Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 31 Oktober 2012

blog parlimen81 tak setuju Pahang Dapat Wang Ehsan RM100 Juta Hasil Minyak

blog parlimen81 tak setuju Pahang Dapat Wang Ehsan RM100 Juta Hasil Minyak. Ini kerana telah termaktub dalam perjanjian antara negeri Pahang dan Petronas bahawa Pahang sepatutnya mendapat Royalti sebanyak RM100 Juta hasil 5% keluaran minyak di perairan Pahang .

Kerajaan Pahang sepatutnya menuntu Royalti bukanya menerima bulat-bulat wang ehsan yang dijanjikan oleh kerajaan persekutuan .

Wang itu sepatutnya adalah milik Pahang bukan ehsan kerajaan pusat . Kerajaan pusat sepatutnya berterima kasih kepada Pahang kerana mempunyai simpanan minyak yang banyak yang dapat dikongsi oleh lain-lain negeri .

Oleh itu blog parlimen81 menyeru setiap lapisan masyarakat di Jerantut dan Pahang agar bangkit menuntut royalti minyak bukanya wang ehsan.

Selasa, 30 Oktober 2012

Pelaburan RM425 Juta Jadikan Jerantut Pusat Caviar Dunia

Sebuah projek bioteknologi akan diwujudkan di Jerantut yang melibatkan pelaburan dari luar negara . Projek ini akan menjadikan Jerantut sebuah pusat pengeluaran kaviar sedunia, satu inisiatif yang mungkin sukar untuk kita bayangkan selama ini, namun dapat dijayakan melalui I-Caviar menerusi pelaburan bernilai RM475 juta dalam tempoh lima tahun.

Caviar berkualiti tinggi boleh mencapai harga antara RM20k hingga RM25k dipasaran dunia. Ikan-ikan akan diternak didalam kolam yang boleh ditukar ganti airnya . Ikan-ikan yang diternak menggunakan teknologi biotek ini hanya mengambil masa selama 5 tahun untuk menghasilkan telur berbanding 20 tahun dalam keadaan semulajadi. Caviar yang dihasilkan di Jerantut ini akan di hantar dalam tempoh 5 hari dihasilkan terus ke London iaitu sebuah bursa komoditi bagi kaviar dunia. 

Industri kaviar  di Jerantut ini akan memberi peluang pekerjaan yang hebat di Jerantut . Kini dengan pertambahan satu lagi pusat bioteknologi di Jerantut selepas Pusat Bioteknologi Haiwan maka sesuai sangatlah Jawatankuasa Pembangunan Daerah Jerantut untuk mula merancang untuk menjadikan Jerantut ini sebagai pusat bioteknologi negara mempopularkan  jenama "Jerantut - Bio-technology Valley (JBV)" disamping tagline yang sudah begitu sinonim dengan Jerantut sebagai "City in The Jungle" iaitu sebuah bandar yang menjadi pintu masuk kepada hutan tropika tertua di dunia. 

Isnin, 29 Oktober 2012

'Pengkhianat Umno Jerantut pegang jawatan penting dalam bahagian ?

Pemimpin akar umni Umno hari ini menggesa jawatankuasa khas parti Melayu itu bertindak tegas, termasuk menyingkirkan segera ahli yang khianat, tidak seperti sebelum ini yang mengambil masa terlalu lama.

Ketua Umno Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee berkata, sebelum ini hukuman untuk kes pelanggaran etika atau khianat mengambil masa sehingga menimbulkan kecewa di kalangan rakyat.

cheras umno division chief syed ali alhabshee 061012"Saya berharap jawatankuasa berkenaan akan lebih tegas mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang berlaku khianat dan mensabotaj calon-calon BN pada pilihan raya umum ke-13 akan datang," tegasnya seperti dilaporkan dalam blog Umno Cheras.

Syed Ali juga berkata, mana-mana ahli Umno yang mengkhianati dasar perjuangan parti sememangnya wajar disingkirkan tidak kira di peringkat mana.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan kebanyakan yang "bertukar menjadi pengkhianat" terdiri daripada pemegang jawatan penting dalam parti.

"Lazimnya yang mensabotaj parti dan pengkhianat adalah mereka yang memegang jawatan penting dalam Umno, kerana kecewa tidak dapat sesuatu yang dihajati mereka mula memburuk-burukkan parti dan pemimpin tertinggi," tegasnya.

'Dirasuk kepentingan peribadi'
Tambah Syed Ali lagi, jarang berlaku ahli-ahli parti di peringkat akar umbi yang khianat, sebaliknya membabitkan pemimpin termasuk yang pernah berada dalam kabinet.

"Saya percaya ahli-ahli Umno peringkat akar umbi tetap setia kepada parti, mereka ikhlas berjuang untuk parti," tegasnya sambil menyifatkan keadaan itu seperti "dirasuk kepentingan peribadi".

Syed Ali juga melihat penubuhan jawatankuasa khas bagi mengambil tindakan ahli ahli yang khianat mampu mengukuhkan keyakinan rakyat terhadap masa depan Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak mengumumkan penubuhan jawatankuasa itu setelah dipersetujui Majlis Tertinggi (MT) di PWTC baru-baru ini.

Ia akan diketuai oleh Pengerusi Lembaga Disiplin Umno Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dan beberapa wakli MT yang tiada berkepentingan.

Isnin, 15 Oktober 2012

Laporan Audit Negara 2011 - Pahang - Jerantut - ADTEC Jadi Perhatian

ADTEC Jerantut menjadi perhatian apabila berlaku kelewatan 706 hari dari masa sebenar sepatutnya disiapkan . Beberapa spesifikasi juga tidak diikuti oleh kontraktor SM Pelangi Sdn Bhd yang beralamat di Semambu Kuantan yang mendapat projek melalui tender terhad ini. ... to be continue

Jumaat, 12 Oktober 2012

UMNO Terima RM40 Juta dari Soros ?

Transparency International Malaysia (TI-M) menuntut pihak berkuasa mendedahkan sumber "sumbangan politik" RM40 juga kepada Umno Sabah, yang menyaksikan seorang ahli perniagaan ditangkap ketika cuma menyeludup masuk ke negara ini dari Hong Kong.

Merujuk kepada jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Nazri Abdul Aziz kepada Tian Chua (PKR-Batu) di Parlimen, Setiausaha Agung TI-M Josie M Fernandez berkata, pihaknya terkejut dengan kenyataan yang menyebut "elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan" dalam kes itu.

"Nazri berkata dana itu merupakan sumbangan kepada badan perhubungan Umno Sabah.

"Beliau kemudian berkata SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) memutuskan elemen rasuah tidak dapat dibuktikan dalam kes ini.

"Bagaimanapun SPRM harus menyiasat sekiranya rasuah menjadi faktor dalam sumbangan politik RM40 juta itu," katanya dalam kenyataan.

Nazri semalam dilaporkan berkata, Jabatan Peguam Negara memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan dalam dakwaan melibatkan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, selepas mengambil kira keterangan SPRM.

Katanya, dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Umno Sabah dan bukan untuk tujuan persendirian ketua menteri.

Adalah dipercayai UMNO tidak berani untuk mendedahkan sumber sebenar darimana datangnya dana sebanyak RM40 Juta itu kerana dana itu dipercayai datang dari Soros .Adakah betul Soros dipercayai telah membiayai dana pilihanraya UMNO pada tahun 2008 ? Jika bukan UMNO perlu memdedahkan sumber dana sebanyak RM40 tersebut.

Rabu, 10 Oktober 2012

PANAS!!!!!- LHDNm Sedang siasat syarikat milik YBe tipu akaun dan tak bayar cukai

Panas Panas Panas !!!!! , LHDNm sedang menyiasat satu syarikat milik seorang YBe di Jerantut dan yang didapati telah cuba menipu SSMm dan LHDNm kerana telah melakukan penipuan penyata akaun syarikat . Penipuan yang melibatkan berpuluh puluh juta ringgit itu menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan hasil tipu muslihat akaun syarikat mereka .

Pihak SSMm kini sedang menyiasat syarikat kesetiausahaan yang beralamat di Temerloh yang bertindak sebagai setiausaha syarikat tersebut dan firma juru audit yang beralamat di Kuala Lumpur yang mengaudit syarikat tersebut .

Syarikat milik YBe tersebut adalah syarikat holding yang mempunyai anak-anak syarikat yang mempunyai kontrak beratus juta ringgit disekitar negeri Pahang itu didapati telah menipu penyata akaun syarikat dengan mengistiharkan syarikat untung sedikit atau dalam kerugian.

Antara bidang siasatan ialah bagaimana sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai kontrak bernilai ratusan juta ringgit boleh mengalami  kerugian . Siasatan juga merangkumi kemungkinan syarikat tersebut telah mengAliBabakan kontrak yang didapati . Pihak SPRMm juga telah di minta terlibat menyiasat tentang kemungkinan berlaku unsur rasuah dalam pemberian kontrak kepada syarikat tersebut.

Ini memandangkan terdapat seorang kakitangan kerajaan kategori A yang terlibat sebagai salah seorang shareholder syarikat terbabit .

Syarikat2  milik YBe itu juga didapati telah gagal menyiapkan projek mengikut jadual yang ditetapkan .

Khamis, 4 Oktober 2012

Padang Bola Tak Boleh Nak Urus . Layak Ke Dr Shukri Jadi Ahli Parlimen?





Masih layak ke Tengku Lan dan Dr Shukri meneruskan pemerintah yang tidak produktif untuk penggal ke EMPAT ? Itu pertanyaan belia-belia Pulau Tawar kepada Tengku Lan dan Dr Shukri .  

Juga bukan setakat pertanyaan itu kepada Tengku Lan dan Dr Shukri sahaja tapi pertanyaan itu juga ditujukan kepada pemimpin UMNO tempatan seperti Cikgu Nazri  Ketua Cawangan Pulau Tawar , Mohd Adil Mohd Zain AJK Bahagian Jerantut , Ustaz Zulfaqer AJK UMNO Pulau Tawar . Adakah anda pemipin yang produktif , pemimpin yang proaktif atau pemimpin yang tidur ? Letak jawatan sahaja jika masalah padang belia pun tak boleh nak handle . Buat malu orang Pulau Tawar sahaja anda duduk di jawatankuasa UMNO Bahagiaan itu . 

Lanjut pasal padang bola ini boleh lihat diblog ini (klik sini)


Sinar Harian 1 Julai 2012 - Belia Pulau Tawar Minta Padang Bola

Ahad, 30 September 2012

Bajet Siapa Menang ? BN Ke PR ?


Sebeum Baca Seterusnya Baca Ini Dulu :
1. Belanjawan 2013 Pakatan Rakyat (klik sini)
2. Belanjawan 2013 Barisan Nasional (klik sini)
Kini kedua-dua bajet dari Bajet 2013 dari kerajaan dan bajet bayangan dari pembangkang telah dibentangkan, kita akan bandingkan kedua bajet ini antara satu sama lain.
Ini adalah bajet yang terakhir sebelum pilihan raya, dan Barisan Nasional (BN) mempunyai lebih banyak pengalaman dalam membuat bajet dan tidak memeranjatkan ia penuh dengan pemberian wang dan ‘gula-gula’, terutamanya kepada generasi muda yang mempunyai angka yang signifikan dalam daftar pengundi.
Pakatan Rakyat (PR) ternyata masih belum mempunyai pengalaman apabila membentangkan bajet dengan lebih banyak untuk mengubah ekonomi, daripada pentadbiran Najib yang dilihat ‘lebih kurang sama’ dengan tidak mengubah struktur fundemental.
Anda tidak boleh menyalahkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak mengubah bajet begitu banyak, dan melakukan perkara yang hampir sama memandangkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) meningkat dengan lebih baik walaupun terdapat kelembapan ekonomi di seluruh dunia.
Tetapi bajet PR, sebaliknya lebih banyak menunjukkan cara untuk mengenepikan monopoli, kartel dan mengecilkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan.
Tidak semua dalam bajet dapat dibandingkan secara langsung, tetapi kita boleh melihat dari sudut angka fiskal.
Kategori Bajet Berimbang
Defisit bajet
BN: 4 peratus
PR: 3.5 peratus
Pemenang: PR
BN berjaya mengurangkan defisit dari 4.5 peratus tahun ini kepada 4 peratus pada tahun 2013 tetapi tidak cukup untuk menewaskan PR. BN bagaimanapun boleh berkata PR boleh menjanjikan segalanya kerana mereka tidak di dalam kuasa.
PR bagaimanapun lebih berminat untuk menghapuskan rasuah, ketirisan dan pembaziran tetapi angkanya sedikit lebih baik dari BN. Tetapi, peningkatan sedikit ini memberi kelebihan kepada BN dari sudut pandangan agensi penarafan dan pakar ekonomi.
Pembangunan Ekonomi
Cara BN ialah dengan cara menabur insentif dari pelbagai industri sementara PR lebih banyak untuk menangani masalah fundemental untuk meningkatkan kemampuan untuk bersaing negara ini.
BN lebih banyak menawarkan insentif seperti pemotongan cukai untuk penyelidikan dan pembangunan, sejumlah RM1 billion untuk meningkatkan pelaburan domestik, insentif untuk mengambil alih syarikat asing, insentif untuk industri teknologi seperti pemotongan cukai pendapatan untuk pelabur Angel serta mengiktiraf harta intelek, dan juga RM10 billion untuk skim pembangunan untuk industri kecil dan sederhana (IKS).
PR memilih untuk perubahan dalam pembangunan, dengan memulihkan ekonomi dari budaya melobi dan kronisme, rasuah dan memansuhkan monopoli serta kartel, dengan harapan ekonomi dapat bergerak tanpa sebarang halangan. Dengan mengurangkan penglibatan kerajaan dalam perniagaan dengan mengubah peranan syarikat berkaitan kerajaan (GLC), ia juga menjanjikan keusahawanan untuk menjadi asas kepada ekonomi.
Pemenang: Kedua-dua mempunyai cara yang terbaik. Cara BN agak selamat tetapi seperti terdahulu, manakala perubahan yang dijanjikan PR lebih menarik untuk mengembangkan ekonomi ke arah negara maju. Cara hibrid serta IKS tidak perlu memilih antara skim pembangunan IKS dan perniagaan yang bebas dari para pelobi dan kartel. Tetapi berdasarkan dalam jangka masa panjang, PR lebih berjaya dalam perkara ini.
Pendidikan
Masa depan negara terletak pada pendidikan. BN baru-baru ini melancarkan pelan pendidikan yang dirancang oleh pakar tetapi memotong bajet pendidikan dari RM50 billion pada tahun lalu kepada RM38.7 billion pada 2013. Perdana menteri berkata mereka mahu “memberi nilai kepada setiap pelajar dalam setiap ringgit yang dibelanjakan” semasa pelan itu dilancarkan, maka mereka mungkin menemui cara untuk mengelakkan pembaziran dan meningkatkan keefisyenan.
Sementara PR tidak banyak menyentuh tentang pendidikan dalam bajet kali ini, cuma mereka mahu memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Sementara niatnya baik dan PTPTN mungkin satu cara untuk melupuskan hutang pelajar, dan mencadangkan subsidi yuran untuk pendidikan, memansuhkan PTPTN mungkin akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai sifat untuk berdikari dan hanya mahu bergantung dengan kerajaan. Ramai bekas pelajar yang membayar PTPTN sudah mengadu bahawa ini yang mereka tunggu-tunggu.
Pemenang: BN mengakui pencapaian lemah Malaysia dalam pendidikan dan mahu mengubahnya dengan pelan terbarunya. Pemotongan bajet dalam pendidikan mungkin agak mengecewakan, tetapi tindakan PR untuk menghapuskan PTPTN hanyalah bersifat populis dan mahu mendapatkan undi. Apa yang cuba disampaikan oleh PR kepada pelajar? Adakah mereka tidak perlu membayar hutang? Berdasarkan ini dan pelbagai pandangan, dalam isu pendidikan, BN menang.
Pendapatan Individu
BN sekali lagi memberikan wang secara langsung kepada rakyat berpendapatan rendah untuk menangani kos kehidupan. PR pula mahu melaksanakan pemberian secara tidak langsung dengan mahu menurunkan harga kereta dengan memotong duti eksais, pemansuhan tol, pemansuhan PTPTN dan menurunkan harga petrol dan tambang pengangkutan.
BN juga memotong cukai pendapatan sebanyak satu peratus untuk semua tangga sehingga RM50,000, tetapi pakar cukai menjangkakan ini adalah persediaan untuk pengenalan kepada cukai barangan dan perkhidmatan (GST).
Pemenang: Kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kelemahan. Pemberian wang tunai secara langsung dalam kelembapan ekonomi dapat meningkatkan perbelanjaan, walau bagaimanapun ia dilihat sebagai cara membeli undi kerana pemberian secara ‘one-off’ tidak bertahan lama. Penurunan satu peratus pada setiap tangga cukai dilihat tidak banyak bila kita melihat negara lain memberi cukai serendah 11 peratus untuk mereka yang berpendapatan RM300,000 atau mempunyai cukai pendapatan yang lebih tinggi tetapi memberikan perkhidmatan awam yang lebih baik dari Malaysia. Cara PR dengan meningkatkan pendapatan dengan membuang halangan dalam ekonomi dilihat boleh bertahan lebih lama walaupun ia termasuk dengan pemansuhan PTPTN yang tidak boleh diterima.
Perumahan
Perumahan adalah satu isu yang besar apabila banyak aduan tentang kos pembelian rumah yang semakin mahal.
Cara BN ialah meningkatkan cukai keuntungan hartanah (RPGT) sebanyak lima peratus untuk menangani masalah spekulator dan juga akan membelanjakan RM1.9 billion untuk membina 123,000 rumah mampu milik.
Ia juga lebih mudah untuk golongan muda yang memperoleh pendapatan kurang dari RM5,000 untuk mendapat pinjaman untuk perumahan.
PR mencadangkan pembinaan 100,000 rumah mampu milik dari harga RM130,000 hingga RM300,000 dibawah Perbadanan Perumahan Nasional dengan suntikan modal bernilai RM5 billion pada tahun 2013.
Pemenang: Kedua-dua bajet banyak membina perumahan rakyat tetapi BN menangani isu spekulasi hartanah melalui RPGT sedangkan PR tidak. BN dapat melihat masalah kewangan dan dengan memberi kemudahan untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM5,000 untuk memiliki rumah tanpa memerlukan tiga bulan pembayaran ansuran dari simpanan mereka sendiri. Saya mengatakan keduanya sama baik dan tiada pemenang.
Pengangkutan Awam
Keduanya mahu meningkatkan pengangkutan awam.
BN tidak banyak memberi perkara baru selain dengan memberi diskaun untuk KTM untuk mereka yang berpendapatan kurang dari RM3,000.
PR, dalam masa sama mahu menjadikan pengangkutan tidak terikat kepada satu entiti dan lebih banyak membangkitkan isu tempatan, dan berkata mahu mengkaji semula MRT dan mahu melaksanakan BRT (Transit Aliran Bas).
Pemenang: Keduanya mahu melakukan perubahan untuk pengangkutan awam, tetapi kemahuan PR untuk melaksanakan BRT adalah membimbangkan jika kita lihat bandaraya seperti Bogota dan Johannesburg, berbanding Zurich dan Tokyo dalam menjadikan kereta api sebagai pengangkutan awam utama berbanding bas. Bas adalah lebih baik untuk jarak pendek tetapi tidak ada siapa yang sanggup untuk bergerak dalam jarak yang lebih panjang. PR mahu melaksanakan bas tempatan yang lebih baik, tetapi BN menang dalam isu ini kerana BRT sudah dilakukan di sesetengah tempat di negara ini.
Keputusan
PR menang dalam kategori bajet berimbang, pembangunan ekonomi dan pendapatan individu.
BN menang dalam pendidikan dan pengangkutan awam disamping seri dari segi perumahan.
BN lebih banyak berhati-hati dan banyak menggunakan cara Santa Klaus dengan banyak memberi insentif, wang tunai dan cara konservatif, menggambarkan statusnya sebagai kerajaan hari ini.
PR pula lebih progresif dan mahu mengubah lebih banyak struktur dan menggambarkan ia sebagai pencabar utama.
Siapa yang anda akan pilih?



Jumaat, 28 September 2012

Najib Sahkan Pilihanraya Umum Ke-13 akan diadakan Pada Tahun 2013 ? Tapi ......

Selepas meneliti teks ucapan Budget hari ini . Semua pemberian one-off akan diberi kepada rakyat bermula pada pada Januari 2013 maka pilihanraya umum ke 13 tidak akan berlangsung didalam tahun 2012 ini . Itu adalah tanggapan semua orang . Tapi parlimen81 melihat bahawa sesuai dengan tema Janji di Tepati dan banyak janji yang telah Najib tepati maka parlien81 melihat bahawa pilihanraya ke 13 akan diadakan dalam tahun 2012 juga . Parlimen81 jangkakan pilihanraya akan diadakan sebaik sahaja selesai peperiksaan SPM  iaitu seminggu 7hb Disember 2012 . Pada dua tahun sebelum ini tarikh SPM berakhir pada 14 December pada tahun 2011 dan 16 September pada tahun 2010 . Sementara itu jemaah haji terakhir akan berangkat pulang ke Malaysia pada 29 November 2012 . Mari kita lihat tarikh tarikh penting 2013 pula:

Sekolah bermula 3 Januari 2013
Thaipusam 27 January 2013
Raya Cina pada 10 February 2013
Cuti Sekolah pada 9 Mac 2013

Antara tarikh sesuai dalam tahun 2013 ialah :
1. minggu ketiga Januari iaitu 19 atau 20 Januari 2013
2. minggu ketiga Februari iaitu 22 Februari 2013
3. Minggu kedua Mac 2013 iaitu ketika cuti sekolah 2013

Jadi firasat parlimen81 PRU13 akan diadakan pada Disember 2012 atau Mac 2013 . Sementara itu SPR telah diperuntukan sebanyak RM435,250,000 untuk bajet perkhidmatan dan pembekalan dalam bajet 2013.

Tarikh akhir pemerintahan Najib ialah pada 8 Mac 2013 . Saya rasakan bahawa Najib akan betul betul menggunakan sepenuhnya penggalnya . Pilihanraya akan diadakan pada musim cuti sekolah Mac 2013.


Perdana menteri melontarkan satu lagi isyarat bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan pada tahun depan apabila mengumumkan bahawa bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia akan mula disalurkan pada awal 2013.

"Ia akan dibayar mulai awal tahun 2013," kata Datuk Seri Najib Razak dalam ucapannya ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat hari ini.

Pembayaran itu melibatkan bantuan tunai sebanyak RM500 kepada isirumah berpendapatan bawah RM3,000 dan bayaran RM250 kepada individu bujang berpendapatan bawah RM2,000.

Najib berkata individu bujang berusia 21 tahun ke atas layak menerima bantuan tersebut.

Katanya, bantuan berkenaan akan memberi manfaat kepada sebanyak RM4.3 juta isirumah dan juga seramai 2.7 juta warga bujang – melibatkan peruntukan RM3 bilion.
Selain bayaran BR1M, Najib turut mengumumkan bahawa kerajaan akan membayar bonus sebanyak setengah bulan gaji lagi kepada penjawat awam pada bulan Januari depan.

Teks Ucapan Bajet 2013 oleh Datuk Najib Memakmurkan Negara Mensejahterakan Rakyat

Teks Ucapan Bajet 2013 oleh Datuk Najib

Ucapan Budget 2013

Ini adalah budget kelima sepanjang pemerinth DatukNajib.

Intipati Budget 2013 . Janji di tepati. Tidak menjanjikan bulan bintang dan cakerawala . Telah ekoonomi berteraskanrakyat hasil wawasandan aspirasi rakayat . Ia sumbangan masyarakat desa dan bandar , guru karyawan . nelayan di dokong oleh pejawat awam dan usahawan . Di uruskan dengan teliti oleh kerajaan .
Dah 12 kali rakyat memberi mandat tanpa putus .

Komited memastikan pertubuhan ekonomi negara terus berkembang . Separuh petama 2012 KDNK tumbuh 5.1%

FDI asing masuk RM13.6 Billion .

Gambaran umum

- Pendapatan per kapita negara sebanyak RM31,000 dan rizab antarabangsa sebanyak RM432.2 bilion.

- Hasil kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak RM208.6 bilion berbanding RM207 bilion pada 2012.

- Defisit kerajaan pada 2013 dijangka sebanyak 4 peratus berbanding 4.5 peratus pada 2012.

- Perbelanjaan mengurus sebanyak RM201.9 bilion dan perbelanjaan pembangunan sebanyak RM49.7 bilion.

Isi penting
- Perbadanan Nasional Bhd menyedia kemudahan pinjaman hingga RM25,000 bagi pemegang lesen dan RM500,000 bagi penyedia lesen menerusi program Transformasi Perniagaan.
    
- Elaun Cukai Pelaburan 100 peratus untuk 10 tahun bagi aktiviti penapisan produk petroleum kepada yang layak.
    
- Program Insentif Global bagi Perdagangan (GIFT) ditambah baik dengan pengecualian cukai pendapatan 100 peratus ke atas pendapatan berkanun bagi tempoh tiga tahun pertama operasi.
    
- Perbelanjaan menerbitkan AgroSukuk diberi potongan cukai dua kali bagi tempoh empat tahun mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.
    
- Dana Infra Nasional Bhd menerbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk membiayai pembangunan MRT.
    
- RM3.0 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan projek permulaan (EPP) bagi tahun 2013. 

- Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik berjumlah RM1.0 bilion di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia untuk aktiviti penyumberan luar dan pemerolehan teknologi oleh syarikat tempatan.

- Penyediaan dana sebanyak RM1.0 bilion di bawah Skim Pembangunan PKS bawah kendalian SME Bank.

Industri halal
- SME Bank dengan kerjasama Bank Pembangunan Islam akan menyediakan Dana Industri Halal sebanyak RM200 juta untuk membiayai modal kerja PKS terlibat.

- Pemberian insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum dengan pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 10 tahun, pengecualian cukai pegangan dan duti setem.

- Pemberian pengecualian cukai pendapatan penuh untuk 3 tahun pertama pengendalian syarikat dagangan LNG.

Petani, nelayan & penjaja kecil - Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil berdaftar dengan had maksimum RM5,000 dengan peruntukan RM16 juta setahun.

- Memperkenalkan empat kawasan jelapang padi baru berkeluasan 19,000 hektar di Kota Belud, Batang Lupar, Rompi dan Pekan, dijangka menghasilkan 104,000 tan metrik padi.

- Sebanyak 55,000 nelayan diberikan bantuan RM200 sebulan dan skim insurans perlindungan dengan perlindungan maksimum hingga RM100,000.

- Subsidi dan insentif pertanian sebanyak RM2.4 bilion diteruskan.

- Memperkenalkan skim takaful pertanian sehingga RM13,000 kepada 172,000 pesawah.

Galakan amanah perniagaan

- Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun Razak Exchange, pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee dan pengecualian cukai bagi pemaju hartanah.

- Yayasan Wakaf Malaysia, di bawah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji diberi tanggungjawab untuk merangka pelan induk Wakaf Korporat dengan mengambil kira struktur perundangan Agama Islam Negeri.

- RM9.0 bilion atau 43 peratus daripada nilai kos infrastruktur projek MRT diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera.

- Dana Pembiayaan Bumiputera berjumlah RM1.0 bilion akan disediakan oleh SME Bank untuk membantu PKS membiayai pengambilalihan anak syarikat milik GLC yang menjalankan aktiviti bukan teras dan telah dikenal pasti untuk dijual.

- Skim Jaminan Modal Kerja akan dilanjutkan sehingga Disember 2013, dan diperluaskan kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi serta kelayakan manakala dana pemegang saham syarikat ditingkatkan kepada RM20 juta.

Pasaran modal 

- Terbitan dua tawaran permulaan awam (IPO) terbesar di dunia melalui Felda Global Ventures Holdings (RM9.9 bilion) daqn IHH Health Berhad (RM6.3 bilion).

- DanaInfra Nasional Bhd akan terbitkan bon runcit bernilai RM300 juta akhir tahun 2012 untuk biayai pembangunan MRT.

- Perbelanjaan tambahan menerbitkan bon dan sukuk runcit akan diberi potongan cukai dua kali mulai tahun taksiran 2012 hingga 2015.

- Pelabur individu diberi pengecualian duti setem ke atas surat cara yang terlibat dalam urus niaga bon dan sukuk runcit.

- Suruhanjaya Sekuriti perkenal inisiatif Graduate Representative Program dengan sektor swasta bagi melatih 1,000 graduan.

- Peruntukan modal Danajamin ditambah sebanyak RM400 juta dalam tempoh dua tahun. Suntikan ini dapat melipatgandakan nilai terbitan antara RM4.0 bilion hingga RM6.0 bilion.

- RM100 juta disediakan kepada Yayasan Pasaran Modal melalui Tabung Pembangunan Pasaran Modal di bawah kawal selia Suruhanjaya Sekuriti.


Pasukan keselamatan
- Seramai 125,708 anggota tentera diberikan insentif khas RM200 sebulan.

- Elaun wataniah dinaikkan dari RM4 kepada RM7.8 sejam.

- Seramai 224,000 pesara tentera tidak pencen mendapat bantuanone-off RM1,000.

- Seramai 242,200 anggota polis dan tentera akan menerima insurans berkelompok kepada dengan had perlindungan RM15,000.

Pinjaman perumahan & pelatih praperkhidmatan
- Pinjaman perumahan penjawat awam akan disusun semula, manfaat dan bantuan kekal 4 peratus.

- Seramai 31,135 pelatih akan mendapat kenaikan elaun praperkhidmatan.

- Unit Rondaan Bermotosikal dengan 1,000 motosikal di kawasan perumahan.

- SPRM akan ditambah baik dengan penambahan 150 perjawatan (5,000 anggota).

Imbuhan
- Seramai 1.4 juta ahli Perkeso diberikan pemeriksaan percuma bernilai RM200 juta.

- Diskaun separuh harga bayaran pasport kepada warga emas RM150 untuk lima tahun dan RM80 untuk dua tahun.

- Sebanyak 40,000 tangki air akan dibekalkan di pedalaman Sabah-Sarawak.

- Sebanyak RM100 juga diperuntukkan untuk menaik taraf 350 klinik kerajaan.

- Pemeriksaan percuma mamogram untuk 100,000 wanita.

- Rebat kepada belia (21-30 tahun) RM200 untuk pembelian telefon pintar 3G.

- Diskaun separuh harga tambang Komuter bagi pengguna berpendapatan bawah RM3,000.

- Had pendapatan Skim Rumah Pertamaku ditetapkan RM10,000 untuk suami-isteri dan RM5,000 untuk individu dengan nilai hartanah tidak lebih RM400,000.

- Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) RM250 kepada individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan bawah RM2,000.

- Diskaun separuh harga tambang feri Sarawak-Labuan-Sabah.

- Bantuan persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah diteruskan.

- Baucar buku RM250 kepada pelajar universiti diteruskan.

- Pelepasan cukai SSPN dinaikkan daripada RM3,000 kepada RM6,000.

- Pemberian diskaun 20 peratus kepada penyelesaian sekali gus pinjaman PTPTN (sehingga 30 September 2013).

- Diskaun 10 peratus kepada pembayar PTPTN yang konsisten.

- Pemberian bonus sebulan setengah kepada penjawat awam.


Ucapan Budget 2013

Laporan Ekonomi 2013

Anggaran Perbelanjaan 2013



Entiti Amanah - Akta Pasara Modal dan Perkhidmatan - Amanah Peniagaan dberi layanan cukai sama seperti syarikat .

























.

Rakyat Jerantut Harapkan Najib Umum BR1M Pusingan Kedua Bernilai RM1000

Rakyat Jerantut mennantikan budget 2013 petang ini dengan penuh debaran . Rakyat Jerantut bukan hanya menantikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bernilai RM500, tetapi mengharapkannya nilainya digandakan menjadi RM1,000 atau lebih dalam pengumuman belanjawan petang ini. Rakyat Jerantut juga berharap  BR1M diperluas untuk meliputi pendapatan isi rumah yang sebelum ini tidak layak untuk bantuan itu.
Rakyat Jerantut mengharapkan pembayaran BR1M kali kedua akan lebih sekali ganda daripada bayaran terdahulu RM500 dan akan memberi manfaat kepada 4.2 juta isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000.

Rakyat Jerantut juga mengharapkan perkara berikut dalam budaget nanti :

1. Peruntukan untuk menyiapkan jalan raya Kg Pagi hingga ke Kg Mat Daling
(http://wzwh.blogspot.com/2011/03/penderitaan-dan-azab-orang-ulu.html)
2. Peruntukan pembinaan Kampus Cawangan Universiti Malaysia Pahang di Temin
(http://parlimen81.blogspot.com/2010/12/tanah-di-perlukan-luas-50-hingga-100.html)
3. Peruntukan membaiki Padang Bola Belia Pulau Tawar di sebelah pejabat Penghulu Pulau Tawar
(http://pulautawar.blogspot.com/2011/10/kepada-doktor-shukri-dan-tengku-lan.html)
4. Peruntukan untuk memperkasakan infrastuktur madrasah-madrasah Tahfiz dan Pondok di Kg Binjai , Sg Salan , Bukit Rang , Feri , Pulau Tawar.
5. Peruntukan untuk memperkasakan infrastruktur  Sekolah Agama Pulau Tawar dan dinaikkan taraf sekolah kepada Kulliah dan dituakr nama  kepada  Kulliah Sultan Ahmad Shah Pulau Tawar agar setaraf dengan Kulliah Al-Lughah Wa Ad-Din As-Sultan Abu Bakar Pekan.
(http://parlimen81.blogspot.com/2011/11/mentranformasi-sekolah-agama-negeri.html)
6. Peruntukan membina dua buah jambatan menghubungkan Kuala Tembeling dengan Seberang Jelai dan menghubungkan Seberang Jelai dengan Pasir Derian http://parlimen81.blogspot.com/2010/09/cadangan-jambatan-di-kuala-tembeling.html

Belanjawan Pakatan Rakyat Ekonomi Rakyat, Negara Berkat

Ekonomi Rakyat, Negara Berkat

Selari dengan semangat Buku Jingga, Belanjawan Pakatan Rakyat 2013 telah saya bentangkan semalam di Parlimen dengan tema “Ekonomi Rakyat, Negara Berkat.” Belanjawan ini berteraskan kepada tiga asas utama iaitu – meningkatkan pendapatan, mengurangkan beban kos meningkat; melahirkan golongan usahawan, mengalakkan persaingan konstruktif ; dan mewujudkan masyarakat madani yang bermaruah.
Pakatan rakyat komited untuk mengembalikan asas kebijakan ekonomi – memacu pertumbuhan dan pengagihan kekayaan yg saksama. Amalan lapuk yang memperkaya segelintir keluarga penguasa dan kroni; amalan rasuah dan pembaziran yang melampau wajib dihentikan. Menjadi tugas kerajaan untuk memastikan dana khazanah negara di tadbir dengan bertanggungjawab dan memastikan pengagihan adil kepada rakyat yang berhak.
Pakatan Rakyat akan menubuhkan – Badan Perumahan Kebangsaan – dalam usaha menyediakan perumahan mampu milik untuk rakyat selain mengurangkan cukai eksais kenderaan sebanyak 20% menjelang 2013. Ini dijangkakan akan menambah pendapatan isi rumah di kalangan rakyat.
Penetapan gaji minima sebanyak RM 1,100 dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 kakitangan awam dan memberi kesan positif kepada sektor – sektor lain. Selain itu pembayaran wang sara hidup dari Jabatan Kebajikan juga akan ditingkatkan daripada RM300 ke RM550 yang mana akan membantu lebih 84,000 keluarga untuk keluar dari tahap kemiskinan. Usaha ini akan mampu meningkatkan pendapatan rakyat dan mengurangkan kemiskinan.
Pemansuhan 1MDB dan meletakkan semula halatuju syarikat berkaitan kerajaan dan pelaburan kerajaan ke arah amalan ekonomi yang lebih berdaya saing dan mengambil kira kepentingan awam, menjadi pegangan Pakatan Rakyat yang komited membela kepentingan dan kebajikan rakyat Malaysia.
Penekanan khusus juga diberikan kepada negeri – negeri pengeluar petroleum dimana Pakatan Rakyat akan mencadangkan penubuhan syarikat petroleum dan gas milik kerajaan negeri. Perancangan dan pembangunan menyeluruh juga adalah agenda utama Pakatan Rakyat sejajar dengan Deklarasi Kuching demi membela nasib rakyat Sabah dan Sarawak.
Pakatan Rakyat juga sedar akan sumbangan kaum wanita di negara ini, dimana kita memperkenalkan jaringan keselamatan sosial yang pertama untuk wanita – Caruman Wanita Nasional – melibatkan caruman dari kerajaan dan suami.
Pakatan Rakyat bersama dengan Belanjawan 2013 ini komited untuk terus memberikan penekanan kepada pembangunan insan, pendidikan percuma, mengurangkan harga barang, dan mengalakkan pertumbuhan ekonomi yang adil dan saksama untuk seluruh rakyat tanpa mengambil kira latar agama dan bangsa.
Saya yakin, berkat sokongan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke 13, usaha reformasi ekonomi untuk mengangkat kebijakan ekonomi yang merakyat dan mengembalikan Malaysia sebagai kuasa ekonomi yang mampu bersaing di peringkat global akan tercapai selepas tertubuhnya sebuah kerajaan pusat yang adil, bertanggungjawab dan cekap yang dipimpin Pakatan Rakyat kelak.
ANWAR IBRAHIM

Rabu, 12 September 2012

SAHAM FGV MELONJAK DARI RM4.57 KEPADA 4.73 . TAHNIAH KWSP

Berdebar-debar semalam semua pemegang minoriti saham FGV kerana semalam saham FGV hampir sahaja mencecah harga tawaran permulaan IPO mereka itu RM4.55 . Nasib baik ada tangan ghaib yang membantu melonjakkan kembali saham FGV . Jika tiada sokongan institusi fund manager tempatan maka sudah pasti saham FGV akan merudum jatuh dibawah RM4.55.

Kemana perginya pelabur-pelabur corner stone dari luar negara yang menurut Isa Samad amat berminat dengan saham FGV ini . Kemana menghilangnya mereka sehingga beberapa institutsi rakyat seperti KWSP , Tabung Haji dan KWAP yang terpaksa menjadi penyelamat saham FGV dari terus jatuh dibawah RM4.55

Adakah kini KWAP , KWSP dan Tabung Haji sedang menjalankan kerja-kerja kebajikan atau bailout secara terhormat ?

Selama ini Tabung Haji memang telah terkenal dengan kerja-kerja bailout secara terhormatnya dengan menyelamatkan syarikat-syarkat seperti BANK ISLAM ,  LITYAN (kini Theta Edge) , RAMUNIA (kini TH Heavy Engineering) dan dalam proses penyelamatan ialah syarikat SILVER BIRD pengeluar roti Gardenia.

Tabung Haji juga secara tak sedar sedang mengswastakan semua ladang-ladang sawit miliknya dengan menjualkan kepada anak syarikatnya TH Plantation Sdn Bhd . Tapi Tabung Haji lagi halus mainannya . Bila cadangan untuk menyenaraikan ladang-ladangnya di bursa ditentang hebat suatu masa dahulu . Tabung Haji telah menyenaraikan ladang-ladangnya secara kecil kemudian secara beransur-ansur kini sedang melepaskan beberapa ladang yang besar-besar di Sabah dan Sarawak kepada anak syarikatnya dan hampir kesemuanya sekarang telah diuruskan oleh anak syarikatnya TH Plantation . Secara sedar tak sedar semua ladang Tabung Haji ini nanti akan diletakkan dibawah anak syarikat tersenarainya.


Jumaat, 10 Ogos 2012

Rintihan Pemilik Kedai Medan Selera Inderapura

Sejak beberapa bulan lepas INBOX P81 di hujani oleh beberapa email yang datang dari orang yang mengaku sebagai pemilik ruang perniagaan di Medan Selera Inderapura . parlimen81 tidak siarkan terus email tersebut sebab parlimen81 ingin mendapatkan gambaran sebenar permasalahan yang diajukan melalui email tersebut . Kelmarin parlimen81 berkesempatan melawat Medan Selera tersebut, meninjau dan mendapatkan sedikit maklumat berkaitan dengan medan tersebut. Dan ini ceritanya:

Medan Selera Inderapura ini adalah adalah gabungan komplek gerai makan dan ruang perniagaan yang dibangunkan oleh Sunrise Atlantic Sdn Bhd yang menurut pengirim email dulu mempunyai pejabat berdekatan dengan Bank Simpanan Nasional . Keseluruhan projek di Bandar Inderapura dibangunkan oleh syarikat ini . Komplek perniagaan Medan Selera ini dibangunkan serentak dengan barisan Bangunan 3 tingkat yang sekarang ini menempatkan Bank Simpanan Nasional dan sebaris kedai dua tingkat dibekalangnya . Menurut email tersebut ketika pembeli membeli medan Selera tersebut pemaju menjanjikan bahawa medan ini akan dilengkapi dengan kemudahan surau dan bilik air . Disamping itu dalam pelan sturktur asal disekeliling medan selera ini akan dibangunkan dengan lot-lot kedai pejabat serta komplek membeli belah dan hotel . Entah macam mana berlaku krisis ekonomi ketika itu yang menyebabkan hanya pembangunan lot kedai pejabat 3 tingkat , dan sebaris lot kedai dua tingkat dibelakangnya yang berjaya disiapkan disamping Medan Selera . Stesen Bas entah kemana , hotel entah kemana dan komplek membeli belah entah kemana .

Tapi menurut email tersebut ianya tidak menjadi masalah kerana memahami situasai kegawatan ekonomi ketika itu (sekitar tahun 2002-2004). Pemilik ruang niaga dan gerai di medan Selera ini menghadapi masalah untuk memulakan perniagaan kerana tidak ada pelanggan yang berkunjung ke Medan Selera ketika itu . Kehadiran Pasaraya TF di tapak lama ,  bukan sekarang ini telah menceriakan sedikit Medan Selera ini . Kemudian kehadiran futsal court telah menambahkan lagi keceriaan kepada peniagaan dan pemilik . Barang semakin laris dan pemilik boleh demand harga sewa yang lebih tinggi .

Kemudian pembangunan badar inderapura semakin rancak dan tempiasnya dapat juga kepada peniaga dan pemilik di Medan Selera ini . Kemudian TF Value Mart telah berpindah lokasi ke lokasi sekarang ini . Tempias yang hebat dapat dirasai oleh peniaga dan pemilik ruang kedai yang menghadap kepada TF tersebut . Sewa pun semakin meningkat dan perniagaan semakin maju hasil limpahan pelanggan TF value mart .

Tapi night mare akhirnya datang kepada pemilik dan penigaan yang beroperasi di ruang niaga yang menghadap kepada tapak TF Value mart yang lama . Peniaga-peniaga gerai makan yag menyewa dikorner-korner lot  gerai kiri dan kanan telah menyekat laluan kali lima di kedua-dua hujung kaki lima ini menyebabkan perniaga-perniaga yang berada di lot-lot tengah menghadapai kesukaran apabila pelangan-pelangan sukar untuk pergi ke lot-lot mereka disebabkan ganguan dari perniaga di lot-lot gerai makan di korner ini . 



Keadaaan menjadi semakin parah pula apabila sejak 2 tahun lepas ruang-ruang kosong dihadapan ruang niaga telah dibangunkan dengan lot-lot kedai baru secara haram oleh pemaju yang menyebabkan langsung akses kepada kedai-kedai sedia ada tersekat . menurut pengirim email , ruang itu tidak sepatutnya dibangunkan dengan lot-lot baru kerana semasa mereka membeli lot kedai itu dahulu telah direservekan sebagai kawasan lapang sama seperti lot-lot di kedai berhadapan dengan pasaraya TF sekarang ini .

Menurut pengirim email tersebut . kedaikedai baru yang kini menempatkan restoran dan salon serta dim sum itu tidak sepatutnya ada .




Surau juga telah ditutup sementara pejabat yang sepatutnya menempatkan pejabat persatuan peniagaan medan selera inderapura juga entah kemana . Mereka tiada tempat untuk mengadu kerana pemaju telah bertindak menutup surau serta pejabat persatuan . Pihak MDJ pula langsung tidak mengambil tindakan terhadap binaan baru yang memang jelas telah dibina secara haram itu oleh pemaju .


Kompeks medan selera ini pada dasarknya menurut pengirim email tersebut sepatutnya diuruskan oleh persatuan Pemilik Medan Selera Inderapura tetapi hingga sekarang persatuan ini tidak aktif lagi . Pengadu juga meminta supaya pihak MDJ segera mengambil tindakan meroboh kembali semua kedai yang dibina secara haram dihadapan kedai mereka itu.





.
Menurut email itu juga beliau meyeru semua pemilik gerai yang terjejas supaya bersatu untuk mengembalikan hak mereka terhadap gerai mereka yang telah dibeli oleh mereka pada harga antara rm50k hingga rm70k satu lot .

parlimen81 berharap agar pihak pemaju dan Majlis Daerah Jerantut akan memberi response dengan menjelaskan perkara sebenar disebalik semua yang diadukan oleh pemgirim email tersebut.

Rabu, 8 Ogos 2012

Najib vs Anwar siapa akan menang perang internet dalam PRU13 (Barisan Nasional Youth Cyber Team Dilancarkan)

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menggunakan kemudahan YouTube dan aplikasi persidangan video Google Hangout bagi mendekati warga maya yang rata-rata golongan muda.

Dilihat cuba menyaingi populariti Datuk Seri Najib Razak di Internet, Anwar berkata, "Borak Bersama Anwar" pada 17 Ogos itu bertujuan memberi maklum balas langsung kepada rakyat.

"Anda ada soalan boleh bertanya terus," katanya yang mengaku teruja untuk melibatkan rakyat Malaysia di Internet sebagai "pencetus kebebasan bersuara".

Dalam kenyataannya hari ini, Anwar berkata, pasukannya dan pekerja sukarelawan akan bekerja keras melayan setiap soalan yang akan diajukan padanya.

Soalan untuk Anwar boleh dikemukakan melalui laman Facebok peminatnya di www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan, Google Plus, soalan video di YouTube dan melalui hashtag #BorakAnwar di Twitter.

"Sesi sejam akan termasuk mereka yang dijemput untuk menyertai sebagai panelis video secara langsung, seperti yang dinyatakan sebelum ini, semasa sesi tersebut.

"Ahli panel akan dipilih dari mereka yang telah menghantar video mereka. Jadilah salah seorang daripada mereka," katanya.

Sambil berkata berbangga menjadi pemimpin politik tempatan pertama menggunakan Google Hangout, Anwar menyeru semua ahli politik menggunakan ruang bersuara oleh gergasi Internet Google itu.

Vowing not to lose the “Internet war” to the Opposition once again, the youth wing of Barisan Nasional (BN) has launched a new initiative to win over the hearts and minds of young supporters on cyberspace. BN Youth chairman Khairy Jamaluddin said the Barisan Nasional Youth Cyber Team (BNYCT) project would ensure that the BN would not play second fiddle to the Opposition in cyberspace as they did in the 2008 general election, when the ruling coalition registered its worst performance."The political tsunami in 2008... (was partly) due to the vacuum in cyberspace, we had surrendered to the Opposition,” Khairy said at the launch of the project on Wednesday. "(Now) we won't surrender that space to any party."

The Rembau MP said there was a clear lack of centralised means to spread pro-government information online in 2008, butwith this initiative the mistake would not be repeated.
He said BNYCT would focus on accumulating a network of pro-government Internet users who would then create a centralisednetwork to counter any slander made by the Opposition.
Khairy, who is also Umno Youth chief, said people mostly obtained their news from social media nowadays.
"People no longer wait for (TV3’s) Buletin Utama at 8pm anymore...The news is created now, not in headlines tomorrow," he said.

The BN, he said, could capitalise on this by reacting to matters, especially Opposition slander, in a timely manner."If we can understand the news cycle, we can provide the right facts and turn around the support," he said.Khairy pointed out that this was different from the role of the BN Cybertroopers, who were in a head-to-head "war" with the Opposition Cybertroopers.
He said that the BN already had the support of cyber-users but they were not centralised. He cited the example of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak who has 801,833 followers on Twitter, as opposed to 179,830 followers for Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BNYCT will be a volunteer-based programme, said Khairy, adding that there was no specific target on the number of volunteers.He also said that the programme would be virtually cost free as it involved the social media."We don't need consultants to help us with Facebook," he said.

Mana Pergi Hasil Lombong Bijih Besi Pahang ?


Blog WZWH kata Pahang keluarkan hampir RM6.18 Billion nilai bijih besi pada tahun 2011 dan RM3.99 billion pada tahun 2010 . ada 50 lesen lombong baru dikeluarkan pada tahun 2011 sementara 152 lesen melombong pada tahun 2010 . parlimen81 minta kerajaan Pahang keluarkan senarai lengkap penerima konsesi lombong bijih tersebut . Parlimen81 dapat tahu ada satu lombong bijih seluas 400 hektar di Maran dalam proses dokumentasi yang konsesinya dimiliki oleh seorang Melayu yang pelomobongan akan dilakukan oleh sebuah syarikat perlombongan utama berpengkalan di Ipoh . Lombong ini mempunyai nilai ferum berkisar dalam 65% antara yang tertinggi .

Dari jumlah Rm6.18 billion ini berapakah jumlah hasil yang diperolehi oleh kerajaan negeri ?



iron ore mining in Malaysia
Pertumbuhan industri perlombongan bijih besi Pahang berkembang pesat.

Kebangkitan industri perlombongan Pahang menarik minat Pakatan Rakyat. PAS, PKR dan DAP berkira-kira mahu berangan beragih hasil mahsul Pahang ini.

Tanya sama Tuan Ibrahim, Fauzi Rahman, dan Sakmongkol AK47 siapa jadi MB pasti seronok mengurus sumber hasil galian Pahang. 

Ditambah dengan royalti minyak 5% bakal diterima Pahang boleh buat MB Pahang post PRU 13 mewah berbelanja.

Anggaran nilai galian dikeluarkan pada 2011 berjumlah RM6.18 bilion, peningkatan 54% dari RM3.99 bilion pada 2010.

50 lesen baru melombong dikeluarkan pada 2011 manakala 152 lesen melombong pada 2010 menarik minat pelabur syarikat lombong.

Zhong Cheng syarikat pelombong besi dari Singapura telah berpindah semua operasi ke Pahang. Setakat ini Zhong Cheng telah melabur RM400 juta di Pahang dan bercadang mahu meningkatkan pelaburan ke RM1.2 bilion pada 2016.

Syarikat Zhong Cheng merancang mahu listing di Hong Kong tahun depan. Zhong Cheng optimis prospek industri perlombongan di Pahang. Suku pertama tahun 2013 adalah masa terbaik.

Zhong Cheng telah mengadakan usahasama dengan syarikat Hong Kong melombong besi seluas 700 ekar di Pahang.

Zhong Cheng ada 15 lombong lagi yang mengeluarkan 3 juta tan tahun ini. Semua pengeluaran dihantar ke China kerana permintaan bijih besi China menjangkau 1.8 bilion tan tahun ini.

Pahang perlu bina kemudahan infrastruktur bagi operasi perlombongan yang sukses. Zhong Cheng merancang menambah 10 lagi lombong untuk meningkat pengeluaran kepada 10 juta tan bijih besi pada 2015.

Kerajaan Pahang menjangka penghantaran bijih besi ke China akan meningkat sekali ganda tahun ini.

Pengeluaran emas juga berganda kepada 4,215 kg. Emas juga merupakan hasil mahsul Pahang yang berpotensi besar.

Namun pengeluaran bijih besi adalah yang tertinggi hingga 7.6 juta tan pada 2011 jika dibandingkan 3.5 juta tan pada 2010.

Pahang negeri kaya dan makmur. Hasil galian dan royalti minyak dianggar RM1 bilion setahun boleh buat Pakatan Rakyat kuat motivasi mahu menuju Kuantan pada PRU 13.

Isnin, 6 Ogos 2012

Jerantut Di Ancam Krisis Air ?


Jerantut Di Ancam Krisis Air ? Kah Kah Kah ... Tak logik langsung Jerantut di ancam krisis air . Belambak sungai besar-besar kat Jerantut ini . Mana mungkin sungai-sungai yang ada di Jerantut ini tidak mampu membekalkan air kepada lebih 100,000 penduduk Jerantut . Dari Kampung Sempadan hingga ke Lepar Utara semua tempat kat Jerantut ini ada jaringan sungai-sungai yang sudah pasti cukup untuk membekalkan air untuk penduduk Jerantut . Kah kah kah jadi adimana relevannya untuk  Jerantut boleh diancam oleh krisis air .


Ada 11 buah loji air di Jerantut (klik sini) yang beroperasi dri 6jam hingga 24 jam sehari membekalkan air kepada penduduk Jerantut .

Sekarang musim kemarau , sungai-sngai semakin cetek . Sungai Pahang sudah cetek , sungai Tekam sudah cetek , Sungai Tembeling juga sudah cetek . Inilah masanya untuk ikan tembelian mudik menghempas telur . Inilah masa nya nelayan sungai berjaga malam menunggu ketibaan ikan tembelian . Ikan tembelian ini tak semahal ikan patin atau tengalan tapi kedatangan musim kemarau dan ketibaan tembelian memang ditunggu -tunggu oleh seluruh penduduk di pinggir sungai pahang dan tembeling .

Berbalik kepada isu air . Punca utama air terawat di Jerantut diambil dari sungai Pahang menggunakan loji Batu Embun . Batu Embun membekalkan air kepada hampir 2/3 dari jumlah penduduk bandar dan kampung tradisional di daerah Jerantut . Sementara itu Sungai Tekam pula membekalkan air kepada hampir 98 penduduk di tanah-tanah rancangan Felda di Gelanggi , sungai tekam dan lepar utara serta jengka.

Tinjauan sepintas lalu parlimen81 ke tebing sungai pahang dan sungai tekam mengundang rasa curiga kepada parlimen81 bahawa Jerantut kini benar-benar diancam oleh krisis air . Jika tidak ditangani segera mungkin krisi air ini akan menjadi serius setiap kali tiba musim kemarau .

Kenapa firasat parlimen81 menjangkan akan ada krisis air ?

Ini adalah ada faktor2 yang tak berapa bijak dari parlimen81 :
1. Semua sungai utama semakin tohor.
2. Semua loji rawatan adalah mengambil sumber air secara terus dari sungai-sungai utama .
3. Kebanyakan inlet loji direkabentuk untuk menyedut air sungai pada paras tertentu.

dimana krisisnya ?

Musim kemarau ini menyebabkan sungai semakin tohor . Parlimen81 tidak mengatakan loji-loji di Jerantut ini tidak mampu memproses air terawat . Kapasiti loji-loji yang ada sudah lebih dari cukup utk memproses air terawat kepada 98% peduduk jerantut. Cuma walau air  masih banyak disemua sungai dan walau air ini mampu menampung sehingga lebih satu juta manusia tapi keupayaan semua loji air di Jerantut ini ada batasnya iaitu ada ada kemungkinan rekabentuk inlet-inlet loji ini tidak berupaya mendapatkan air dari sungai-sungai disebabkan sungai yang cetek dan pasir yang banyak  yang menyekat laluan air kepada inlet-inlet sedutan untuk dipam kepada kolam rawatan air.

Bagi mengatasi masalah ini mungkin ada loji-loji terpaksa menggunakan excavator untuk mengorek laluan air supaya mengalir kepada inlet-inlet loji .

Keupayaan mengorek juga ada batasnya yang jika berterus mungkin akan menyebabkan loji-loji tidak dapat air yang cukup untuk dirawat dan diagihkan kepada semua penduduk .

Jerantut tidak ada empangan khas untuk menakung air tidak terawat. Semua loji hanya mengepam air  terus dari sungai utk mendapatkan bekalan air tidak terawat. Jika sungai kering maka tiada stok air mentah untuk dirawat oleh loji-loji . Tapi mana mungkin sungai-sugai besar di Jerantut ini kering .sudah lebih 400 tahun sejarah tamadun manusia di Jerantut ini . tidak ada satupun dalam sejarah menceritakan tentang sungai pahang kering . Tapi Allah maha kuasa . Dia boleh mengeringkan sungai dalam sekelip mata. Dia juga boleh menyebabkan sungai-sungai mengalir sebelah sahaja dan tidak melalui tebing di inlet-inlet pam.

Mungkin juga Jerantut perlukan empangan besar untuk menakung air mentah . Mungkin empangan ini boleh bekalkan air mentah untuk seluruh Pahang tengah. Mungkin juga empangan ini boleh pula membekalkan eletrik untuk seluruh negeri pahang. saya tak pasti sama ada sudah terdapat sistem mitigasi diantara loji-loji di sekitar jerantut ini utk membekalkan air antara satu sama lain.

Tapi mana mungkin untuk kerajaan memikirkan semua solusi-solusi itu yang mungkin jika disediakan langsung tidak digunakana kerana mana mungkin sungai-sungai di Jerantut ini kering .

Soalan untuk JBA . sebenarnya dengan jika semua loji tidak berupaya untuk merawat air . Berapa harikah air terawat dalam setiap kolam takungan air terawat itu boleh menampung keperluan penduduk Jerantut ? sehari ? seminggu ? atau sebulan ?

adakah PAIP Jerantut mempunyai mitigation system untuk memindahkan air terawat dari satu kolam takungan ke kolam takungan air terawat yang lain .?

Dan soalan cepu emas yang selalu diajukan oleh penduduk Jerantut setiap kali hari raya . Adakah raya kali ini bekalan air akan terputus lagi ?