Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Selasa, 31 Mei 2011

Timbalan Presiden PAS . Siapa Pilihan PAS Kawasan Jerantut ?

Saya percaya Jawatankuasa PAS Kawasan Jernatut telah mencalonkan Mat Sabu untuk jawatan Timbalan Presiden PAS . Ini kerana dalam bukan March yang lepas Dato Tuan Ibrahim telah secara terangan menolak sebarang pencalonan daripada Kawasan di Pahang untuk beliau bagi jawatan Timbalan , beliau cuma ingin mempertahankan jawantan Naib Presiden sahaja . Tetapi pengiraan matematik telah berubah dalam sekelip mata bila Tuan Ibrahim yang telah mendapat byk pencalonan dari luar Pahang telah menyatakan kesediaan untuk bertading jawatan Timbalan baru-baru ini .

Secara tak langsung pewakilan Pahang yang sebelum ini telah solid mencalonkan Mat Sabu kini telah terpecah kepada 2 option iaitu terus menyokong Mat Sabu atau menyokong Tuan Ibrahim .

Pencalonan adalah dalam bentuk blok sedangkan pengundian sebenar adalah secara individu iaitu dibuat oleh 5 pewakilan yang dipilih oleh Jawatankuasa PAS Kawasan . 5 wewakilan ini sepatutnya dipilih oleh pewakilan dalam mesyuarat agong kawasan tetapi dalam kes Jerantut menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai pewakilan telah menyerah kepada AJK Kawasan yang dipilih untuk menentukan pewakilan ke muktamar pusat.

Jadi secara logiknya nama-nama pewakilan ini akan datang dari YDP yang dipilih. Jadi YDP tentu memilih pewakilan yang sebulu dengannya . Jadi secara mudahnya kita boleh mengagak siapakah Timbalan yang akan dipilih oleh pewakilan dari Jerantut ini .

Tidak seperti perebutan pewakilan ke persidangan tahunan UMNO yang memang amat kerap berlaku perebutan yang luar biasa sehingga setiap calon G7 terpaksa berbelanja besar untuk dipilih terutama jika ianya melibatkan pemilihan baru . Walaupun berbelanja besar tetapi biasanya hasil yang diperolehi selepas persidangan adalah melebihi perbelanjaan . Kalau orang berniaga masih ada untung , walau kos tinggi tetapi margin dia tinggi juga . Berlainan dengan pemilihan pewakilan PAS biasanya tidak berlaku perebutan sebab tiada apa hasil dari segi kewangan kepada pewakilan . Yang ada pewakilan terpaksa mengeluarkan duit sendiri untuk perbelanjaan sepanjang muktamar jika kewangan kawasan tidak mampu menangung perbelanjaan tersebut .

Ahad, 29 Mei 2011

Purple City - Gateway To The Jungle

Sesekali meronda Jerantut terperasan pulak saya akan tranformasi bandar Jerantut ini baik malam atau siang . Kalau disiang hari kini mungkin ada yang masih belum perasan bahawa kebanyakan hiasan-hiasan dan bangunan dibawah penyelenggaraan MDJ sekarang telah dicat dengan warna ungu (purple) . Sepanjang jalan dari simpang Taman Perdana hinggalah ke Bandar Jerantut  pasu-pasu bunga telah dicat dengan warna ungu . Begitu juga dengan stesen bas di bandar inderapura juga telah dicat dengan warna ungu . Ini akan mengingatkan saya kepada Pink City di India . Pink City atau nama sebenarnya Jaipur mendapat nama dan terkenal seluruh dunia kerana semua bandarnya dicat dengan warna Pink ( sebenarnya bukan pink pun tapi merah tanah )

Saya amat setuju jika usaha berterusan dari pihak MDJ ini akan diikuti pula oleh pemilik-pemilik kedai di bandar Jerantut ini untuk cat semua kedai mereka dengan warna Purple . Jika ini terjadi maka mungkin satu hari nanti bandar Jerantut ini akan terkenal seantero malaysia dan dunia dengan nama Purple City . Secara logik nya ini boleh terjadi kerana pelancong-pelancong yang melawat taman negara pasti tidak akan melepaskan peluang bergambar di Purple City ini dan seterusnya mereka ini akan menguploadkan gambar tersebut di blog-blog mereka dan share dengan kawan-kawan mereka dan pasti dalam tag mereka akan mengelarkan Jerantut sebagai Purple City . MDJ juga mungkin boleh minta sedikit peruntukan daripada Tourism Malaysia Pahang yang kebetulan Pengarahnya yang saya difahamkan anak jati Jerantut bagi merealisasikan lagi idea ini .

Saya rasa idea ini boleh direalisasikan dengan cepat jika barisan kedai-kedai di sekitar Maybank dan Banksimpanan Nasional serta Public Bank dicat segera dengan warna purple ini kerana semua barisan kedai tersebut menghadap ke Jalan Besar.

Semoga tranformasi yang ingin dilaksanakan oleh MDJ ini akan disokong oleh ahli politik dan ahli peniagaan Jerantut.



Bandar Jaipur di India yang terkenal dengan gelaran Pink City kena hampir semua bangunan di pusat bandarnya dicat dengan warna merah tanah .

Khamis, 26 Mei 2011

Kampung Tradisional vs Felda

Untung sungguh jadi peneroka Felda . Sejak berakhir pilihanraya umum ke 10 pada 29 Nov 1999 dulu . Pelbagai kemajuan dan pembangunan dan bantuan diterima oleh masyarakat Felda . Pada tahun tersebut Pak Lah menang besar di Parlimen Kepala Batas dan Najib menang tipis di Parlimen Pekan (kata orang Najib dah kalah sebenarnya , hanya Allah yang lebih megetahui kebenarannya) . Sejak PRU 10 itu juga pelbagai post mortem dibuat oleh UMNO kenapa hampir semua undi Felda pada masa itu Pakatan Rakyat menang . UMNO berjaya mengkaji sebab musabab kekalahan di banyak peti undi Felda pada masa itu dan hasil bermacam-macam cadangan telah diutarakan untuk mengembalikan undi Felda kepada UMNO . Akhir satu unit khas di wujudkan dibawah Jabatan Perdana Menteri untuk menguruskan hal ehwal masyarakat Felda . Sejak itu peneroka sedikit demi sedikit kembali menyokong UMNO dalam pilihanraya-pilihanraya selepas itu .

Dana-dana yang mengalirkan ke masyarakat Felda amat dirasai oleh peneroka sendiri dan generasi kedua mereka . Sekarang UMNO amat berbangga kerana berjaya membantu masyakat Felda yang hamir satu masa dipinggirkan oleh UMNO .

Itulah untungnya bila masyarakat Felda sedar akan kuasa undi yang ada pada tangan mereka . Dengan kuasa undi yang ada pada tangan mereka itulah yang telah menyedarkan UMNO yang lena dengan pembangunan-pembangunan Mega mereka ketika itu sehinggakan lupa dari manakah hasil-hasil yang mereka dapat untuk projek Mega itu datangnya dari sektor-sektor di luar bandar . Syabas masyarakat Felda .

Pada pilihnaraya PRU ke 12 masyakat Cina dan India mengunakan kuasa undi mereka pula dan hasilnya 5 buat negeri jatuh ke tangan Pakatan Rakyat . Umno yang ketika itu sedang lena dengan kembalinya sokongan masyarakat Melayu Felda dan keutuhan undi masyarkat Cina dan India pada pilihanraya PRU ke 11 seperti tersentak pada pilihanraya ke 12 bila undi masyakat India dan Cina hampir solid kearah Pakatan Rakyat .

Maka UMNO yang masih yakin telah berjaya mengembalikan undi masyakat Felda dibelakang mereka telah melakukan post mortem demi post mortem untuk menilai kenapa undi Cina dan India pula beralih arah . Dan akhir selepas hampir 2 tahun bekerja keras maka UMNo sekali lagi telah berjaya mengembalikan pula undi masyakat India untuk duduk dibelakang mereka . Ini dapat dilihat dengan kejayaan akhir-akhir ini dalam PRK banyak BN memenangi peti undi masyrakat India.

Saya percaya walau UMNO belum berjaya mengembalikan sepenuhnya kepercayaan masyrakat Cina kepada mereka tapi hasil kerja keras pasukan think tank UMNO maka akan ada perubahan juga akhirnya kepada masyarakat Cina ini nanti untuk kembali menyokong UMNO .

Tetapi semua kejayaan-kejayaan yang berjaya diperolehi oleh UMNO untuk mengembalikan kepercayaan masyarakat Melayu Felda , masyarakat India dan Cina ini bukan percuma  . Ianya terpaksa dibayar dengan nilai bukan ratus tapi kemungkinan billion ringgit dan juga terpakasa mengadai sebahagian prinsip dan jati UMNO itu sendiri . UMNO tidak rugi yang untung adalah masyarakat yang dibela semula oleh UMNO itu .

Masyarakat yang dulunya hanya tidak memangkah UMNO sekali kini tersenyum lebar kerana kini mereka yakin dan akhir percaya juga dengan kata-kata manis pembangkang yang selalu berkata kepada mereka bahaya jika inginkan perubahan cubalah ubah sekali . Kini mereka amat percaya UBAh sekali mereka itulah yang kini telah menGUBAH masayakat mereka . Kini mereka boleh tersenyum lebar bersama UMNO .

Pakatan Rakyat yang mensyorkan untuk ubah sekali itu juga TERSENYUM lebar kerana kata-kata mereka selama ini terbukti bukan setakat teori tetapi sudah boleh dijadikan testimoni kepada masyakat Malaysia .

UMNO pula kini tidak lagi boleh sentiasa berasa dalam ZON SELESA lagi .

Tapi dalam semua TERSENYUM LEBAR itu , Pakatan Rakyat senyum , UMNO juga senyum , orang Felda senyum , orang India senyum dan orang Cina senyum ..... ada lagi yang masyakat yang boleh tersenyum lebar walau tidak dipedulikan oleh mana-mana pihak . Masyarakat Kampung Tradisional kini seperti terpinggir . Walau terpinggir mereka masih lagi TERSENYUM . UMNO pula masih lagi tersenyum sinis dengan masyarakat kampung ini kerana walau kuat mana pun mereka mengundi Pakatan Rakayat nanti tetap tidak menjejaskan undi UMNO didalam kawasan dun atau parlimen yang majoriti undi datang dari peti-peti undi Felda .

UMNO tak akan padang kepada undi masyakat kampung tradisional ini . Siapa yang ingin menjadi juara kepada masyarakat tradisional ini ? Nak harapkan Pakatan Rakyat mereka juga berlumba-lumba untuk merampas undi Felda , yang secara tak langsung mereka juga hanya kelihatan seperti memperjuangkan masyakat Felda sahaja .

Jadi pertembungan antara UMNO dan Pakatan Rakyat tidak akan menguntungkan masayakat kampung tradisional . Masyakata tradisional  hanya dipandang sebelah mata oleh parti-parti politik.

Rabu, 18 Mei 2011

Lombong Bijih Besi Kah ini ?





Apakah telah dilakukkan kajian EIA kepada lombong ini  ? Penarahan bukit secara terbuka seperti didalam gambar ini dengan untuk melombong bijih seperti ini  kemungkinan boleh menyebabkan berlakunya banjir lumpur yang merosakkan harta benda dan memusnahkan hasil pertanian jika berlaku kejadian hujan lebat .

Ahad, 15 Mei 2011

Hari Guru 2011 - Berita Gembira Untuk Guru - Malaysia Akan Muflis ?

Selamat Hari Guru 2011 . Saya mendoakan semua guru-guru saya semoga sentiasa dalam keadaaan sihat dan dirahmati Allah .

Para guru bakal menerima berita gembira apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu beliau akan mengumumkan sesuatu untuk mereka sempena sambutan Hari Guru pada 16 Mei ini. Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, pengumuman tersebut akan menyuntik semangat para guru yang sanggup berkorban demi mendidik anak bangsa
.
Sempena pilihan raya kecil Merlimau yang lalu iaitu pada 1 Mac 2011 Menteri Pelajaran telah mengumumkan Anugerah Tawaran Baru serta-merta sebanyak RM7,500 seorang kepada 586 guru besar yang mencapai prestasi cemerlang dalam membangunkan kualiti murid dan sekolah.Pemberian berkenaan melibatkan peruntukan sebanyak RM18.4 juta di mana skim baru iitu sebahagian daripada dana RM2.492 bilion yang disalurkan kepada sekolah dan jabatan-jabatan pelajaran di seluruh negara.Seramai 12,141 guru yang mencatat prestasi serupa di semua sekolah berkenaan turut menikmati ganjaran RM1,800 seorang, manakala guru selebihnya menerima RM900 seorang.

Dalam pengumuman demi pengumuman yang di Tan Sri Muhyiddin Yassin juga adalah orang yang paling lantang mengkritik PR mengenai janji 100 hari PR dalam Buku Jingga yang akan memberi RM500 sebulan elaun khas  kepada guru-guru sehingga mengatakan bahawa ia akan membawa implikasi kewangan negara .

Janji 100 hari PR ialah melibatkan hampir 500,000 guru, sedangkan janji kerajaan BN hanya melibatkan sebahagian kecil komuniti guru-guru . 

Sebagai rakyat Malaysia P81 berasa bangga kerana idea  yang baik itu sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan walaupun tidak secara keseluruhan. Rakyat akan beruntung sekiranya parti kerajaan mempunyai saingan yang kuat dalam politik. Maka sudah semestinya mereka akan mengikut rentak saingan mereka. 

Mari kita tunggu pengumuman seterusnya dari Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan diumumkan esok dan diharapkan ianya akan melibatkan semua peringkat guru dan yang penting agar ianya tidak sampai memufliskan negara seperi yang sangat ditakuti oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin bila membicarakan janji 100 hari Pakatan Rakyat dalam Buku Jingga yang ingin memeberi elaun khas kepada para guru.

Tugas anda amat mulia guru bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi menerapkan sifat baik, berakhlak dan berbudi pekerti kepada pelajar supaya menjadi makhluk Allah yang taat. Selamat Hari Guru. 

Selasa, 3 Mei 2011

Stesen BAS Baru Mula Operasi ?


Dah lama dah siapnye . Dah pernah jadi tempat jualan lelong , tempat parking dan tapak espo dan macam-macam kat sini . Dan akhirnya pada 1 Mei 2011 ianya secara rasmi beroperasi . Rasanya dah lebih 5 tahun siap . Dibelakang stesen bas ini adalah Pasaraya TF . Pasaraya TF ini dah lama beroperasi , rasanya dah lebih dari 7 tahun . Orang Bentong dan orang Raub panggil Pasaraya Tong Fatt , bila sampai Jerantut di rebrandkan jadi Pasaraya TF . Mungkin tokey dia dah study pe'el orang Jerantut yang lebih bersifat kemelayuan berbanding dengan orang Bentong dan orang Raub  sebab itu di tukar nama jadi TF. Sebelum TF , jerantut ini terkenal dengan Pasaraya Jaya . Pasaraya Jaya ada juga di Bentong dan Raub , mungkin tokey dia sama kot . Dulu ada juga pasaraya Melium ke apatah tak ingat dah kat panggung wayang lama , kemudian pasaraya Akti f ambil alih pasar besar Jerantut , kesian peniaga melayu yang berniaga di kedai-kedai di sisi tepi pasar besar dapat notis disuruh keluar dari situ , ingatkan nak buat Shopping Komplek rupanya disewakan kepada Aktif . Ingat lagi dulu disitu ada kedai jahit kasut Mee dan kedai jahit Kim Seng. Kat mana sekarang mereka ini berniaga ye selepas keluar dari situ ?
Berbalik kepada Bandar Inderapura . Di sebelah pasaraya TF ini ada Medan Selera/Niaga Inderapura .  Medan selera/niaga ini awal-awal buka dulu hidup segan mati tak mahu . Medan selera ini lebih awal dibuka dari TF . Kalau dulu hidup segan mati tak mahu . Sekarang pun macam tu juga . Kat sini bermacam perniagaan telah pernah dibuka dan ditutup . Sewa kalau awal-awal dulu dalam RM200 tapi sekarang ada  yang sewanya dah mencecah sampai RM600 terutama nya yang berhadapan dengan TF baru . Ramai peniaga melayu dan cina yang beli kedai disini . Gerai makan ada dua bahagian . bahagian depan menghadap kepada stesen BAS itu semuanya tak silap dipunyai peniaga cina dan bahagian belakangnya dipunyai oleh peniagaan melayu . Tapi sekarang ini dah ramai peniaga melayu yang sewa dan bikin renovate kedai tu jadi besar-besar terutama yang mengadap kepada gelanggang futsal . MDJ tak ambil tindakan ke keatas tindakan merenovasi tersebut ? Dulu tak silap kat medan selera ini ada Surau tapi kini HILANG entah kemana surau tersebut , hilang tanpa dapat dikesan ? MDJ boleh tolong lihat sikit kenapa surau itu hilang . Rasanya surau tu dah direnovasi menjadi kedai .Dulu surau ini menghadap ke TF lama.Tandas kat sini pun dah macam tak terjaga , lampu pun takde . memang bukan tanggungjawab MDJ nak jaga surau dan tandas kat sini tapi mungkin MDJ boleh pantau tahap kebersihan dan kemudahan tempat ini sebab secara tak langsung bila stesen BAS dibuka disini maka Medan Selera/Niaga ini boleh menunaikan tanggungjawab sebagai tempat untuk solat dan melepaskan hajat dan berjamu selera bagi orang-orang kampung yang datang jauh dari pendalaman dan secara tak langsung boleh menaikkan Medan Niaga ini sebagai satu tempat perniagaan Melayu di Bandar Inderapura ini dan mungkin juga menjadikan tempat ini tumpuan pelancong yang datang trasnit sebelum ke taman negara.
Mungkin kah dengan pembukaan stesen bas ini adalah tanda-tanda awal projek greater jerantut akan dimulakan ?