Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 17 Januari 2011

Guru Hanya Di Benarkan Berpolitik Jika Sokong UMNO ?

Gembira rasanya guru-guru ini bila pertengahan tahun lepas guru lepasan ijazah dibenarkan berpolitik (klik sini) . Tapi bila saya baca artikel dari Malaysiakini klik sini , saya rasa sedikit pelik kenapa hanya guru hanya dibenarkan untuk berpolitik menyokong parti tertentu sahaja.

(Dari malaysiakini) Pengarah Jabatan Pelajaran Johor, Markom Giran, yang dirakam didakwa berkempen untuk BN di Tenang, telah menafikan tuduhan tersebut.


Katanya, beliau hanya mahu mengenalpasti kecenderungan politik para guru untuk memastikan mereka "menyokong dasar kerajaan".


Sebaliknya, kata Markom, beliau tidak berkempen tetapi berucap
kepada kakitangan bawahannya.


Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, ia merupakan "hak kami untuk mengenalpasti (parti politik) yang guru kami sokong," tegasnya.


Jika didapati menentang kerajaan, katanya, maka mereka akan dihantar mengikuti kursus supaya mereka faham bahawa sebagai kakitangan awam, mereka tida boleh menentang dasar kerajaan.


Markom menjelaskan bahawa sebagai kakitangan awam, mereka merupakan pelaksana dasar kerajaan dan kerana itu, mereka mesti mengikuti apa sahaja dasar yang dibuat oleh kerajaan yang memerintah.


Katanya, mereka makan gaji dengan kerajaan dan oleh itu, mereka tidak seharusnya menentang kerajaan, tetapi mematuhi apa juga dasarnya.

Sebenarnya di Jerantut banyak kes-kes guru yang ingin berpolitik ini samada mereka menyokong UMNO atau menyokong PAS . Pada saya tidak salah untuk mereka berpolitik (klik sini etika berpolitik) dan tidak salah untuk mereka menyokong UMNO atau PAS . Yang salah jika mereka terlalu lebih berpolitik sehingga meninggalkan pengajaran di sekolah . Tetapi kebiasaannya yang selalu menjadi mangsa Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau negeri (PPN) ialah guru yang menyokong PAS di Jerantut ini . Suatu masa dulu beberpa guru telah ditukarkan jauh ke pendalaman semata2 atas isu menyokong pembangkang . Memang PPD atau PPN akan mereka bermacam alasan bukan politik untuk menjustifikasikan pertukaran tersebut.klik sini

Macam mana untuk orang Melayu nak maju dalam politik jika perkara yang remeh temeh macam ini masih menjadi isu di PPD ? Sebenarnya PPD tak salah pun cuma ada tangan-tangan ghaib yang berjaya mempengaruhi PPD ini . Dan PPD ini takut kepada tangan-tangan ghaib ini yang kekadang itu hanyalah tukang kebun di sekolah-sekolah dibawah pentadbiran PPD tersebut . Jangan cuba untuk menafikan ini adalah realiti .

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betui laa tuuu ... awak boleh berpolitik kalau awak sokong umno .... kalau sokong PAS awok akan kena lempar jauh jauh dari bini awok .... ade sorang cikgu tu mula2 kena lempar ke jengka 25 dari bukit nikmat kemudian tak sampai 6 bulan wujud cawangan jengka 25 ... org jengka 25 komplen ke ppd lepas tu kena lempar ke ulu tembeling plakkk ... beberapa tahun dia kat situ ulu tembeling pulak kuat pas ... kena lempar tempat lain pulak ....itulah kalau tak nak jauh dengan bini ...duduk diam2 je jangan masuk politik ... kalau nak masuk politik jadilah penyokong umno ... hidup umno

Wan Zamzuri Wan Hasenan berkata...

Salam Parlimen 81 dan Anon 21:24,
Ye ke? Apasal WZWH yang kuat UMNO ni kena lempar ke Kuantan tidak boleh mengajar di Jerantut? He he he...

Tanpa Nama berkata...

Sebok orang jerantut tok nok WZWH lah tu wakakak

Tanpa Nama berkata...

anon2 semua dan juga P81,
sebagai kaki tangan kerajaan kita kena akur pada dasar kerajaan.kerana kita pekerja dan dia majikan.kalau tak puas hati letak jawatan dan lawan la kerajaan biar sampai berbuih mulut teruskan.sama lah kalau kita minta kerja kat kilang arak.kita kutuk pengurusan kilang kerana berniaga benda haram.pada hal kita kaki tangan mereka.lebih baik kita berhenti dan bolehlah kita kutuk dan tentang mereka.begitulah kerajaan kalau kita rasa dia zalim dan mesti ditentang maka kita berhenti dan tentang dia dengan cara masuk pakatan neraka pimpinan anu war!!!!!!!!

matnyerweh!!!!!!!!:DAP telah tunjukkan jalan ke neraka kepada PAS.masih tak sedar2 lagi ke ahli PAS.ALLAH DAN JELAS MELARANG JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN KAFIR HARBI TAPI PAS BUAT JUGA> YA ALLAH! SELAMATKANLAH SAUDARA2 KU DALAM PAS INI SUPAYA TIDAK SESAT DALAM HASUTAN DAPig LAKNATULLAH!!!!!

Tanpa Nama berkata...

wahai anon 2011 Januari 19 11:27
nampak sangat anon ni fikiran macam lembu bila bercakap bunyi macam keldai .... lembu pun boleh tahu mana tahi mana rumput ... tapi anon lagi teruk darui lembu .... tahi dengan rumput pun tak tahu nak bezakan.

chenerong ular berkata...

Bercakarlah wookmer semua, yang untungnya depa depa, melayu bercakaran sesama melayu. bangsa asing dalam diam diam jer berpakat, berpakat dalam keadaan tertentu, melayu kena tipu jer lah, pemimpin melayu tipu melayu, bukan melayu apa lah lagi, tak sedar sedar.