Sejak beberapa bulan lepas INBOX P81 di hujani oleh beberapa email yang datang dari orang yang mengaku sebagai pemilik ruang perniagaan di Medan Selera Inderapura . parlimen81 tidak siarkan terus email tersebut sebab parlimen81 ingin mendapatkan gambaran sebenar permasalahan yang diajukan melalui email tersebut . Kelmarin parlimen81 berkesempatan melawat Medan Selera tersebut, meninjau dan mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan medan tersebut. Dan ini ceritanya:
Medan Selera Inderapura ini adalah adalah gabungan komplek gerai makan dan ruang perniagaan yang dibangunkan oleh Sunrise Atlantic Sdn Bhd yang menurut pengirim email dulu mempunyai pejabat berdekatan dengan Bank Simpanan Nasional . Keseluruhan projek di Bandar Inderapura dibangunkan oleh syarikat ini . Komplek perniagaan Medan Selera ini dibangunkan serentak dengan barisan Bangunan 3 tingkat yang sekarang ini menempatkan Bank Simpanan Nasional dan sebaris kedai dua tingkat dibekalangnya . Menurut email tersebut ketika pembeli membeli medan Selera tersebut pemaju menjanjikan bahawa medan ini akan dilengkapi dengan kemudahan surau dan bilik air . Disamping itu dalam pelan sturktur asal disekeliling medan selera ini akan dibangunkan dengan lot-lot kedai pejabat serta komplek membeli belah dan hotel . Entah macam mana berlaku krisis ekonomi ketika itu yang menyebabkan hanya pembangunan lot kedai pejabat 3 tingkat , dan sebaris lot kedai dua tingkat dibelakangnya yang berjaya disiapkan disamping Medan Selera . Stesen Bas entah kemana , hotel entah kemana dan komplek membeli belah entah kemana .
Tapi menurut email tersebut ianya tidak menjadi masalah kerana memahami situasai kegawatan ekonomi ketika itu (sekitar tahun 2002-2004). Pemilik ruang niaga dan gerai di medan Selera ini menghadapi masalah untuk memulakan perniagaan kerana tidak ada pelanggan yang berkunjung ke Medan Selera ketika itu . Kehadiran Pasaraya TF di tapak lama , bukan sekarang ini telah menceriakan sedikit Medan Selera ini . Kemudian kehadiran futsal court telah menambahkan lagi keceriaan kepada peniagaan dan pemilik . Barang semakin laris dan pemilik boleh demand harga sewa yang lebih tinggi .
Kemudian pembangunan badar inderapura semakin rancak dan tempiasnya dapat juga kepada peniaga dan pemilik di Medan Selera ini . Kemudian TF Value Mart telah berpindah lokasi ke lokasi sekarang ini . Tempias yang hebat dapat dirasai oleh peniaga dan pemilik ruang kedai yang menghadap kepada TF tersebut . Sewa pun semakin meningkat dan perniagaan semakin maju hasil limpahan pelanggan TF value mart .
Keadaaan menjadi semakin parah pula apabila sejak 2 tahun lepas ruang-ruang kosong dihadapan ruang niaga telah dibangunkan dengan lot-lot kedai baru secara haram oleh pemaju yang menyebabkan langsung akses kepada kedai-kedai sedia ada tersekat . menurut pengirim email , ruang itu tidak sepatutnya dibangunkan dengan lot-lot baru kerana semasa mereka membeli lot kedai itu dahulu telah direservekan sebagai kawasan lapang sama seperti lot-lot di kedai berhadapan dengan pasaraya TF sekarang ini .
Menurut pengirim email tersebut . kedaikedai baru yang kini menempatkan restoran dan salon serta dim sum itu tidak sepatutnya ada .
Surau juga telah ditutup sementara pejabat yang sepatutnya menempatkan pejabat persatuan peniagaan medan selera inderapura juga entah kemana . Mereka tiada tempat untuk mengadu kerana pemaju telah bertindak menutup surau serta pejabat persatuan . Pihak MDJ pula langsung tidak mengambil tindakan terhadap binaan baru yang memang jelas telah dibina secara haram itu oleh pemaju .
Kompeks medan selera ini pada dasarknya menurut pengirim email tersebut sepatutnya diuruskan oleh persatuan Pemilik Medan Selera Inderapura tetapi hingga sekarang persatuan ini tidak aktif lagi . Pengadu juga meminta supaya pihak MDJ segera mengambil tindakan meroboh kembali semua kedai yang dibina secara haram dihadapan kedai mereka itu.
Menurut email itu juga beliau meyeru semua pemilik gerai yang terjejas supaya bersatu untuk mengembalikan hak mereka terhadap gerai mereka yang telah dibeli oleh mereka pada harga antara rm50k hingga rm70k satu lot .
parlimen81 berharap agar pihak pemaju dan Majlis Daerah Jerantut akan memberi response dengan menjelaskan perkara sebenar disebalik semua yang diadukan oleh pemgirim email tersebut.