Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Rabu, 26 Oktober 2011

Laporan Audit Jerantut dan Pahang

Laman-laman blog memperkatakan tentang laporan audit 2010 . TV juga memperkatakan tentang laporan Audit 2010 . TV3  memulakan Buletin Utama semalam dengan Laporan Audit  2010 dengan rumusan seperti berikut :

1. Kutipan Hasil Kerajaan Selangor susut 10% .
2. Kerajaan Kelantan di ditegur supaya berbelanja lebih berhemah
3. Kerajaan Pulau Pinang di tegur supaya memperkemaskan proses pemberian dan pemilihan pemilik rumah kos rendah .

parlimen81 juga memulakan proses mengulas Laporan Audit semalam (klik sini) dengan mengaitkan Laporan Audit Lebuhraya Senai-Desaru dengan Projek Jalan Kampung Tuit ke Kampung Pagi di Ulu Tembeling supaya dibuat dengan spesifikasi yang sebagaimana dalam Approved Detail Design dan juga merayu supaya para technician dan jurutera JKR serta para residen engineer yang bertanggung jawab memantau projek tersebut bagi pihak kerajaan memastikan kontraktor bertanggunjawab mematuhi spesifikasi supaya projek tersebut tidak menjadi seperti jalan Temerloh-Jerantut , Jerantut-Jengka atau seperti jalan Bentong-Raub yang beralun-alun sekarang ini.

Secara direct perkara yang banyak diperbincangkan didalam Laporan Audit 2010 megenai Jerantut ialah berkaitan dengan Jabatan Bekalan Air Jerantut dan Majlis Daerah Jerantut  . JBA ditegur kerana kesilapan dalam pemberian elaun kepada beberapa kakitangannya dan ada beberapa kakitangan yang tidak datang bertugas tidak diambil tindakan . Harapan p81 kepada kakitangan JBA supaya mengambil tindakan positif hasil teguran dari Audit Negara itu supaya prestasi pembekalan air di sekitar Jerantut ini kurang tergangu terutama semasa musim2 perayaan dan cuti sekolah dan kenduri kendara . Sementara itu Majlis Daerah ditegur supaya lebih peka kepada masalah sekitar seperti sampah dikutip , papan tanda tidak di baiki dll lagi .

Berikut ini pula ialah rumusan oleh Ketua Audit Negara bagi 4 Negeri dimulai dengan negeri TV3 ulas iaitu Selangor , Kelantan dan Pulau Pinag dan kemudian Negeri Pahang .

Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor


Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Pulau Pinang



 Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Kelantan


Rumusan dan Syor Ketua Audit Negara bagi Negeri Pahang

1 ulasan:

Mr Lonely berkata...

walking here with a smile. take care.. have a nice day ~ =D

Regards,
http://www.lonelyreload.com (A Growing Teenager Diary) ..