Nasihat Untuk Pembaca

"Jangan membaca blog ini untuk menafikan, mengelirukan atau mempercayai dan menerima bulat, atau mencari buah perbualan dan perbincangan, tetapi bacalah untuk menimbang dan menilai"
(Deliver, be fair, be clean and be transparent and the rakyat will vote for you)

Isnin, 5 September 2011

Aku Nak Mohon Juga Blok Bijih Besi di Jerantut

FAKTA PERLOMBONGAN

FAKTA PERLOMBONGAN NEGERI PAHANG

Soalan 1
Bagaimanakah hendak mendapatkan pelan tapak lombong?
Jawapan:
Pelan tapak lombong boleh didapati dikaunter Pelan Unit Mineral Pejabat Tanah dan Galian Pahang yang dibuka setiap hari Isnin dan Selasa dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang. Pemohon disyorkan membawa salinan pelan kawasan yang dikehendaki berskala 1 : 50,000. Pelan boleh dikeluarkan dengan kadar bayaran RM23.00 setiap satu tapak dengan syarat tapak yang dipohon tidak terletak di dalam Kawasan Taman Negeri, Hutan Rizab, Kawasan Tadahan Air, Kawasan berimilik dan kawasan yang telah berlapis dengan permohonan terdahulu.

Soalan 2
Apakah beza permohonan Lesen Mencarigali (PL) dan Lesen Penjelajahan (EL)?
Jawapan:
Permohonan Mencarigali meliputi kawasan seluas 400.0 hektar kebawah dengan menggunakan Borang 5A dan Yuran Pendaftaran sebanyak RM100.00. Sementara permohonan penjelajahan (Borang 6A) meliputi keluasan kawasan melebihi 400.0 ha. Yuran pendaftaran permohonan adalah RM 200.00

Soalan 3
Bilakah Lesen Pajakan Melombong (ML) boleh dipohon?
Jawapan:
Lesen ML boleh dipohon sekiranya kawasan tersebut telah mempunyai Lesen SKC yang sah. Lesen ini juga boleh dipohon diatas bekas tapak lombong terdahulu yang telah tamat tempoh dengan syarat semua dokumen kelulusan berkaitan disahkan oleh Pentadbir Tanah Daerah yang mengeluarkan lesen tesebut sebelumnya. Permohonan ini hendaklah mempunyai satu kajian pra-kebolehsanaan melombong dengan pelan pra-hitungan berskala 1 : 6336 serta skim cadangan melombong.

Soalan 4
Saya mempunyai tanah milik bergeran yang dipercayai mempunyai kandungan mineral seperti bijih besi, emas dan lain-lain. Bagaimanakahcara memohon untuk melombong?
Jawapan:
Pemohon hendaklah memohon melalui borang 9A, mengepilkan salinan kad pengenalan, kajian pra-kebolehlaksanaan serta cadangan skimnya, salinan geran yang disahkan, carian rasmi geran tanah serta surat perjanjian dengan kontraktor melombong yang bakal menjalankan kerja bagi pihak tuan tanah.

Soalan 5
Saya adalah individu dan tidak mempunyai sebarang syarikat bertaraf sdn. Bhd. Bolehkah saya membuat permohonan melombong?
Jawapan:
Individu adalah layak memohon asalkan rakyat KDYMM Sultan Pahang dan mempunyai kekuatan dari segi kewangan. Syarikat bertaraf ’Enterprise’ adalah tidak layak memohon.

Soalan 6
Apakah kriteria perlu bagi sesebuah syarikat sdn. bhd. untuk membuat permohonan perlombongan?
Jawapan:
Syarikat tersebut hendaklah mempunyai klausa. Kelayakan kerja-kerja lombong boleh memegang Lesen Pajakan Melombong di samping kerja-kerja mencari sebarang mineral samada di darat atau di laut.

Soalan 7
Apakah definasi keputusan Tolak Ringkas?
Jawapan
Keputusan Tolak Ringkas boleh dibuat oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang berdasarkan arahan Majlis Mesyuarat Kerajaan bertarikh 31.12.2008 yang diberikuasa keatas mana-mana permohonan yang terletak dalam Kawasan Taman Negeri, Tadahan Air Hutan Rizab / Simpan dan lain-lain berkaitan adalah di bawah bidang kuasa Pengarah Tanah dan Galian Pahang untuk menolak terus tanpa di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 8
Selepas mendaftar permohonan apakah pemohon perlu dibuat?
Jawapan:
Pemohon akan diberitahu melalui surat kedudukan nombor fail permohonan dan surat kepada pemohon menyatakan permohonan telah dihantar ke enam (6) Jabatan Teknikal iaitu Pentadbir Tanah Daerah, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, Jabatan Alam Sekitar Pahang, Jabatan Pengairan dan Saliran Pahang, Badan Kawal Selia Air (SUK Pahang), Jabatan Bekalan Air Pahang dan Jabatan Mineral dan Geosains Pahang, untuk tindakan ulasan/pandangan terhadap tapak yang dipohon yang akan dihantar kembali ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang oleh Jabatan Teknikal tersebut. Pemohon bertanyakan kedudukan pemohon dengan datang sendiri atau melantik wakil yang sah dengan surat, datang sendiri atau melantk wakil yang sah dengan surat yang ditandatangani pemohon. Pertanyaan kedudukan pemohonan melalui telefon adalah tidak digalakkan.

Soalan 9
Berapa lamakah keputusan permohonan lombong dapat diketahui?
Jawapan:
Ianya bergantung kepada faktor kecepatan enam (6) Jabatan Teknikal menghantar kembali ulasan yang diminta oleh Pengarah Tanah dan Galian Pahang. Lawatan akhir Penolong Pegawai Tanah PTG Pahang ke tapak permohonan untuk mengemaskini pelan perakuan seterusnya penyediaan kertas untuk di bawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan.

Soalan 10
Apakah fungsi Unit Mineral, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pahang?
Jawapan:
Secara ringkas, unit ini adalah sebagai ’One Stop Agency’ bagi urusan permohonan perlombongan di seluruh daerah Negeri Pahang bermula pada tahun 2006, dengan menggunapakai Enakmen Mineral 2001 Negeri Pahang, oleh setiap Pentadbir Tanah Daerah yang terbabit

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

soalan 11 : apakah semua permohonan ini memerlukan kelulusan ADUN kawasan tersebut dan sokongan Menteri besar atau hanya memerlukan kelulusan Pengarah PTG sahaja ?