Nasihat Untuk Pembaca
"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)
Isnin, 27 Disember 2010
Bakal Menteri Besar Baru Pahang
Tahniah YB Dato' Haji Sharkar bin Haji Samsudin kerana masih mendapat kepercayaan PM kita untuk kekal di jawatan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pahang dalam rombakan oleh PM hari ini . Dengan pengekalan jawatan ini maka harapan Jerantut untuk ADUNnya di lantik sebagai Menteri Besar selepas PRU-13 nanti semakin pudar. Nampaknya jerit pekik beberapa blogger Jerantut mempromosi calon dari Jerantut sebagai MB tidak dipandang langsung oleh PM kita .
Rabu, 22 Disember 2010
Tanah di Perlukan : Luas 50 hingga 100 ekar
Salam . Kami memerlukan tanah seluas 50 hingga 100 ekar tanah di dalam daerah Jerantut untuk tujuan dibangunkan dengan Kampus Cawangan Universiti . Tanah yang diperlukan mestilah terletak di pinggir bandar Jerantut . Lokasi yang sesuai ialah di sekitar antara Bandar Jerantut hingga Simpang Jengka Lapan atau sekitar Bandar Jerantut hingga Kg Kuala Mai atau sekitar bandar jerantut hingga ke Kg Batu Balai atau sekitar bandar Jerantut hingga ke Kuala Tembeling atau disekitar Simpang Padang Piol hingga ke Kuala Tahan
Di atas tapak ini nanti kami akan membina sebuah Kampus Cawangan sebuah universiti yang masih dirahsiakan namanya . Kampus ini akan mempunyai Pejabat Pentadbiran , Bangunan Fakulti , Bazar Perniagaan dan Blok Asrama .
Pembangunan kampus ini adalah secara Build-Lease-Maintain-Transfer . Pembiayaan projek ini akan kami laksanakan secara Initiatif Pembiayaan Swasta (PFI) . Sebaik sahaja kampus ini siap kami akan menyewakan kampus ini untuk digunakan oleh universiti berkenaan selama 25 tahun.
Kampus ini bila siap dijangka mampu menampung sehingga 5000 orang pelajar .
Sekarang aku nak tanya orang Jerantut . Bagus tak idea aku ni ? WZWH bagus tak idea aku ini ? Kalau bagus apa lagi WZWH dan semua ahli politik dan ahli perniagaan di Jerantut ini . Cepat ambil opportuniti ini dan submit proposal kepada universiti yang berpotensi untuk buka cawangan di Jerantut . Kenapa idea ini timbul .
1. Pahang dah ada 2 universiti awam . Jadi agak susah untuk minta sebuah lagi universiti di Pahang ini .
Jadi ini lah solusinya jika kita inginkan sebuah kampus universiti di Jerantut ini kita minta je kampus cawangan salah satu universiti kat malaysia ini di bina di Jerantut.
2. Nak dapat budget Pembangunan (CAPEX) memang susah sekarang dengan kekangan kewangan kerajaan dan keadaan ekonomi sekarang . Jadi mungkin budget Pengurusan (OPEX) agak mudah untuk diproses dan diluluskan. Sebab itu kita buat dibawah konsep Build-Lease-Maintain-Transfer.
Universiti mana berpotensi yang akan buka cawangan di Jerantut ? Universiti Malaysia Pahang , UiTM , Universiti Putra ? UTM , UM . Ambillah peluang masa PM kita orang Pahang ini .
Pembiayaan ? Pembiayaan tak jadi masalah .Banyak bank tempatan / luar negeri serta institusi pelaburan tempatan seperti KWAP , EPF dan Tabung Haji bersedia memberikan pembiayaan kewangan jika aliran kewangan sesebuah projek itu kukuh sepanjang tempoh konsesi dengan surat jaminan dari pihak kerajaan . Contoh projek lebuhraya plus , pantai timur .
OK apa lagi WZWH dan ahli politik dan ahli perniagaan Jerantut sekelian cepat-cepat hantar proposal anda ke universiti berkenaan dan PM .
Isnin, 20 Disember 2010
Analisis Pilihanraya Kecil DUN Tenang
Pilihan raya kecil ke-14 bakal menyusul selepas ADUN Tenang Sulaiman Taha meninggal dunia, awal pagi tadi. PRK ini merupakan pilihan raya kecil pertama yang diadakan di kubu Barisan Nasional - negeri Johor, malah kubu Presiden MCA Chua Soi Lek sendiri, kerana terletak di bawah kawasan parlimen Labis.
Pengkaji politik Wong Chin Huat (gambar kanan) berpendapat, pertarungan ini merupakan kayu uji kepada Chua Soi Lek. Seandainya BN gagal menang dengan sokongan lebih 50% daripada masyarakat Cina, maka kemenangan itu membawa makna kekalahan. Ketika dihubungi MerdekaReview, beliau menekankan bahawa ia merupakan PRK pertama di negeri Johor, iaitu kubu BN, dan ia menguji sejauh manakah benarnya dakwaan BN, bahawa Johor masih kubu yang kukuh untuk BN.
Jikapun BN menang, "dari mana undi itu datang" menjadi persoalan penting. Labis merupakan kubu Chua Soi Lek, yang diwarisi dari bekas Presiden MCA Ling Liong Sik pada tahun 2004. Chua yang tidak bertanding dalam PRU pada tahun 2008 berikutan terdedahnya skandal seks dirinya, menyerahkan kerusi ini kepada anaknya, Chua Tee Yong, yang kini menyandang jawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.
Kemenangan membawa makna kalah jikalau...
Justeru itu, PRK ini merupakan pertarungan Chua Soi Lek untuk bangkit semula. Bukan sahaja MCA perlu memenangi undi Cina, malah BN perlu menang dengan majoriti yang besar. Oleh itu, jikalau Chua Soi Lek gagal meraih 50% atau lebih undi Cina, maka kemenangan itu memberi makna kekalahan.
Pengkaji Merdeka Center, Tan Seng Keat pula berkata, BN mungkin tidak bermasalah untuk mempertahankan kerusi ADUN ini, tetapi undi majoriti dalam PRK ini menjadi tumpuan ramai, yang harus diteliti.
Tan Seng Keat yang juga seorang penduduk Johor berkata, "Ia sesuatu yang menarik sama ada Chua Soi Lek mampu mengembalikan sokongan Cina yang memihak kepada pembangkang pada PRU lalu. Dan ia bakal menentukan sama ada Chua mampu membuktikan jasa diri kepada UMNO dengan prestasi yang lebih terserlah."
Selain itu, Wong Chin Huat berkata, PRK Tenang membantu rakyat untuk menilai sama ada PRK Galas dan PRK Batu Sapi yang memberi kemenangan kepada BN itu adalah pola "kembalinya sokongan kepada BN", ataupun sekadar disebabkan faktor tempatan. Kedua-dua Galas dan Batu Sapi adalah kawasan pinggiran, maka strategi BN untuk menekankan "pembangunan" agak berkesan.
8 Mac 2008: Pengundi Cina memihak pembangkang
Dalam PRU ke-11 pada tahun 2004, Chua Soi Lek menewaskan calon DAP Tee Gey Yan dengan majoriti 10,729 undi di kawasan parlimen Labis. PRU ke-12 pada tahun 2008 pula menyaksikan bagaimana anaknya Chua Tee Yong menewaskan calon DAP Teo Eng Ching hanya dengan majoriti 4,094 undi.
Tenang adalah DUN yang terletak di bawah kawasan parlimen Labis, dan dipertandingkan oleh calon PAS. Seandainya diteliti, di kawasan di mana nisbah populasi pengundi terdiri daripada majoriti Cina, seperti Bandar Labis Timor, Bandar Labis Tengah dan Labis - calon PAS mampu memperolehi 50% hingga 67% undi.
Misalnya, pengundi Bandar Labis Tengah yang terdiri 96% Cina, PAS memperolehi 66.8% undi. Untuk kerusi parlimen pula, DAP memperolehi 73.8% undi. Di Bandar Labis Timor yang mempunyai 63.5% pengundi Cina, PAS memperolehi 52.5% undi, sementara DAP pula mendapat 57% undi. Di Labis yang mempunyai 58.3% Cina dan 32.4% India, PAS mendapat 50.6% dan DAP mendapat 60.4%.
Statistik menunjukkan bahawa pengundi Cina telah menyokong pembangkang (PAS dan DAP) pada PRU tahun 2008, memandangkan undi pembangkang mendahului BN di kawasan yang majoritinya Cina.
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, beliau yakin PAS akan mendapat sokongan Cina dengan kerjasama Pakatan Rakyat. Sebaliknya, cabaran PAS adalah untuk mendapatkan sokongan peneroka FELDA.
PR harus menarik sokongan peneroka FELDA
Tenang yang mempunyai 13 unit peti undi keseluruhannya, adalah kawasan campuran, desa-bandar, dan merupakan kubu tradisional BN. Menurut perangkaan PRU tahun 2008, nisbah populasi pengundi adalah 49.66% Melayu, 38.13% Cina, 12.11% India dan 0.10% lain-lain.
Tan Seng Keat menjelaskan, pengundi Melayu di sini kebanyakannya terlibat dalam aktiviti pertanian, misalnya kelapa sawit atau getah. Oleh itu, kenaikan harga bahan mentah mungkin melegakan mereka dari segi ekonomi. Penduduk Cina pula kebanyakannya pekebun atau peniaga, dengan keadaan ekonomi yang agak baik.
Ketika dihubungi MerdekaReview, Presiden Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan, Mazlan Aliman berkata terdapat tiga kawasan FELDA di Tenang, iaitu FELDA Tenang, Cehmpal Barat dan Chemplak - kesemua ini adalah kawasan kubu BN, maka PAS perlu menarik sokongan di kawasan FELDA seandainya ingin menang.
Mazlan Aliman berpendapat, PAS harus tumpu untuk menarik sokongan pengundi muda generasi kedua dan ketiga kawasan FELDA, kerana mereka berdepan dengan masalah tiada rumah dan gaji rendah. Generasi kedua dan ketiga di kawasan FELDA ini hanya boleh menjadi buruh di ladang.
Di FELDA Tenang yang terdiri daripada 98.5% Melayu, sokongan BN masih teguh. PAS hanya meraih sokongan 20.4% undi dan DAP hanya memperoleh 10.2% undi. Malah di kawasan Cehmpal Barat dan Chemplak, PAS memperoleh 18.6% dan 18.7% undi masing-masing.
Seandainya dilihat pada kawasan yang terdiri daripada lebih 90% Melayu, seperti Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Bharu, undi yang diperolehi PAS hanya berada antara 18% dengan 32%.
Apa yang menarik, komuniti India memperlihatkan dua pola pengundian yang berbeza dalam PRU 2008. BN memperolehi 67.9% undi di Ladang Bukit Dato yang terdiri daripada 46.6% pengundi India. Tetapi di Ladang Labis Utara yang terdiri daripada 71.7% India, kedua-dua pihak memperolehi 50% sokongan.
Majoriti BN mungkin berkurang
Walaupun Tan Seng Keat (gambar kanan) meramalkan bahawa BN mampu mempertahankan kerusi DUN Tenang, tetapi beliau menganggap PR mampu mengurangkan undi majoriti kepada 1,500 undi. Beliau berkata, penduduk tempatan berdepan dengan masalah seperti kenaikan tarif air di Johor, pemindahan generasi muda ke luar negeri dan sebagainya.
Menurut satu kenyataan ahli parlimen Bakri-Johor, Er Teck Hwa sebelum ini, tarif air domestik di Johor telah meningkat dari 98 sen kepada RM1.05, di samping air industri yang berharga RM2.93 seunit pula mengalami peningkatan antara 0.15% hingga 17%.
Selain itu, Tenang berdepan dengan masalah pemindahan orang muda ke luar negeri. Ramai daripada generasi muda di Labis telah bekerja di luar negeri, terutamanya Singapura. Lantaran daripada itu, warga tua menjadi penduduk utama di kawasan pekan di situ. Penuaan penduduk bertambah ketara, semakin hari semakin hilang dinamiknya pekan ini.
Menurut pemerhatian Tan Seng Keat, MCA menawarkan perkhidmatan di tempatan yang agak baik, dan generasi tua Cina bercenderung untuk mengundi BN.
Pengundi Tenang tentukan harga minyak dan elektrik
Bagaimanapun, Wong Chin Huat menganggap keputusan PRK Tenang sebagai ujian terhadap langkah transformasi ekonomi Najib Razak. Wong berkata, BN masih menang di PRK Galas dan Batu Sapi pada November walaupun menaikkan harga minyak, gas dan gula pada 16 Julai 2010. Seandainya BN masih menang dalam PRK Tenang yang bakal berlangsung, setelah kenaikan harga baru-baru ini, maka Najib akan berkata pengundi merestui keputusan kerajaan untuk mengurangkan subsidi.
Sebaliknya, seandainya BN berdepan dengan pertarungan sengit dalam PRK ini, maka Menteri Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU Idris Jala perlu mengetepikan subsidy rationalization-nya. Selain itu, gelombang "harga naik" bakal membadai rakyat dengan cadangan PEMANDU untuk mengenakan fuel consumption tax, dan keputusan kabinet untuk meluluskan kenaikan tarif elektrik.
Dengan terus-terang Wong Chin Huat berkata, kira-kira 30,000 pengundi kawasan Tenang bakal menentukan nasib rakyat Malaysia - sama ada untuk menanggung harga minyak dan elektrik yang lebih tinggi atau sebaliknya.
*Chen Shaua Fui ialah Assistant Editor, MerdekaReview, edisi bahasa Cina. Diterjemah dan disunting dari teks asal.
Khamis, 16 Disember 2010
Persempadanan Kawasan Pilihanraya
Penyampai : DATUK SERI ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI
Tajuk : MEMBENTANGKAN USUL-USUL MENGENAI LAPORAN KAJIAN SEMULA DAN PERSEMPADANAN BAHAGIAN-BAHAGIAN PILIHAN RAYA PARLIMEN DAN NEGERI BAGI NEGERI-NEGERI TANAH MELAYU DAN NEGERI SABAH
Lokasi : BANGUNAN PARLIMEN
Tarikh : 07-04-2003

Tuan Yang DiPertua, saya memohon kebenaran untuk saya mengemukakan usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian, Pilihan raya Parlimen dan Negeri Dalam Negeri-negeri Tanah Melayu (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dan Usul Draf Perintah Perlembagaan dan Laporan Kajian Semula Persempadanan Bahagian-bahagian Pilihan raya Parlimen dan Negeri dalam Negeri Sabah di dalam aturan urusan mesyuarat hari ini, kedua-duanya sekaligus.
Sebab utama saya memohon kebenaran Tuan Yang Di-Pertua ialah, kedua-dua usul ini adalah berkenaan dengan perkara yang sama, hanya berlainan tempat sahaja. Di samping itu butir-butir perbahasan berkenaan dengan kedua-dua usul ini adalah juga sama. Cara ini akan membolehkan seseorang ahli dewan yang mulia ini berucap menyentuh kedua-dua perkara itu bersekali dengan tidak payah diulang hujah-hujah yang sama jika dibahaskan berasingan. Cara ini juga akan menjimatkan masa dewan ini.

Tuan Yang Di-Pertua, saya mohon kebenaran.
Tuan Yang Di-Pertua,
Saya mohon mencadangkan -
"Bahawa dewan ini membuat ketetapan di bawah Seksyen 10 Jadual Ketiga Belas kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa draf bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya) (Negeri-negeri Tanah Melayu) 2003, yang telah dibentangkan dalam dewan ini pada 3 April 2003 bersama dengan Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya bertarikh 10 Mac 2003 mengenai persempadanan bahagian- bahagian pilihan raya Parlimen dan Negeri dalam negeri- negeri Tanah Melayu (termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya) dan bahagian-bahagian pilihan raya negeri di setiap negeri dalam negeri-negeri Tanah Melayu, yang akan dibuat di bawah seksyen 12 jadual tersebut untuk menguatkuasakan syor-syor yang terkandung dalam laporan tersebut, adalah diluluskan."
Tuan Yang Di-Pertua,
Saya juga mohon mencadangkan-
"Bahawa dewan ini membuat ketetapan di bawah seksyen 10 jadual ketiga belas kepada Perlembagaan Persekutuan bahawa draf bagi Perintah Perlembagaan Persekutuan (persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya (negeri Sabah) 2003, yang telah dibentangkan dalam dewan ini pada 3 April 2003 bersama dengan Laporan Suruhanjaya Pilihan Raya bertarikh 10 Mac 2003 mengenai persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri dalam negeri Sabah dan yang akan dibuat di bawah seksyen 12 jadual tersebut untuk menguatkuasakan syor-syor yang terkandung dalam laporan tersebut, adalah diluluskan". Tuan yang di-pertua,
2. Sebagaimana ahli-ahli yang berhormat sedia maklum menurut fasal (2) perkara 113 Perlembagaan Persekutuan, Suruhanjaya Pilihan Raya adalah bertanggungjawab untuk mengkaji semula dan mempersempadankan seluruh bahagian pilihan raya parlimen dan bahagian pilihan raya negeri pada lat tempoh tidak kurang daripada 8 tahun. Urusan persempadanan yang dijalankan hendaklah siap dalam tempoh tidak lebih daripada 2 tahun dari tarikh bermulanya kajian semula itu. Tarikh bermulanya kajian semula kali ini ialah pada 8 Ogos 2002 berasaskan kepada notis pengesyoran- pengesyoran sempadan bahagian-bahagian pilihan raya yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada tarikh tersebut.
Tuan Yang Di-Pertua,
3. Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut kuasa yang diberikan oleh fasal (2) perkara 113 Perlembagaan telah mengesyorkan tambahan 25 kerusi parlimen iaitu 2 bagi negeri Pulau Pinang, 1 bagi Perak, 3 bagi Pahang, 5 bagi Selangor, 1 bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 1 bagi Negeri Sembilan, 1 bagi Melaka, 6 bagi Johor dan 5 bagi negeri Sabah. Dengan cadangan tambahan ini, maka bilangan kerusi parlimen yang ada bagi seluruh malaysia akan bertambah daripada 194 kepada 219.
4. Sepertimana kerusi parlimen, kerusi negeri juga dicadangkan tambahannya oleh SPR mengikut kuasa yang diberikan oleh fasal (2) perkara 113 perlembagaan. Tambahan kerusi negeri yang disyorkan oleh SPR ialah 63 kerusi iaitu 2 untuk negeri Kelantan, 7 untuk Pulau Pinang, 7 untuk Perak, 4 untuk Pahang, 8 untuk Selangor, 4 untuk Negeri Sembilan, 3 untuk Melaka, 16 untuk Johor dan 12 untuk Sabah. Dengan cadangan tambahan kerusi ini, maka kerusi negeri bagi negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah telah bertambah daripada 442 kepada 505 iaitu pertambahan sebanyak 63 kerusi.
5. Bagi negeri Terengganu, sungguhpun kerusi parlimen dan negeri tidak bertambah iaitu kekal pada bilangan 8 bagi kerusi parlimen dan 32 bagi kerusi-kerusi negeri, namun Suruhanjaya Pilihan Raya, berdasarkan kepada kriteria- kriteria dan panduan-panduan tertentu mendapati adalah perlu mengubahsuaikan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya bagi seluruh negeri Terengganu supaya taburan pemilih menjadi lebih seimbang dan rakyat mendapat perwakilan yang lebih adil.
Tuan Yang Di-Pertua,
6. Suruhanjaya Pilihan Raya telah pun menyiapkan kedua-dua laporannya berpandukan kepada prosedur-prosedur yang diberikan di dalam bahagian ii jadual ketiga belas perlembagaan. Kajian semula dan persempadanan yang telah dijalankan itu adalah juga diasaskan, setakat mana yang boleh, kepada prinsip-prinsip yang terkandung di dalam bahagian i jadual ketiga belas Perlembagaan.
7. Laporan-laporan kajian semula dan persempadanan ini telah diserahkan kepada saya pada 21 Mac 2003 sebagaimana yang dikehendaki oleh seksyen 8 jadual ketiga belas perlembagaan. Laporan-laporan itu telah pun dibentangkan di dalam dewan ini sebagai kertas statut no. 35 tahun 2003 dan kertas statut no. 36 tahun 2003.
8. Sebagaimana ahli-ahli yang berhormat dapat lihat, laporan-laporan Suruhanjaya mengenai kajian semula dan persempadanan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan negeri Sabah mengandungi 6 bab iaitu bab a hingga f. Laporan-laporan itu terkandung di dalam 2 jilid iaitu jilid i mengandungi bab a hingga e dan jilid ii mengandungi bab f, iaitu peta syor-syor persempadanan yang baru.
9. Bab a dalam laporan kajian semula dan persempadanan bahagian pilihan raya parlimen dan negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu ada menerangkan dengan jelas latar belakang mengenai perkara-perkara bersabit dengan objektif kajian semula, keadaan sesebuah negeri, skop, penentuan bilangan pemilih, keadaan kemasyarakatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya. Bab a bagi negeri sabah mengandungi maklumat-maklumat mengenai objektif kajian semula, latar belakang keadaan negeri sabah seperti penduduk dan kebudayaan, keadaan muka bumi dan kawasan pilihan raya yang sedia ada. Bab b dalam kedua-dua laporan tersebut ada diterangkan mengenai aspek-aspek perundangan, panduan tugas dan kriteria pembahagian kawasan yang dipersempadankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Perkara yang penting di dalam bab b kedua-dua laporan ini yang perlu saya sebutkan ialah berkaitan dengan unit kajian semula kerusi-kerusi parlimen dan negeri.
10. Bagi tujuan persempadanan bahagian-bahagian pilihan raya fasal (6) perkara 113 dalam perlembagaan telah membahagikan Malaysia kepada unit kajian semula yang berasingan iaitu:
10.1 Negeri-negeri Tanah Melayu (termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya);
10.2 Negeri Sabah;
10.3 Negeri Sarawak (yang tidak terlibat dalam kajian semula ini buat masa ini)
Oleh sebab pembahagian Malaysia dibuat kepada tiga unit kajian semula seperti yang tersebut itu, Suruhanjaya Pilihan Raya perlulah mengemukakan laporan-laporan yang berasingan, iaitu satu bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan satu lagi bagi negeri Sabah. Negeri Sarawak tidak terlibat di dalam kajian semula ini buat masa ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
11. Bab b laporan-laporan kajian semula dan persempadanan ini juga ada menerangkan bagaimana Suruhanjaya Pilihan Raya menjalankan kajian semula dan persempadanan di samping maklumat-maklumat lain bersabit dengan prinsip-prinsip persempadanan, daftar pemilih, asas yang digunakan, purata bilangan pemilih bagi parlimen dan negeri, pembahagian daerah-daerah mengundi, nama-nama bahagian pilihan raya dan pemetaan. Sebagaimana yang telah saya terangkan sebentar tadi, Suruhanjaya Pilihan Raya telah memulakan kerja kajian semula sejak bulan Ogos 2002 dan dengan yang demikian asas kajian semula daripada segi bilangan pemilih ialah daftar pemilih yang disahkan pada bulan Disember 2001 bagi Negeri- negeri Tanah Melayu dan Sabah. Jumlah pemilih bagi Negeri- negeri Tanah Melayu, termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya ialah sebanyak 8,347,107 orang. Ini merupakan tambahan 22 peratus pemilih daripada pemilih tahun 1994 yang berjumlah 6,839,844 orang. Bagi negeri Sabah, jumlah pemilih ialah sebanyak 746,442 iaitu tambahan sebanyak 25% berbanding pemilih tahun 1994 yang berjumlah 598,312.
Tuan Yang Di-Pertua,
12. Bab c laporan-laporan Suruhanjaya itu mengandungi keterangan-keterangan berhubung dengan notis-notis dan pengesyoran-pengesyoran dan juga pameran-pameran serta rayuan-rayuan dan bantahan-bantahan dan seterusnya mengenai pindaan-pindaan kepada syor-syor Suruhanjaya yang keseluruhannya dilakukan mengikut prosedur yang terkandung di dalam bahagian ii jadual ketiga belas perlembagaan. Berhubung dengan rayuan-rayuan dan bantahan-bantahan bagi syor-syor yang disiarkan menerusi notis yang dipamerkan buat pertama kali pada 8 Ogos hingga 7 September 2002, Suruhanjaya telah menerima sebanyak 285 rayuan bagi negeri- negeri tanah melayu. Rayuan-rayuan itu telah diproses dan sebanyak 143 siasatan tempatan di semua negeri di semenanjung malaysia telah dijalankan. Bagi pameran yang kedua yang dibuat pada 16 Januari hingga 15 Februari 2003, Suruhanjaya telah menerima sebanyak 47 rayuan dan telah menjalankan sebanyak 11 siasatan tempatan di beberapa buah negeri di Semenanjung Malaysia. Bagi negeri Sabah 66 rayuan telah diterima. Sebanyak 28 siasatan tempatan telah dijalankan di negeri Sabah di dalam bulan Oktober 2002. Pindaan-pindaan dibuat selepas siasatan-siasatan itu selesai dijalankan. Setelah notis dan syor-syor pindaan yang kedua dipamerkan daripada 27 Disember 2002 hingga 26 Januari 2003, sebanyak 16 rayuan telah diterima dan dua siasatan tempatan telah dijalankan pada 27 Februari 2003.
13. Bab d laporan-laporan itu mengandungi perakuan-perakuan Suruhanjaya Pilihan Raya. Perakuan-perakuan ini dapat diteliti sepenuhnya di dalam jadual i dan jadual ii yang menerangkan bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri yang dicadangkan bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah dan juga daerah-daerah mengundi di dalam bahagian- bahagian pilihan raya parlimen dan negeri serta bilangan pemilih di dalam tiap-tiap bahagian pilihan raya.
14. Sepertimana ahli-ahli yang berhormat boleh lihat di dalam laporan-laporan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya ada mengesyorkan beberapa perubahan nama kepada bahagian pilihan raya yang sedia ada sekarang. Sebab-sebab perubahan itu dilakukan juga diberikan dalam laporan-laporan itu. Bagi bahagian-bahagian pilihan raya yang baru Suruhanjaya telah mencadangkan nama-nama tertentu yang difikirkan sesuai dan ada antara nama-nama ini diubah setelah menimbangkan rayuan- rayuan yang dibuat oleh pengundi-pengundi tempatan atau pihak-pihak yang layak.
15. Bab e dalam kedua-dua laporan mengandungi lampiran- lampiran dan maklumt penting berkaitan dengan syor-syor yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.
16. Bab f dalam kedua-dua laporan mengandungi peta-peta yang menunjukkan sempadan-sempadan bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu, termasuk Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Putrajaya dan Sabah. Peta-peta yang disediakan itu mengandungi asas-asas maklumat yang paling kemas kini, khususnya mengenai pertalian jalanraya, kereta api serta rangkaian sungai-sungai dan lain-lain lagi.
Tuan Yang Di-Pertua,
17. Satu perkara yang perlu dinyatakan di sini mengenai purata pemilih bagi negeri Sabah ialah bahawa amat sukar bagi Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menseimbangkan pemilih bagi tiap-tiap bahagian pilihan raya berpandukan kepada purata pemilih. Ini kerana terdapat kawasan-kawasan luar bandar yang keadaan topografi dan demografinya amat luar biasa, menyebabkan bilangan pemilih yang dicadangkan bagi bahagian-bahagian tertentu di luar bandar lebih rendah daripada yang sepatutnya. Ini adalah suatu perkara yang tidak dapat dielakkan bagi negeri Sabah oleh kerana konsentrasi penduduk adalah tertumpu kepada kawasan-kawasan tertentu sahaja, khususnya kawasan-kawasan yang telah membangun dan yang sedang dimajukan.
18. Sungguhpun demikian Suruhanjaya Pilihan Raya di dalam usahanya untuk meringankan beban wakil-wakil rakyat, khususnya di kawasan-kawasan di mana kemudahan-kemudahan perhubungan dan pengangkutan sangat terhad atau langsung tidak wujud, telah cuba mengurangkan keluasan sesebuah kawasan pilihan raya tanpa banyak menjejaskan jumlah pemilih supaya tidak jauh daripada angka purata pemilih yang telah ditetapkan.
Tuan Yang Di-Pertua,
19. Mengikut seksyen 9 jadual ke tiga belas perlembagaan, laporan-laporan itu hendaklah dibentangkan bersama dengan draf suatu perintah yang hendak dibuat di bawah seksyen 12 untuk menguatkuasakan dengan atau tanpa ubahsuaian syor-syor yang terkandung di dalam laporan itu. Draf-draf perintah itu sekarang ini ada di hadapan dewan ini sebagai kertas statut no. 37 tahun 2003 dan kertas statut no. 38 tahun 2003.
20. Sebagaimana ahli-ahli yang berhormat sedia maklum, kajian semula bahagian-bahagian pilihan raya parlimen dan negeri bagi Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah itu dibuat sebagaimana yang diperlukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya mengikut prosedur-prosedur dan prinsip-prinsip yang telah ditentukan oleh Perlembagaan Persekutuan. Penambahan kerusi di Negeri-negeri Tanah Melayu dan Sabah juga adalah sesuai dengan kemajuan negara dan perkembangan sosio-ekonomi sejak 8 tahun yang lalu serta juga peningkatan penduduk atau bilangan pemilih. Perubahan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya bagi negeri-negeri yang tidak mendapat tambahan kerusi parlimen atau negeri perlu dibuat bersesuaian dengan pembangunan infra-struktur dan perubahan muka bumi atau penempatan penduduk di seluruh Semenanjung Malaysia. Penambahan dan perubahan kawasan-kawasan pilihan raya parlimen dan negeri sebagaimana yang disyorkan dalam laporan- laporan itu akan memberikan peluang kepada rakyat untuk mendapat perwakilan yang lebih adil dan berkesan. Saya yakin ahli-ahli yang berhormat akan menyambut baik langkah yang telah diambil itu dan memberi sokongan kepadanya.
21. Akhirnya sukalah saya mengambil kesempatan di sini untuk merakamkan penghargaan saya kepada pengerusi dan ahli- ahli SPR serta setiausaha dan seluruh pegawai-pegawai serta kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya yang telah menjalankan tanggungjawab dengan penuh dedikasi dalam menyiapkan laporan ini dengan sempurnanya dalam tempoh yang singkat untuk dibentangkan bagi kelulusan dewan yang mulia ini.
Tuan Yang Di-Pertua,
22. Saya mohon mencadangkan.
Rabu, 15 Disember 2010
WZWH NAK BINA MINI HIDRO .... AKU PUN NAK JUGE
1. mini hydro 1MW pertama di malaya adalah di pahang 110 tahun yg lalu dan sehingga kini masih beroperasi ....
2. tengok WZWH mula dengan projek hidro 400MW dan kemudian nak bina yg lagi tinggi 1000MW nuclear power plant sekarang dah turun sikit kepada Mini Hidro 10 MW ... lepas ni mungkin projek Micro Hydro 1MW plak then Pico Hydro 0.1MW plak .... aku pun teringin juga bina renewal energy sendiri ... nak cadangkan kepada MB untuk modified Jambatan Feri itu supaya boleh gantung seberapa banyak turbine untuk hasilkan elektrik . tapi cukup kuat ke flow air sungai pahang utk putarkan turbine tu .... takpe kita gunalah turbine yg paling efficient menukarkan tenaga kinetik kepada tenaga elektrik . Masalahnya paras air sungai pahang tu turun naik , nanti tengelam ke tergantung pulak turbine aku tu bila paras air berubah ... macam mane ye ha ha ha ... tak pe ... kita panggil ZullDesign cipta alat automatik utk pastikan turbine itu akan naik turun secara automatik mengikut aras air sungai . tapi sampah dan kayu banyak di sungai pahang itu nanti rosak turbine aku ...alamak ini dah kena bina penrangkap sampah pulak kat depan turbine tu... kos tinggi ni he he he ha ha ha dan tak boleh lah pulak orang nak menghanyut jaring cari ikan ....tapi ada perangkap sampah bersihlah sungai pahang nanti .... dan sampah yang terperangkap tu kita kumpul dan simpan kemudian kita extract gas methane dan carbon dioxide untuk elektrik biomas dan minyak pun boleh extract dari sampah tu untuk hasilkan biofuel plak ha ha haabis tu sisa sampah tu nak buat apa .... kita bina plak incenerator untuk bakar sisa sampah tu ...semua sampah kat jerantut ini hantar je kat incinerator aku ..... abu dari hasilan incinerator ini kita process plak jadi batu bata dan heat semasa proses pembakaran itu boleh tukarkan kepada elektrik juga kannn .... semua orang jerantut boleh terus hantar sampah kat tempat aku aku ... aku bayar laaa ikut berat dan jenis sampah ... .. so tak payahlah lagi MDJ pening kepala nak sediakan tempat pembuangan sampah dan layan komplen org pasal sampah dan pastilah bandar jerantut bersih berseri sebab semua sampah aku beli nanti kan he he he tapi kesian lah pulak kat pekerja alam flora nanti sebab dah tak de kerja ... tak pe projek Greater Jerantut kan ada .... nak berniaga kat mall tu ... mana mampu beb ... mahal sewanya ... tapi boleh mintak orang politik jerantut yang kuat-kuat tu rekomen jadi tukang sapu atau jaga kat mall yang dibina kat situ nanti . rasanya tak de masalah nak mintak rekomen sebab ramai orang politik melayu yg kuat-kuat tu kenal baik dengan tokey mall tu .

Isnin, 13 Disember 2010
Hanya 3 Option untuk Jerantut - Menteri Besar atau Menteri Penuh atau PAS
Salam Untuk Orang Jerantut
Terdetik untuk p81 untuk mengulas sedikit entry dalam blog WZWH pada 6 dan 7 December 2010 , WZWH ada mencadangkan beberapa nama sebagai calon senator dan calon ahli parlimen dan seterusnya WZWH membayangkan bahawa ahli parlimen Jerantut dari UMNO ini nanti akan dilantik sebagai timbalan menteri .
Komen parlimen81 macam ini aje la WZWH dan semua orang jerantut cuba fikir-fikirkan . Kalau setakat ahli parlimen jerantut dapat jawatan timbalan menteri ... baik tak yah ...ahli parlimen atau adun dari jerantut perlu jadi MB atau Menteri penuh baru orang jerantut boleh dapat tempiasnya ...nak harapkan ahli parlimen jerantut dari UMNO jadi PM tak nampak gayenye . Kalau tak lebih baik orang jerantut pilih calon PAS .... rasanya kalau calon pas yang menang lebih banyak pembangunan yang datuk najib akan bagi kat jerantut .... tak caya cubalah .... sebabnya dah berapa orang adun kita jadi exco dah berapa ahli parlimen kita jadi timbalan menteri tapi habuk pun tarak . Dulu masa Dato Sharif Ahmad jadi Menteri Pertanian Penuh dalam tahun akhir tahun 70-an dulu, walaupun dia orang luar tapi banyak juga peruntukan pembangunan dalam bidang pertanian mengalir ke Jerantut.
Cuba tanya Ku Lan secara ikhlas sebab apa dia tolak jadi timbalan menteri ari tu . Jadi Jerantut hanya perlukan 3 option sahaja untuk pilihanraya akan datang :
1. Ahli Parlimen UMNO Jerantut perlu jadi Menteri Penuh atau
2. ADUN UMNO dari Jerantut perlu jadi Menteri Besar atau
3. Ahli Parlimen Jerantut mesti dari Parti Pembangkang PAS .
Hanya ini sahaja 3 option extreme yg pada pendapat p81 yang boleh mempercepatkan kemajuan jerantut.
Sabtu, 11 Disember 2010
Offshore Pahang Ada Minyak ?
Adakah Offshore Pahang mempunyai simpanan minyak yang besar ? Adakah simpanan minyak di luar pantai Pahang lebih besar dari luar pantai Terengganu dan Kelantan ? Pertanyaan ini datang dari lubuk hati saya bila mengetahui bahawa Datuk seri Najib menggumumkan baru-baru ini kerana telah mengujudkan satu lagi oil & gas supply base di Pantai Timur iaitu Tanjung Agas Oil & Gas Supply Base di Kuala Pahang . Pantai Timu telah mempunyai satu o&g supply base iaitu Kemaman Supply Base yang menjadi pusat sehenti untuk menyokong pengeluaran minyak dan gas di luar pantai Terengganu . Kebanyakan Oil & Gas Supply Base biasanya adalah digazetkan sebagai kawasan free tax . Semua barang-barang yang masuk dan keluar adalah bebas cukai . Di Kemaman Supply Base atau orang ganu sebut KSB ni dah ada lebih 200 syarikat yang beroperasi . Ada pro dan cons nya bila bila syarikat ini beroperasi dalam kawasan supply base ini . Kawasan ini biasanya di monopoli oleh satu syarikat . Sewanya atau pajakan ditentukan oleh syarikat tesebut dan biasanya mahal . Sebab itu banyak juga syarikat sokongan kepada industri oil dan gas di Kemaman tidak beroperasi dalam kawasan supply base ini kerana mereka boleh mendapatkan tanah dan sewa pejabat lebih murah di luar supply base .
Jadi bila Datuk Najib umumkan supply base dibina di Pahang untuk support industri oil dan gas ini maka tak dapat tidak mungkin kat luar pesisir pantai Pahang itu ada simpanan gas yang tinggi . Kalau tiada kenapa satu lagi supply base dibina di Pahang . Kenapa supply base tidak dibina di Kelantan kerana luar pantai Kelantan sudah terbukti dan semua orang tahu mempunyai simpanan minyak dan gas yang banyak dan Kelantanlah yang lebih memerlukan kemudahan supply base berbanding dengan Pahang .
Sebab itu saya dapat rasakan bahawa luar pantai pahang mempunyai simpanan gas dan minyak yang banyak . Jika betul maka Pahang akan mempunyai pendapatan yang banyak hasil royalti atau wang ehsan minyak nanti . Maka dapatlah Pahang nanti membayar hutang-hutang yang telah bertimbun dengan kerajaan persekutuan dan seterusnya mengunakan royalti minyak itu nanti untuk membangunkan infrastrktur2 penting bagi memacu kemajuan Pahang secara menyeluruh.
Adakah Jerantut mendapat tempias hasil kewujudan supply base di Pekan itu . Untung Orang Pekan untuk sebab PM kita orang Pekan . Banyak peruntukan ECER berlegar di Pekan.

Apa Projek Impak Besar Boleh Di Cadangkan Untuk Jerantut ?
Pertanyaan parlimen81 kali ini untuk semua orang jerantut dari kecik hingga besar dari rakyat marhaen hingga bigboss .
Projek berimpak besar bukan bermaksuk projek yang banyak untuk jerantut . Tapi projek berimpak besar walaupun satu projek tapi ianya boleh menjana ekonomi jerantut , merangsang pertumbuhan jerantut secara exponent dan secara sendiri . Secara sendiri bermaksud dengan wujudnya projek berimpak besar ini akan menwujudkan industri sokongan untuk projek tersebut yang bukan dilaksanakan oleh wang kerajaan tapi oleh pihak swasta dengan wang mereka sendiri . Dan projek-projek swasta ini tidak semestinya projek besar tapi adalah sokongan kepada projek impak besar yang dibuat oleh kerajaan . Antara contoh-contoh projek berimpak besar ialah :
1. Universiti
2. Lapangan Terbang
3. Perlabuhan Darat
4. Ibu Negeri Baru
5. dll
Saya masih berpendapat walaupun projek Hydro bernilai berbillion ringgit jika dilaksanakan di Jerantut hanyalah akan memberikan sedikit sahaja anjakan kepada ekonomi jerantut dan ianya tidak termasuk dalam kategori projek berimpak besar kepada ekonomi Jerantut .
Tapi persoalannya ? Masih adakah tanah kerajaan negeri yang luas dan sesuai untuk di tawarkan kepada kerajaan persekutuan untuk projek impak besar ini.
Tak silap ada orang cakap ... di Jerantut ni ada satu tapak yang telah digazetkan sebagai tapak lapangan terbang antarabangsa . tapi dengar khabarnya tapak tersebut telah dipajakkan untuk tananam sawit. betul ke ? saya tak tahu .

