Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 12 September 2012

SAHAM FGV MELONJAK DARI RM4.57 KEPADA 4.73 . TAHNIAH KWSP

Berdebar-debar semalam semua pemegang minoriti saham FGV kerana semalam saham FGV hampir sahaja mencecah harga tawaran permulaan IPO mereka itu RM4.55 . Nasib baik ada tangan ghaib yang membantu melonjakkan kembali saham FGV . Jika tiada sokongan institusi fund manager tempatan maka sudah pasti saham FGV akan merudum jatuh dibawah RM4.55.

Kemana perginya pelabur-pelabur corner stone dari luar negara yang menurut Isa Samad amat berminat dengan saham FGV ini . Kemana menghilangnya mereka sehingga beberapa institutsi rakyat seperti KWSP , Tabung Haji dan KWAP yang terpaksa menjadi penyelamat saham FGV dari terus jatuh dibawah RM4.55

Adakah kini KWAP , KWSP dan Tabung Haji sedang menjalankan kerja-kerja kebajikan atau bailout secara terhormat ?

Selama ini Tabung Haji memang telah terkenal dengan kerja-kerja bailout secara terhormatnya dengan menyelamatkan syarikat-syarkat seperti BANK ISLAM ,  LITYAN (kini Theta Edge) , RAMUNIA (kini TH Heavy Engineering) dan dalam proses penyelamatan ialah syarikat SILVER BIRD pengeluar roti Gardenia.

Tabung Haji juga secara tak sedar sedang mengswastakan semua ladang-ladang sawit miliknya dengan menjualkan kepada anak syarikatnya TH Plantation Sdn Bhd . Tapi Tabung Haji lagi halus mainannya . Bila cadangan untuk menyenaraikan ladang-ladangnya di bursa ditentang hebat suatu masa dahulu . Tabung Haji telah menyenaraikan ladang-ladangnya secara kecil kemudian secara beransur-ansur kini sedang melepaskan beberapa ladang yang besar-besar di Sabah dan Sarawak kepada anak syarikatnya dan hampir kesemuanya sekarang telah diuruskan oleh anak syarikatnya TH Plantation . Secara sedar tak sedar semua ladang Tabung Haji ini nanti akan diletakkan dibawah anak syarikat tersenarainya.


Tiada ulasan: