Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Jumaat, 21 Oktober 2011

Surat Belia Pulau Tawar Untuk Dr Shukri dan Tengku Lan

Hari ini p81 rasa terharu juga bila baca satu blog di Jerantut ini . Rasanya blog ini bukan blog politik cuma blog kampung biasa sahaja . p81 pun ada linkkan blog ini dalam blog p81 sebab banyak sejarah kampung tersebut dipaparkan dalam blog tersebut . p81 suka baca blog itu sebab banyak artikel-artikel dan dokumen sejarah bermula dari akhir tahun 1800an dulu dipaparkan . Dulu p81 hanya dengar kisah Wan Ali tapi diblog tersebut ada gambar Wan Ali  , barulah p81 kenal wajah Wan Ali . Dulu p81 dengar kampung tersebut memang popular di Pahang tapi bila membaca dokumen dalam blog tersebut memang sememangnya dulu kampung tersebut sangat maju bukan seperti hari ini . Dulu masa zaman British dan zaman Tun Razak memang mendapat perhatian khusus . Banyak projek-projek besar dibuat di kampung tersebut . Blog tersebut juga ada dokumen dalam bentuk keratan surat khabar lama tentang kisah Mat Kilau ketika Mat Kilau melawan penjajah dan juga ketika Mat Kilau kembali semula ke kampung tersebut . Jadi p81 kategorikan blog ini sebagai bukan blog politik cuma blog kampung memaparkan aktiviti kampung dan sejarah kampung tersebut . Cuma ada satu posting terbaru dalam blog ini yang p81 merasakan ada seperti rintihan dari belia kampung tersebut untuk tatapan dan tindakan dari wakil rakyat mereka . Dibawah ini p81 copy pastekan posting tersebut secara penuh :

Surat Belia Pulau Tawar Untuk Dr Shukri dan Tengku Lan 

Kepada

Doktor SHUKRI  dan Tengku LAN
Wakil Kome Kat DUN dan Parlimen


TARIKH : 21 HARIBULAN SEPULUH 2011

PERKARA : KOME NAK PADANG BOLA
YB Semua Yang Dikasihi


Tujuan kome tulis surat nie sebab kome nak mintak deme tolong cakap kat kerajaan negeri dengan kerajaan pusat supaya adjustkan peruntukkan untuk baiki padang kat kampong kome nie. Padang yang kome ande tu dah hancur lebur  . Baler beto babi hutan kat kampung kome tu , bergerutu padang de sodoknye  , tak geti bahase dihalau nyer datang balik , dah naik hutan dah padang kat sebelah Pusat Khidmat Dun Pulau Tawao tu. Jadi kome nie xde tempat nk maen bola . Itu la kome selalu wat muka xmalu maen kat padang Sekolah Perian tu.

2.    Bagi pihak deme yang nak taw..team kampong kome (PUTA FC) memang dikenali ramai kat Jerantut nie. Terkenal sebab kome pandai main bola dan sebab kuat bergaduh ye juge . Jadi untuk meningkatkan kemahiran kome dalam skill maen bola nie kome nak mintak jasa baik deme berdua la untuk adjustkan  permintaan belia kampung kome nie untuk  baiki atau buat padang baru kat kampong kome. Sebenarny belia kome ni berbakat besar dalam bola ni . Ramai dah jadi pemain negeri.

3.     Sebenarnya dah byk kali dah kome hantar surat rasmi tapi polong beto tak pernah kena layan . Matnyer deme ni yek . Sebagai belia yang bertanggungjawab kome nie rasa terpanggil untuk buat permohonan  terakhir ini  . Kalau tak layan juge , jem kome ni sebab kerayan dah kome ni asyik menjam dan bersapih padang dengan budak sekolah rendah  . Gone kome nak pergi global macam ni berlatih padang budak , berlawan padang besar , kena titik jer la kome .

Gini lah YB , kome mintok la jasa baik deme untuk betul2 adjustkan permohonan kome nie. Tapi jangan deme adjust ke deme dahlah padang lame tu .

Yang benar.

t.t
(Wakil Belia Muda Pulao Tawao)
 ... belia tua ramai ngat kat Pulao Tawao tu tapi kome ni memang belia muda 

posting asal  klik sini  . p81 harap kepada YB2 yang baca atau pembantu beliau yang baca atau hatta pegawai kerajaan yang baca  posting ini tolonglah bantu mereka . Persatuan Bolasepak Jerantut pun mungkin boleh tolong-tolong tengokkan masalah mereka ini . Bahasa kampung yang mereka gunakan itu memang nampak kasar sikit tapi menurut kawan p81 yang berasal dari kampung tersebut , itu memang bahasa biasa dituturkan oleh mereka seharian . Jadi janganlah ambil hati sangat jika rasa bahasa itu kasar . Bantulah mereka .

1 ulasan:

bRAVEhEART berkata...

Salam tuan,
sungguh sedikit yang orang Melayu minta, namun pemimpin Melayu kita masih tidak mampu mengadakannya...malang sungguh bangsa Melayu kita ~ BH