Nasihat Untuk Pembaca
"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)
Selasa, 25 Oktober 2011
Laporan Juru Audit : Jalan Raya Tuit - Kampung Pagi Gagal Ujian Jalan ?
Bila agaknya Jalan dari Kampung Tuit ke Kampung Pagi nak siap ? Harapan kami agar jalan itu siap mengikut jadual yang telah dirancangkan . Dan harapan kami juga agar kualiti jalan tersebut adalah tip top dan dibuat mengikut spesifikasi dan Approved Detail Design . Jangan ada cubaan untuk menipu untuk mendapat keuntungan yang lebih . Para technician dan jurutera yang memantau projek jalan ini perlu bebas dari rasuah . Periksa dan test2 betul2 setiap inci jalan tersebut . Pastikan kerja tanah yang berkualiti dan dicompact dengan kemas dan ditar dengan ketebalan yang betul .Memandangkan jalan raya ini dikhabarkan diaward kepada sebuah syarikat bumiputera ternama di Jerantut ini maka syarikat tersebut perlu membuktikan bahawa syarikat itu benar2 berwibawa untuk membina jalan tersebut mengikut spesifikasi . Jangan pula di alibabakan 100% projek tersebut . Jangan nanti dalam Laporan Jabatan Audit negara tahun 2012 atau 2013 didapati laporan auditnya adalah seperti laporan dibawah ini .
Laporan Ketua Audit Negara 2010, berhubung pengauditan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) mendapati beberapa kontraktor telah membina lebuhraya Senai-Desaru di beberapa bahagian dengan turapan Dense Bituminous Macadam (DBM) yang kurang daripada ketebalan minimum 95 mm.
“Lawatan Audit pada bulan Oktober 2010 juga mendapati kualiti kerja pembinaan lebuh raya kurang memuaskan.
“Mengikut spesifikasi kontrak, ketebalan minumun turapan DBM yang dibenarkan adalah 95 mm manakala ketebalan turapan DBM mengikut lukisan Approved Detail Design adalah 100 mm,” petik laporan itu.
Menurutnya laporan itu lagi, ketebalan paling rendah yang dicatatkan adalah 72 mm manakala bacaan tiga lagi ujian yang dijanlankan menunjukkan ketebalan - 81 mm, 89 mm dan 79 mm.
“Permukaan jalan didapati beralun dan tidak rata di sepanjang lebuh raya bagi Pakej 1 dan 2. Selain itu, beberapa bahagian permukaan lebuh raya telah rosak, kasar dan berlubang walaupun baru setahun dibuka kepada pengguna.”
Ia juga mencatatkan bahawa Pakej 3 iaitu pada kilometer 77, tidak siap mengikut masa pada 18 Julai 2008 dan terpaksa dilanjutkan sebanyak tiga kali sehingga 31 Disember, 2010, kerana kontraktor utamanya menghadapi masalah kewangan, kenaikkan harga barangan yang digunakan dan masalah cuaca.
Bagi Pakej 3 juga, kontraktor sepatutnya membina ‘pelindung sungai’ atau river protection bagi menghalang hakisan kerana projek itu merentasi lima batang sungai.
“Bagaimanapun, pihak Audit mendapati river protection di tebing jambatan lima sungai tersebut masih belum dibina. Keadaan tebing jambatan yang belum dibina river protection adalah di Sungai Layau dan Sungai Papan.
“Reventment Protection perlu dibina bagi mengelakkan hakisan tanah di kawasan yang telah ditentukan di sepanjang lebuh raya. Pihak Audit mendapati syarikat konsesi belum membina reventment protection di kedua-dua arah lebuh raya,” kata laporan itu lagi.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan