Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 22 September 2010

Cadangan Jambatan di Kuala Tembeling

 klik gambar untuk besarkan

Salam semua orang Jerantut . Diatas ini adalah cadangan parlimen81 untuk merangsang ekonomi di sekitar kampung -kampung di Kuala Tembeling , Seberang Kuala Sungai Jelai dan Tembeling Tengah.

Jambatan ini dicadangkan kerana pada pendapat parlimen81 pelaksanaan projek ini kelak akan dapat merangsangkan lagi pertumbuhan kawasan-kawasan pertanian dan pembangunan sekitar kampung-kampung tersebut, disamping meningkatkan  taraf sosio-ekonomi penduduk sekitar.Hasil-hasil pertanian boleh dikeluarkan dengan lebih mudah dan cepat pembinaan jambatan itu akan menjadi pemangkin terhadap kepesatan pembangunan ekonomi, sosial dan kegiatan lain di kalangan penduduk setempat. dan menjadi pemangkin yang dapat mengubah landskap pembangunan di kawasan Kuala Tembeling , Tembeling Tengah dan Seberang Jelai  di samping memendekkan perjalanan orang ramai untuk ke Jerantut melalui Kuala Tembeling atau Lipis melalui Mela atau boleh melalui Cegar Perah

Parlimen81 anggarkan budget untuk pembinaan dua buah jambatan 2 lorong bagi setiap jambatan ini ialah dalam lingkungan RM20juta ke RM30juta  sebuah jambatan kalau ikut tender terbuka dan telus dan mungkin mencecah kepada RM60juta sebuah jambatan jika diaward secara terus kepada konsortium tertentu.
klik gambar untuk besarkan

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Projek 2 jambatan serentak yang menghubungkan 3 seberang serentak yang dipisahkan 3 batang sungai ini patut disegerakan.Patutnya dah lama buat.Memendekkan perjalanan,meransang ekonomi 2 daerah sekaligus dalam skala besar.Pelik,pasal apa orang tak nampak kepentingannya.Daripada membazir duit rakyat buat benda-benda tak patut,baik buat 2 jambatan ni.

Tanpa Nama berkata...

[fatima]
Saya setuju dua jambatan ini menjadi projek keutamaan yang perlu di majukan kepada EPU mengikut turutan kepentingan projek seperti berikut :

1. Menaik Taraf Jalan Benta-Jerantut-Maran (sudah diluluskan)
2. Jalan Baru Kuala Tahan-Pasir Raja (Jerantut-Dungun)(sudah diluluskan tapi macam terbengkalai je ... budget kena bawak lari ke tempat lain ke?)
3. Dua Jambatan di Kuala Tebeling (Jambatan Sg Jelai dan Jambatan Sg Tembeling)(perlu dimajukan kepada EPU)
4. Jalan Lepar Utara ke Sungai Lembing (Jerantut-Kuantan)(sudah diluluskan tapi budget belum ada kot)
5. Menaik taraf jalan susur sungai dari Simpang Pulau Tawar ke Jambatan Kuala Krau.
6. Menaik taraf jalan susur sungai dari Feri ke Jambatan Kuala Krau
7. Jalan Baru Susur seberang Sungai Jelai dari Kuala Tembeling ke Kuala Lipis

Tanpa Nama berkata...

Ok,saya dah lama duduk di Jerantut ni tapi dari apa yang saya nampak dari dulu jalan yang paling okey cuma jalan Jerantut-Temerloh.Jalan-jalan lain memang tak boleh pakai.Dan cadangan jambatan di Kuala Tembeling merentasi Sungai Tembeling dan Sungai Jelai ini sangat bernas.Seperti orang di atas ni,saya sangat bersetuju dengan kebanyakan cadangan tersebut.

1) Jalan baru Jerantut-Kuala Tahan- Pasir Raja-Dungun.(Jalan terpenting menghubungkan pedalaman Pahang Ulu Tembeling dengan Terengganu.Orang Lipis dan Raub dah dapat jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands-Ipoh.Jadi tiba masa orang Jerantut merasa jalan baru ke Terengganu)
2) Jambatan Sungai Tembeling dan Sungai Jelai di K. Tembeling (dapat memajukan kawasan dan mewujudkan jalan baru Seberang Jelai di Cegar Perah sampai ke bandar baru Kuala Lipis di seberang)
3) Naiktaraf jalan Benta-Jerantut-Maran (Jalan klasik zaman British yang banyak berjasa tapi tak pernah dibaiki.Sekarang ni terbengkalai)
4) Jalan baru Felda Lepar Utara-Sungai Lembing-Kuantan sambil naiktaraf Jalan dari Kota Gelanggi dan PPPTR ke Lepar Utara(Dari sudut geografi,Felda Lepar Utara sangat dekat dengan Sungai Lembing dan daerah Kuantan.Kenapa tiada jalan dibuat?Kalau ada,maka orang Pahang Barat iaitu Lipis,Cameron dan Raub boleh ke Kuantan,ibu negeri tempat urusan orang Pahang sekejap je.Yang lalu Temerloh siap bayar tol buat apa?Tak terfikir ke?Bodoh betul pemimpin kita!!)
5) Naiktaraf jalan Jerantut Feri-Kuala Tembeling-Mela-Kuala Lipis di sepanjang tebing Sungai Pahang dan Sungai Jelai.
6) Naiktaraf jalan Jerantut Feri-Tebing Tinggi-Jambatan Kuala Krau di sepanjang Sungai Pahang.
7) Naiktaraf jalan Simpang Pulau Tawar-Bukit Nikmat-Jambatan Kuala Krau di sepanjang Sungai Pahang di seberang lagi.
8) Naiktaraf jalan Damak-Ulu Cheka-Kuala Krau
9) Naiktaraf jalan Simpang Sungai Par-Lembah Kiol sampai ke Jalan Jerantut- Temerloh
10) Membina beberapa jambatan merentas Sungai Tembeling bagi menghubungkan kampung tradisional di pedalaman Ulu Tembeling.

Tanpa Nama berkata...

P81,

Dapat aerial photo dari Agensi Remote Sensing Malaysia ke. Bagus foto ini untukcikgu Geog di sk dan SMK dalam Jerantut, sebagai alat bantuan mengajar, dan anak murid nya jelas Geografi tempat sendiri , bila dewas nanti amat faham Geo-politik Jerantut.

p81 berkata...

anon 00:47
tidak perlu ke MACRES untuk access maklumat begini .... berlambak di internet sekrang ini ... cuma perlu kena tahu mengguna dan mengolahnya utk nampak menarik

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik buat jalan dari bandar baru seberang lipis hingga ke jambatan baru menyeberang sungai tembeling. Kita boleh bangunkan kampung kampung seberang sungai Jelai. Memudahkan dan menjana sektor pertanian di kawasan tersebut. Bina jambatan kosnya sangat tinggi. Dengan ini jalan raya cameron highland melalui lipis, jerantut, kualan tahan, ulu tembeling hingga ke trengganu dapat direalisasikan.