We have been told to put on hold the proposal to increase the tariff to a time the government feels is more suitable.
... dipetik dari TheEdgeMalaysia.com ....Energy, Green Technology and Water Minister Datuk Seri Peter Chin’s message in response to On the likelihood of an increase in the electricity tariff in view of the recent hike in petrol and LPG prices, Chin said the government has agreed in principle with his ministry that there is a need to review the electricity tariff due to the increase in cost and fuel prices.
“The only [thing] the Cabinet did not agree to is to implement it right away. We have been told to put on hold the proposal to increase the tariff to a time the government feels is more suitable.
“This is a matter for the Economic Council. Once the Economic Council agrees that there is date for us to implement it, then we will implement it. But as long as we don’t get a date from the Economic Council chaired by the PM (prime minister), I cannot do anything,” he said, adding if the government goes ahead to increase the tariff, it may escalate the cost of living.
This article appeared in The Edge Financial Daily, December 10, 2010.

Jumaat, 10 Disember 2010
Sabtu, 4 Disember 2010
Jangan Bunuh Kami Cepat2 ...... Bunuhlah Kami Perlahan-Lahan Ye ........
Semalam PM kita berkata bahawa rakyat kini telah mula kembali memberi kepercayaan kepada BN . BN telah mula mendapat sokongan rakyat . Jadi hari ini bagi membalas jasa rakyat tersebut pemimpin kita menaikkan harga barang-barang keperluan rakyat marhaen . Pemimpin sangat tahu bahawa rakyat adalah sangat bodoh , apa sahaja mereka buat rakyat tetap akan sokong mereka . Persoalannya : Adakah kome dan ong semua cukup bodoh untuk sekali lagi di perdaya ? Tahun ini sahaja sudah 3 kali kenaikan harga minyak dan barang .
Saya ingin menarik perhatian ong semua , harga ubat di farmasi juga telah naik mungkin anda tidak perasan harga panadol juga telah naik kalau dulu 10 sen sekarang dah 30 sen . Harga bawang dulu 80 sen sekarang sudah RM2.80 sekilo , halia dulu 60 sen sekarang dah RM7 sekilo . Banyak lagi kalau nak diikutkan .
Adakah kerajaan hari ini kerajaan yang mesra rakyat . Apakah kesudahan nya ETP yang dilaungkan oleh kerajaan itu . Adakah program ETP ini hanya bermatlamat menjadikan negara , negara berpendapatan tinggi sahaja . Kalau hanya negara berpendapatan tinggi tapi rakyat marhaen masih di bawah tahap kemiskinan maka apa faedah kepada rakyat marhaen . harga barang makin naik , inflasi makin tinggi .
Memang bila kerajaan umumkan sesuatu kenaikan barang , maka kerajaan akan berkata kenaikkan ini adalah diperlukan kerana harga pasaran dunia juga naik dan nak kurangkan subsidi. Kerajaan akan laungkan supaya rakyat ubah gaya hidup . Kalau dulu makan nasi lauk ayam sekarang makanlah nasi dengan telur ayam je .
Dengan kenaikan harga minyak ini maka ianya walau selama ini dinafikan oleh kerajaan tapi kenaikan ini akan berjangkit kepada sector yang berkaitan seperti tambang bas awam , bas sekolah , kos logistik yang secara tak langsung akan berjangkit kepada sector lain seperti perkhidmatan , makanan . dan ini secara tak langsung meningkatkan inflasi dan menjadikan ong semua lebih miskin dari dulu .
Ini kawan nak tanya ong yang tengah baca blog kawan ini , cuba check poket seluar ke dompet ke ada tak duit 5sen kat dalam poket seluar tu ? kalau ada kawan tabik spring kat ong 3x . samaada sedar atau tidak duit 5 sen dah tak laku kat malaysia ini . sebab itu kerajaan naikkan 5 sen sebab 5 sen tu dah takde harga kat malaysia ini . Tapi kawan nak tanya ong berapa liter minyak kereta ong taruk setiap kali isi minyak 10 liter ? 20 liter ? 30 liter ? . 5 sen x 30 liter tak ke RM1.50 .... aok miskin RM1.50 setiap 2-3 hari .
Orang kata Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional ini tak de beza nya ..... tapi mungkin juga ada baik nya kita cuba bagi peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah Malaysia kerana nampaknya pemimpin BN masih tidak berubah . Kita tamatkan kerajaan BN sekarang ini dan pastikan semua pemimpin BN sekarang ini dari peringkat atasan hinggga pemimpin bawahan bersara dan di pimpin oleh muka baru semuanya . FRESH. lepas itu pemimpin baru ini belajar jadi pembangkang dan seterusnya ambil balik kepimpinan negara dalam tempoh 8-12 tahun kemudian . Adakah ini idea yang bagus ? Konservatif di Britain dulu adalah kerajaan yang kuat puak kanan macam BN juga , kalah kepada puak kiri Labour macam Pakatan Rakyat , Tony Blair masa jadi PM sangat muda . Kemudian selepas 8-12 tahun bila banyak polisi Labour tak menguntungkan rakyat rakyat kemudian rakyat kembali memberi kepercayaan kepada Konservatif yang dipimpin oleh muka-muka baru . Rasanya rakyat Britain tidak rugi kerana setiap parti politik berlumba-lumba untuk memenuhi kehendak rakyat . Lagi sekali nak tanya , Adakah ini idea yang bagus ? Anda sebagai pengundi yang tentukan.

Isnin, 29 November 2010
Feri Maju 2015
Hari ini kebetulan saya berpeluang melawat sekitar daerah Jerantut . Ketika singgah di Feri untuk makan gulai tempoyak ikan patin saya melihat progress peniaga Melayu di barisan lot-lot kedai yang dibina oleh MDJ di sebelah Masjid Feri yang agak baru itu . Ketika memesan makanan secara berseorangan saya menelepon seorang kawan lama yang tinggal di Feri ini mempelawa untuk makan bersama . Sebentar kemudian beliau sudah di meja makan bersama saya . Sedang enak menikmati gulai patin tempoyak kawan saya membuka cerita samaada ingin membeli lot kedai baru yang tapak cadanganya dibelakang lot kedai yang sedang saya nikmati patin tempoyak itu . Katanya semua orang boleh beli . Menurut beliau projek itu dimajukan oleh developer yang terkenal Jerantut ini . Dibuka jualan kepada semua kaum . Wah kata saya , peluang baik ini . tapi kawan saya kata harganya lebih dari rm200k . dan yang tinggal hanya lot tidak menghadap jalan besar . Alamak melepas lah saya , sebab saya memang berhajat untuk membeli lot kedai di kawasan itu tapi yang menghadap ke jalan besar .
Jentera sedang meratakan tanah di tapak projek
Mungkin saya tidak beli lot kedai ini dan kemungkinan juga ramai dari kalangan penduduk asal Feri tidak akan beli lot kedai ini . Nanti bila siap lot kedai ini akan banyaklah pernigaan baru dibuka di Feri ini . Penduduk Feri pun sudah ramai , banyak taman-taman perumahan yang telah dan sedang dirancang di Feri . Lama-lama Feri ini akan bercantunm juga dengan bandar Jerantut .
Orang Melayu yang kaya-kaya kat Feri atau sekitarnya jangan hanya pandang sahaja projek-projek dekat dengan Feri ini . Kalau orang Melayu hanya pandang sahaja maka suatu hari nanti orang Melayu tidak akan menguasai perniagaan di Feri lagi .
Beginilah lebih kurang bentuk Feri di sini pada akhir 70-an dulu
Jambatan Sultan Abdullah di Jerantut Feri Dalam Fasa Akhir Pembinaan 1978
(Rasanya hampir 80% orang Jerantut tak tahu nama jambatan ini)
Tapi kini Feri kembali ceria , banyak taman-taman perumahan disekitarnya yang dibina dan diduduki menyebabkan kuasa membeli di Feri semakin meningkat . maka para perniaga besar di bandar Jerantut melihat peluang ini . Maka mereka sudah merancang untuk membina rumah kedai yang mahal disini dan menjadikan Feri sebagai bandar satelit kepada Jerantut . Kalau harga rumah kedai mahal maka orang Melayu hanya mampu melihat kemajuan Feri yang mana peniaga cina akan kembali menguasai ekonomi di Feri seperti akhir tahun 70-an dan awal 80-an dulu . Maka ketika itu yang dapat bertahan mungkin hanya Murtabak Feri yang walaupun setiap tahun harga meningkat tapi masih dibeli oleh orang ramai .
Sebenarnya orang Melayu dah tak mengusai Feri sebenarnya . Kalau kita lihat dari Feri hingga ke bandar Jerantut hampir 90% tanah-tanah no 1 ditepi jalan telah bertukar milik kepada orang cina . kalau adapun tanah orang melayu hanyalah lot-lot no 3 atau 4 . Ini juga sudah cukup untuk kita lihat bahawa cina sudah mengusai Feri. Jangan nanti dalam kita mengwar-warkan kemajuan kampung kita seperti cerita Pak Kadok yang terlompat-lompat bersorak girang kerana ayamnye menang tapi tapi tak sedar kampung tergadai .

Sabtu, 6 November 2010
Di balik sekeping gambar Hillary Clinton
Menjadi satu pengalaman amat berharga buat jurugambar Bernama ketika membuat liputan lawatan Setiausaha Negara Amerika Syarikat Hillary Rodham Clinton baru-baru ini.
Mungkin tidak setanding pengalamannya merakam gambar peperangan di Iraq tujuh tahun lalu, tetapi Harry Salzman Abu Bakar menganggap persediaan sebelum mengambil gambar pegawai diplomat tertinggi negara maju itu harus diteladani bukan sahaja buat dirinya tetapi bagi pemimpin-pemimpin yang ingin gambar mereka menjadi lebih menonjol.
Apa yang diminta oleh pegawai pengiring Clinton beberapa minit sebelum majlis bermula mungkin dilihat remeh tetapi itu merupakan perincian bagi mendapatkan hasil gambar yang terbaik dan menjadikan pemimpin mereka itu kelihatan lebih menyerlah.
"Sebagai satu-satunya jurugambar mewakili media rasmi saya diajak berbincang tentang persediaan untuk mengambil gambar bekas wanita pertama Amerika Syarikat.
"Saya diberitahu lebih awal warna pakaian yang akan dipakai oleh Secretary Clinton agar dapat menyediakan penataan cahaya yang sesuai," katanya.
Ketika itu Harry Salzman ditugaskan untuk mengambil gambar majlis menandatangani tiga perjanjian persefahaman antara Malaysia dan Amerika Syarikat di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya Selasa lalu.
"Mereka juga bertanya kepada saya keadaan manakah yang sesuai bagi posisi badan pemimpin itu sama ada mengadap ke hadapan atau mengiring ketika berdiri untuk bersalaman selepas menandatangani perjanjian.
"Apabila saya bersetuju posisi bagaimana yang saya mahu, mereka terus menandakan di atas lantai kedudukan yang harus Secretary Clinton berdiri kelak," katanya.
Hasilnya jika dilihat daripada gambar yang diambil, memang anda akan lihat posisi beliau kelihatan 'segak' dan 'kemas' berbanding orang di sekelilingnya, kata anak Perlis ini.
Malah Harry Salzman berkata cara Clinton memegang folder perjanjian sambil bersalaman juga dititikberatkan bagi menunjukkan penghargaan dan mencerminkan "ia urusan yang penting."
Harry Salzman juga berkata beliau sempat melihat bagaimana pegawai-pegawai negara itu menitikberatkan kedudukan bendera yang diletakkan di sebelah pemimpin itu agar kelihatan 'segar' dan 'bermaya'.
"Sebatang penyangkut baju diletakkan dalam gulungan bendera itu agar kelihatan lebih rapi.
"Selain itu, buku lawatan dan folder perjanjian yang bakal ditandatangani Clinton juga ditanda lebih awal agar mudah pemimpin itu untuk menurunkan tandatangannya," katanya.
Malah mereka tidak menggalakkan kehadiran 'dayang-dayang' untuk menunjukkan bahagian mana yang perlu ditandatangani ketika majlis berlangsung, katanya.
Warna tirai baldu juga ditetapkan sebagai biru gelap, digunakan di belakang upacara menandatangani perjanjian dan dibiarkan kosong tanpa sebarang latar belakang yang ditulis berkaitan majlis berkenaan.
Mereka mengatakan mereka tidak mahu menggunakan tirai berwarna terang atau berkilat supaya penataan cahaya lebih baik untuk kamera.
"Cuba kita fikirkan mengapa mereka perlu memikirkan tentang semua ini untuk pemimpin mereka," katanya.
Harry Salzman berkata untuk meletakkan replika kecil kapal terbang bagi majlis memeterai perjanjian antara Malaysia Airlines dan Pratt and Whitney juga diperincikan.
"Saya ditanya di mana mahu diletakkan replika itu. Selepas mendapat sudut yang saya mahu, sekali lagi dibuat satu tanda di atas meja di mana apabila giliran perjanjian itu tiba untuk ditandatangani, replika itu akan diletakkan di tempat yang saya mahukan."
Harry Salzman berkata beliau turut teruja untuk mengambil gambar setiausaha negara itu yang dilihat pandai membuat 'gerakan' yang disukai oleh mana-mana jurugambar untuk merakam gambarnya.
"Beliau kelihatan 'hidup' walaupun gambar diambil dalam bentuk 'stills'.
Pergerakan tangan, senyuman yang lebar dan pandangan yang lembut tapi tepat ke arah lensa dari matanya yang biru.
"Saya berharap pemimpin dan pegawai lain juga dapat menonjolkan diri sepertinya walaupun setakat bergambar. Gambar turut memberi impaknya. Bukankah satu gambar boleh memberi seribu satu cerita?"
--Bernama

Khamis, 4 November 2010
BN 2- PR 0
BN Dijangka memenangi kedua-dua PRK Galas dan Batu Sapi . Ini adalah berdasarkan kiraan undi secara tak rasmi di peti undi yang telah dikira undinya . BN berjaya mendapatkan semula sokongan pengundi Cina di Batu Sapi dan Galas.
Rabu, 3 November 2010
Pengerusi Kata Tak , Timbalan Kata Ya .. Mana Satu Ni ?
a Ini adalah dua laporan yang dipetik daripada Malaysiakini berkaitan isu rasuah pilihanraya.
Laporan 1 (Malaysiakini)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin bahawa bayaran RM20 yang ditaburkan kepada orang ramai sebelum majlis jamuan makan malam anjuran Wanita Umno di Batu Sapi, Sabah bukan bertujuan membeli undi.
Ketika dihubungi hari ini, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata dakwaan seumpama itu sukar dibuktikan.
“Kita banyak dengar perkara ini, ada orang bagi basikal dan makanan. Mereka boleh beri pelbagai alasan. Lihat contoh PAS, kata mereka bayaran RM250 untuk pengundi luar supaya pulang mengundi di Galas bukan rasuah tetapi sebagai elaun pengangkutan,” katanya dengan panjang lebar melalui telefon.
Lagipun, kata Aziz kesalahan seumpama itu sukar dibuktikan mengikut Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana mereka perlu menunjukkan bahawa penerima habuan berkenaan telah mengundi parti yang memberi.
“Undi kita rahsia, jadi bagaimana kita nak tahu parti mana yang dipangkah oleh orang yang menerima wang itu? Saya tidak dapat melihat hubungan itu.
Namun, katanya, beliau akan menyerahkan laporan dan video berkenaan untuk penasihat undang-undang SPR supaya mengjkajinya dan mengambil tindakan jika perlu.
Laporan 2 (Malaysiakini)
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan walau apapun penjelasan PAS mengenai wang yang diberikan kepada beberapa mualaf Orang Asli petang kelmarin, ia masih dianggap sebagai sogokan di bawah undang-undang.
Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar (tiga dari kiri) berkata, walaupun PAS mendakwa ia adalah zakat, tetapi di mata undang-undang, wang yang diberikan oleh siapapun kepada pengundi yang boleh mengubah undi mereka, dianggap rasuah mengikut Perkara 10 Akta Kesalahan Pilihan raya 1954.
Katanya, SPR telah memaklum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai perkara itu.
"Mereka telah melihat video, dan mereka mungkin mengambil inisiatif untuk menyiasat kes ini," katanya dalam satu sidang akhbar di Gua Musang.

Jumaat, 29 Oktober 2010
Pilihanraya Kecil Parlimen Jerantut
Pada Tahun 2008 bila sahaja Tun Abdullah melantik Tengku Lan iaitu Ahli Parlimen Jerantut menjadi Timbalan Menteri Luar Negara dan kemudian Tengku Lan menolak perlantikan tersebut , ramai yang membuat andai bahawa Tengku Lan akan melompat ke Pakatan Rakyat . Ramai yag beranggapan begitu tapi penulis berdoa ketika itu supaya Tengku Lan kekal bersama BN dan penulis juga berdoa supaya Tengku Lan akan meletak jawatan . Jika ketika itu Tengku Lan meletak jawatan , penulis rasa itulah jasa paling besar yang Tengku Lan buat untuk rakyat Jerantut sepanjang Tengku lan menjadi ahli parlimen Jerantut . Kenapa ? Sebab penulis tidak nampak sebarang sumbangan Tengku Lan kepada pembangunan Jerantut sepanjang Tengku Lan menjadi Ahli Parlimen Jerantut , Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan Timbalan Menteri Pengangkutan .
Sebab apa penulis rasa jasa paling besar Tengku Lan untuk Jerantut ialah dengan Tengku Lan meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Jerantut ketika itu ? Sebab sudah tentu akan ada pilihanraya kecil (PRK) dan sudah tentu pilihanraya itu adalah pilihanraya kecil pertama selepas PRU12 , dan seperti biasa dalam mana-mana PRK maka berbagai projek segera akan ditaburkan di kawasan pilihanraya , balairaya dibaiki , rumah rakyat dibuat , jalan raya ditar baru , dan bermacam-macam projek besar dan kecil akan diluluskan dengan segera . Dan ketika itulah berbagai-bagai pemimpin dari pusat dan negeri akan turun ke Kg Bantal , Kg Pagi , Kg Sempadan , Pulau Tawar , Durian Hijau , Bukit Nikmat , Gusai , Perlok , Kg Gintong , Lepar , Gelanggi . boleh kata setiap ceruk kampung ini akan dilawati oleh pemimpin pusat dan negeri .
Dan mungkin sekarang ini hujung tahun 2010 iaitu 2 tahun selepas PRK Jerantut itu jalan dari Kuala Tahan Ke Kg Pagi telah siap dan sekarang ini mungkin fasa kedua jalan dari Kg Pagi Ke K Bantal sudah ditenderkan . Dan mungkin juga dua buah jambatan di Kuala Tembeling sudah dalam fasa akhir pembinaan dan bila-bila masa sudah boleh dirasmikan . Mungkin juga jalan dari Pulau Tawar ke Durian Hijau seterusnya ke RUmpun Makmur telah dinaik taraf , dan mungkin juga Jalan dari Jerantut ke Benta tidak lagi bengkng Bengkok seperti sekrang .
Sebab itu penulis rasakan itulah jasa paling besar kepada Jerantut jika Tengku Lan meletak jawatan ketika itu . Pembangunan yang kita nantikan selama 50 tahun boleh disediakan dengan hanya satu pilihanraya kecil yang pasti penulis rasakan BN tetap akan menang pilihanraya kecil itu dan penulis dapat rasakan mungkin ketika itu calon yang mewakili BN ialah Wan Amizan yang akan menewaskan calon PAS Dr Hamzah .
Mungkin ramai yang akan marah dengan pandangan penulis . Dan sebenarnya penulis akui PRK juga tidak boleh dijadikan sebagai solusi untuk membawa pembangunan segera sebagaimana sejarah PRK yang lalu tetapi impak PRK kepada sesuatu kawasan PRK itu memang besar yang perlu diakui oleh kita semua.

Rabu, 27 Oktober 2010
Kerajaan Pahang Rugi RM39.7 Juta ?
Kerajaan Pahang Rugi RM39.7juta ? Sebenarnya atas kertas belum rugi lagi tapi itulah jumlah kerugian yang mungkin terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Negeri jika kerajaan negeri gagal mengutip pinjaman yang diberikan kepada ASPA pada tahun 1999 berjumlah RM20juta dan tahun 2003 berjumlah RM22Juta . Jumlah RM39.7juta adalah tunggakan anuiti yang belum dibayar oleh ASPA kepada kerajaan negeri dan kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa untuk menuntut hutang tersebut . Sepatutnya ASPA sudah selesai mebayar pinjaman RM22juta ini pada tahun 2003 dan pinjaman RM20juta pada tahun 2006.
Kenapa kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa untuk menuntu hutang tersebut ? Menurut Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2009 bagi negeri Pahang , kerajaan negeri tidak boleh berbuat apa-apa untuk menuntut hutang tersebut disebabkan oleh perjanjian pinjaman antara ASPA dan Kerajaan Negeri pahang seperti berikut :
1. Laporan Ketua Audit Negara Bagi Pinjaman RM22juta :
Letter Of Assignment (LOA) Tidak Disediakan
Fasal 4, Syarat Khas Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Negeri dengan ASPA berjumlah RM22 juta menetapkan bahawa ASPA hendaklah mengeluarkan LOA selepas tarikh berkuat kuasa pinjaman. ASPA mengaku janji akan menyerahkan hasil pelaburan dan harta-harta seperti yang ditetapkan dalam Fasal 4.03 di dalam perjanjian sekiranya ia gagal membayar sepenuhnya kepada Kerajaan Negeri. Selain itu, Fasal 4.04 pula menghendaki ASPA mengaku janji akan membuat perjanjian dengan MCB bagi maksud menyerahkan hasil pelaburan dan aset kepada Kerajaan Negeri seperti yang dinyatakan dalam fasal perjanjian tersebut sekiranya ASPA gagal membayar sepenuhnya pinjaman. Semakan Audit mendapati LOA dan Perjanjian dengan MCB tidak dilaksanakan oleh ASPA sebagaimana yang ditetapkan. Ketiadaan dokumen tersebut akan menyebabkan Kerajaan Negeri tidak berhak mendapat hak milik ke atas pelaburan dan aset yang dicagarkan seperti yang telah ditetapkan.

2. Laporan Ketua Audit Negara Bagi Pinjaman RM20juta :
Syarat Khas Perjanjian Yang Tidak Munasabah
Fasal 5.01 di dalam Syarat-syarat Khas Perjanjian Pinjaman antara Kerajaan Negeri dengan ASPA bagi pinjaman yang berjumlah RM20 juta menetapkan bahawa sekiranya ASPA gagal membayar balik pinjaman atau faedah maka Kerajaan Negeri boleh membuat potongan ke atas geran tahunan yang diberikan. Bagaimanapun, temu bual yang dijalankan dengan Penolong Pegawai Kewangan ASPA mengesahkan bahawa tiada sebarang geran tahunan diterima oleh ASPA. Keadaan ini bertentangan dengan Fasal 5.01 yang menetapkan pemotongan geran tahunan terhadap sebarang kegagalan bayaran balik pinjaman atau faedah oleh ASPA.

Pihak parlimen81 mengesa agar pihak kerajaan negeri Pahang segera bertindak untuk mengutip balik hutang tertunggak tersebut dari ASPA bagi menjamin aliran kewangan kerajaan negeri Pahang kukuh kembali dan menjamin kepercayaan rakyat kepada kerajaan negeri. Rakyat negeri Pahang membayar cukai setiap tahun dan sebagai rakyat kami ingin kerajaan pastikan setiap hasil cukai tersebut digunakankan secara berhemah oleh kerajaan negeri dan rakyat mendapat kembali keuntungan secara optimum.
Selasa, 26 Oktober 2010
Award for nuclear plant as early as 2014
Award for nuclear plant as early as 2014
If the Economic Transformation Programme (ETP) is to be followed to a tee, the contract for Malaysia's first-ever nuclear power plant will be awarded as early as 2014.
This is in order to ensure that the twin unit power plant begins operations in 2021.
According to the ETP timeline, which is “still under development”, all studies will be completed by the end of next year, while planning will be concluded by the start of 2013.
However, procurement work will start midway into 2012, while construction in earnest will begin in 2017.
The project is expected to cost RM21.3 billion of investment up to 2020, although it is unclear if the government will foot the whole bill.
Interestingly, the plan, which details out timelines for project work including site safety analysis and developing regulation, does not state the duration allocated for public engagement and acceptance.
This is despite stating it as the first step in “four critical path items (which) must be addressed with highest priority”.
The four critical path items are:
- Public acceptance of the project
- Ratification of relevant international treaties
- Developing correct regulatory framework
- Approvals for plan sites, including from local populace.
The Nuclear Power Development Steering Committee, headed by the Energy, Green Technology and Water Ministry, was set up in July 2009 and has been mandated to plan and coordinate the project.
The committee is tasked to conduct studies to aid the preparation of an infrastructure plan, expected to be ready by 2013.
According to the ETP roadmap, site selection study and pre-feasibility study are also expected to be completed by then.
According to the ETP roadmap, site selection study and pre-feasibility study are also expected to be completed by then.
The nuclear project will be spearheaded by national energy giant TNB, which had recently expressed that it is ready to do so.
More big hydro for Sarawak?
More big hydro for Sarawak?
Commenting on this at the ETP roadmap launch yesterday, Minister in the Prime Minister's Department Idris Jala said that nuclear is only one of several renewable energy sources explored.
“Discussions will take place (about nuclear). There will be no shortcuts, safety is paramount,” he said.
Among the other sources of renewable energy noted in the roadmap are five more hydroelectric dams, like Bakun, in Sarawak.
While hydroelectric power is touted as green energy by some, environmentalists refute this claim due to the severe damage that big hydroelectric dams cause to the eco-system.
The Bakun hydroelectric dam, for example, has caused tremendous loss of rainforest, while badly planned relocation efforts of about 10,000 indigenous people have left problems still unresolved.
Isnin, 25 Oktober 2010
Bangunkan Pulau Tawar sesegar nama Mat Kilau, Tok Gajah
Saudara Pengarang,
SAYA salah seorang daripada ribuan keturunan asal Kampung Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.
Mereka yang arif mengenai sejarah perjuangan menentang penjajahan Inggeris di Pahang pasti akan mengaitkan Pulau Tawar dengan Mat Kilau dan Tok Gajah.
Sepatutnya keunikan dan nilai sejarah Pulau Tawar terus dijaga dan dikekalkan.
Namun kali terakhir Pulau Tawar mendapat perhatian ialah sekitar 70-an, ketika kemunculan semula pahlawan Mat Kilau.
Berita seorang kanak-kanak yang berjaya menghasilkan duit syiling emas dengan hanya memegang abu di dapur rumahnya juga turut menaikkan nama Pulau Tawar suatu ketika dulu.
Namun kini Pulau Tawar semakin sepi dan terus terpinggir dari arus pembangunan. Tidak seperti Kg. Duyong di Melaka yang dijaga dan dipelihara dengan rapi untuk menarik kunjungan pelancong ke tempat kelahiran Hang Tuah.
Begitu juga dengan pembangunan Pasir Salak yang dikaitkan dengan Datuk Maharajalela ketika menentang Residen Inggeris di Perak iaitu Sir J.W.W Birch. Kemudian lihat pula Kg. Padang Mat Sirat di Pulau Langkawi, walaupun cerita Mahsuri hanya dikatakan legenda semata-mata.
Kenapalah begitu malang nasib Pulau Tawar? Dibandingkan dengan Hang Tuah, Mahsuri dan Datuk Maharajalela, saya melihat sejarah Mat Kilau adalah yang terkini.
Sebagai anak jati Pulau Tawar saya agak terkilan dengan sikap pihak-pihak yang berkenaan yang langsung tidak mahu mengembalikan semula sejarah Pulau Tawar ini. Banyak tempat yang boleh dibangunkan untuk dilawati oleh para pelancong. Sebuah kota yang digembar-gemburkan wujud di Johor iaitu Kota Gelanggi sebenarnya terletak berhampiran dengan Pulau Tawar.
Mat Kilau dan beberapa orang pahlawan Melayu ketika itu sering berulang-alik untuk mendalami ilmu kepahlawanan mereka di gua Kota Gelanggi itu.
Saya lihat banyak tapak bersejarah yang boleh dibangunkan semula seperti makam Mat Kilau, rumah kelahiran Mat Kilau, masjid Kg. Pulau Tawar yang dibina sendiri oleh Mat Kilau (tempat pengisytiharan Mat Kilau tahun 1970), rumah dan pejabat pentadbiran Inggeris, sebuah sekolah Inggeris yang pertama didirikan (Clifford), tapak pertemuan dan mesyuarat pahlawan Pahang dengan Sultan Ahmad, istana lama Pahang ketika Sultan bersemayam di situ dan banyak lagi lokasi menarik yang boleh dibangunkan sebenarnya.
Semua tapak bersejarah ini juga hampir musnah ditelan zaman. Makam Mat Kilau misalnya terus usang dan terbiar. Apa yang ada hanyalah sebuah tempat berbumbung yang dihadiahkan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang suatu ketika dulu.
Selain daripada itu, nama Pulau Tawar mungkin akan terus hilang dari peta sejarah negara. Andainya orang ramai melalui jalan besar antara Bandar Jengka ke Jerantut, tiada lagi papan tanda yang menunjukkan Pulau Tawar sebagai destinasi sejarah. Apa yang ada sekadar menunjukkan arah jalan masuk ke Pulau Tawar.
Dalam usaha kerajaan negeri memajukan industri pelancongan, perkara seperti ini tidak harus berlaku kerana kesan peninggalan sejarah boleh dijadikan tarikan pelancong ke negeri ini. Apa yang lebih menarik, beberapa orang pembesar utama negara seperti Timbalan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak juga dikatakan bersusur-galur keturunan pahlawan Mat Kilau.
Justeru saya menyeru supaya kerajaan negeri Pahang menjalankan usaha untuk membangunkan semula Pulau Tawar agar namanya terus segar, sesegar nama Mat Kilau dan Tok Gajah yang sering disebut-sebut hingga ke hari ini.
Sebuah jawatankuasa pembangunan semula Pulau Tawar perlu ditubuhkan sama seperti Jawatankuasa Penyiasat ketika kemunculan Mat Kilau awal 70-an dulu. Jika ini dilakukan, banyak bahan sejarah yang masih disimpan oleh anak cucu dan keturunan Mat Kilau dapat disimpan dalam sebuah galeri.
Jika dilihat kepada bahan pameran mengenai Mat Kilau di Muzium Tokoh Pahang dan Muzium Sultan Abu Bakar di Pekan, saya dapati apa yang dipaparkan hanyalah gambar dan sedikit cerita ringkas tentang Mat Kilau. Sebaliknya kajian mengenai khazanah Mat Kilau yang lain seperti pedang, keris, pakaian, kitab, al-Quran, barang persilatan, rumah dan sebagainya tidak dikumpulkan untuk dipamerkan.
Mungkin keturunan Mat Kilau yang masih ada hari ini, tidak mahu menyerahkannya kerana mereka juga mahu supaya sebuah galeri Mat Kilau diwujudkan di Pulau Tawar.
Saya sendiri masih menyimpan sebuah buku Salasilah Keturunan Pulau Tawar, tulisan tangan yang berusia kira-kira 57 tahun yang mencatatkan nama orang pertama yang membuka kawasan ini iaitu Malim Yunus dan keturunan Mat Kilau.
Saya juga berharap ramai keturunan cucu cicit asal Mat Kilau akan tampil untuk membantu pihak-pihak berkenaan bagi mengumpul bahan maklumat dan khazanah Mat Kilau yang masih tersimpan. - MOHD SHUKRI JAMALUDDIN, Pahang.

Projek Empang Salan dan Tali Air Pulau Tawar
Projek ini berlaku pada tahun 1924 di Jerantut. Ini ialah projek pembinaan rancangan pengairan Paya Kangsa di mukim Pulau Tawar. Cerita ini dipetik dari memoir Dato' Sir Mahmud bin Mat- "Tinggal Kenangan", MB Pahang yang pertama.
Pada tahun 1924, Dato' Sir Mahmud bin Mat bertugas sebagai ADO Kuala Lipis. Untuk menikmati suasana Jerantut terutamanya keadaan mukim Pulau Tawar zaman dulu maka inilah extract dari memoir tersebut....
Tugas penting saya sebagai Penolong Pegawai Daerah adalah untuk membuat lawatan ke mukim-mukim menemui penduduk atas urusan rasmi seperti memungut hasil tanah, mengeluarkan surat hak milik, menguruskan pemindahan hak milik tanah dan menguruskan agihan kebun kecil orang yang sudah meninggal kepada pewaris.
Sebuah perahu ketiap yang besar disediakan untuk Pegawai Daerah untuk perjalanannya di Sungai Jelai dan Sungai Pahang. Perahu itu dikendalikan oleh empat orang awak yang tetap termasuklah jurumudi. Awak yang empat orang ini sudah cukup untuk mengendalikan perahu semasa perahu belayar ke hilir sungai. Untuk menongkahnya ke hulu beberapa orang awak tambahan diperlukan. Lima orang lagi perlu diambil. Pada masa itu kami tidak mempunyai kemudahan motorbot untuk menarik perahu ke hulu hilir sungai.
Sememangnya pengalaman tinggal dan mengembara menaiki perahu ketiap di Sungai Pahang sangat menyeronokkan. Perahu ketiap itu sendiri sangat selesa keadaannya. Ia lengkap dengan tempat tidur, lembek, bantal dan kemudahan lain untuk keselesaan kami.
Sungguh nyaman rasanya kami duduk di atas kabin pada waktu petang dihembusi angin yang sepoi-sepoi bahasa. Kami selalu dapat memilih tempat-tempat untuk berlabuh dan bermalam. Dengan itu dapatlah kami menikmati beberapa sukan seperti menembak burung atau memancing di sungai.
Mukim Pulau Tawar sangat sesuai untuk menembak burung. Di mukim ini terdapat kawasan tanah rata yang sangat luas iaitu Padang Kangsa yang terkenal itu. Pada masa dahulu kawasan tersebut dibajak untuk penanaman padi huma setiap tahun. Kini sudah bertahun-tahun lamanya tanah itu tinggal terbiar sahaja kerana lalang yang menebal di situ. Oleh itu tanah tersebut digunakan untuk kerbau dan lembu meragut rumput. Pada musim hujan burung tetiruk dan burung kedidi akan dikerumun di tempat itu.
Satu rancangan pengairan dibuat oleh kerajaan untuk menjadikan kawasan ini sesuai untuk penanaman padi. Pembinaannya hampir siap tapi malangnya projek yang menelan belanja hampir $130,000 tidak pernah dimanfaatkan.
Saya mendapat tahu bahawa Jabatan Kerja Raya telah menyiapkan pembinaan rancangan pengairan untuk kawasan Padang Kangsa di mukim Pulau Tawar dan mereka sedang membuat percubaan untuk menguji pengaliran air di terusan utama yang dibina selari dengan tebing Sungai Pahang.
Dua hari kemudian saya menghiliri sungai ke mukim Burau untuk melaksanakan urusan tanah. Saya menaiki kereta api ke Jerantut dan dari situ menghiliri Sungai Pahang dengan motorbot. Di Pulau Tawar kami lalu hampir dengan tebing sungai. Di situ saya terdengar bunyi air mencurah dari beberapa saluran di tebing sungai ke dalam Sungai Pahang.
Saya memerhatikan tebing sungai di beberapa tempat roboh. Beberapa pokok dan rumpun buluh yang tumbuh di tebing tersebut turut rebah. Terusan digali terlalu dekat dengan tebing sungai dan tanahnya poros di kebanyakan tempat. Air yang mengalir dalam terusan meresap kedalam lubang-lubang bawah tanah lalu mengalir ke Sungai Pahang. Setibanya air yang mengalir tadi ke hujung terusan, airnya tinggal sedikit untuk dialirkan ke sawah padi. Keadaan ini menjadi lebih teruk apabila lubang-lubang bawah tanah semakin membesar dengan air yang tidak henti-henti air mengalir. Terpaksalah rancangan itu ditangguhkan buat sementara waktu.
Setelah saya kembali semula ke Kuala Lipis saya bertanya kepada jurutera Jabatan Kerja Raya akan langkah-langkah yang akan diambil oleh kerajaan untuk mengatasi masalah serius rancangan perairan di Pulau Tawar. Katanya bahagian bawah dan tepi terusan boleh ditampal dengan konkrit tetapi itu akan menelan belanja yang banyak dan pihak kerajaan tidak bersedia untuk membelanjakan wang yang sebegitu banyak. Maka perkara itu terbiar begitu sahaja.
Selepas banjir besar tahun 1926 skim pengairan Pulau Tawar yang baharu siap musnah sama sekali. Tanah luas yang sepatutnya diairi bertukar menjadi padang lumpur. Tumbuhan-tumbuhan hijau sudah tiada lagi. Lembu dan kerbau yang lari ke bukit untuk menyelamatkan diri daripada banjir enggan turun ke padang dan banyak yang mati kehausan dan kebuluran.
Jumaat, 22 Oktober 2010
Penganjur Islamic Fashion Festival Diminta Mohon Maaf Kepada Umat Islam
Menurut Dr Asri mereka yang terlibat dengan penganjuran Festival Busana Muslim di Monte Carlo, 9 Ogos lalu perlu membuat permohonan maaf kepada umat Islam kerana tindakan mereka itu adalah satu penghinaan kepada Islam, kata bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
“Sama sekali ia tidak Islamik. Penganjur amat salah jika menyangka Islamic design dan Islamic fashion hanya berkaitan dengan penonjolan tulisan yang berunsur Islamik tanpa memahami soal etika dan hukum-hakam syarak,” katanya dalam satu kenyataan.
Meskipun tidak menamakan sesiapa, namun kenyataan Dr Asri itu merujuk kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam, parti politik dan juga orang perseorangan yang membidas tindakan isteri seorang VVVVVIP selaku penaung yang Festival Busana Muslim itu.
“IFF boleh memberikan gambaran salah yang serius mengenai pakaian dalam Islam. Ia juga melambang kecelaruan fikiran mereka yang terlibat.
“Islam tidak menghalang fesyen untuk wanita, tetapi mesti dengan prinsip dan etika yang tersendiri. Penganjuran fesyen pakaian itu tidak salah, tetapi konsep dan pengisiannya IFF itu salah disebabkan tidak memahami prinsip dan etika dalam hal ini,” katanya.
Menurut Dr Asri, adalah bahaya untuk isteri pemimpin utama negara Islam terlibat dengan hal-hal yang seperti itu kerana ia akan memberikan mesej Islam yang salah kepada dunia.
Pada festival di Monte Carlo itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.
PENGASAS dan pengerusi Islamic Fashion Festival (IFF) ialah Datuk Raja Rezza Shah.
http://www.youtube.com/watch?v=Z4mRncSsCZs
http://www.youtube.com/watch?v=yE52iwr7UJw&feature=related
http://www.malaysiakini.com/news/146126
http://auwjuwie.blogspot.com/2010/07/islamic-fashion-festivaliff-3-hari-di.html
http://auwjuwie.blogspot.com/2010/07/impian-rezza-nak-bawa-iff-ke-peringkat.html

Langgan:
Catatan (Atom)