Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 20 September 2010

Pembinaan Jalan Ulu Tembeling Dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi Telah Bermula ??

Tahniah kepada YAB ADUN2 Tahan dan semua pihak yang telah bersuara sejak sekian lama kerana usaha mereka selama ini telah berhasil dengan peruntukan sebanyak RM121juta telah diluluskan untuk pakej pertama jalan tersebut dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi .Kerja-kerja preliminari telah bermula sejak 1 April 2010 . Kontrak diberi kepada sebuah syarikat pembinaan kelas A Jerantut. Pelaksanaan projek mengambil masa 36 bulan iaitu sebelum PRU 13 jika berlaku pada pertengahan 2012 atau 2013 dijangka siaplah jalan itu mengikut kata WZWH

Meminjam tulisan WZWH dalam blognya "
YB Dato' Wan Amizan berjanji jika jalan Ulu Tembeling tidak dapat dilaksanakan sekurang-kurangnya sampai ke Kampung Pagi, beliau tidak akan bertanding lagi dalam PRU 13 nanti kerana beliau tidak sanggup lagi "beri janji dan harapan palsu" kepada penduduk Ulu Tembeling dan tiada siapa ahli UMNO mahu bertanding di DUN Tahan kerana sudah tentu rakyat akan bangkit menolak UMNO yang menipu mereka selama ini".

Dalam blog WZWH juga beliau hanya menyatakan bahawa syarikat yang mendapat projek tersebut adalah Kontraktor kelas A dari Jerantut.

Setelah parlimen81 melakukan penyelidikan ,benar syarikat kelas A tersebut mempunyai pejabat di Jerantut tapi didaftarkan di Ampang. Siapa pemiliknya, parlimen81 tidak tahu secara benar tapi secara kebetulan seorang jurutera yang berkerja dengan dengan syarikat tersebut yang kini meyewa sebuah rumah di Jerantut pernah bercerita bahawa beliau bekerja dengan kontraktor utama yang mendapat kontrak buat jalan tersebut dan beliau kenal benar pemilik sebenar syarikat tempat beliau bekerja . 



Disini parlimen81 detailkan berkaitan projek tersebut :

Projek Membina & Menyiapkan Jalan Dari Kg. Tuit,
Kuala Tahan Ke Kg. Mat Daling, Jerantut (Pakej 1 -
Dari Kg. Tuit Ke Kg. Pagi), Jerantut, Pahang
Sektor : Kerajaan
Tarikh Award : 09/03/2010
Tarikh Mula : 01/04/2010
Tarikh Siap : 31/03/2013
Nilai Projek : RM121,000,000.00
Nama Klien : Ketua Setiausaha Kementerian
Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah



Alamat Kontraktor Pembinaan :

BETA EXCLUSIVE CONSTRUCTION SDN. BHD.
No Pendaftaran : 0120040309-PH093356
A-15-2, JALAN SELAMAN 1/1
DATARAN PALMA
68000 AMPANG
SELANGOR
Tel : 0342701001/1806/1794
Fax : 0342701199/1842


Alamat Pejabat Di Jerantut
Company Name :     BETA EXCLUSIVE CONSTRUCTION SDN. BHD.
Address :     NO.7, TINGKAT 2, JALAN ZAPIN INDAH, BANDAR INDERAPURA, KUANTAN, PAHANG
Telephone :     09-2671828   09-2671828   
Facsimile :     09-2669818

Pemilik sebenar biarlah ia menjadi rahsia disini buat masa ini dan penulis yakin ramai diluar sana yang sudah tahu siapa sebenarnya pemilik syarikat tesebut termasuk WZWH. Jika betul nak tahu beli je maklumat berharga RM15 dari Suruhanjaya Syarikat , tapi kemungkinan pengarah dalam senarai Suruhanjaya hanyalah proxi kepada orang tertentu ?

Hanya satu je harapan besar parlimen81 kepada pemilik syarikat tersebut , binalah jalan tersebut mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.  Beta Exclusive Construction kemungkinan akan melantik sub-kontraktor yang mahir dalam pembinaan jalanraya ? Jadi harap Beta pantaulah sub-kontraktor supaya patuh kepada spesifikasi tersebut dan kepada Konsultan yang diamanahkan oleh kerajaan untuk  merekabentuk dan memantau projek ini , bekerjalah dengan ikhlas dengan memastikan setiap inci jalan di buat mengikut spesifikasi.

Dan kepada Beta Exclusive  ambillah peluang ini untuk belajar bersungguh-sungguh teknologi buat jalan ini dari sub-kontraktor anda dan harap suatu hari nanti  Beta Exclusive   akan menjadi sebuah syarikat yang benar-benar mahir membuat jalanraya dan tak perlu meng-sub-kan lagi kerja-kerja ini kepada sub-kontraktor lain. Jika ini berlaku barulah margin tinggi dan boleh bersaing secara sihat dipasaran

Dengan bermulanya pembinaan jalanraya ini , secara jangka pendeknya memberi beberapa peluang pekerjaan dan pernigaan kepada penduduk sekitar Ulu Tembeling dan secara jangka panjangnya menyingkatkan perhubungan diantara kampung-kampung di Ulu Tembeling dan bandar Jerantut dan seterusnya meransang pertumbuhan ekonomi di Ulu Tembeling .

Dan moga-moga dengan usaha anda merealisasikan jalanraya ini Allah merahmati anda semua .

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
p81 berkata...

Tanpa Nama ... minta maaf ulasan anda saya padamkan dulu untuk menarik minat ramai untuk berteka teki .... bila masa sesuai nanti saya masukkan balik ulasan anda

Tanpa Nama berkata...

Parlimen 81,
Dato' Wan Amizan dan WZWH ada pengalaman mendapatkan kontrak Jalan raya. Dulu Projek Lebuhraya Pantai Timur bernilai RM3 bilion sudah dapat ke mereka berdua melalui Syarikat Wasfat Corporation JV dengan Syarikat Jepun dan MMC tapi sebab bos mereka Anwar Ibrahim jatuh dan ekonomi gawat Tun Daim ambil alih. Saya tidak pelik kalau mereka berdua ni dapat Projek Jalan Ulu Tembeling RM460 juta dan Projek Jalan Kg Mat Daling-Terengganu RM450 juta. Bila WZWH cakap mahu lobi Projek Hidroelektrik Sg Tekai RM2.7 bilion dan Loji Nuklear Tembeling RM9 bilion, kita perlu memerhati dengan serious kerana mereka berdua ini pandai mengguna apa saja cara asalkan PM, MB dan Tuanku Sultan sokong apa mereka mahu buat. Mereka juga pandai mengambil hati rakyat. Cuma orang-orang politik Jerantut tidak akan senang dengan mereka berdua ini kerana kalau mereka berjaya semua orang politik Jerantut terpaksa tunduk kepada mereka berdua. Mondus operandi mereka : WZWH-idea, Dato' Wan Amizan-implementor. Terpulang kepada orang Jerantut untuk menilai mereka. Tapi orang Tembeling nampak kualiti yang mereka ada.

uRag dRrulug berkata...

Anon 21;20,
Cheh!

Tanpa Nama berkata...

Anon 21:20
.... rasanye begini turutannya yang betui WZWH-idea(tukar jadi TOKEYCHEYENUNALIF bagi idea),DWA-implementor(tukar jadi pelobi),TOKEYCHEYENUNALIF -implementor sebenar,DWA-collect commision ,WZWH-tumpang komisen DWA ---- AKU KAYAAAAAAA

Tanpa Nama berkata...

salam'
anon 10.12 bawak mengucap.tak baik beprasangka burukterhadap orang lain.apa yang penting kita dapat infrastruktur yang kita inginkan selama ini.segala perbuatan yang salah di sisi agama biarlah mereka menanggung sendiri.tuhan dah ingatkan kita,buatlah baik sebanyak mana kamu mahu.kalau boleh tambah lagi,dan buatlah jahat sebanyak mana kamu mahu,kalau boleh tambah lagi.tapi apakah tuhan tengok saja?matnyerweh!

Tanpa Nama berkata...

Alamat nya macam sama dengan syarikat satu lagi tu. Aku tahu lah pengarah nya 1 lelaki dan 1 perempuan, kalu itulah. P81, nak tanya jadi ke beli tanah LGM, nak buat projek pe ye.