Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 15 Disember 2010

WZWH NAK BINA MINI HIDRO .... AKU PUN NAK JUGE

1. mini hydro 1MW pertama di malaya adalah di pahang 110 tahun yg lalu dan sehingga kini masih beroperasi ....

2. tengok WZWH mula dengan projek hidro 400MW dan kemudian nak bina yg lagi tinggi 1000MW nuclear power plant sekarang dah turun sikit kepada Mini Hidro 10 MW ... lepas ni mungkin projek Micro Hydro 1MW plak then Pico Hydro 0.1MW plak .... aku pun teringin juga bina renewal energy sendiri ... nak cadangkan kepada MB untuk modified Jambatan Feri itu supaya boleh gantung seberapa banyak turbine untuk hasilkan elektrik . tapi cukup kuat ke flow air sungai pahang utk putarkan turbine tu .... takpe kita gunalah turbine yg paling efficient menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik . Masalahnya paras air sungai pahang tu turun naik , nanti tengelam ke tergantung pulak turbine aku tu bila paras air berubah ... macam mane ye ha ha ha ... tak pe ... kita panggil ZullDesign cipta alat automatik utk pastikan turbine itu akan naik turun secara automatik mengikut aras air sungai . tapi sampah dan kayu banyak di sungai pahang itu nanti rosak turbine aku ...alamak ini dah kena bina penrangkap sampah pulak kat depan turbine tu... kos tinggi ni he he he ha ha ha dan tak boleh lah pulak orang nak menghanyut jaring cari ikan ....tapi ada perangkap sampah bersihlah sungai pahang nanti .... dan sampah yang terperangkap tu kita kumpul dan simpan kemudian kita  extract gas methane dan carbon dioxide untuk elektrik biomas dan minyak pun boleh extract dari sampah tu untuk hasilkan biofuel plak ha ha haabis tu sisa sampah tu nak buat apa .... kita bina plak incenerator untuk bakar sisa sampah tu ...semua sampah kat jerantut ini hantar je kat incinerator aku ..... abu dari hasilan incinerator ini kita process plak jadi batu bata dan heat semasa proses pembakaran itu boleh tukarkan kepada elektrik juga kannn ....  semua orang jerantut boleh terus hantar sampah kat tempat aku aku ... aku bayar laaa ikut berat dan jenis sampah ... .. so tak payahlah lagi MDJ pening kepala nak sediakan tempat pembuangan sampah dan layan komplen org pasal sampah dan pastilah bandar jerantut bersih berseri sebab semua sampah aku beli nanti kan he he he tapi kesian lah pulak kat pekerja alam flora nanti sebab dah tak de kerja ... tak pe projek Greater Jerantut kan ada .... nak berniaga kat mall tu ... mana mampu beb ... mahal sewanya ... tapi boleh mintak orang politik jerantut yang kuat-kuat tu rekomen jadi tukang sapu atau jaga kat mall yang dibina kat situ nanti . rasanya tak de masalah nak mintak rekomen sebab ramai orang politik melayu yg kuat-kuat tu kenal baik dengan tokey mall tu .

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

artikel yang nampak mengarut tapi penuh makna tersirat .

Indera Segara berkata...

Isunya tentang projek mini hydro. Emak saudara saya ad tinggal di Kg. Buntut Pulau. 2 orang anaknya meniaga ikan sangkar dan dah tentu ada sangkar ikan di tebing sungai Pahang itu. Jadi projek ini sangat kabur dan kesan jangka panjang terutama kepada pengusaha ikan sangkar dan nelayan sungai tidak dijelaskan pula.