banyak polisi Labour tak menguntungkan rakyat rakyat kemudian rakyat kembali memberi kepercayaan kepada Konservatif yang dipimpin oleh muka-muka baru . Rasanya rakyat Britain tidak rugi kerana setiap parti politik berlumba-lumba untuk memenuhi kehendak rakyat . Lagi sekali nak tanya , Adakah ini idea yang bagus ? Anda sebagai pengundi yang tentukan.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan...,

Persoalannya pak2 menteri semua ada jawatan dengan amanah dan kepercayaan rakyat. Ada pakar ekonomi, ada pakar akademik, pakar geogologi, matametik dsb... Tapi kenapa minyak dan gas ni, bila dinaikkan pengguna sibuk begitu begini. Walhal kerajaan telah berkerjasama dengan rakyat telah menaikkan harga getah, kelapa sawit, hasil tanaman di ladang, rakyat tak pulak bising mintak turun...

Harap2 ramai yang berhenti merokok...

chenerong ular berkata...

Yang pentingnya ialah alasan yang di katakan oleh pak menteri, pengurangan subsidi tidak membebankan rakyat bawahan?. Dengan menbandingkan harga di negara jiran, Adakah negara jiran tersebut mengenakan cukai melampau kepada rakyatnya, tol merata tempat, saman ekor berjela jela, insuran rood tax mahal, malam kenderaan pun mahal dari negara jiran, tiap kali naik itu lah alasannya, bahkan menyuruh rakyat mengawal perbelanjaan, sampai ada kata jangan guna gula?, jika naik minyak, ironinya barang barang akan naik, itu alasan pekedai dan pemruncit, minyak naik 5 se,, gas naik, gula pun cuma naik 20 sen, biasanya pekedai akan menaikkan harga minuman, contoh dahulu, harga susu di naikkan 30 sen setin, maka pekedai akan menaikkan harga minuman teh secawan sebanyak 10 sen, kenaikan begini yang rakyat pertikaikan, naik lah sebanyak mana pun minyak, janji kerajaan mengawal harga barang jangan naik, rakyat tak marah, BOLEH ?

Tanpa Nama berkata...

Salam,

BN-Barang Naik
BN-Barang Naik
BN-Barang Naik
BN-Barang Naik

apa nak buat...korang semua yang nak BN...kah kah kah kah kah...

Tanpa Nama berkata...

Salam.Apa susahnya kalau barang naik kita jangan beli ajelah. .Macam kata sorang menteri tu jangan beli bawang sebab harga bawang naik. ok juga kepala hotak menteri tu apa.