Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 24 Oktober 2011

Tahniah Dato' Karam

Tahniah Dato' Karam . Dato' Karam yang terkenal di TV3 dalam mengenegahkan dan menyelongkar isu-isu berkaitan dengan alam sekitar ini banyak berjasa kepada negeri Pahang kerana telah mempertahankan pembinaan Loji Lynas . Dalam usaha mempertahankan Lynas ini Dato'Karam telah ke Australia bagi membuktikan bahawa Lynas tidak merbahaya kepada alam sekitar .

Tahniah lagi sekali kepada Dato'Karam . Dan tahniah juga kepada Dato'Dato' Wan Amizan kerana mendapat anugerah Dato' untuk kali kedua kerana jasanya yang amat besar kepada masyarakat DUN Tahan dan Jerantut . Rasanya dengan anugerah Dato' terkini yang diterima oleh Wan Amizan ini maka beliau adalah Dato' yang paling kanan sekali dalam ramai-ramai Dato' (selain Tengku Lan) yang ada di Jerantut ini .

Maka selayaknya Dato'Dato yang lain memberi laluan kepada Dato' Wan Amizan jika beliau berhasrat untuk mengantikan Tengku Lan nanti jika Tengku Lan tidak lagi berminat untuk bertanding di Parlimen.

Tiada ulasan: