Sebuah projek bioteknologi akan diwujudkan di Jerantut yang melibatkan pelaburan dari luar negara . Projek ini akan menjadikan Jerantut sebuah pusat pengeluaran kaviar sedunia, satu inisiatif yang mungkin sukar untuk kita bayangkan selama ini, namun dapat dijayakan melalui I-Caviar menerusi pelaburan bernilai RM475 juta dalam tempoh lima tahun.
Caviar berkualiti tinggi boleh mencapai harga antara RM20k hingga RM25k dipasaran dunia. Ikan-ikan akan diternak didalam kolam yang boleh ditukar ganti airnya . Ikan-ikan yang diternak menggunakan teknologi biotek ini hanya mengambil masa selama 5 tahun untuk menghasilkan telur berbanding 20 tahun dalam keadaan semulajadi. Caviar yang dihasilkan di Jerantut ini akan di hantar dalam tempoh 5 hari dihasilkan terus ke London iaitu sebuah bursa komoditi bagi kaviar dunia.
Industri kaviar di Jerantut ini akan memberi peluang pekerjaan yang hebat di Jerantut . Kini dengan pertambahan satu lagi pusat bioteknologi di Jerantut selepas Pusat Bioteknologi Haiwan maka sesuai sangatlah Jawatankuasa Pembangunan Daerah Jerantut untuk mula merancang untuk menjadikan Jerantut ini sebagai pusat bioteknologi negara mempopularkan jenama "Jerantut - Bio-technology Valley (JBV)" disamping tagline yang sudah begitu sinonim dengan Jerantut sebagai "City in The Jungle" iaitu sebuah bandar yang menjadi pintu masuk kepada hutan tropika tertua di dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan